Monthly Archives: May 2013

Senarai penuh kabinet 2013

Complete list of Malaysia’s new Cabinet line-up after #GE13.

Prime Minister
Najib Razak (UMNO)

Deputy Prime Minister
Muhyiddin Yassin (UMNO)

Prime Minister’s Department:
Ministers:
1. Jamil Khir Baharom (UMNO)
2. Abdul Wahid Omar (Senator)
3. Idris Jala (senator)
4. Joseph Kurup (PBRS)
5. Shahidan KAssim (UMNO)
6. Nancy Shukri (PBB)
7. Paul Low Seng Kwan (senator)
8. Joseph Entulu Belaun (PRS)

Deputy Ministers:
1. Razali Ibrahim (UMNO)
2. Waytha Moorthy Ponnusamy (Senator)

Ministry of Finance
1. Minister of Finance 1: Najib Razak (UMNO)
2. Minister of Finance 2: Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (UMNO)

Deputy Minister of Finance
3. Ahmad Maslan (UMNO)

Ministry of Transport
1. Minister: (Acting – post being held open pending MCA decision) Hishammuddin Hussein (UMNO)
2. Deputy Minister: Ab Aziz Kaprawi (UMNO)

Ministry of Defence
1. Minister: Hishammuddin Hussein (UMNO)
2. Deputy Minister: Abdul Rahim Bakri (UMNO)

Ministry of Home Affairs
1. Minister: Ahmad Zahid Hamidi (UMNO)
2. Deputy Minister: Wan Junaidi Tuanku Jaafar (PBB)

Ministry of Education & Higher Learning
1. Minister 1: Muhyiddin Yassin (UMNO)
2. Minister 2: Idris Jusoh (UMNO
3. Deputy Minister 1: Mary Yap Kain Ching (PBS)
4. Deputy Minister 2: P. Kamalanathan (MIC)

Ministry of Works
1. Minister: Fadillah Yusof (PBB)
2. Deputy Minister: Rosnah Abdul Rashid Shirlin (UMNO)

Ministry of International Trade & Industry
1. Minister: Mustapa Mohamed (UMNO)
2. Deputy Minister: Hamim Samuri (UMNO)

Ministry of Foreign Affairs
1. Minister: Anifah Aman (UMNO)
2. Deputy Minister: Hamzah Zainuddin

Ministry of Domestic Trade, Co-operatives and Consumerism
1. Minister: Hasan Malek (UMNO)
2. Deputy Minister: Ahmad Bashah Mohamad Hanipah (Senator)

Ministry of Communication & Multimedia
1. Minister: Ahmad Shabery Cheek (UMNO)
2. Deputy Minister: Jailani Johari (UMNO)

Ministry of Human Resources
1. Minister: Richard Riot Jaem (SUPP)
2. Deputy Minister: Ismail Abdul Muttalib (UMNO)

Advertisement

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Senarai Kabinet Malaysia 2013

Berikut adalah senarai menteri dalam kabinet yang diumumkan Najib

Perdana menteri: Najib Razak
Timbalan Perdana Menteri: Muhyiddin Yassin

Jabatan perdana menteri: Jamil Khir Baharom, Abdul Wahid Omar (senator berkuatkuasa 5 Jun), Idris Jala (senator) , Joseph Kurup, Shahidan Kasim, Nancy Shukri, Joseph Entulu, Paul Low (senator)

Kewangan: Najib Razak
Menteri II: Husni Hanadzlah

Pelajaran: Muhyiddin Yassin
Menteri II: Idris Jusoh

Pertahanan: Hishamuddin Hussein

Pengangkutan: (Dipangku Hishamuddin Hussein)

Menteri dalam negeri: Zahid Hamidi

JKR: Fadillah Jusof

Perdagangan luar negerii: Mustapa Mohamed

Menteri luar: Anifah Aman

KPDNKK: Hasan Malik

Komunikasi dan multimedia: Ahmad Shabery

Sumber Manusia: Richard Riot

Kemajuan luar bandar: Shafie Apdal

Kesejahteraan bandar: Abdul Rahman Dahlan

Sukan: Khairy Jamaluddin

Kesihatan: Subramaniam

Wilayah Persekutuan: Tengku Adnan

Perladangan dan komoditi: Douglas embas

Tenaga, air: Maximus Ongkili

Asas tani: Ismail Sabri

Pelancongan: Nazri Aziz

Sains, teknologi dan inovasi: Ewon Ebin

Sumber Asli: G Palanivel

Wanita: Rohani Abdul Karim

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Terima kasih buat semua

Saya ingin ambil kesempatan mengucapkan terima kasih buat semua pengundi yang telah mengundi Barisan Nasional di taman keramat terutama di pusat mengundi enggang utara dan enggang selatan di mana kedua2 peti undi telah menang pada pru 14.

Terima kasih juga kepada seluruh jentera yang telah membantu selama ini.

Sesungguhnya..kita hanya merancang..Allah swt yang menentukan.

Kita usaha lagi pada pru 14.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Warkah untuk rakyat Malaysia #fb

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Hari ini negara tercinta Malaysia berada di persimpangan antara masa hadapan yang penuh peluang dan harapan serta masa hadapan yang sarat dengan ketidaktentuan dan pertelingkahan. Di tangan Tuan-Tuan dan Puan-Puan ,  serta 13 juta warga  Malaysia yang lain  terletak kuasa untuk membuat keputusan mengenai  siapakah yang terbaik untuk diberikan amanah serta tanggungjawab bagi meneraju negara bertuah ini untuk tempoh lima tahun yang akan datang.
 
Empat tahun yang lalu merupakan tempoh yang mencabar untuk kita semua. Di dalam persekitaran ekonomi global yang amat mencabar kerajaan dan rakyat Malaysia telah berjaya hasil kerjasama semua  meletakkan ekonomi Malaysia di landasan yang betul untuk pertumbuhan berterusan, meningkatkan hasil negara yang digunakan untuk meringankan beban kehidupan rakyat,   merangsang penciptaan peluang pekerjaan yang mencukupi dan meningkatkan kemakmuran untuk semua.  
 
Ia bukanlah perjalanan yang mudah bagi kami  parti yang diberikan amanah sebagai kerajaan oleh tuan-tuan dan puan-puan. Dalam sesetengah perkara kami perlu mengambil keputusan yang perit tetapi perlu. Dalam keadaan ini  kami tidak bertindak sebagai ahli politik populis tetapi sebaliknya bertindak  setelah mengkaji secara teliti kesan jangka panjang keputusan yang bakal diambil bukan sahaja terhadap generasi hari ini tetapi juga generasi masa depan negara ini, kami tidak rela mewariskan sebuah negara yang gagal kepada anak-anak kita.
 
Setelah melalui proses mendengar, merundingi serta memperoleh input dari semua pihak kami telah merangka pelan yang kami yakin terbaik untuk  semua rakyat Malaysia untuk tempoh lima tahun akan datang malahan sehinggga tahun 2020. Sesungguhnya Tuan-tuan dan Puan-puan mampu merasai sendiri keberkesanan segala usaha yang telah saya dan rakan-rakan lakukan setakat ini. Berikanlah kami Kerajaan Barisan Nasional  peluang untuk terus berkhidmat demi kepentingan tuan-tuan dan puan-puan  bagi meningkatkan lagi mutu kehidupan kita dan anak-anak kita serta demi masa depan yang lebih sejahtera serta makmur.    Berilah kepercayaan kepada Kerajaan BN bagi meneruskan  usaha bakti buat Malaysia dan seluruh rakyatnya.
 
PRU kali ini  perlulah ditentukan bersandarkan  menepati janji, mendukung harapan dan  kebolehpercayaan. Tidak sepatutnya wujud ruang untuk mereka yang menabur janji tidak kredibel dan akhirnya tidak mampu ditunaikan, gemar menyebar fitnah, memanipulasi fakta serta meraih sokongan berasaskan kebencian serta perpecahan.
 
Demi anak-anak Malaysia fikirkan semasak-masaknya, sebelum membuat keputusan kerana pilihan tuan-tuan dan puan-puan akan mempunyai kesan yang amat besar untuk masa hadapan kita.
 
Undi tuan-tuan dan puan-puan  sewajarnya menjadi– UNDI untuk Malaysia  yang maju dan progresif, UNDI untuk Malaysia  yang menuju   transformasi politik, ekonomi dan sosial yang menyeluruh , Malaysia di mana kita semua, dapat hidup dengan bangga dan bermaruah     di bawah payung  falsafah 1Malaysia.
 
 
Yang ikhlas,

Najib Razak
Pengerusi Barsian Nasional

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda