Monthly Archives: February 2013
Jom undi BN
PAS Tak Perlu Bangga Manifesto PR Tidak Paparkan Aspirasi Parti- Hasan Ali
KLANG: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, PAS tidak perlu merasa bangga dengan pelancaran manifesto pakatan pembangkang Isnin lepas kerana ia tidak memaparkan aspirasi parti itu terutama dalam memartabatkan agama Islam.
Manifesto pakatan pembangkang adalah lebih kepada aspirasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dan tidak begitu menyentuh perkara-perkara yang memartabatkan Islam di negara ini, katanya dalam satu ceramah Jom Tolak Pakatan di Jalan Nenas, Meru di sini malam Selasa.
Di dalam manifesto itu tidak dinyatakan mengenai penubuhan negara Islam, atau mengangkat martabat mahkamah syariah sama dengan mahkamah sivil, katanya.
Oleh itu beliau hairan mengapa Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengangkat-angkat tangan semasa pelancaran itu.
“(Lainlah) kalau ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengangkat tangan mereka tidak mengapa.. kerana agenda mereka termaktub dalam manifesto itu,” katanya.
Agenda mereka untuk menjadikan Islam di Malaysia lebih liberal atau sekularisme disisipkan di dalam manifesto itu tetapi agenda Islam tidak dijelaskan dalam manifesto itu.
Dr Hasan yang juga Presiden badan bukan kerajaan Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) berkata, sehingga sekarang pakatan pembangkang masih lagi tidak menetapkansiapa calon Perdana Menteri sekiranya mereka menguasai Putrajaya pada pilihanraya umum ke-13 ini.
DAP dan PKR mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri dan begitu juga sesetengah pihak dalam PAS yang mahukan Anwar menjawat jawatan itu sedangkan pimpinan PAS sendiri nampaknya tidak berani menonjolkan Anwar layak menjawat jawatan Perdana Menteri, katanya.
“Pemimpin PAS tahu “the in and out” (luar dan dalam) Anwar Ibrahim. Tak malu ke kalau PM kita Anwar Ibrahim,” katanya.
Hasan berkata, isu siapa yang jadi Perdana Menteri ini penting kerana kalau pakatan rakyat memenangi pilihan raya kali ini, Perdana Menterilah yang pertama kali mengangkat sumpah di hadapan Yang Di Pertuan Agong sebelum kabinet dapat ditubuhkan.
Oleh itu, beliau meminta para pengundi di Meru supaya tidak memperjudikan politik dan masa depan Malaysia dan menolak pakatan pembangkang. – BERNAMA
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
GAPS tuntut Khalid jelas status ‘Datum Jelatek’
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
Datum Jelatek Menyisihkan Orang Melayu
KUALA LUMPUR, 18 Feb – Projek ‘Super Mega’ Datum Jelatek dibawah kelolaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terus mendapat bantahan dari penduduk sekitar Lembah Keramat berikutan projek tersebut bakal menyisihkan orang Melayu secara ‘terhormat’.
Timbalan Pengerusi Barisan Bertindak Datum Jelatek (BBDJ) Dr. Ahmad Fauzi yang juga penduduk di kawasan itu berkata Datum Jelatek ini mempunyai tujuan yang akhirnya akan merugikan warga Lembah Keramat secara khusus.
“Saya paling sedih mereka menyisihkan orang melayu dengan terhormat, mereka menggunakan duit sebagai senjata yang paling merbahaya. Keramat adalah tempat tinggal saya. Mana lagi saya nak balik.
“Kalau yang baru berkerja itu gajinya katakan RM 3 000, tolak EPF dan yang lain-lain tinggal RM 2 000 lebih. Nak beli rumah RM 700 000? Tak masuk akal,” jelasnya pada Majlis Penerangan ‘Bantah Projek Datum Jelatek’ disini semalam.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Ketua UMNO Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo.
Dakwanya lagi, kouta lot bumiputra dalam projek Datum Jelatek adalah yang termurah, paling kecil dan berada di kedudukan paling tidak startegik.
Sementara itu, penduduk Taman Keramat, Haji Kamaruddin, 75, projek Datum Jelatek tidak harus diteruskan dan tidak bersetuju kawasan ini dibuka kepada bukan bumiputra.
“Tujuan sebenarnya untuk memecahbelahkan orang melayu jadi kita tidak akan terima sama sekali. Kalau tempat lain itu dia punya pasal, soalnya ini tempat melayu mengapa dia datang kemari.
“Jika ada orang yang bersetuju memang dia menjatuhkan maruah, itu dikatakan menggadaikan hak Melayu.” tegasnya lagi.
sumber : http://www.klpos.com/ekslusif/42602-datum-jelatek-menyisihkan-orang-melayu
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
Datum jelatek ..projek usir melayu bandar terancang oleh kerajaan selangor?

Sumber KLPos
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
Permohonan BL1M Bahagian Ampang ..bantuan lesen 1malaysia
Salam hormat, utk prosess permohonan BL1M para permohon boleh mendapatklan borang di Pejabat UMNO bhg @ melalui http://www.bl1m.my/ borang yg tlh diisi hendaklah dikembalikan ke Pej Pemuda UMNO bhg berserta Wang Pos RM199 yg dibayar kpd Myeg services bhd, sblum 14hb feb 2013 utk sbrg pertanyaan sila hubungi sdr Nizam 0122037674 / sdr saiful Adli 0123768034 @ sdr ijam 0196110994, Hrp maklum drp Safarizul Mustafa Kp Ampang
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda