Monthly Archives: April 2013

Senarai penuh calon BN selangor

Senarai Calon BN Yang Diumumkan Pada 16 Apr 2013 –

P.092 SABAK BERNAM
– Mohd Fasiah Mohd Fakeh
* N.01 Sungai Air Tawar
– Kamarol Zaki Abdul Malik
* N.02 Sabak
– Abd Halim Udin

P.093 SG. BESAR
– Dato’ Noriah Kasnon
* N.03 Sg  Panjang
– Budiman Mohd Zohdi
* N.04 Sekinchan
– Kek Seng Hooi

P.094 HULU SELANGOR
– P. Kamalanathan
* N.05 Hulu Bernam
– Dato’ Rosni Sohar
* N.06 Kuala Kubu Baharu
– Jessie Ooi
* N.07 Batang Kali
– Mat Nadzari Ahmad Dahlan

P.095 TG. KARANG
– Dato’ Seri Noh Omar
* N.08 Sg. Burong
– Dato’ Shamsuddin Lias
* N.09 Permatang
– Sulaiman Abd Razak

P.096 KUALA SELANGOR
– Datuk Irmohizam Ibrahim
* N.10 Bukit Melawati
– Jakiran Jacomah
* N.11 Ijok
– K. Parthiban
* N.12 Jeram
– Dato’ Amiruddin Setro

P.097 SELAYANG
– Dato’ Donald Lim Siang Chai
* N.13 Kuang
– Abdul Shukur Idrus
* N.14 Rawang
– Lee Li Yew
* N.15 Taman Templer
– Dato’ Seri Subahan Kamal

P.098 GOMBAK
– Datuk Dr. Rahman Ismail
* N.16 Batu Caves
– Rawichandran a/l Narayanan
* N.17 Gombak Setia
– Datuk Said Anuar Said Ahmad
* N.18 Hulu Kelang
– Abdul Rahim Kamarudin

P.099 AMPANG
– Dr. Rozaidah Talib
* N.19 Bukit Antarabangsa
– Mohamad Nadzim Ibrahim
* N.20 Lembah Jaya
– Dato’ Baderisham Jolly

P.100 PANDAN
– Gary Lim Chin Yee
* N.21 Chempaka
– Muhammad Faizal Sufar
* N.22 Teratai
– Liew Pok Boon

P.101 HULU LANGAT
– Adzhaliza Mohd Nor
* N.23 Dusun Tua
– Ismail Sani
* N.24 Semenyih
– Dato’ Johan Abd Aziz
* N.25 Kajang
– Lee Ban Seng

P.102 SERDANG
– Dato’ Yap Pian Hon
* N.26 Bangi
– Dato’ Mohd Zaidi Md Zain
* N.27 Balakong
– Dato’ Dr. Lai Kwong Choy
* N.28 Seri Kembangan
– Raymond Chin Toong Kang

P.103 PUCHONG
– Dato’ Loo Yeng Peng
* N.29 Seri Serdang
– Mohamad Yusof Mohamed Yasin
* N.30 Kinrara
– Dr. Kow Cheong Wei

P.104 KELANA JAYA
– Loh Seng Kok
* N.31 Subang Jaya
– Gan Meng Foo
* N.32 Seri Setia
– Tengku Ridwan Tengku Mansor

P.105 PJS
– Sheah Kok Fah
* N.33 Taman Medan
– Dato’ Dr. Wahab Ibrahim
* N.34 Bukit Gasing
– Juan Sei Chang

P.106 PJU
– Chiew Hoon Ling
* N.35 Kampung Tunku
– Chong Seng Foo
* N.36 Damansara Utama
– Dato’ Lim Choon Kim

P.107 SUBANG
– Prakash Rao a/l Appalanaidoo
* N.37 Bukit Lanjan
– Francis Chong Tuck Chiew
* N.38 Paya Jaras
– Dato’ Ir. Muhd Bushro Mat Johor
* N.39 Kota Damansara
– Halimaton Saadiah Borhan

P.108 SHAH ALAM
– Dato’ Zulkifli Noordin
* N.40 Kota Anggerik
– Ustaz Yusof Din
Mohd Yusof Din
* N.41 Batu Tiga
– Dato’ Ahmad Nawawi Dato’ M Zin

P.109 KAPAR
– Sakthivel
* N.42 Meru
– Sukaiman Ahmad
* N.43 Sementa
– Md Ghazali Mohd Amin
* N.44 Sungai Pinang
– Lee Chee Chun
* N.45 Selat Klang
– Faisal Yahya

P.110 KLANG
– Dato’ Teh Kim Poo
* N.46 Pelabuhan Klang
– Dato’ Nasaruddin Dato’ Md Zin
* N.47 Pandamaran
– Dato’ Dr. Ching Eu Boon
* N.48 Kota Alam Shah
– Datuk Maglin a/l Dennis D’Cruz

P.111 KOTA RAJA
– S. Murugesan
* N.49 Seri Andalas
– T. Mohan
* N.50 Sri Muda
– Mohd Abd Raof Mokhtar

P.112 KUALA LANGAT
– Kapt(B) Sharuddin Omar
* N.51 Sijangkang
– Zurihan Yusop
* N.52 Teluk Datuk
– Tan Cheng Kai
* N.53 Morib
– Hasiman Sidom

P.113 SEPANG
– Dato Seri Ir. Mohd Zin Mohamed
* N.54 Tanjong Sepat
– Nisman Yusof
* N.55 Dengkil
– Shahrum Dato’ Mohd Sharif
* N.56 Sungai Pelek
– Ng Chok Sin

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

BERITA Published: Jumaat April 12, 2013 MYT 9:10:00 PM Updated: Khamis April 11, 2013 MYT 11:30:28 PM Kepincangan Pakatan Pembangkang Serlah Kelemahan Parti – Hasan Ali

Kepincangan pakatan pembangkang dari segi moral, akidah dan kepimpinan dilihat semakin kritikal sehingga menampakkan kelemahan parti itu sendiri yang kini tidak mampu disembunyikan lagi.

Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali berkata kelemahan pakatan pembangkang itu jelas sekali menunjukkan parti itu tidak layak mendapat sokongan rakyat untuk diberi mandat mentadbir kerajaan.

Katanya, rakyat perlu peka dan tidak sesekali memberi ruang kepada mana-mana pihak yang tidak mempunyai kredibiliti sebagai sebuah parti yang utuh untuk memerintah negara.

“Kita sebagai rakyat tidak boleh menaruh walau sebutir kepercayaan dan keyakinan kepada pakatan pembangkang yang kononnya mengagungkan Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan mendaulatkan institusi Raja.

“Hal ini jelas terbukti dalam beberapa isu antaranya kalimah Allah yang hendak disyirikkan, negara Islam dan hukum Hudud digugurkan, fahaman liberalismeakan dijadikan asas bernegara manakala fahaman pluralisme akan dijadikan asasberagama,” katanya dalam sidang media di kediamannya di sini, Khamis.

Turut hadir Naib Presiden Jati Profesor Datuk Dr Sidek Baba dan Timbalannya Datuk Aidit Ghazali.

Hasan berkata pendirian yang diambil Jati itu adalah berdasarkan empat kaedah Usul Fiqh yang antaranya ialah Islam tidak mengizinkan sesuatu cara yang melanggar hukum Syarak dalam mencapai sesuatu matlamat, menolak sesuatu kebaikan yang dijanji kerana ia akan mendatangkan keburukan dan membuat pilihan yang kurang mudaratnya.

“Walaupun dalam Barisan Nasional (BN) masih wujud ruang untuk memperkasakan pelaksanaan Syariah serta akhlak yang mulia, tetapi ancaman dari segi akidah tidak wujud.

“Ini berbeza dengan pakatan pembangkang yang jelas menyokong pluralisme, liberalisme, sekularisme, Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) serta aliran pemikiran yang terkeluar dari landasan Islam yang tepat di mana ini semua mengancam kekuatan akidah umat Islam,” katanya.

Beliau berkata kaedah tersebut dikenal pasti hasil daripada beberapa perbincangan ahli majlis Syura Jati yang turut melibatkan mufti, alim ulama serta pakar ilmu Usul Fiqh yang diundang secara individu dan kolektif.

Sementara itu, Hasan menyeru rakyat agar bijak serta peka dengan realiti semasa pakatan pembangkang yang goyah dan adalah menjadi satu kewajipan rakyat untuk memilih parti selayaknya untuk mentadbir negara demi masa depan generasi akan datang.

“Rakyat mampu menilai sendiri kemampuan sesebuah parti dengan pemimpin yangberwibawa serta berintegriti,” katanya.

Mengulas mengenai Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada PRU13 ini, Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu, berkata Nik Aziz perlu bermuhasabah sebelum membuat keputusan itu memandangkan faktor usia serta tempoh beliau menyandang kerusi tersebut selama 23 tahun. “Seseorang pemimpin itu perlu ada ciri-ciri sebagaimana bakal Haji iaitu kuat fizikal, emosi stabil, serta berfikiran rasional,” katanya.

Hasan menegaskan, barisan kepimpinan Jati bersedia menghadapi kritikan sertacabaran daripada mana-mana pihak di atas pendirian yang dibuat ini yang dianggaptepat bagi menyokong sesuatu perjuangan yang sebenar.

Berkongsi pendapat sama, Sidek pula berkata Nik Aziz sudah menjadi alat kepada mereka yang menggunakan beliau untuk kepentingan parti kerana Nik Aziz merupakan pencetus stimulus yang menjadi kekuatan rakyat di Kelantan.

“Saya simpati dengan Nik Aziz kerana mereka ini menggunakan kata-kata beliau yang mampu memberi impak demi sokongan rakyat,” katanya yang juga bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim.-BERNAMA

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Ayam Sabung PAS

 

AYAM SABUNG PAS – MAT SABU LARI KE ISTANBUL!!

Di dalam kesibukan Pengerusi Bertindak Datum Jelatek (BBDJ), En. Salleh Samad berceramah di merata tempat, memperjuangkan isu Datum Jelatek, beliau sempat mengumpulkan ‘flyers – flyers’, ‘booklets’ dan ‘handouts’ yang di edarkan di tempat – tempat ceramah. Satu ‘flyer’ yang menarik minat beliau ia lah tentang skandal – skandal khalwat yang melibatkan beberapa pemimpin PAS (lihat gambar).

Satu daripada pemimpin PAS tersebut adalah Mat Sabu yang di gelar ‘ayam sabung’ PAS. Kes yang di maksudkan ialah Mat Sabu di tangkap khalwat di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan pada 31hb. Januari, 1995. Walaupun kes ini di bawa ke mahkamah, beliau telah ‘terlepas’ kerana saksi pendakwa ‘tidak ingat’ nombor bilik apabila di soal siasat.

Semasa kes tersebut sedang hangat, Mat Sabu telah menghilangkan diri dan tidak dapat di jejaki.

Secara kebetulan semasa Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek (BBDJ) En. Salleh Samad berada di Turkey atas urusan perniagaan, beliau telah terserempak dengan Mat Sabu, isteri dan anak sedang bersiar siar di Kota Istanbul. Mat Sabu terpandang En. Salleh Samad dan beliau tersipu sipu dan cuba mengalihkan pandangan ke arah lain. Mengapa ya??

Nota: Apabila kita ke luar negara, orang – orang Malaysia dengan mudah boleh mengenali orang – orang Malaysia yang lain, cara jalan nya, berpakaian nya, rupa nya, cakap nya……………..

DUNIA NI AMAT KECIL!!!

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

#PRU13: Tunku Aziz Dedah Rancangan Huru-Harakan Pilihan Raya Umum

Bekas Pengasas dan Presiden Transperancy International-Malaysia yang juga merupakan bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz hari ini mendakwa sememangnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai rancangan sulit untuk mencipta huru-hara dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Tunku Aziz berkata, rancangan sulit itu telah diatur dengan licik oleh PKR dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam menguruskan proses pengundian.

“Sesi latihan telah diadakan terhadap Agen Mengundi, Agen Pengiraan Undi dan Agen Booth/barung, secara ringkasnya dikenali sebagai PACABA, oleh suatu NGO dipanggil Tindak Malaysia.

photo 1

photo 2

“Salah satu aspek khas sesi latihan seumpama ini adalah berkaitan dengan pengajaran kepada pengundi bagaimana untuk mengawal kesulitan undinya,” kata Tunku Aziz dalam sidang media di Eastin Hotel di sini hari ini.

Selain itu, dakwa Tunku Aziz, PKR juga turut memilih beberapa individu yang akan mengambil bahagian menguruskan hari mengundi nanti dengan memberikan latihan terperinci supaya dapat membuatkan suasana hari mengundi menjadi tegang di beberapa kawasan terpilih.

Latihan terperinci telah diberikan kepada individu yang terlibat di negeri pentadbiran pembangkang sendiri.

“Orang yang menghadiri latihan seumpama ini adalah digalakkan untuk menjadi vokal dan mencabar kerani pilihan raya yang bertugas begitu juga dengan pegawai pengerusi atau Ketua Tempat Mengundi (KTM) untuk melakukan kesalahan pilihan raya jika mereka enggan mengeluarkan satu undi rawak kepada pengundi.

“Sesi latihan seumpama ini telah dijalankan di pelbagai tempat, di tempat milikan negeri tertentu di bawah pentadbiran kerajaan negeri PR dan juga di beberapa gereja,” katanya.

Secara tidak langsung, kekecohan yang dirancang oleh PKR dapat menerbitkan rasa tidak puas hati pengundi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan melengahkan lagi masa untuk membuang undi.

Justeru, Tunku Aziz berkata, menerbitkan rasa benci dan tidak percaya kepada SPR untuk menguruskan PRU13 akan dicapai oleh PKR selepas rancangan mencipta huru-hara itu berjaya dilaksanakan nanti.

“Semua ini adalah direka untuk mencipta satu pandangan negatif terhadap SPR, mencipta fitnah dan kemarahan umum terhadap SPR dengan itu membawa ia ke dalam penghinaan,” terang Tunku Aziz lagi.

Mengulas lanjut mengenai rancangan PKR itu, Tunku Aziz juga turut mengaitkan nama Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga dalam rancangan bersama Tindak Malaysia mencipta huru-hara semasa PRU13.

Beliau berkata, sekiranya Ambiga benar-benar mahukan proses pilihan raya berlaku dalam keadaan bersih dan adil, Ambiga seharusnya tampil ke hadapan menghalang rancangan licik PKR ini.

“Tindak Malaysia sendiri mengaku bekerjasama dengan Bersih dan Bersih juga dikenali umum mempunyai hubungan sangat erat dengan pemimpin-pemimpin daripada parti-parti politik yang menubuhkan pakatan longgar, Pakatan rakyat.

“Adakah Bersih membiarkan sesi-sesi latihan seumpama itu yang berkeraskan perawakan kertas undi oleh Tindak Malaysia yang bekerjasama dengan mereka dalam reformasi pilihan raya? Jika ya, adakah Bersih pernah menjadikan ini sebagai salah satu seruan mereka (rawakan kertas undi) kepada Suruhanjaya Pilihan Raya? Jika tidak, kenapa tidak? Adakah wujudnya suatu agenda berselindung?,” kata Tunku Aziz.

Satu surat bertarikh 15 Disember 2012 telah tersebar mendedahkan dokumen sulit dari PKR itu menyenaraikan pelbagai langkah untuk mencetuskan kekecohan dan rasa tidak puas hati terhadap SPR ketika hari mengundi.

Pendedahan Tunku Aziz mengenai institusi Tindak Malaysia yang menjadi pertubuhan utama mencipta huru-hara dalam PRU13 secara tidak langsung membenarkan kenyataan terperinci bahawasanya PKR sememangnya mempunyai rancangan jahat.

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=75353

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tarikh PRU 13

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan diadakan pada 5 Mei manakala penamaan calon ditetapkan pada 20 April.

Ini diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam satu sidang akhbar hari ini.

Ini bermakna tempoh kempen PRU13 adalah selama 15 hari, yang bermula selepas proses penamaan calon dan berakhir pada tengah malam 4 Mei.

Menurutnya, seramai 13,268,002 layak mengundi dalam pilihan raya umum ke-13 ini.

Aziz berkata, untuk PRU13 ini, SPR menggunakan daftar pemilih induk 2012, daftar tambahan suku tahun pertama 2012, daftar tambahan suku tahun kedua 2012, daftar tambahan suku tahun ketiga 2012 dan daftar tambahan suku tahun keempat 2012.

Manakala tarikh pengundian awal ditetapkan pada 30 April, katanya.

Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). 

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tarikh Pilihanraya ke 13 #pru13

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan diadakan pada 5 Mei manakala penamaan calon ditetapkan pada 20 April.

Ini diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dalam satu sidang akhbar hari ini.

Ini bermakna tempoh kempen PRU13 adalah selama 15 hari, yang bermula selepas proses penamaan calon dan berakhir pada tengah malam 4 Mei.

Menurutnya, seramai 13,268,002 layak mengundi dalam pilihan raya umum ke-13 ini.

Aziz berkata, untuk PRU13 ini, SPR menggunakan daftar pemilih induk 2012, daftar tambahan suku tahun pertama 2012, daftar tambahan suku tahun kedua 2012, daftar tambahan suku tahun ketiga 2012 dan daftar tambahan suku tahun keempat 2012.

Manakala tarikh pengundian awal ditetapkan pada 30 April, katanya.

Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). 

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Manifesto Barisan Nasional 2013 – Rakyat Didahulukan @najibrazak

Berikut intipati Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, malam ini.

Manifesto bertemakan ‘Menepati Janji Membawa Harapan’ itu, mengandungi janji BN untuk membawa negara ke peringkat lebih tinggi sekiranya diberikan mandate baharu dalam pilihan raya umum ke-13 nanti:

1. Menangani Kos Sara Hidup:

* Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan 

* Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150

* Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional

* Menambah bilangan Kedai Rakyat 1Malaysia 

* Memperkenalkan produk 1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya besar

* Membuka Klinik 1Malaysia di dalam kawasan komuniti padat penduduk

* Menyediakan lebih banyak Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibubapa bekerja

* Menurunkan yuran jalur lebar sekurang-kurangnya 20 peratus dengan jaminan bandwidth internet

* Melaksanakan dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas

* Memperkenalkan lebih banyak produk 1Malaysia yang digerakkan oleh GLC dan sektor swasta

 

2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar

* Menstruktur semula kerajaan termasuk mewujudkan kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran social dan ekonomi bandar

* Menambah perwakilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam dalam kerajaan tempatan

* Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar

* Mengambil alih penyelenggaraan prasarana perumahan awam

* Menyediakan perumahan awam berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja

* Membina kemudahan dan kawasan rekreasi bagi meningkatkan kualiti hidup di bandar

* Memastikan kemudahan pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan

* Menambah baik rangkaian pengangkutan antara bandar dan penempatan

* Membuka lebih banyak Anjung Singgah (pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan) di kawasan yang diperlukan

 

3. Menyediakan Rumah Mampu Milik

* Membina 1,000,000 buah rumah mampu milik – digerakkan oleh sektor awam dan swasta – termasuk 500,000 buah rumah PR1MA

* Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran

* Memperkenalkan skim sewa dan milik untuk projek perumahan kerajaan

* Memulihkan semula projek perumahan terbengkalai untuk melindungi pembeli rumah

* Mengambil alih penyelenggaraan semua Projek Perumahan Awam

* Membantu pemilik rumah berpendapatan rendah dan miskin untuk memperbaiki rumah mereka

* Menggantikan kawasan setinggan dengan kawasan perumahan tetap yang selesa

* Memperbaiki perumahan estet dan menyediakan rumah untuk bekas pekerja estet melalui perkongsian kerajaan-estet

* Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000

 

4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti

* Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat

* Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon – Utara, Selatan, Timur di Semenanjung, Sabah dan Sarawak 

* Mewujudkan kemudahan awam untuk rawatan dialisis buah pinggang di setiap kawasan penduduk berkepadatan tinggi

* Melaksanakan sistem kad prihatin kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bagi membolehkan mereka mendapat diskaun harga untuk ubat-ubatan tertentu  

* Memperkenalkan sistem sokongan kepada rumah penjagaan untuk golongan warga tua dan mereka yang menghidap sakit kronik 

 

5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam

* Mengembangkan perkhidmatan sistem bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya

* Terus memperluaskan sistem rel, MRT, LRT dan komuter

* Membina terminal bas, rel, dan teksi bersepadu di semua pekan dan bandar

* Menyusun semula laluan bas untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan memudahkan rakyat

* Meningkatkan jumlah permit teksi individu

* Melaksanakan rangkaian rel berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar 

 

6. Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar

* Memperbanyakkan lorong dan susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan 

* Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Semantan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah

* Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Baharu dan Gambang-Segamat

* Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping

* Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat

* Melaksanakan konsep Kampung Abad ke-21 bagi melonjak transformasi luar bandar dan membawa komuniti berkenaan ke dalam pembangunan arus perdana 

* Membina 6,300km lagi jalan raya berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500km di Sabah dan 2,800km di Sarawak yang memberi faedah kepada kira-kira 3.3 juta penduduk

* Menyelesaikan masalah bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan

* Memperluaskan bekalan air bersih untuk 320,000 rumah lagi di seluruh negara 

* Mempertingkatkan bekalan tenaga elektrik kepada 6,000 rumah lagi di Semenanjung, 60,000 rumah di Sabah dan 80,000 rumah di Sarawak

* Menggalakkan pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan kualiti perkhidmatan telefon bergerak dan liputan memuaskan di seluruh negara

 

7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif

* Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan 2 juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi

* Mencapai pendapatan per kapita AS$15,000 (RM45,000) menjelang 2020

* Menyediakan insentif khas untuk perniagaan inovatif dan kreatif bagi menjana lebih banyak pekerjaan dan kejayaan 

* Melaksanakan dasar yang adil dan saksama kepada semua kaum di Malaysia termasuk dasar menyokong pertumbuhan, penglibatan besar-besaran sektor swasta dan pembangunan pasaran modal

* Mempertingkatkan agenda Bumiputera termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak menerusi penyediaan peluang-peluang perniagaan, ekosistem yang kukuh (misalnya kemudahan pinjaman dan latihan) dan sokongan institusi

* Bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi menyediakan lebih banyak tanah dan meningkatkan produktiviti tanah sedia ada untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan ternakan

* Membuat pembaharuan dalam struktur cukai sedia ada ke arah sistem percukaian yang lebih terbuka serta mengurangkan cukai individu dan korporat secara berperingkat 

* Meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga melebihi 20 peratus daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang 

* Melaksanakan pelan transformasi SME dan melahirkan Syarikat Dagangan Negara untuk meneroka pasaran antarabangsa bagi produk SME 

* Melahirkan lebih banyak juara di peringkat serantau dan global dalam kalangan masyarakat Malaysia 

* Memastikan GLC terus membantu pembangunan usahawan melalui pemindahan pegangan bukan strategik GLC dan memperhebatkan program penyumberan luar kepada syarikat Bumiputera 

* Menyediakan dana saham amanah RM500 juta untuk meningkatkan pegangan ekuiti komuniti India kepada sekurang-kurangnya 3 peratus

* Menubuhkan sebuah Unit Khas bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dasar untuk mempertingkatkan kehidupan masyarakat India 

* Meningkatkan akses kredit mikro untuk semua rakyat Malaysia, termasuk RM100 juta diperuntukkan kepada penjaja dan peniaga kecil

 

8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara:

* Membawa Malaysia ke tahap ‘kategori tiga teratas’ dalam sistem pendidikan terbaik dunia dengan memperbaiki kualiti sekolah kebangsaan

* Memperbaiki penguasaan Bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar dari tahap prasekolah, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah

* Memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak 

* Menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik

* Meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh 

* Mengembangkan persekolahan satu sesi

* Merombak institut-institut perguruan dan menaikkan syarat pengambilan guru pelatih 

* Memperkenalkan sistem pembelajaran dan pengajaran yang mudah bagi Bahasa Malaysia di sekolah Cina dan Tamil 

* Membina lebih banyak sekolah, meliputi semua jenis sekolah, di kawasan yang mempunyai permintaan tinggi 

* Mempertingkatkan prestasi mata pelajaran Matematik dan Sains, dan membentuk kemahiran berfikir yang tinggi dalam kalangan pelajar 

* Menyediakan insentif kewangan sebanyak RM100,000 setahun kepada sekolah yang menawarkan kelas pendidikan khas 

* Menukar status Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil kepada sekolah bantuan penuh kerajaan jika sekolah berkenaan ingin berbuat demikian 

* Berikirar menyediakan makmal ICT di sekolah-sekolah yang memerlukannya

* Mentransformasikan sekolah vokasional menjadi kolej dan menambah kemasukan pelajar sebanyak 20 peratus

* Memperluaskan pendidikan prasekolah meliputi semua jenis sekolah

* Menyediakan laluan kerjaya baharu bagi membolehkan 420,000 guru dinaikkan pangkat segera berdasarkan prestasi 

* Menyediakan jalur lebar WiFi secara percuma dan terjamin di semua kampus institusi pengajian tinggi awam

* Memperkenalkan skim pemilikan komputer riba di sekolah-sekolah bersama dengan kemudahan Internet

 

9. Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam:

* Meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM, dengan tambahan 4,000 anggota polis pada setiap tahun

* Memasang lampu di jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan bagi mengurangkan lagi jenayah jalanan

* Mengukuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM dengan menambah 5,000 buah kenderaan tambahan

* Menambah baik kebajikan, profesionalisme dan keupayaan Polis, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

* Meningkatkan keupayaan keseluruhan Angkatan Tentera Malaysia untuk menangani apa jua bentuk pencerobohan dan ancaman luar

* Mempertahankan dan memperkuatkan Suruhanjaya Polis

* Menggunakan sistem 6P untuk mengekang pendatang asing tanpa izin

* Mewujudkan Program SafeCam untuk menghubungkan sistem CCTV swasta dengan awam

* Mengembangkan secara meluas penggunaan CCTV untuk memantau kawasan-kawasan laluan awam yang sibuk seperti kawasan letak kereta, kawasan riadah, pasar malam dan sekolah

* Memperkenalkan inisiatif keselamatan di kawasan skim perumahan awam

* Pengambilan tambahan 50,000 anggota Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis untuk membantu PDRM membuat rondaan dan menjadikan kawasan persekitaran lebih selamat

 

10. Memperkasa Penyertaan Wanita

* Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional 

 * Menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina 

* Menyediakan lebih banyak peluang bisnes dan ruang bagi menambah pendapatan untuk wanita supaya mereka lebih berkeupayaan untuk berdikari 

* Mewujudkan lebih banyak insentif untuk inisiatif bekerja dari rumah, dengan penekanan yang lebih besar kepada golongan ibu tunggal 

* Membuka pusat-pusat Asuhan 1Malaysia di semua pejabat Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta menggalakkan sektor swasta untuk melakukan perkara yang sama 

* Mengetatkan undang-undang untuk mencegah kejadian penderaan dan gangguan seksual di rumah dan di tempat kerja

 

11. Memenuhi Aspirasi Belia: 

* Memperuntukkan tabung latihan dan insentif kepada belia yang mahu melakukan usaha niaga komersial

* Menyediakan ruang komersial di dalam pusat membeli belah selama sehari pada setiap bulan untuk golongan belia mempamerkan dan memasarkan produk kreatif dan perkhidmatan mereka

* Mewujudkan inkubator bagi memupuk kualiti kepimpinan dan kreativiti

* Melahirkan belia yang lebih berdaya tahan menerusi aktiviti kesukarelawan dalam 1M4U

* Mewujudkan lebih banyak lokasi WIFI percuma dengan penekanan kepada kawasan luar bandar dan separa bandar

* Melahirkan lebih ramai atlet berprestasi tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa serta mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat

* Mengkaji semula undang-undang berkaitan hiburan untuk promosi seni persembahan dan kebudayaan

 

12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial:

* Memperhalusi dan menambah baik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu

* Menyediakan bantuan kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum

* Mengubah Brickfields di Kuala Lumpur menjadi zon mesra golongan orang buta supaya kawasan itu menjadi zon contoh yang bakal mendorong lebih banyak tempat seumpama itu disediakan bagi memenuhi keperluan golongan kurang upaya di tempat-tempat lain

* Mewujudkan mahkamah khas yang mempunyai status yang sama dengan Mahkamah Tinggi di bawah sistem kehakiman sedia ada, yang mana hakim-hakim akan dibantu oleh penasihat-penasihat yang dipilih dalam kalangan ketua komuniti untuk menyelesaikan isu-isu tanah pribumi

* Mewartakan semua tanah adat menerusi perundingan bersama kerajaan-kerajaan negeri

* Menyediakan lebih banyak peluang untuk menjana pendapatan dalam kalangan komuniti pribumi dan meningkatkan bilangan pengambilan pribumi ke dalam pendidikan vokasional, kolej dan universiti

* Menyediakan tabung untuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berdaftar dan gerakan masyarakat sivil  

 

13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:

* Mendukung Islam sebagai agama Persekutuan serta mempromosikan syiar dan syariat Islam mengikut prinisp Maqasid Syariah

* Memastikan agama-agama lain diamalkan dalam suasana aman dan harmoni

* Isu-isu berkaitan dengan golongan bukan Islam diletakkan di bawah bidang kuasa seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri

* Mempromosikan prinsip kesederhanaan (wasatiyyah) dalam semua pendekatan

* Meningkatkan inisiatif dalam menyatukan ummah

* Menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri

* Menaikkan pengecualian cukai untuk sumbangan ke atas pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah-rumah ibadat

* Meneruskan peruntukan tanah untuk pembinaan rumah ibadat

* Menyediakan lebih banyak bantuan kewangan kepada institusi-institusi agama berdaftar dan rumah-rumah ibadat

* Mempromosikan kebajikan imam, pegawai masjid dan guru Kafa dengan menyediakan gaji berasakaan perkhidmatan dan kenaikan gaji

* Meningkatkan kualiti Sekolah Agama Rakyat dan membenarkan para pelajarnya mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan infrastruktur pendidikan kerajaan

* Menyediakan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok

 

14. Memerangi Gejala Rasuah:

* Meningkatkan ketelusan dalam prosedur perolehan kerajaan dengan mendedahkan kontrak kepada awam

* Memberi kuasa kepada SPRM menerusi penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM yang akan bertanggungjawab terhadap perkhidmatan dan pengambilan kakitangan

* Menaik taraf kedudukan Ketua Pesuruhjaya dan pegawai kanan SPRM ke satu peringkat yang lebih tinggi 

* Memberikan penekanan yang sama rata terhadap siasatan dan tindakan yang dilakukan ke atas pemberi dan penerima rasuah 

* Akses yang cepat kepada Laporan Audit Prestai Ketua Audit Negara untuk tindakan segera   

* Menubuhkan Mahkamah Sesyen Khas Rasuah dan Mahkamah Tinggi tambahan untuk kes-kes rasuah 

* Melaksanakan akujanji integriti untuk ahli-ahli Parlimen dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri 

 

15. Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus

* Memperkenalkan Skim Gaji Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak tiga peratus kepada mereka yang mencapai gaji maksimum jika pada waktu tiada semakan gaji dilakukan

* Penambahbaikan skim perkhidmatan awam dengan menyediakan lebih banyak peluang kenalkan pangkat dan pembangunan bakat serta memastikan kualiti kehidupan penjawat awam terpelihara

* Melanjutkan tempoh kontrak para pegawai dan menyerap kakitangan yang cekap ke dalam perkhidmatan tetap

* Memperluaskan Pusat Transformasi Bandar ke semua bandar dan pekan utama

* ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’ bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang

* Menggerakkan dan memperkasa perkhidmatan awam, termasuk Pejabat-pejabat Daerah dan Kerajaan Tempatan, bagi memenuhi permintaan dan keprihatinan rakyat

* Menambah baik kaunter perkhidmatan menerusi pelantikan anggota-anggota barisan depan daripada pelbagai kaum dan memperluaskan perkhidmatan online untuk urusan pembayaran dan permohonan

* Memperkenalkan program-program pengambilan pekerja untuk memastikan keseimbangan antara kaum dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)

* Meningkatkan potensi, kemampuan dan kapasiti semua penjawat awam tanpa mengira kaum dan jantina

* Memberikan perhatian yang istimewa kepada orang kurang upaya untuk memanfaatkan potensi dan kemampuan yang mereka miliki

 

16. Gerakan Kesederhanaan Global:

* Berjuang untuk penubuhan sebuah negara Palestin

* Menyokong usaha menjadikan Asean sebuah komuniti ekonomi menjelang tahun 2015

* Berusaha memenangi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memainkan peranan utama dalam keamanan serantau dan keselamatan antarabangsa melalui dasar kesederhanaan 

* Meningkatkan hubungan ekonomi dan kepentingan bilateral dengan Negara rakan dagang utama dan ekonomi negara sedang membangun 

* Membentuk Dasar Luar yang menyokong kepentingan-kepentingan strategic politik, ekonomi dan keselamatan kita 

* Mengetuai usaha menentang jenayah-jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia dan dadah 

* Memperbanyakkan program ‘outreach’ kemanusiaan di wilayah-wilayah konflik seperti Gaza, Tebing Barat, selatan Thailand, Mindanao dan di mana sahaja 

 

17. Memulihara Sumber Semula Jadi:

* Menawarkan insentif kewangan kepada premis komersial dan persendirian yang melabur dalam sumber-sumber teknologi hijau yang boleh diperbaharui seperti tenaga suria dan biomas

* Memperuntukkan lebih banyak ruang untuk kawasan hijau di bandar-bandar utama

* Memulihara sungai dan anak sungai menerusi pertambahan peruntukan kewangan dan undang-undang yang lebih ketat, selain memperhebatkan usaha itu melalui program khas UNDP dan Sungai Nadi Kehidupan

* Menambah program pendidikan untuk menyemai sikap mencintai alam sekitar

* Memulihara hutan dan melaksanakan program penanaman semula hutan

* Menguatkuasa undang-undang yang ketat dan dikemas kini untuk mencegah kegiatan penerokaan secara haram di kawasan-kawasan strategik dan utama

* Menggunakan teknologi hijau dan terbaharu dalam pengurusan sistem pepejal.

 

manifesto ini boleh dimuat turun di sini

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Manifesto BN 2013

image

Antara intipati akujanji Barisan Nasional kepada rakyat Malaysia sekiranya diberi mandat pada PRU13 nanti.

Tekadkan pilihan anda… Undilah Barisan Nasional!

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

ULASAN TERHADAP RESOLUSI MUZAKARAH IKATAN MUSLIM MALAYSIA (ISMA) – Ulasan Tun Abdul Hamid

Saya merujuk kepada laporan Mingguan Malaysia 28 Mac 2013 muka 14 bertajuk “PRU: Pilih caluon muslim berwibawa”. Ruangan itu melaporkan resolusi yang dibuat di muzakarah Kefardhuan Mengundi Calon Muslim Berwibawa anjuran Ikatan Muslim Malaysia (ISMA).
Saya percaya muzakarah itu diadakan untuk memberi panduan kepada umat Islam di Malaysia bagaimana mereka patut memilih calon yang “mampu melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dengan baik mengikut neraca syarak supaya agenda memartabatkan Islam terus kukuh di negara ini”. Itu adalah satu usaha yang baik.
Untuk itu, muzakarah itu mengingatkan umat Islam “supaya tidak memilih calon yang mendokong fitrah bertentangan dengan agama Islam seperti liberalisme, sekularisme dan pluralisme.” Umat Islam dinasihatkan memilih calon-calon yang “amanah, kuat berkerja, berakhlak, setia dan mengutamakan perpaduan serta kesejaheraan rakyat.” Ingatan itu memanglah tepat.
Tetapi, pada pandangan saya, ada satu bahagian daripada resolusi muzakarah itu yang kurang tepat. Ianya ialah apabila ia mengatakan “umat Islam perlu memilih calon yang memenuhi kriteria sedemikian tanpa mengira parti kerana mereka adalah harapan dalam memperjuangkan agenda dan kepentingan Islam.”
Saya berkata demikian kerana dalam pilihan raya umum kita bukan memilih individu unutk menjadi ahli Parlimen atau untuk menubuhkan kerajaan seperti kita memilih ahli jawatankuasa sesebuah persatuan. Calon-calon itu bertanding atas tiket parti masing-masing yang mempunyai agenda perjuangan masing-masing. Mereka terikat dengan dasar dan pendirian parti atau kumpulan parti-parti masing-masing. Seperti amalan di Malaysia, mereka dikehendaki mematuhi dasar dan pendirian parti menyebabkan mereka tidak atau tidak dapat bertindak dengan bebas mengikut apa yang mereka sindiri, walaupun mereka orang-orang yang berwibawa, akan melakuannya. Ini kerana mereka “terikat” atau sekurang-kurangnya dipengaruhi oleh dasar atau pendiriaan parti atau kumpuan pariti-parti yang partinya menjadi ahli.
Misalan yang jelas ialah sikap yang ditunjukkan oleh “ulamak-ulamak” PAS. Kita lihat pendirian mereka mengenai sesuatu perkara yang secara terus memberi kesan terhadap agama dan umat Islam di Malaysia, misalnya isu penggunaan nama Allah oleh Gereja Katholik. Mereka memilih pendirian yang sesuai dengan pendirian parti-parti dalam pakatan mereka. Tetapi, apabila ia jelas suatu pendirian yang tidak popular, mereka mengubahnya. Banyak misalan lagi boleh diberi yang menunjukkan bahawa orang-orang yang bukan sahaja disifatkan “berwibwa”, malah “ulamak” pun tidak akan menyuarakan pendapat mereka yang sebenar keranan kekangan parti atau kepentingan peribadi seperti takut dikenakan tindakan disiplin.
Oleh sebab itu, dalam konteks PRU Ke-13, saya berpendapat, kita tidak patut hanya mengambil kira faktor kewibawaan individu. Kita perlu juga mengambil kira faktor parti dan pendirian parti-parti komponannya dalam isu-isu berkenaan. Umat Islam sepatutnya dinasihatkan memilih parti daripada gabungan parti-parti yang dasarnya “memperjuangkan agenda dan kepentingan Islam” dan lebih berkemungkinan akan dapat melaksanakannya. Sifat-sifat yang disebutkan itu memanglah perlu dalam memilih individu. Tetapi dalam konteks PRU Ke-13 pemilihan parti adalah lebih penting untuk tujuan tersebut. Individu akan mengikut parti.
Tun Abdul Hamid Mohamad
tunabdulhamid@gmail.com
29 Mac 2013

 

pautan asal

 

http://www.tunabdulhamid.my/index.php/speech-papers-lectures/item/507-ulasan-terhadap-resolusi-muzakarah-ikatan-muslim-malaysia-isma

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

MALAYSIA NEGARA ISLAM NEGARA SEKULAR?

MUZAKARAH PAKAR IKIM

MALAYSIA: KEMELUT NEGARA ISLAM NEGARA SEKULAR

19 Februari 2013

 

ISLAM DAN TAFSIRAN KEPERLEMBAGAAN OLEH MAHKAMAH DI MALAYSIA

Oleh

Tun Abdul Hamid Mohamad

(Mantan Ketua Hakim Negara)

 

Tafsiran Perlembagaan Persekutuan terletak dalam bidangkuasa mahkamah sivil.[i] Tugas ini dilakukan apabila persoalan keperlembagaan timbul dalam sesuatu kes di hadapan mahkamah itu. Jika keperluan itu berlaku, tugas hakim adalah “mentafsir” dan “menggunapakainya” (interprert and apply) kepada fakta kes berkenaan dan membuat keputusan. Kuasa mahkamah adalah untuk mentafsir peruntukan-peruntukan Perlembagaan itu, bukan memindanya atau menulis semula (rewrite) peruntukan-peruntukan itu sambil berselindung di sebalik perkataan “mentafsir”. Mahkamah bukan Parlimen. Masalahnya, kerap kali, orang memandang kepada mahkamah untuk menyelesaikan masalah Badan Perundangan[ii].

Dalam kertas ini saya beri tumpuan khas kepada tema muzakarah ini ia itu “Kemelot Negara Islam Nergara Sekular.”

Perkara 3

 

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan:

“3.  (1)  Islam ialah agama bagi Persekutuan……”[iii]

Sebagai perbandingan, Perlembagaan Pakistan, selain daripada mempunyai “preamble” (muqaddimah) yang panjang mengenai Islam, menyatakan bahawa nama negara Pakistan ialah “Islamic Republic of Pakistan” dan mengisytiharkan Islam sebagai Agama Negara (“State Religion”) Pakistan. Perlembagaan Iran menyataakan bahawa nama rasmi Iran ialah “Islamic Republic of Iran” dan bentuk kerajaannya ialah “Islamic Republic” (Perkara 2). Sebaliknya Perlembagaan India mempunyai “preamble” yang menyatakan bahawa India adalah sebuah negara “secular” dan, dalam Perlembagaan India, tidak terdapat peruntukan mengenaai agama negara itu. Perlembagaan Turki memperuntukkan bahawa Turki adalah sebuah negara “secular” (Perkara 2). Tetapi, bendaranya, walaupun berwarna merah, mempunyai simbol bulan dan bintang yang selalunya dikaitkan dengan Islam. Perkara 29(1) Perlembagaan Indonesia mengisytiharkan: Negara berdasar atas Ketuhanan Yang Maha Esa. Tidak disebut sama ada negara Indonesia sekular atau tidak dan agamanya. Sebelum penyatuan semula Jerman, nama rasmi Jerman Timur ialah “The German Democratic Republic” sedangkan nama Jerman Barat ialah “The Federal Republic of Germany.” Nama rasmi Korea Utara pula ialah “The Democratic People’s Republic of Korea” manakala nama rasmi Korea Selatan hanya “Republic of Korea”.

Saya percaya India tidak dikenali dan tidak pernah dirujuk sebagai sebuah “negara Islam”.  Tetapi, Turki, walau pun ia bersungguh-sungguh mengatakan ia sebuah negara sekular, mungkin oleh sebab ramai penduduknya yang bragama Islam dan sejarahnya yang berkait rapat dengan perkembangan Islam ke Eropah, kerap pula dirujuk sebagai sebuah “negara Islam”, terutama sekali oleh orang-orang Islam dari negara-negara lain. Pakistan dan Iran memanglah dikenali sebagai “negara Islam”, tidak kiralah apa maknanya. Di mata dunia, Malaysia bukan sahaja dilihat sebagai sebuah “negara Islam”, malah “negara Islam contoh di abad ini.” Tetapi, rakyat Malaysia sendiri, tertakluk kepada kepentingan politik semasa masing-masing, berbelah bagi mengenainya. Indonesia pula kerap disebuat sebagai negara yang mempunyai penduduk Islam yang terbanyak di dunia. Bagaimana jika Jerman Timur (dahulu) dan Korea Utara cuba ditonjolkan sebagai negara “demokratik” seperti nama masing-masing? Besar kemungkinan orang akan kewata.

Saya serahkan kepada para peserta muzakarah ini untuk membuat kesimpulan sendiri daripada fakta-fakta yang saya sebut itu, jika boleh dibuat apa-apa kesimplan.

Kes yang paling kerap dirujuk dalam hal Islam atau sekular itu ialah penghakiman Mahkamah Agung dalam kes Che Omar Bin Che Soh v. Public Prosecutor (1988) 2 MLJ 55. Kes ini didengar oleh lima orang hakim dan penghakimannya ditulis oleh Tun Salleh Abas. Kerapkali ia dirujuk sebagai otoriti bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular. Mari kita lihat dengan lebih dekat kes itu mengenai apa, apa keputusannya dan apa kesannya.

Persoalan dalam kes itu ialah sama ada hukuman mati bagi kesalahan mengedar dadah dan bagi kesalahan di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 bercanggah dengan ajaran Islam dan, oleh itu tak keperlembagaan dan tak sah  (unconstitutional and void). Peguam menghujahkan, oleh sebab Islam adalah “agama bagi Persekutuan” (Perkara 3(1)), dan oleh sebab Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama Persekutuan (Perkara 4(1), maka hukuman mati bagi kesalahan-kesalahan itu, yang bukan kesalahan “hudud” dan “qisas”, adalah bercanggah dengan ajaran Islam dan oleh itu tak keperlembagaan (unconstitutional).

Mahkamah tidak menjawab soalan sama ada hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan-kesalahaan itu bercanggah dengan ajaran Islam atau tidak. Mahkamah menimbang apa yang dimaksudkan dengan perkataan “Islam” dalam Perkara 3(1) oleh penggubal Perlembagaan. Untuk menjawab soalan itu, Mahkamah merujuk kepada sejarah semenjak campur tangan British dalam Negeri-Negeri Melayu dan memutuskan, secara rengkasnya, bahawa semasa penjajahan British, undang-undang Islam hanya terhad kepada undang-undang mengenai perkahwinan, perceraian dan pesaka sahaja. Pada pandangan mahkamah, demikianlah fahaman penggubal perlembagaan mengenai perkataan “Islam” dalam konteks Perkara 3(1) itu. Jika sebaliknya, kata penghakiman itu, tentu sekali ada satu peruntukan lagi dalam Perlembagaan yang memberi kesan bahawa mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan ajaran Islam menjadi taksah. Bukan sahaja itu tidak dilakukan, kata penghakiman itu seterusnya, sebaliknya Perkara 162 mengekalkan kesenambungan undang-undang sekular sebelum Perlembagaan (preserves the continuity of secular law prior to the Constitution”).[iv] Kesimpulannya, mahkamah menolak hujah peguam-peguam itu. Kesannya ialah kesalahan-kesalahn itu yang membawa hukuman mati adalah sah di sisi Perlembagaan.

Adakah mahkamah mengatakan bahawa Malaysia sebuah “negara sekular” atau “negara Islam”? Jawabnya tidak dan bukan itu persoalan yang perlu diputuskan oleh mahkamah.

Dalam penghakiman itu perkataan “secular” di sebut sebanyak tiga kali. Kali pertama dalam rangkai kata “secular institutions” semasa memetik daripada buku karangan M.B. Hooker. Dua kali lagi dalam rangkai kata “secular law” semasa merujuk kepada undang-undang yang berkuatkuasa pada hari Kemerdekaan.

Sebenarnya, penggunaan perkataan “secular” untuk meggambarkan institusi-institusi itu pun tidak asing daripada menimbulkan masalah. Apakah ukuran sesuatu institusi itu sekular atau “Islamic”. Jika kita kata institusi baitul mal itu “Islamic” bagaimana dengan Perbendaharaan? Jika Majlis Syura itu “Islamic”, bagaimana dengan Parlimen? Perlembagaan Pakistan menggunakan perkataan “Majlis Es-Syura (Parliament)”. Perlembagaan Malaysia menggunakan perkataan “Parliament”. Adakah Perlimen Pakistan “Islamic” dan Parlimen Malaysia sekular? Adakah Kabinet, Kementerian-kementerian, Jabatan-jabatan Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi, Hospital, sekolah, jalanraya, lapangan terbang, pelabuhan, Tenaga Nasional, Felda dan lain-lain semuanya sekular dan atas asas apa? Adakah sebuah negara Islam tidak patut ada semua itu kerana ianya sekular?

Penggunaan perkataan “secular” bagi undang-undang pun tidak sunyi daripada masalah. Adakah akta-akta yang dibuat oleh Parlimen dan Enakmen yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri semuanya sekular? Lihat Enakmen Acara Jenayah Syariah dan Enakmen Acara Mal Syariah, misalnya. Kebanyakn peruntukan-peruntukan itu diambil daripada Criminal Procedure Code dan Subordinate Courts’ Rules. Adakah peruntukan-peruntukan itu sekular apabila dipakai di mahkamah sivil dan menjadi “Syari’ah” apabila dipakai di Makhamah Syari’ah dan diberi nama “Syari’ah”? Adakah undang-undang jalan raya sekular sebab ia baru diwujudkan dalam abad dua puluhan. Jika di zaman Khalifah Umar Ibn Khattab r.a. ada kereta dan beliau membuat peratauran mengenai penggunaannya, mungkin hari ini peraturan itu akan dikenali sebagai “undang-undang jalanraya Syari’ah” dan jika had laju ditetapkan, mungkin ia akan dikenali sebagai “had laju Syari’ah” atau “had laju Islam” (mengikut penggunaan perkataan itu di Malaysia)!

Apakah intipati keputusan kes Che Omar Bin Che Soh? Jawabnya: hukuman mati bagi kesalahan mengedar dadah dan bagi kesalahan di bawah Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan sah.

Jika saya ditanya apakah pandangan saya mengenai kes Che Man Bin Che Soh, jawapan saya ialah saya bersetuju dengan keputusan itu. Hakikat bahawa Perkara 3 (1) mengatakan bahawa “Islam adalah agama bagi Persekutuan” tidak dengan sendirinya menjadikan semua undang-undang yang bercanggah dengan Syari’ah tak sah dan batal. Seperti yang dikatakan dalam penghakiman kes itu, jika itulah yang dikehendaki maka perlulah ada satu peruntukan lagi yang mengatakan mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan Hukum Syara’ adalah tak sah dan batal. Untuk mewujudkan sesuatu undang-undang, Parlimen atau Dewan Undangan Negeri perlulah membuat undang-undang itu, tertakluk kepada bidangkuasa masing-masing. Itulah system berparlimen yang kita pakai? Adakah system demokrasi berparlimen yang kita pakai juga “unIslamic”?

Ini bukan suatu perkara yang anih. Sebagai perbadingan, mari kita lihat Perlembagaan Pakistan secara sepintas lalu. Perlembagaan Pakistan mempunyai preamble yang panjang. (Saya akan baca terjemahan dalam Bahasa Melayu yang saya buat sendiri):

“Bahawa kedaulan ke atas seluruh alam (universe) hanyalah milik Allah Yang Maha Kuasa, dan kuasa yang akan dilaksanakan oleh rakyat Pakistan setakat had yang ditetapkan olehNya adalah satu amanah yang sacret[v].

………

Di mana prinsip-prinsip demokrasi, kebebasan, kesamataraan, toleransi dan keadilan sosial, seperti yang dinyatakan oleh Islam, hendaklah dipatuhi sepenuhnya;[vi]

 

Di mana orang-orang Islam akan dibolehkan mengatur kehidupan mereka sebagai individu dan kumpulan mengikut ajaran dan kehendak Islam seperti yang ditetapkan dalam Al-Qur’an dan Sunnah…..”[vii]

 

Perkara 1(1) memperutukkan:

“1.(1) Pakistan hendaklah menjadi Republik Persekutuan yang akan dikenali sebagai Republik Islam Pakistan, selepas ini dirujukkan sebagai Pakistan.”[viii]

 

“2. Islam hendaklah menjadi agama Negara Pakistan.

(“2. Islam shall be the State religion of Pakistan.”

 

“31(1) Langkah-langkah hendaklah diambil untuk membolehkan orang-orang Islam di Pakistan, secara perseorangan atau berkumpulan, untuk mengatur kehidupan mereka mengikut prinsip dan konsep asas Islam dan mengadakan kemudahan yang akan membolehkan mereka memahami erti kehidupan mengikut Al-Qur’an dan Sunnah.

(2) Negara hendaklah berusaha, mengenai orang-orang Islam Pakistan,-

(a) menjadikan pembelajaran Al-Qur’an dan ilmu-ilmu mengenai Islam wajib, menggalakkan dan memberi kemudahan pembelajaran Bahasa Arab dan memastikan percetakan dan pengeluaran Al-Qur’an yang betul dan tepat;

(b) menggalakkan perpaduan dan pematuhan standard moral keIslaman; dan

(c) mengadakan organisati zakat, waqaf dan masjid.”[ix]

 

“203C. (1) Hendaklah tertubuh bagi tujuan Chapter ini sebuah Mahkamah yang akan dikenali sebagai Mahkamah Syari’ah Persekutuan.

………..

203D. (1) Mahkamah boleh, sama ada atas kehendaknya sendiri atau di atas petisyen seorang warganegara Pakistan atau Kerajaan Perekutuan atau Kerajaan Daerah, meneliti dan memutuskan persoalan sama ada sesuatu undang-undang itu atau peruntukan sesuatu undang-undang itu bertentangan dengan ajaran Islam, sebagaimana yang ditetapkan dalam Al-Qur’an dan Sunnah Rasul Allah, selepas ini dirujuk sebagai Ajaran Islam.”[x]

 

Walau pun terdapat peruntukan-peruntukan seperti itu, selama beberapa dekad, Pakistan terus memakai Macaulay’s Penal Code yang serupa dengan Penal Code India dan Malaysia. Hanya semasa pemerintahan Presiden Muhammad Zia-Ul-Haq, barulah Penal Code dipinda dan dimasukkan hukuman Qisas, Diyat, Arsh, Daman and Ta’zir (Section 53). Pindaan juga dibuat kepada Chapter XVI “Of Offences Affecting The Human Body.” (Kesalahan mengenai badan manusia).

Ordinan Hudood (Pakistan) dibuat dalam tahun 1979 juga semasa pemerintahan Presiden Presiden Muhammad Zia-ul-Haq. Tetapi, disebabkan oleh bantahan orang ramai kerana ketidakadilan yang berlaku dalam pelaksanaannya bagi kes rogol, pada 1 Disember 2006, semasa pemerintahan Presiden Pervez Musharraf, ia dipinda oleh Women’s Protection Bill. Di bawah undang-undang baru itu, kesalahan merogol dituduh di bawah undang-undang sivil.

Apa yang saya hendak tunjukkkan ialah bahawa wujudnya peruntukan-perutukan sedemikian sekalipun, tidak dengan sendirinya mengubah undang-undang. Undang-undang perlu diuat oleh Badan Perundangan sebelum ia wujud dan boleh dilaksanakan. Itulah sistem berparlimen. Maka kita lihat undang-undang hudud tidak diwujudkan selama beberapa dekat, selepas itu diwujudkan dan kemudiannya sebahagiannya dijadikan semula kesalahan di bawah undang-undang sivil, sedangkan peruntukan Perlembagaan tidak berubah. Satu soalan yang timbul difikiran saya ialah: Apakah yang dibuat oleh Mahkamah Syariah Persekutuan itu? (Mungkin kita tidak mengetahui secukupnya).

Kembali kepada kes Che Omar bin Che Soh. Malangnya, penghakiman itu menggunakan perkataan “secular”, itu pun bukan untuk menggambarkan negara, tetapi institusi-institusi dan undang-undang. Itu pun penggunaannya tidak tepat dan perkataan itu tidak perlu digunakan. Disebabkan oleh kepentingan politik dan kumpulan, ia kerap dipetik di luar konteks bagi mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular, sedangkan Perlembagaan Persekutuan sendiri tidak sekali pun memakai perkataan “secular”. Perhatian tidak diberi kepada perisytiharan bahawa “Islam adalah agama bagi Persekutuan” sedangkan agama-agama lain sekali pun tidak disebut. Perhatian tidak diberi bahawa adanya peruntukan-peruntukan mengenai Ketua Agama Islam yang tidak ada bagi agama-agama lain. Perhatian tidak diberi bahawa terdapat peruntukan yang melarang pengembangan agama-agama lain di kalangan orang-orang Islam; bahawa terdapat peruntukan mengenai pemberian bidangkuasa kepada Badan Perundangan Negeri mengenai undang-undang Islam termasuk penubuhan mahkamah Syariah, pengwujudan kesalah-kesalahan mengenai “precept of Islam”, penubuhan dan pengurusan institusi-institusi Islam seperti Baitul Mal dan wakaf, yang semuanya tidak diperuntukkan bagi agama-agama lain. Adakah ini semua peruntukan sekular?

Adakah Perkara 3(1) itu satu peruntukan yang sesia? Saya kata tidak. Sekurang-kurangnya, dengan adanya peruntukan itu kita dikenali dunia sebagai sebuah “negara Islam”. Hari ini pun, di peringkat antarabangsa, Malaysia dikenali sebuah sebuah “negara Islam” dan mengaitkan Islam dengan Malaysia, sama ada mengenai perkara yang baik atau tidak baik. Malaysia dianggapkan sebagai contoh sebuah negara Islam maju di zaman ini. Kerajaan mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk pembangunan dan perkembangan perbankan Islam, kewangan Islam dan takaful sehingga kita berada di hadapan dalam bidang itu. Dalam negera, kita boleh melakukan aktiviti-aktiviti keIslaman dengan menggunakan dana awam, termasuklah membina Universiti-Universiti dan Kolej Islam, menubuh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, mengadakan tilawah Al-Qur’an, Majlis Agama Islam, Masjid-masjid, sekolah-sekolah agama Islam, rancangan agama dalam radio dan tevelisyen milik kerajaan,  hinggalah kepada majlis-majlis tahlil dan ceremah agama dalam waktu pejabat, di bangunan pejabat. Muzakarah ini pun dibuat dengan dana awam. Semua itu dilakukan atas dasar bahawa “Islam adalah agama bagi Malaysia.” Dan orang bukan Islam pun tidak berani membantahnya. Jika mereka membantah, bantahan mereka boleh ditolak dengan mudah.

Bayangkanlah jika tidak ada perisytiharan itu. Bolehkah semua itu dilakukan dengan mamakai dana awam, waktu pejabat, bangunan pejabat dan kakitangan kerajaan tanpa menimbulkan masalah? Bagaimana jika penganut agama-agama lain juga mahukan perkara yang serupa? Kita bina masjid, surau dan bilik solat dalam kapus universiti dan asrama pelajar. Bagaimana jika mereka menuntut dibina tokong, gereja dan gurdwara di kampus-kampus university awam kerana mereka juga mempunyai hak mengamalkan agama mereka mengikut cara mereka?

Katakanlah Perlembagaan kita menyebut bahawa agama bagi Malaysia adalah Kristian, Hindu atau Budha atau tidak menyebutnya langsung, bagaimana “landscape” Malaysia hari ini? Saya minta tuan-tuan dan puan-puan berfikir dan menjawab sendiri.

Satu perkara yang orang silap faham ialah, oleh sebab Perlembagaan Persekutuan memberi bidangkuasa perundangan (saya ulangi, bidangkuasa membuat undang-undang) dalam hal-hal yang ternyata dalam Senarai II (Senarai Negaeri) Jadual Kesembilan dan ia adalah terhad, maka mereka menganggap bahawa Perlembagaan kita menghalang Hukum Syarak dalam hal-hal lain dijadikan undang-undang. Itu tidak betul. Dewan Undangan Negeri tidak boleh melakukannya. Itu betul. Tetapi, tidak ada apa yang menghalang Parlimen Persekutuan melakukannya, jika hendak dilakukan. Malah ia telah pun dilakukan dalam perbankan Islam, kewangan Islam dan takaful dan Malaysia diiktiraf berada di kedudukan nombor satu di dunia, pada masa ini.

Selain daripada itu, kerapkali peguam-peguam sivil tidak tahu bahawa sesuatu undang-undang yang sedia ada itu adalah patuh Syari’ah, malah serupa dengan Syari’ah manakala ahli-ahli Syari’ah pula tidak tahu bahawa prinsi-prinsip Syari’ah telah pun dijadikan undang-undang. (Sila layari laman web saya untuk mengetahui denga lebih lanjut.)

Saya percaya jika hari ini disiytiharkan Malaysia akan melaksanakan Undang-Undang Islam sepenuhnya, lebih daripada 90% undang-undang yang sedia tidak akan berubah.

Saya berpendapat bahawa kita tidak sepatutnya melihat Kerajaan Rasul Allah s.a.w. di Madinah itu sebagai mercu pembangunan dan tamaddun Islam, bahawa semua institusi dan undang-undang yang ada pada masa itu sudah lengkap untuk sepanjang zaman dan tidak ada perubahan, pembaharuan, perbezaan dan pembaikan yang boleh dilakukan lagi, hingga ke akhir zaman. Sebaliknya, kita lihat Khalifah Umar Ibn Khattab r.a., misalnya, membuat beberapa pembaharuan. Demikian juga di zaman pemerintahan Bani Ummayyah, Abassaih, Adalusa hinggalah kepada Empayar Othmaniah dan ke hari ini. Memanglah ada perkara-perkara yang di larang oleh Islam yang diwujudkan, seperti institusi “harem” dan kelab lumba kuda. Yang pentingnya, bukan semua yang berlainan itu “unislamic” kerana ia tidak ada atau tidak serupa dengan apa yang ada di zaman pemerintahan Madinah. Ukuran yang kita patut guna ialah: “Adakah ia bercanggah dengan prinsip-prinsip Syariah?” Bukan, “Adakah ia berlainan atau sesuatu yang baru?” Apa yang saya katakan ini terpakai juga kepada undang-undang. (Sila layari laman web saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut.)

Mengenai undang-undang, mungkin banyak orang tidak tahu. Bank Negara Malaysia telah pun mengambil inisiatif untuk mencadangkan pindaan kepada mana-mana undang-undang yang dipakai dalam perbankan Islam, kewangan Islam, takaful, malah mu’amalat yang bercanggah dengan Syari’ah untuk menjadikannya patuh Syari’ah dan juga untuk menyerap prinsip-prinsip Syari’ah ke dalam undang-undang kita. Ini dilakukan dengan penubuhan Jawatankuasa Penyesuaian Undang-undang yang saya menjadi Pengerusinya.

Setakat ini, kami telah dan sedang mengkaji 17 undang-undang, termasuklah Kanun Tanah Negara. Satu peruntukan telah pun dimasukkan ke dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2012. (Sila layari laman web saya).

Maka, hari ini, saya memohon kerjasama para peserta muzakarah ini. Sesiapa yang telah mengenal pasti peruntukan mana dalam undang-undang mana yang bercanggah dengan Syari’ah dan patut dipinda supaya ia selaras dengan Syari’ah, silalah kemukakan penemuan dan cadangan itu kepada saya atau kepada Jawatankuasa Penyesuaian Undang-Undang, Bank Negara Malaysia. Nyatakan kedudukan Syari’ahnya dan alasannya. Pada masa ini kita tumpukan kepada bidang muamalat dahulu.

Marilah sama-sama kita mengisi “keislaman” Malaysia sebagai ganti kepada berbahas sama ada Malaysia sebuah negara Islam atau negara sekular.

Terima kasih

tunabdulhamid@gmail.com

http://www.tunabdulhamid.my


NOTA

 

[i] Kamariah bt Ali lwn Kerajaan Negeri Kelantan, Malaysia & Yg Ln (dan 3 Rayuan Yg Ln) [2002] 3 AMR 3512; Latifah bte Mat Zin v Rosmawati bte Sharibun & Anor (2007) 5 MLJ 101; Abdul Kahar Bin Ahmad v Kerjaan Negeri Selangor Daru Ehsan(dam 2 Yg Ln) (2009) 4 677.

[ii] The problem is, everyone looks to the court to solve the problem of the Legislature.- per Abdul Hamid Mohamad FCJ in Latifah Bte Mat Zin v Rosmawati Bte Sharibun & Anor (2007) 4 AMR 621 F.C.

[iii] “3. (1) Islam is the religion of the Federation…….”;

[iv]Thus, it can be seen that during the British colonial period, through their system of indirect rule and establishment of secular institutions, Islamic law was rendered isolated in a narrow confinement of the law of marriage, divorce, and inheritance only. (See M.B. Hooker, Islamic Law in South-east Asia, 1984.)

In our view, it is in this sense of dichotomy that the framers of the Constitution understood the meaning of the word “Islam” in the context of Article 3. If it had been otherwise, there would have been another provision in the Constitution which would have the effect that any law contrary to the injunction of Islam will be void. Far from making such provision, Article 162, on the other hand, purposely preserves the continuity of secular law prior to the Constitution, unless such law is contrary to the latter.

It would thus appear that not much reliance can be placed on the wording of Article 3 to sustain the submission that punishment of death for the offence of drug trafficking, or any other offence, will be void as being unconstitutional.”

[v] Whereas sovereignty over the entire Universe belongs to Almighty Allah alone, and the authority to be exercised by the people of Pakistan within the limits prescribed by Him is a sacred trust;

[vi] Wherein the principles of democracy, freedom, equality, tolerance and social justice, as enunciated by Islam, shall be fully observed;

[vii] Wherein the Muslims shall be enabled to order their lives in the individual and  collective  spheres  in  accordance  with  the  teachings  and  requirements  of Islam as set out in the Holy Quran and Sunnah;…..”

[viii] “1.(1) Pakistan shall be Federal Republic to be known as the Islamic Republic of Pakistan, hereinafter referred to as Pakistan.”

[ix]31.(1) Steps shall be taken to enable the Muslims of Pakistan, individually and collectively, to order their lives in accordance with the fundamental principles and basic concepts of Islam and to provide facilities whereby they may be enabled to understand the meaning of life according to the Holy Quran and Sunnah.

(2) The State shall endeavour, as respects the Muslims of Pakistan,—

(a) to make the teaching of the Holy Quran and Islamiat compulsory, to encourage and facilitate the learning of Arabic language and to secure correct and exact printing and publishing of the Holy Quran;

(b)  to promote unity  and  the  observance  of  the  Islamic  moral standards; and

(c) to secure the proper organisation of zakat 1[ushr,] auqaf and mosques.”

[x] “203C.(1) There shall be constituted for the purposes of this Chapter a Court to be called the Federal Shariat Court.

………….

203D.(1) The Court may,  either of its own motion or on the petition of a citizen of Pakistan or the Federal Government or a Provincial Government, examine and decide the question whether or not any law or provision of law is repugnant to the Injunctions of Islam, as laid down in the Holy Quran and the Sunnah of the Holy Prophet, hereinafter referred to as the Injunctions of Islam.”

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda