Umno Kutuk Penerbitan Filem Anti Islam, Karikatur Hina Nabi Muhammad

Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Khamis mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan dan penyiaran filem anti-Islam, Innocence of Muslims dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. oleh sebuah majalah Perancis yang telah membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, kemarahan umat Islam adalah sesuatu yang dijangkakan dan tidak dapat dielakkan memandangkan ia telah menghina Nabi Muhammad dan kesucian agama Islam.

“Ia adalah satu perbuatan yang tidak boleh diterima walaupun atas nama kebebasan bersuara yang merupakan pegangan kuat masyarakat barat kerana ia telah mencemar kesucian Islam serta kemuliaan Nabi Muhammad.

“Adalah menjadi tanggungjawab masyarakat dunia untuk bekerjasama memahami dan menghormati agama dan amalan masing-masing agar kita dapat hidup dalam suasana aman,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn di sini pada Khamis.

Bagaimanapun perdana menteri berkata, bantahan umat Islam mempertahankan kesucian agama Islam mestilah menggunakan pendekatan yang berhemah dalam melahirkan perasaan tidak puas hati dan bantahan terhadap filem tersebut.

“Bantahan umat Islam secara keganasan dan melampau dalam isu ini sehingga membawa kepada kematian, kecederaan dan kemusnahan harta benda tidak sepatutnya berlaku.

“Ini kerana Islam tidak mengalakkan penggunaan keganasan sebagai cara menyelesaikan masalah,” katanya lagi.

Sebaliknya, Najib menegaskan dialog dan kerjasama antara masyarakat dapat memupuk toleransi dan persefahaman sepanjang masa sebagaimana yang digerakkan oleh Malaysia menerusi Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mengutuk kenyataan tidak bertanggungjawab Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mempertikaikan tindakan umat Islam dalam isu tersebut.

“Kenyataan pemimpin ini jelas memperlekehkan umat Islam dan menunjukkan DAP tidak peka kepada isu-isu yang berkaitan dengan umat Islam,” katanya.

Berhubung permohonan maaf yang dibuat Ngeh yang juga Ahli Parlimen Beruas di laman Twitternya petang Khamis, Najib berkata, sesiapa sahaja boleh memohon maaf namun persoalannya adakah pemimpin berkenaan benar-benar ikhlas.

“Dalam isu agama, kita tidak boleh cakap sebegitu dan bila timbulkan kemarahan, kita senang meminta maaf. “Kalau macam ini, ikhlas atau tidak permohonan maaf itu?” tanya Najib.

Mengenai demonstrasi aman yang akan dianjurkan oleh Pemuda Umno pada Jumaat, beliau turut menyeru ahli Umno dan masyarakat Islam supaya hadir sebagai tanda sokongan membantah penerbitan dan penyiaran filem anti-Islam yang akan diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Baru.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Umno Kutuk Penerbitan Filem Anti Islam, Karikatur Hina Nabi Muhammad

  1. Pingback: Umno Kutuk Penerbitan Filem Anti Islam, Karikatur Hina Nabi Muhammad - http://politik.blog.my | http://politik.blog.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s