Tiada Ruang Utk Org Melayu Dalam DAP

tak percaya..

 

baca yer..

 

GEORGE TOWN, 15 Dis — Tiga pemimpin utama dalam DAP memperoleh undi paling tertinggi dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) selepas keputusan diumumkan malam ini, namun tiada seorang pun calon dari kaum Melayu yang terpilih.

Lim Kit Siang mendapat undi tertinggi dengan 1, 607 undi, diikuti anak beliau Lim Guan Eng 1, 576 dan Karpal Singh dengan 1, 411 undi.

Turut memeranjatkan adalah bekas Ketua Pemuda DAP (Dapsy) Anthony Loke yang mendapat undi tertinggi dengan 1, 202.

Namun keenam-enam calon Melayu tidak terpilih langsung dalam CEC.

Mereka adalah Ariffin SM Omar, Ahmad Ton, Zairil Khir Johari, Zulkifli Mohd Noor, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Solaiman Op Syed Ibrahim dan Harun Ahmad.

“Ya, ia sangat mengecewakan tiada orang Melayu yang terpilih, tapi perkara ini akan kami bincang esok.

“Kami akan melantik beberapa calon untuk mewakili kaum-kaum tertentu,” kata setiausaha agung DAP.

Selain itu, Lim berkata keputusan ini adalah datang daripada delegasi dan semua pihak akan menghormati keputusan ini.

“Walaupun ada pihak yang kalah, kami tetap masih satu parti,” terang beliau.

Bagi Loke pula, perkara tersebut berlaku memandangkan beberapa calon daripada Melayu rata-rata masih muda dan kurang berpengalaman.

“Tidak ada calon terpilih mungkin disebabkan mereka masih muda.

“Calon-calon baru ini belum dikenali, jadi mereka perlukan sedikit masa lagi,” ujar Loke.

Loke juga memberitahu bahawa mereka akan berbincang untuk melantik beberapa calon daripada kaum-kaum tertentu seperti kaum Melayu serta etnik Sabah dan Sarawak.

“10 orang lagi akan dilantik dalam CEC, esok akan kami bincangkan,” jelas Loke.

DAP mempunyai kira-kira 150,000 anggota dari 730 cawangan. Sejumlah 2,576 perwakilan menghadiri kongres pada hari ini.

 

sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tiada-calon-melayu-terpilih-anggotai-cec-pimpinan-utama-kekal/

 

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Tiada Ruang Utk Org Melayu Dalam DAP

  1. Pingback: Tiada Ruang Utk Org Melayu Dalam DAP - http://politik.blog.my | http://politik.blog.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s