GAPS tuntut Khalid jelas status ‘Datum Jelatek’

SHAH ALAM: Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) hari ini mendesak Menteri Besar Selangor menjelaskan status sebenar projek pembangunan kondominium mewah 45 tingkat yang dibina di atas tapak empat blok rumah pangsa milik orang Melayu yang dirobohkan di Keramat.
 
Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata pihaknya dimaklumkan kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) pada mulanya menjanjikan kawasan itu akan dibangunkan semula dengan mendirikan rumah mampu milik kepada penduduk kawasan itu yang seratus peratus adalah orang Melayu.
 
Namun ia bertukar wajah kepada projek mewah apabila bakal menempatkan bangunan 44 tingkat yang menempatkan apartment, pejabat, hotel dan pusat membeli-belah.
 
“Yang paling sedih MB selaku Pengerusi PKNS pernah berjanji semasa majlis makan malam durian dengan penduduk Keramat ketika perobohan rumah pangsa itu beberapa tahun lalu bahawa akan dibangunkan rumah mampu milik di situ.
 
“Namun amat memeranjatkan kondominium super mewah pula akan didirikan. Jelas benar, penduduk Keramat khasnya dan penduduk Selangor amnya ditipu bulat-bulat oleh Menteri Besar Selangor,” kata Hamidzun dalam sidang media di Bangunan Umno Selangor, petang tadi.
 
Pada 4 Oktober 2012, Datum Jelatek telah dilancarkan di Marina Bay Sands, Singapura dan dibuka untuk pembelian.
 
Rujukan dari laman web menunjukkan unit termurah yang ditawarkan untuk Bumiputera berharga SGD 301,924 iaitu lebih kurang RM 754,810.
 
Manakala harga paling tinggi ialah SGD 3,739,611 iaitu lebih kurang RM9,349,027. 
 
Pelancaran Datum Jelatek yang dibuat di Singapura dilihat seperti usaha untuk menarik pembeli-pembeli dari negara jiran itu ke kawasan yang rata-rata penduduknya orang Melayu.
 
Hamidzun berkata, hingga kini tidak ada sebarang pelancaran dilakukan di dalam Malaysia.
 
Malah, sebarang papan tanda yang menunjukkan projek pembinaan perumahan itu langsung tidak dinaikkan.
 
“Kita berasa peliklah. Perancangan asal buat lain kemudian diubah, bangunan diroboh dan kemudian dilancarkan dan proses penjualan di Singapura. Dan kemudiannya kita mendapat maklumat, itu sebab kita akan membuat bantahan,” katanya.
 
Hamidzun menambah, nasib penduduk-penduduk asal rumah pangsa yang dirobohkan juga tidak terbela.
 
Ini kerana, pampasan yang diberikan kepada penduduk-penduduk kawasan itu tidak setimpal dengan harga rumah yang dijual kini.
 
“Penduduk ada diberikan pampasan sewaktu mereka dipaksa meninggalkan rumah tetapi pampasan itu jauh lebih rendah daripada harga rumah yang dijual kerana dengan harga RM956,000 seseorang harus memiliki gaji minimum sekurang-kurangnya RM20,000 satu bulan,” kata Hamidzun.
 
Hamidzun kemudiannya memberitahu pihaknya akan menyertai perhimpunan aman bagi membantah projek berkenaan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Barisan Bertindak Datum Jelatek.
 
Mereka akan menghantar memorandum bantahan pembinaan perumahan tersebut kepada Khalid dan juga kepada Sultan Selangor.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “GAPS tuntut Khalid jelas status ‘Datum Jelatek’

  1. Pingback: GAPS tuntut Khalid jelas status ‘Datum Jelatek’ - http://politik.blog.my | http://politik.blog.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s