PAS Tak Perlu Bangga Manifesto PR Tidak Paparkan Aspirasi Parti- Hasan Ali

KLANG: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, PAS tidak perlu merasa bangga dengan pelancaran manifesto pakatan pembangkang Isnin lepas kerana ia tidak memaparkan aspirasi parti itu terutama dalam memartabatkan agama Islam.

Manifesto pakatan pembangkang adalah lebih kepada aspirasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dan tidak begitu menyentuh perkara-perkara yang memartabatkan Islam di negara ini, katanya dalam satu ceramah Jom Tolak Pakatan di Jalan Nenas, Meru di sini malam Selasa.

Di dalam manifesto itu tidak dinyatakan mengenai penubuhan negara Islam, atau mengangkat martabat mahkamah syariah sama dengan mahkamah sivil, katanya.

Oleh itu beliau hairan mengapa Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengangkat-angkat tangan semasa pelancaran itu.

“(Lainlah) kalau ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengangkat tangan mereka tidak mengapa.. kerana agenda mereka termaktub dalam manifesto itu,” katanya.

Agenda mereka untuk menjadikan Islam di Malaysia lebih liberal atau sekularisme disisipkan di dalam manifesto itu tetapi agenda Islam tidak dijelaskan dalam manifesto itu.

Dr Hasan yang juga Presiden badan bukan kerajaan Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) berkata, sehingga sekarang pakatan pembangkang masih lagi tidak menetapkansiapa calon Perdana Menteri sekiranya mereka menguasai Putrajaya pada pilihanraya umum ke-13 ini.

DAP dan PKR mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri dan begitu juga sesetengah pihak dalam PAS yang mahukan Anwar menjawat jawatan itu sedangkan pimpinan PAS sendiri nampaknya tidak berani menonjolkan Anwar layak menjawat jawatan Perdana Menteri, katanya.

“Pemimpin PAS tahu “the in and out” (luar dan dalam) Anwar Ibrahim. Tak malu ke kalau PM kita Anwar Ibrahim,” katanya.

Hasan berkata, isu siapa yang jadi Perdana Menteri ini penting kerana kalau pakatan rakyat memenangi pilihan raya kali ini, Perdana Menterilah yang pertama kali mengangkat sumpah di hadapan Yang Di Pertuan Agong sebelum kabinet dapat ditubuhkan.

Oleh itu, beliau meminta para pengundi di Meru supaya tidak memperjudikan politik dan masa depan Malaysia dan menolak pakatan pembangkang. – BERNAMA

Advertisements

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “PAS Tak Perlu Bangga Manifesto PR Tidak Paparkan Aspirasi Parti- Hasan Ali

  1. Pingback: PAS Tak Perlu Bangga Manifesto PR Tidak Paparkan Aspirasi Parti- Hasan Ali - http://politik.blog.my | http://politik.blog.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s