Monthly Archives: August 2013

Pindaan tarikh mesyuarat cawangan umno 2013

SIARAN MEDIA
11 OGOS 2013

Dimaklumkan Presiden UMNO, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin telah bersetuju untuk meminda tarikh mesyuarat Cawangan UMNO, mesyuarat Bahagian UMNO dan penamaan calon untuk pemilihan parti kepada tarikh yang ditetapkan. Tarikh baru adalah seperti berikut:

I. Mesyuarat Cawangan UMNO dilanjutkan daripada 31 Ogos kepada 15 September 2013;

II. Pendaftaran penamaan calon untuk pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri daripada 7 September kepada 21 September 2013;

III. Mesyuarat pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri ditetapkan pada 12 Oktober 2013;

IV. Penamaan calon untuk pemilihan Majlis Tertinggi UMNO daripada 7 September kepada 28 September
2013;

V. Mesyuarat Bahagian dan hari pemilihan Majlis Tertinggi UMNO dipinda daripada 5 Oktober kepada 19 Oktober 2013.

Pindaan tersebut dibuat berikutan cadangan dan permintaan dari UMNO Bahagian-bahagian dan Cawangan-cawangan yang antaranya ialah tarikh
mesyuarat Cawangan sebelum ini berlangsung dalam bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri dan tamat tempoh mesyuarat pada 31 Ogos 2013. Dalam masa yang sama dua pemimpin negara luar iaitu Presiden China dan Presiden Amerika Syarikat juga akan berkunjung ke negara ini pada awal Oktober 2013 dan persediaan untuk menerima kedatangan tetamu negara ini perlu dibuat.

Dengan demikian maka Presiden, Timbalan Presiden dan pengurusan UMNO telah bersetuju kepada tarikh-tarikh baru ini. Pihak pengurusan UMNO juga telah memaklumkan kepada ahli Majlis Tertinggi parti berkenaan dengan perkara tersebut.

Sekian dimaklumkan, Terima kasih.

DATUK SERI TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR
(Setiausaha Agung UMNO)

Advertisement

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

NOTIS MESYUARAT TAHUNAN DAN PEMILIHAN UMNO CAWANGAN DAN PERGERAKAN WANITA DAN PEMUDA UMNO CAWANGAN JALAN ENGGANG 2013

Image

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pemilihan UMNO, Aturan dan Kaedah Pemilihan

Menjelang pemilihan UMNO yang bakal berlangsung pada September dan Oktober ini, Ibu Pejabat UMNO telah mengeluarkan surat pekeliling kepada UMNO Bahagian berkaitan butiran dan kaedah pelaksanaannya agar ia dapat difahami dan pelaksanaannya berlangsung lancar.

Berikut adalah surat pekeliling yang dikeluarkan:

SURAT PEKELILING IBU PEJABAT BIL : 02/13

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang bersidang pada 26 Julai 2013 telah memutuskan perkara-perkara seperti berikut:

2.1 ATURAN KAEDAH PEMILIHAN DAN BORANG PENDAFTARAN

2.1.1 Kaedah pemilihan akan diadakan secara serentak di semua 191 Bahagian

2.1.2 Borang pendaftaran akan diagihkan seminggu lebih awal oleh Ibu Pejabat

2.1.3 Borang tersebut hendaklah diserahkan di pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri masing-masing dan perlu disertakan nama wakil calon serta mendapat pengesahan kelayakan bertanding daripada pihak Bahagian

2.2 TARIKH PENDAFTARAN CALON

2.2.1 Tarikh pendaftaran calon yang ingin bertanding bagi semua jawatan sama ada di peringkat Ahli Majlis Tertinggi, Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia, peringkat Jawatankuasa Bahagian dan peringkat Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian ditetapkan pada 7 September 2013 (Sabtu) bertempat di pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri masing-masing.

2.3 MESYUARAT PERWAKILAN DAN PEMILIHAN PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO BAHAGIAN

2.3.1 Tarikh mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian diadakan serentak pada 28 September 2013 (Sabtu).

2.4 PEMILIHAN EXCO PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO MALAYSIA

2.4.1 Tarikh pemilihan Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia diadakan serentak pada 28 September 2013 (Sabtu).

2.5 MESYUARAT PERWAKILAN DAN PEMILIHAN BAHAGIAN

2.5.1 Tarikh Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan di peringkat Bahagian diadakan serentak pada 5 Oktober 2013 (Sabtu).

2.6 PEMILIHAN AHLI MAJLIS TERTINGGI DAN WAKIL BAHAGIAN KE PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2013

2.6.1 Tarikh Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi dan Wakil Bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO 2013 diadakan serentak pada 5 Oktober 2013 (Sabtu).

2.7 LAIN-LAIN PERKARA

2.7.1 Notis Persidangan

• Notis Persidangan bertulis perlulah dikeluarkan kepada ahli yang layak menghadiri Persidangan selaras Perkara 6 Peraturan Persidangan dan penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, bunting dan banner serta sistem pesanan ringkas (SMS) adalah DIBENARKAN sebagai dokumen sokongan kepada kaedah sedia ada sebelum ini

2.7.2 Tempoh Bantahan Persidangan

• Tempoh bantahan Persidangan disemua peringkat sekiranya ada perlulah dibuat dalam tempoh masa 3 hari selepas Persidangan diadakan

2.7.3 Had Umur Kelayakan Bertanding

• Bagi mana-mana Ahli Pergerakan Pemuda yang lahir pada tahun 1973 adalah LAYAK bertanding sebarang jawatan didalam Pergerakan Pemuda.

2.7.4 Cukup Bilang (Korum) Persidangan

• Cukup Bilang (Korum) Persidangan adalah ¼ daripada jumlah wakil-wakil atau ahli yang berhak hadir selaras Fasal 11.1 Peraturan Persidangan. Jika tidak ada ¼ bilangan Korum, Pengerusi boleh menangguhkan persidangan selama 1 jam dan jika masih tidak cukup bilang (Korum) maka bolehlah merujuk kepada Perlembagaan.
• Bagi Pergerakan Sayap-sayap, bilangan cukup bilang adalah seramai 11 orang memandangkan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap adalah terkecuali serta had umur bagi Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap dibenarkan melebihi umur 40 tahun yang terdiri daripada Ahli Pergerakan dalam tempoh penggal berkenaan dan terpakai disemua peringkat.

2.7.5 Makluman pengoperasian Call-centre Ibu Pejabat

• Mana-mana Ahli yang ingin mendapatkan sebarang maklumat berkaitan pemilihan bolehlah menghubungi talian bebas tol 1800-22-8666 bermula 1 September 2013

2.7.6 Larangan-larangan semasa tahun pemilihan

• Larangan-larangan semasa tahun pemilihan adalah terpakai sepertimana yang terkandung di dalam Tataetika Ahli

2.7.7 Cawangan Yang Kurang daripada 50 ahli di negeri Sabah

• Bagi Cawangan-cawangan di negeri Sabah yang kurang 50 Ahli didalam Cawangan tersebut perlulah menggunapakai kaedah yang ditetapkan terdahulu.

3. Sekian dimaklumkan, semoga segala keputusan di atas akan diambil tindakan sewajarnya oleh Yang Berhormat/ Yang Berbahagia.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.

BERSATU – BERSETIA – BERKHIDMAT

TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda