PRU-13: Tiada isu tagih undi, Azmin terpaksa main isu lapuk

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali telah ketandusan isu dalam menagih undi rakyat Selangor apabila terus memainkan isu-isu lapuk dan membangkitkan janji-janji palsu yang terkandung dalam manifesto pembangkang kepada rakyat.

Beliau yang merupakan calon PKR Parlimen Gombak dengan angkuhnya menjanjikan pendidikan percuma untuk kira-kira 450,000 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini walaupun perkara itu tidak dilaksanakan oleh kerajaan PKR Selangor sejak lima tahun lalu.

Selain itu seperti dijangkakan, Azmin terus membangkitkan isu pembelian kapal selam bernilai RM540 juta sedangkan perkara itu telah diperjelaskan dengan terperinci dalam Dewan Rakyat.

“Pembelian kapal selam itu memang menunjukkan kerajaan BN rasuah, tak pernah ada dalam dunia yang bertindak begitu tetapi hanya Malaysia yang membeli kapal tetapi tidak digunakan sehingga hari ini.

“Kerana itu banyak Jenera-Jeneral telah sokong pakatan rakyat, sekarang kita ada enam Jeneral yang sokong kita malah mereka telah diletakkan sebagai calon di beberapa kawasan,” katanya semasa berucap pada ceramah berkelompok bagi kawasan DUN Hulu Kelang di sini malam tadi.

Dalam ceramah tersebut, pakatan bukan sahaja menyentuh isu lapuk malah jelas menunjukkan kegagalan mereka melaksanakan pelbagai janji yang dibuat dalam manifesto pilihan raya umum yang lalu.

Perkara itu terbukti apabila para penceramah lain hanya menekankan mengenai hasil kejayaan dalam memberikan 20 meter padu air percuma kepada rakyat Selangor sedangkan isu lain seperti kegagalan menunaikan janji memberi elaun kepada ibu tunggal, warga emas, pelajar universiti langsung tidak disentuh.

Calon Pas DUN Hulu Kelang, Saari Sungib turut menyatakan tentang isu air percuma itu namun tidak langsung menyentuh mengenai janji lain dalam manifesto 2008 yang gagal dilaksanakan.

Ketua Penerangan Pas Hulu Kelang, Zainol Abidin Mohamed yang turut berceramah mengumumkan pelan manifesto tambahan pembangkang sekadar untuk menarik perhatian mereka yang hadir sedangkan hakikatnya ia sukar untuk dilaksanakan.

“Kita telah kaji dan tetapkan apabila pakatan ambil alih putrajaya, dlm tempoh 100 hari kita hapuslan tol, kita akan berikan pendidikan percuma, pakatan akan wujudkan caruman wanita nasional iaitu RM50 setahun dan RM10 oleh suami dan insentif khas untuk pasangan baharu berkahwin,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Advertisements

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “PRU-13: Tiada isu tagih undi, Azmin terpaksa main isu lapuk

  1. Pingback: PRU-13: Tiada isu tagih undi, Azmin terpaksa main isu lapuk - http://politik.blog.my | http://politik.blog.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s