20 barangan kawal harga sempena Aidilfitri diumum

PUTRAJAYA 2 Ogos – Kerajaan hari ini mengumumkan penguatkuasaan harga maksimum bagi 20 jenis barangan harga terkawal di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penguatkuasaan skim tersebut akan bermula dari 12 hingga 26 Ogos mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Jumlah 20 barangan runcit harga terkawal itu ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging lembu tempatan, daging lembu import, daging kerbau tempatan, daging kerbau import serta telur ayam gred A, B dan C.

 

Turut dikawal, kubis bulat import, cili merah, tomato, kelapa biji, kacang tanah import, bawang merah kecil, bawang besar, bawang putih, ubi kentang import dan ikan kembung.

“Penentuan harga maksimum dibuat di pelbagai peringkat dalam rantaian pengedaran mengikut keperluan untuk memastikan penguatkuasaan kawalan harga adalah lebih berkesan dengan penawaran harga yang berpatutan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pelaksanaan skim itu, katanya, bertujuan menyekat kenaikan harga yang tidak munasabah semasa musim perayaan dan antara langkah kerajaan untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat.

Berikut senarai barangan harga terkawal Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2012:

1. Ayam hidup – RM5.70/kg

2. Ayam standard – RM6.80/kg

3. Ayam super – RM7.60/kg

4. Daging lembu tempatan – RM22.00/kg

5. Daging lembu import – RM24.00/kg

6. Daging kerbau tempatan – RM21.00/kg

7. Daging kerbau import (India) – RM13.50/kg

8. Telur ayam gred A – 35 sen/biji

9. Telur ayam gred B – 34 sen/biji

10. Telur ayam gred C – 33 sen/biji

11. Kubis bulat import – RM3.20/kg

12. Cili merah – RM10.00/kg

13. Tomato – RM4.30/kg

14. Kelapa parut – RM6.00/kg

15. Kacang tanah import – RM6.50/kg

16. Bawang merah kecil – RM5.00/kg

17. Bawang besar import – RM2.50/kg

18. Bawang putih – RM7.50/kg

19. Ubi kentang import – RM3.00/kg

20. Ikan kembung – RM12.00/kg

Senarai ditetapkan itu berbeza di sesetengah negeri khususnya di Sabah dan Sarawak.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “20 barangan kawal harga sempena Aidilfitri diumum

  1. Pingback: 20 barangan kawal harga sempena Aidilfitri diumum - http://politik.blog.my | http://politik.blog.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s