Author Archives: Mohammad Roslan

About Mohammad Roslan

Original Mamak Penang. Born In Penang. Involved in various food business for past 20 years in Prepared Food Industries, Hotels, Restaurants,Food out-let, Industrial Canteens, Cafeteria. Dip.In Hotel Management, Dip. In Food Hygiene, Cert.In Air Condition & Refrigeration.Local Food Executive Chef. .

KEKEJAMAN ASKAR BANGKOK TERHADAP PENDUDUK ISLAM SELATAN THAI-AMNESTY INTERNATIONAL – malaysiakini

 

DITANAM HIDUP SELURUH BADAN KEDALAM TANAH DAN  DI LEMASKAN DENGAN BEG PLASTIK!.

 

Penderaan yang sadis memang dikenali di kalangan penduduk Melayu Islam Selatan Thailand memang dikenali.Pendedahan “Amenesty International ” sebuah badan yang mengawasi Hak-Hak Kemanusiaan Antara – Bangsa dalam lapuran khasnya setebal 34 muka surat , pada Selasa 14,Januari 2009 telah mendedahkan kekejaman  dan penyiksaan lampau yang dilakukan oleh askar-askar Thailand ke atas penduduk  Selatan Thai yang terdiri  dari  keturunan Melayu Islam dalam sidang media khas di Bangkok.

 

Kes 1: Seorang penduduk yang berkerja sebagai penoreh getah,ditangkap oleh askar pada februari 2008.Dia telah siksa terlalu kejam selama 2 minggu tanpa henti.Dia telah dipukul begitu teruk dan disodomi dengan kayu.Dilemaskan dengan menggunakan beg plastic.

 

Kes2: Seorang wanita dan anaknya di bawa oleh askar.Wanita itu dipukul untuk mnegetahui kedudukan suminya konon  adalah anggota militant pemisah.Anaknya dibawa ketempat lain untuk melemahkan wanita supaya dia mengaku dia tahu di mana suaminya.

 

Kes3: Kisah ini lagi menyayatkan hati..tiga penoreh getah telah di bawa askar.Salah seorang daripada mereka dipukul dengan sebatang besi sehingga menemui maut.Dua yang lain digantung kaki keatas dan kepala kebawah di jadikan “punching bag” tomoi (seperti beg pasir yang digunakan latihan tinju) i dan di tumbuk beratusan kali oleh askar-askar thai ala tinju Thai yang popular “Tomoi”.Mereka juga disiksa dengan menusuk jarum di jari,muka dan di alat sulit.Tindakan yng langgsung tidak berperikemanusiaan!.Kisah-kisah lanjut boleh didapati di http://www.amnesty.org.uk/news_details.asp?.news

Sejak pemberontakan oleh penduduk-penduduk Islam Selatan Thai yang terbesar pada tahun 2004 dan sehingga kini dianggarkan seramai 3,500 pejuang Islam telah terkorban dalam konflik dalaman negara Thailand.45% daripada keseluruhan Tentera Thai sedang berada di Selatan.Siapakah pemisah pejuang Islam ini atau di gelar oleh kerajaan Thai “pengganas Selatan Thai “?.Kenapa kita sebagai serumpun Melayu dan juga Saudara seislam tidak mengambil kisah dengan pejuang-pejuang Islam ini yang semakin hari semakin di gasak dengan kejam oleh Tentera Thai?.Kenapa kerajaan Malaysia membisu dalam soal kumpulan pejuang Islam ini?.Mungkin kerana perjanjian Asean yang mensyaratkankan urusan dalaman negara ahli-ahli negara lain  tidak boleh campur tangan oleh negara lain dalam Asean!.(Ia juga mungkin sama dengan Perjanjian Kem Davis yang ditandatangani oleh Mesir dan Jordan dengan Yahudi ,yang mana Mesir tidak dapat lakukan apa-apa untuk Kumpulan Hamas).Bukankah pada suatu masa dulu bila krisis Politik negara memuncak media utama negara-negara jiran ini terutamanya Thailand,Singapura,Manila dan Indonesia  terlalu fanatik dalam mengutuk Perdana Menteri kita yang dihormati dan sayangi pada masa itu Tun Dr.Mahatir untuk membela penentangnya yang dilucutkan jawatan.Laporan-laporan yang tidak berasas saban hari dikemukakan di muka surat pertama oleh pihak akhbar utama negara-negara jiran tetapi apabila kita yang serumpun,sebangsa dan seugama di zalimi di negara jiran ,surat khabar dalam negara ini menggunakan prinsip berdiam diri?.Sejarah bangsa Melayu di negara Siam ini ditindas dan dihalau dari kampung halaman bukan cerita baru.Kerakusan kuasa barat iaitu penjajah Perancis dan British dalam berlumba-lumba dalam penaklukan bumi Melayu di Utara semenanjung bukannya yang baru,Ia bermula apabila kedua negara penjajah ini menjadikan Negara jadi Hub untuk pendamaian.Negara Siam menggunakan kesempatan ini memperluaskan lagi Jajahan kerajaannya kearah Selatan dengan bantuan pihak British.Di samping itu, Siam juga berusaha memasukkan negeri-negeri jirannya di semenanjung menjadi sebahagian dari wilayahnya. Tindakan tersebut telah dibantah oleh Sultan Abdul Kadir Kamaruddin yang memerintah Patani. Sebagai akibatnya, Sultan Abdul Kadir telah dibuang negeri oleh pengausa Siam, dan haknya sebagai Sultan dilucutkan.Dari semasa ke semasa, kerajaan Siam terus meningkatkan kebencian dan tekanannya ke atas umat Islam di Patani. Banyak pemimpin masyarakat dan agama telah diseksa dan madrasah diarahkan tutup.Apabila rampasan kuasa berlaku di Negeri Thai pada tahun 1932, corak pemerintahan beraja bertukar kepada rejim berperlembagaan. Perubahan itu benar-benar menekan masyarakat Melayu Islam di selatan Siam. Ini kerana apabila Phibul Songgram berkuasa pada tahun 1938, beliau melaksanakan dasar kebudayaan ’mensiamkan’ semua rakyat bagi matlamat kebangsaannya.Undang-undang yang memaksa rakyat memakai pakaian cara Barat iaitu berseluar dan bertopi bagi lelaki serta bergaun dan berbaju pendek bagi wanita, termasuk orang-orang Islam di Patani. Siam juga telah mengharamkan penggunaan bahasa Melayu di pejabat-pejabat kerajaan.
Pelbagai tekanan dan ancaman itu telah menyebabkan pimpinan masyarakat Islam terumbang ambing pada ketika itu. Apabila meletus Perang Dunia Kedua, Pibul Songgram telah mengubah lagi dasar, iaitu tidak lagi mengamalkan dasar berkecuali. Beliau telah memihak kepada Jepun dengan membenarkan tentera asing itu melalui Negeri Thai untuk menyerang Burma dan Tanah Melayu untuk kepentingan menguasai keseluruhan willayah Pattani.Pada tahun 1944, Phibul Songgram telah memansuhkan jawatan kadi, membubarkan undang-undang keluarga Islam, memansuhkan sistem pembangunan waris cara Islam lalu menggantikannya dengan undang-undang sivil. Tindakan Siam tersebut telah melampau batas hak asasi manusia. Untuk itulah Haji Sulong dan para pemimpin Islam lainnya telah mengadakan pertemuan untuk membincangkan masalah yang semakin menekan tersebut..Mulai tahun 1947, perjuangan masyarakat Islam Patani bertambah memuncak hingga tahun 1954. Hasil pertemuan pemimpin Islam setempat di Patani, Haji Sulong Al-Fatani sebagai Yang Di-Pertua MAIP mengemukakan memorandum ’Tuntutan Tujuh Perkara’ kepada kerajaan Negeri Thai pada tahun 1947. Memorandum itu mengandungi permintaan untuk mengadakan:

1. Seorang ketua beragama Islam bagi empat buah wilayah yang dipilih oleh anak negeri dengan diberikan kepadanya kuasa penuh.
2. Mengadakan pelajaran Bahasa Melayu pada setiap sekolah bagi kanak-kanak berumur tujuh tahun sebelum mereka belajar bahasa Siam atau mata pelajaran lain dalam bahasa Siam.
3. Hasil yang diperoleh dari empat wilayah itu hendaklah dibelanjakan di wialyah itu sahaja

4. 80% daripada kakitangan kerajaan mestilah terdiri daripada orang Islam.
5. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi.

6. Mengasingkan Mahkamah Syariah daripada pejabat undang-undang negeri serta mengadakan undang-undang khas untuk memutuskan pendakwaan yang bersabit dengan hukum Islam.
7. Mengiktiraf rakyat di empat buah wilayah itu berketurunan bangsa Melayu.Inilah sedikit sebanyak perjuangan orang Melayu Islam Wilayah Pattani,Yala dan Narathiwat.

 

Kesan perjuangan itu, Haji Sulong Al-Fatani akhirnya ditangkap oleh pemerintah pada 16 Januari 1948 kerana dituduh ’menderhaka kepada negara’. Polis telah menemui salinan surat bukti dialamatkan kepada Tengku Mahmud Mahyiddin, iaitu pemimpin masyarakat Islam di rumah Haji Sulong Al-Fatani. Dua hari berikutnya, empat lagi rakannya telah ditangkap. Mereka ialah Wan Uthman Ahmad, Haji Wan Husain Wan Din, Ahmad (anak Haji Sulong) dan Che Ishak Abbas. Haji Sulong Al-Fatani dipenjarakan selama tiga tahun dua bulan selepas dibicarakan di Nakhon Si Thammarat (Ligor).
Ekoran dari penangkapan para pejuang tersebut, rakyat di beberapa wilayah telah memberontak dan menuntut agar para pemimpinnya dibebaskan. Haji Sulong terus berada dalam tahanan dan baru dibebaskan empat tahun kemudian yakni pada 1954.

Rupanya pembebasan Haji Sulong dan pejuang lainnya hanyalah merupakan helah Siam untuk meredakan kemarahan rakyat saja. Di sebalik itu ada rancangan yang lebih jahat, tapi dengan cara halus. Ini terbukti apabila tidak sampai dua tahun kemudian Haji Sulong dan tiga lain rakannya (termasuk seorang anaknya sendiri) telah dipanggil secara terhormat untuk menjumpai ketua polis penyiasat Siam dalam suatu pertemuan tertutup.Akan tetapi sejak pertemuan tertutup tersebut, beliau bersama rakan-rakannya tidak ada pulang lagi ke pangkuan keluarganya. Kehilangannya sangat misteri dan pihak Siam pun mendiamkan diri. Maklumat yang diterima oleh kaum keluarganya dan rakyat Patani menyebutkan bahawa Haji Sulong dan rakan-rakannya telah dibunuh secara rahsia dan jenazahnya dibuang ke Laut Senggora berhampiran Pulau Tikus pada malam Sabtu, 13 Ogos 1954.Akhir sekali orang kata:Kuman diseberang laut nampak tapi gajah didepan mata tak nampak.Maka bermulalah perjuangan Islam Bangsa Melayu Islam Selatan Thai di Narathiwat,Yala dan Pattani sehingga sekarang.Semoga Allah sentiasa melindungi saudara-saudara ku di di Selatan Thailand.Amiin.Wassalam.

 

Sila layari  http://sejarahnagarakedah.blogspot.com. (Empayar Islam Benua Siam Kedah).untuk mendapatkan maklumat kegagahan Bangsa Melayu hampa di suatu ketika dulu di nusantara yang dikenali TANAH MELAYU!!!!.

 

 

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

FAHAMAN ISLAM RADIKAL KINI GUGAT DUNIA ISLAM ATAU BARAT? – malaysiakini

FAHAMAN ISLAM RADIKAL KINI GUGAT DUNIA ISLAM ATAU BARAT?.

Pada November 26 ,serangan penganas ke atas Mumbai ,India telah mengegarkan dunia.Dianggarkan 195 orang mangsa telah terkorban dalam serangan Militen Islamnitu.Kerajaan India menuduh Kumpulan Militen Pakistan lashkar-i-Taiba telah menganjurkan keganasan ini.Selepas insiden September 11 New York, presepsi barat tentang kemurniaan dan kemuliaan Islam sedikit sebanyak telah tercalar dengan peristiwa tersebut.Pada kebelakangan ini kalau kita bertanya ,”siapakah musuh orang Barat” ?.Sudah tentu orang Barat akan menjawab Pengganas Muslim atau pun kata-kata hikmat Bush Muslim Terrorists’!.Dasar dan Falsafah Bush yang angkuh ini telah meresapi dalam pemikiran orang Barat sekarang.Tetapi kebenaranya nyata ialah Agama Islam yang tidak pernah menganjurkan keganasan dalam apa jua perkara.Peperangan Jihad nya perlu ada etika peperangan.Islam melarang Orang Awam,Wanita,Golongan tak upaya dan kanak-kanak tidak boleh diserang atau melakukan kezaliman ke atas mereka.Adakah orang Islam pengganas?.Sekali-kali tidak!.Agama Islam adalah agama yang menganjurkan kesederhanaan dalam semua aspek dalam kehidupan kemanusiaan sejagat.Agama Islam yang dirahmati Allah s.w.t adalah untuk setiap manusia untuk hidup dalam aman ,damai dan harmoni dalam sebuah Negara Islam dan di bumi ini ‘amnya.Kesederhanaan Umat Islam begitu ketara didalam negara Islam dimana minority bukan Islam diberi juga hak yang sama dengan hak muslim di Negara Islam.Di Negara Republik Islam Iran Sayyid Ruhollah Musari Khomeni telah memberi status rakyat kepada Zimmi Kristian dan Yahudi.Mereka di samaratakan dengan orang Islam Iran.Dan melarang memecahkan apa jua patong-patong penyembahan orang-orang Armani itu.Di Pakistan Ulamak Besar dan Pemimpin Parti Islam yang terbesar Sayyid Abul A’la Mududi pernah menghadiri upacara keagamaan Hindu di Pakistan untuk menghormati rakyat bukan beragama Islam.

Apakah sebenarnya Masalah Masyarakat Islam dengan orang-orang Barat?.Permasalahan di sini bukan berpunca dari masalah agama.Masalahnya ialah kedua-dua pihak ingin berkepentingan.Barat dengan kepentingan kapatilismanya dan orang Islam pulak mempertahankan kepentingan barat dalam negara mereka yang teralalu tertindas dengan sistem kapatalisma barat.Dari itu timbullah kumpulan-kumpulan radikal dan Militen Islam yang telah bosan dengan sistem politik barat yang hanya mementingkan golongan yang kaya dan tidak mempedulikan golongan rakyat yang miskin dan tertindas.Maka Kedua-dua pihak saling benci membenci.Kenapa Kumpulan radikal dan Militen wujud di dunia Islam?.Puncanya ketidak adilan atau “Double Standard”yang diamalkan oleh Washington bersikap danggap diri mereka seperti polis dunia.Washington yang sering mencampuri urusan politik dalaman terutamanya Negara-negara dunia Islam telah menyebabkan kumpulan-kumpulan Islam radikal dan Militen di Negara Islam semakin bertambah.Untuk menjaga kepentingan politik dan dasar kapalitismanya pihak Washington kerap kali menaja parti pembangkang yang menentang kerajaan sedia dalam negara Islam ada dengan parti pembangkang yang dipimpin oleh pemimpin yang korup dan bersandar kepada Washington yang menjadi pilihan Amerika.Washington seringkali  tergoda dengan kata-kata dan Ideologi Pembangkang kerajaan Islam yang kononya mereka terlalu liberal dan akan memerintah Negara Islam yang majarotinya Islam secara Ideologi barat dan kehendak Washington.Pembangkang dalam kebanyakan negara Islam ini cuma nak berkuasa dan memerintah .Apabila pemimpin tersebut berjaya,dia akan memerintah Negara majoriti Islam itu dengan pemerintahan autokrasi dan kejam lagi rakus daripada yang lepas.Contoh yang nyata ; Di suatu masa dulu mereka menyokong parti Ba’ath yang dipimpin oleh Saddam Hussein untuk mengusai Iraq , dan jadikan Sadam sebagai pemerintah.Menyokong Shah Iran, walaupun ramai kalangan rakyat membencinya,Menyokong Parti Fatah yang penuh dengan korupsi di Negara palastine yang mana rakyat lebih menyukai Parti Hamas.Negara kita juga tidak ketinggalan ;Washington telah menyokong seorang Bekas Timbalan Perdana menteri yang rosak moral dan memberi sokongan terbuka kepadanya untuk menjadi Pemimpin Negara.Dasar-dasar Amerika ini menyebabkan pemimpin –pemimpin pro-Amerika yang dilantik itu menjadi lebih rakus,tamak,angkuh dan menggunakan kuasa mutlak/autoraksi dalam pimpinan mereka.Sebilangan rakyat mula membenci pemimpin ini kerana gagal memerintah cara adil dan merompak hak rakyat untuk memperkayakan diri,keluarga dan saudara maranya.Rakyat yang tidak ada saluran untuk mengeluarkan perasaan tidak puasan hati akan mula menganggotai kumpulan Militant dan juga Radikal untuk menentang kerajaan dengan melakukan serangan kepentingan Washington.Di Negara-negara yang menggunakan pemerintahan autokrasi ini biasanya kebebasan bersuara,akhbar dan media letronik,berpolitik dan nilai-nilai kebebasan asas manusia tidak diperendahkankan oleh pemimpin-pemimpin ini.Maka wujudlah kumpulan-kumpulan radikal dan militant ini menggunakan agama sebagai platform mereka untuk menggulingkan kerajaan.Mesjid-Mesjid dan surau-surau dikawasan kurang maju dan pendalaman jadi markas untuk mereka berkempen.Maka disini mulalah Hukum –hukum Syaria’ah tentang politik dan undang-undang akan diputar belitkan.Politik dalam Agama Islam bukanlah jenis Facist atau Komunis.Dasar Pemerintahan Islam dalam pengertian Syaria’ah sangat luas.Ada golongan menyempitkan dan ada pula golongan meluaskan pengertian.Pengertian sempit ini selalunya merbahaya.Asas syaria’ah adalah memberi kesejateraan kepada Umatnya.Tiada Interperasi dan fomula yang tepat dalam pemerintahan Islam.Orang Islam yang radikal ini selalunya meyempitkan fahaman sya’aria ini dan sehingga ia menjadi bahaya.Isu Bertoleransi dalam agama Islam tidak diperendahkan sama sekali.Pemikiran dan pendapat dalam hukum ‘Jihad’disalah tafsirkan mengikut prepsi ketuanya.Pengertian Jihad pula dimanupulasikan dengan cara pemikiran radikal dan militant mengikut tafsiaran pemimpin kumpulan itu.

Orang-orang Islam kurang berpengetahuan dalam hukum-hakam akan terkeliru dalam Kemajuan Globlisasi dan keadaan kemajuan negara. Perubahan minda dan banyak perkara yang baru dalam arus kemodenan perlu diungkap dan perlu penilitian khusus untuk dihebahkan kepada masyarakat Islam.Ulama-ulama yang dipertanggung jawab sentiasa perlu sensitif dengan perubahan ini dan menghebahkan perkara tersebut kepada rakyat segera.Sesuatu hukum yang keluarkan oleh pihak ulama perlu universal dan juga dapat diterima majoriti rakyat.Pendebatan sesama ulama hanya mendatangkan keadaan yang keliru.Seperti di negara kita Isu pemerintahan Islam yang di gesa oleh ulama parti pembangkang perlu pandangan positif dari pihak ulama-ulama. Sekiranya rakyat Islam keliru maka Phonemena perpecahan akan wujud dikalangan umat Islam dalam negara Islam.Keadaan yang akan wujud ialah untuk satu-satu pihak yang berkata mempertahankan Identiti Islam dan juga kehormatan Agama Islam dan disatu pihak yang lain pula mengekal Islam yang ada.Dalam arus kemajuan ini orang-orang Islam yang tinggal di penempatan kurang maju dan pemuda-pemuda yang “rebelian” adalah sasaran-sasaran kumpulan berideologi Radikal ini.Kerajaan pemerintah perlu merangka dasar pembangunan yang berterusan yang betul,Ikhlas dan mampu membangunkan rakyat luar Bandar perlu diadakan segera.Cara memberi subsidi pada golongan ini seperti memberi sedekah pada peminta sedekah.Selagi kerajaan memberi selagi itu mereka akan sentiasa meminta.Cara subsidi ini adalah perlu untuk jangka pendek tetapi untuk jangka panjang ia tidak akan membawa mereka kemana-mana.Kementerian Luar Bandar perlu merangka strategi jangka panjang untu membina masyarakat Islam ini.Perlu Ingat pertembungan Pihak Barat dan Dunia Islam bukan semata-mata bertembungan agama tetapi dasar kepentingan masing-masing didunia yang fana ini.Pertelingkahan Masyarakat Islam dan Bukan Islam di Negara ini pun dalam keadaan yang sama.Bukan disebabkan agama.Berebut untuk kepentingan hidup masing-masing.Negara ini sebagao Negara Islam Moderate telah membawa atau pun sedang membawa Rakyat Islam negara ini ke arah kemajuan.Dalam arus pembangunan ini kerajaan sentiasa perlu berwaspada dengan kumpulan militen dan Radikal yang cuba mempengaruhi pemikiran rakyat Islam dengan berbagai cara.Kerajaan sentiasa perlu awasi kumpulan-kumpulan ini agar rakyat kita tidak menjadi korban dari perjuangan mereka.

Negara ini telah mengalami sejarah-sejarah yang pahit dalam memerangi Kumpulan-kumpulan Radikal Islam dari tahun 1967 hingga 2001.

1.Tentera sabilullah 1967.
2.Golongan Rohaniah 1971.
3.Koperasi Angkatan Revolusi Islam Malaysia 1972.
4.Kumpulan revolusi Islam Ibrahim Libya 1985.
5.Kumpulan Jundullah 1987.
6.Kumpulan Mujahiddin kedah 1988.
7.Kumpulan Perjuangan Islam Perak 1998.
8.Al- Ma’unah 2000.
9.KMM 2001.
10.JI 2001.

artikel sumbangan mamak penang

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

KUPASAN YOGA DAN ISLAM

Umat Islam di serata dunia kerap kali dipesongkan daripada akidah Islam.Kita sebagai Umat Islam akhir zaman ini sentiasa perlu berwaspada dengan penganut-penganut agama lain.Agama lain secara langgsung atau pun secara halus cuba menyusup kedalam agama Islam melalui dakyah-dakya dan bi’dah-bi’dah yang boleh mengugatkan akidah agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.Agama yang dibawa Nabi kesayangan Allah itu cukup dalam segala aspek kehidupan harian umat Islam sepanjang zaman.Apabila kita umat Islam sedia mengetahui amalan agama lain cuba disadurkan dalam amalan seharian kita,tetapi kita masih degil dan memberi banyak alasan untuk terus mengamalkan amalan-amalan kurafat dan cuba mengiktirafkan agama selain dari Islam.Implikasinya mula kita mengaku kewujudan tuhan mereka dan kepercayaan terhadap agama mereka.Andainya umat Islam membaca dan memahami Surah Al-Kafirun dan di dalam Al-Quran itu (surah Ali’Imran Ayat 28 dan Ayat 144 Surah Al Nissa tak perlulah ulamak-ulamak membuang masa untuk bersidang berkenaan pengharaman YOGA.Pengharaman YOGA telah diharamkan oleh Mufti Besar Negara Mesir , Ali Gomaa sejak tahun 2004 lagi.Majlis Islam Singapura (MUIS) juga mengelurkan fatwa mengharamkan YOGA untuk orang Islam Singapura.

Sebenarnya apa yang dikatakan YOGA?.Yoga adalah sebenarnya bermakna ‘Penyatuan’.Penyatuan dengan apa?.Banyak persoalan akan ditimbul dalam makna penyatuan ini.kita tinggalkan maksud penyatuan ini.Perihal YOGA ini banyak sekali dikupaskan dalam kitab-kitab suci Agama Hindu Vedas dan BhagavadGita.Orang yang amalkan YOGA ini dipanggil YOGI untuk laki-laki dan YOGINI untuk kaum perempuan.Yoga ini mempunyai beberapa peringkat seperti Raja Yoga,Karma Yoga,Jnana Yoga,Bakhti Yoga,Hatha Yoga.Tetapi yang paling popular pada bukan agama Hindu ialah Hatha Yoga dan Asanas.Hatha yoga bermaksud mengawal pernafasan dan Asanas adalah pembentukan latihan mengikut fizikal tubuh badan.

Perkembangan Tasauf Islam di Timur Tengah banyak mempengaruhi pelatih-pelatih Yoga India Muslim di India.Dalam catatan buku yoga AMritakunda (Kolam Madu) mereka telah mencantumkan Yoga Asana (Pembentukan fizikal tubuh badan) dan Yoga kawalan pernafan iaitu dipanggil ‘pranayama’. Catatan ini telah dialih bahasakan dalam bahasa Arab dan Persia oleh penganut-penganut Islam di India.Inilah kekeliruan pertama yang telah berlaku.Kekeliruan ini seperti juga adat-adat lyang lain yang tidak pernah dipraktikan oleh Rasullullah dan sahabat.Tetapi adat-adat dari kebudayaan bangsa lain masih dipraktikan oleh Melayu Nusantara sekarang.

Bagi orang Islam,Salat adalah contoh Yoga yang sempurna untuk orang Islam dari ‘HathaYoga’.Kerana ‘Salat’ adalah amat senang dilakukan sepanjang hayat dan teratur daripada Hatha Yoga ini.Contohnya:

a) Berdiri (tegak) atau ‘Qiyam’ seperti Ta’Dasana dilatihan yoga.Ta’Dasana adalah asas dalam kesemua pergerakan dalam “Asanas Yoga”.

b)Ruku’ dan duduk diantara dua sujud juga adalah jenis latihan dalam Asana Yoga.

c)Sujud itu persamaan dengan ‘Sarvangasana dan Sirsasana’.

Allah telah cukupkan Islam dan telah merahmati Agama Islam ini.Hadis nabi telah cukup untuk membimbing kita umat Islam.kenikmatan Salat Wajib,solat sunat,Puasa dan Zikir dan banyak lagi anugerah telah diberikan oleh Allah untuk umat Islam.Kenapa umat Islam masih lagi meraba dalam kegelapan ?.Hindarkanlah diri dari apa jua amalan agama lain.Wassalam.

– artikel sumbangan mamak penang

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

IMBASAN KEMBALI SEJARAH PENYATUAN BANGSA MELAYU

Dalam tahun 1946 orang Melayu adalah pemenang dan jaguh sebenar dalam perebutan kuasa politik di Malaya dengan PKM/keturunan Cina dan British.Perjuangan Melayu  dalam  menuntut kuasa mutlak dalam politik berubah dari satu fasa ke sesuatu fasa dengan mewujudkan ramai pejuang bangsa Melayu yang telah dilupakan atau pun berada dalam lipatan sejarah Tanah Melayu.Dalam Fasa Penaklukan Jepun KKM dikenali sebagai satu gabungan yang bukan bangsawan telah bangkit untuk menjaga kepentingan orang Melayu.Selepas tamat pemerintahan Jepun ke atas Tanah Melayu,orang-orang Melayu telah menghadapi satu lagi cabaran yang getir dengan perebutan kuasa politik dan mempertahankan hak Melayu dengan kuasa baru MPAJU/MPAJA yang semakin ganas dan kuat.Kuasa MPAJA ini terlalu kuat sehinggakan pihak Jepun sendiri mengakui kekuatan mereka.Harapan untuk mempertahankan Hak Melayu di Tanah sendiri nampaknya menjadi igaun dengan kelemahan Melayu sendiri dengan tidak bersatu.Harapan menyatupadukan Melayu dari Pihak Istana,Golongan Bangsawan Melayu, Elite Melayu ,Polis Melayu ataupun dari  ‘Malay  Giyu Gun’ telah pudar dan tidak ada harapan lagi bagi orang-orang Melayu.Disebelah pihak Kekuasaan MPAJU/MPAJA semakin kuat dan ganas terhadap orang-orang Melayu.

Dalam keadaan beginilah telah terbit kesedaraan Islam yang di tiupkan dalam hati orang-orang Melayu dari gerakan Guru-guru Agama diserata Kampung-kampung untuk menyatu-padukan orang-orang Melayu dalam perjuangan mempertahankan Hak Melayu di Tanah Melayu.Agama suci Islam memainkan peranan utama untuk mengembalikan Semangat Melayu untuk terus berjuang memepertahankan hak mereka.Melayu yang lama kecewa,lemah,tidak bersemangat dan tidak bersatu serta hilang pedoman ini kembali bersemangat melalui Islam dengan syarahan-syarahan yang menyentuh jiwa oleh guru-guru agama yang berasal dari kampung-kampung serata pelusuk tanah air.

Dengan penyatuan jitu  melalui Islam ini orang Melayu telah bersedia untuk menghadapi apa jua halangan didepan untuk mempertahankan hak mereka.Cabaran –cabaran keatas Hak Melayu yang telah diberikan oleh Kaum Cina ,PKM dan juga pihak British melalui Malayan Union dipatahkan dengan semangat Islam.Perkelahian antara China- Melayu di sesetengah negeri tidak mengoyahkan perpaduan Melayu keseluruhannya tapi Orang-orang Melayu bertekad untuk menentang habis-habisan sesiapa juga nak merampas Hak Melayu walau pun hanya bersenjatakan dengan sebilah keris.Perjuangan seperti ini telah mematahkan semangat lawan dan membawa mereka yang menentang Hak Istimewa Melayu ke rundingan damai dengan kemenangan di pihak Melayu.

Nasionalis Melayu dalam KMM dan Orang – orang China yang berfahaman komunis dan gerila-gerila Komunis telah mengikut arah masing-masing dan lenyap.Orang – orang China yang menentang Melayu Raya yang dibawa KMM dan Orang-Orang Melayu pula Menentang Komunis.Kedua-dua aliran iaitu KMM dan juga Komunis telah digagalkan. jDengan ini wujudlah sebuah Aliran Melayu dan Cina yang lebih liberal iaitu UMNO dan MCA untuk mewujudkan perpaduan perkauman bertujuan untuk mengalahkan penjajahan British dan memaksa British menyerahkan Malaya pada orang-orang Melayu.Tanpa perpaduan ini diantara Melayu-Cina British Cuma jadi penonton dalam percaturan perebutan kuasa.Perebutan kuasa politik diantara China-Melayu itu banyak menguntungkan  kepentingan mereka sebagai penjajah.Dengan kebijaksanaan kedua pihak ,dalam tahun 1955 UMNO dan MCA telah mencipta satu sejarah tawar – menawar dalam politik dunia (“Historic Bargain”) Ini terbukti Orang Melayu telah membunuh dua ekor burung hanya dengan seketul batu.Ia itu satupihak British dan satu kuasa kaum Cina dengan  ‘KEDUDUKAN ISTIMEWA(KETUANAN) UNTUK ORANG-ORANG MELAYU’ dan sebagi balasan  ‘ORANG-ORANG CINA YANG LAYAK BOLEH MENERIMA KERAKYATAN DENGAN SYARAT KEDUDUKAN KEISTIMEWAAN MELAYU.Selagi orang-orang Cina tidak menyentuh dan tidak persoalkan hak-hak Istimewa Melayu selagi itu, orang Melayu pula jangan menyentuh isu kerakyatan kaum Cina di Negara ini.Dalam formula yang sama juga MIC telah diterima dalam gabungan ini dan diterima sebagai rakyat Negara ini.Dalam konteks ini salah kah sekiranya Kaum lain boleh mempersoalkan mengenai hak keistimewaan Melayu dan Melayu pula tak boleh persoalkan kerakyatan Mereka?.Ada kah kuasa Melayu sedang layu dan kabur?.

Dari sejarah yang dikupaskan seba-sedikit,Tanpa Penyatuan Melayu Islam sukar diramalkan nasib Bangsa Melayu ini di masa akan datang. Soalnya sekarang siapakah yang sebenarnya ikhlas di dalam mempertahankan dan memperjuangkan nasib dan hak orang-orang Melayu Islam di negara kita?? Dan siapakah di kalangan pimpinan politik orang Melayu yang melihat isu ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan memiliki sifat dan sikap keterbukaan mereka di dalam memperbincangkan persoalan orang-orang Melayu Islam ini?? Dan juga manakah pihak melalui prinsip, dasar dan perlembagaannya yang benar-benar lebih bersifat jitu dan mampu menjamin tercapainya hasrat penyatuan yang melampaui batas perkauman atau bangsa di dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan bangsa seperti negara kita??

Tetapi, kini Melayu menjadi mangsa sikap sendiri. Bukan bangsa Melayu yang salah, tetapi nafsu tamak yang tidak dapat dibendung didalam pemimpin Melayu telah menanam bibit-bibit kehancuran. Ia menjadi lebih buruk apabila identiti Melayu sebenar tidak dipertahankan, dan sebaliknya generasi-generasi muda kini begitu mudah menerima segala apa yang disogokkan pada minda mereka. Segala apa yang diperhatikan kini dianalisa dan ditafsir berdasarkan logik barat sementara apa yang terhukum dalam ajaran agama dibandingkan dengan logik pemikiran manusia yang dipenuhi nafsu kebendaan.

artikel sumbangan oleh Mamak Penang

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pemuda Di UMNO Hanya Bersifat Reotroritik? ==== REF Malaysiakini

Sayap Pemuda di Parti UMNO yang selama ini dipandang hanya sebagai tempat latihan untuk golongan Ahli Politik Muda untuk menggantikan tempat senior-senior mereka di pucuk Parti UMNO dan digunakan sebagai “Batu Loncatan” untuk segolongan Ahli Politik yang bercita-cita tinggi perlu diubah.

Sudah tiba masanya Ahli Politik Muda di UMNO lebih bersifat lebih realistik dengan memainkan peranan penting dalam merangka dasar masa depan parti UMNO.Ahli Politik Muda dalam Parti perlu diberi ruang yang lebih luas bagi jadikan mereka layak untuk membuat keputusan (decision Makers) untuk menentukan masa depan UMNO. Apa jua agenda tentang reform yang diura-urakan itu perlu pembabitan Ahli Politik Muda yang berkait rapat dengan masa depan mereka sendiri.

Tanpa pembabitan Ahli Politik Muda sebarang reformasi dalam parti akan menjadi kelam dan reotrik saja.Adalah tidak dikira adil yang punya badan tidak diberi ruang untuk membuat keputusan untuk masa depan mereka.Sekiranya Ahli Politik Muda tak berani berjuang untuk mendapatkan suara dan kuasa membuat keputusan dalam dasar pembaharuan UMNO pada masa ini, janganlah salahkan orang lain kemudian hari.Salahkanlah diri sendiri yang akan bakal memikul bebanan yang tak terpikul dalam UMNO di kemudian hari!.

Ahli politik Muda dalam UMNO perlu tampil dan berani membuat cabaran dalam Pemilihan Pucuk Pimpinan Parti.Ahli Politik Muda jangan hanya bertumpu untuk berebut mendapatkan jawatan dalam sayap Pemuda UMNO saja.Sayap Pemuda UMNO Semakin hari semangkin semak, kaku dan tak bermaya.Sistem senioriti dalam pucuk Pimpinan Parti perlu dikikis sedikit demi sedikit dan Pucuk Pimpinan UMNO perlu berubah untuk memberi ruang yang luas untuk golongan Ahli Politik Muda untuk menerajui parti di masa akan datang.Golongan Senior dalam parti boleh berkerja sama rapat dengan golongan Ahli Politik Muda tanpa kongkongan ekstream dari pihak ahli politik senior dalam parti.

Sekiranya Bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair menjadi Perdana Menteri semasa Umurnya hanya 44 tahun (July 1994).Tony Blair yang dianggap muda itu membawa Parti Buruh ke zaman kegemilangan dengan memenangi pilihanraya kebangsaan sebanyak tiga kali berturut-turut (1997-2007).Keadaan ini tercipta kerana reform yang unjurkan dalam Parti Buruh dengan menghapuskan polisi-polisi Parti Buruh yang berabad-abad.Umur bukanlah terlalu penting untuk ukuran dalam kepimpinan.Kalau kita perlukan pembaharuan perlulah memileh pemimpin Ahli politik Muda untuk membuat pembaharuan dalam Parti yang akan membekalkan idea-idea baru.

Hanya segelintir Ahli Politik golongan orang-orang tua (senior) dalam parti mempunyai hati yang luhur untuk bersara secara sukerela dan terhormat.Golongan pemimpin orang tua (senior)dalam parti masih tidak faham dan sukar untuk menerima hakikat dan kenyataan sebenarnya yang mana kepimpinan mereka tidak lagi perlukan dalam parti!.Mereka ini mempunyai Sindrom Everyday sempena jenama bateri Everyday yang pada suatu ketika dulu mengiklankan congan kata “diteruskan lagi dan lagi”.Perbuatan seperti sini lebih bersifat kepentingan diri atau hipokrit dari kepentingan parti itu sendiri.

oleh Mamak Penang

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Identiti Pemuda Pas Kini Terancam oleh PKR? – Malaysiakini

Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh walau pun dimenangi dengan selesa oleh Parti PKR tetapi kesan berceramah pilihanraya dan tindak tanduk Pemuda Pas semasa berkempen di Permatang Pauh memberi kesan yang mudrat bagi Parti Pas.Seperti biasa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperggunakan persahabatan akrab dari PAS terutamanya Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai batu loncatan untuk kepentingan dirinya.Menyedari perkara ini Datuk Mustafa Ali dari Parti Pas telah mendakwa Datuk Nik Aziz  Nik Mat lebih tebal fanatiknya terhadap Datuk Sri Anwar berbanding semangat mempertahankan dasar Parti Pas itu sendiri!.

Sasterawan terkenal dari parti PAS Azizi Abdullah pula mengiritik hebat kelakuan Pemuda-Pemuda dari Parti PAS  sangat terpengaruh dengan PKR Khususnya dalam Kempen Pilihan Raya ke-12 terutamanya di Pilihan Raya kecil Permatang Pauh.Katanya “Mereka Laungkan Reformasi dari Melaungkan kata hikmat Parti Pas Takbir!Allah Akbar!!!!.Mereka juga berbadan Pas tetapi berbaju PKR!!!!!.

– Mamak Penang

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

KRISIS EKONOMI DUNIA KIAN MERUNCING

Pada tahun 1997 apabila Krisis ekonomi yang melanda Negara Asia Timur Kerajaan AS begitu pandang rendah dan kecam kononnya Negara-negara Asia yang terbabit dalam kegawatan ekonomi termasuk Malaysia tidak amalkan kerajaan Transpirasi,Melindungi nilai sebenar pasaran saham tempatan,tidak berjaya mengukuhkan badan sekuriti pasaran saham tempatan dan lain-lain.Tetapi apabila kejatuhan Merril Lych &Co di Amerika semua tuduhan itu seperti Pepatah Melayu sebutkan “apabila meludah ke langit akhirnya jatuh juga ke muka sendiri”!.

Apabila Negara Malaysia pada masa itu mengambil langkah membendung krisis ini dengan merendahkan  faedah kadar pinjaman berbagai-bagai tomahan dilemparkan oleh Kerajaan AS dan juga IMF.Datuk Anwar Ibrahim yang pada masa itu  Menteri Kewangan amat menyokong dan terlalu taksub dengan saranan IMF, mula menentang pimpinan kerajaan yang melaksanakan penurunan Faedah pinjaman itu untuk berkuasa dalam kerajaan.Akhirnya Negara ini adalah Negara yang pertama  berjaya membendung kemelut krisis ekonomi ini.Wal hal Kerajaan Amerika kini  mengikuti dasar kewangan Malaysia pada masa itu dengan menurunkan kadar faedah pinjaman ini sebanyak 50 mata asas kepada 4.75% bagi merangsang semula ekonomi negara yang terjejas teruk akibat krisis Gadai Janji Subprima.Kita perlu bangga dengan kerajaan yang dipimpin TDM kerana telah mengambil tindakan sewajarnya menghadapi krisis ini.Di Amerika kini,Kerajaan dan agensi kewangannya telah membelanjakan USD600 Billion (RM2,100 Billion) untuk menyelamatkan berbagai-bagai Institusi kewangan (Bail-out).Di Britain sejumlah Bank  di dalam keadaan tenat kerana masalah’Liquidity’. Bank-bank di Amerika juga dalam keadaan paling tenat.Pasaran Saham Wall-Street sedang menjunam!.

Menteri Kewangan kedua Tan Sri Nor Mohamed  (Beliau adalah salah seorang penasihat ekonomi yang dilantik era Tun Dr.Mahatir) Berkata Negara Malaysia tidak akan mengalami kesan langgsung daripada krisis Gadai Janji Subprima ini seperti yang gembar-gemburkan oleh parti pembangkang sekarang.Walau bagaimana pun kesannya akan berlaku disebabkan Negara AS adalah rakan niaga No.1 negara dalam bidang pembuatan barangan Elektronik.Oleh kerana Dollar Amerika tak ditambat(pegged) Nilai dollar Amerika akan jatuh keparas terendah berbanding Ringgit Malaysia.Barangan ekspot Malaysia ke Amerika akan menjadi lebih mahal berbanding dulu.Pembeli di Amerika yang dilanda krisis teruk ini akan berkurangan.Dengan ini Permintan barangan dari Malaysia akan berkurangan,dengan itu Kilang-kilang sekitar Pulau Pinang dan Perak terpaksa mengurangkan produktiviti pengeluaran mereka.Ini akan mengakibatkan pengurangan pekerja.Apabila keadaan ini berlaku secara tak langgsung Negeri-negeri berkenaan terpaksa berdepan dengan masalah penganguran.

IMF anggarkan Hutang Subprima dunia akan mencapai USD 1.1 trillion.Pengarah Urusan IMF Dominique Strauss-Kahn telah memberi amaran krisis ini adalah krisis kewangan paling teruk selepas Perang Dunia kedua.Pelabur-pelabur sedang menarik semua dana kewangan mereka.Peralihan Kuasa Datuk Sri Najib Kepada Menteri Kewangan akan memberi nafas baru untuk mengatasi Krisis kewangan ini.Datuk Najib adalah seorang yang berpengalaman dalam Kewangan dan juga pernah dilantik menjadi Timbalan Kewangan Malaysia.Berdasarkan pengalaman beliau dan juga kemampuan Menteri kewangan kedua Tan Sri Mohamed Nor Negara ini boleh mengatasi masalah krisi kewangan dengan jayanya.Rakyat Negara ini perlu bersedia menempuh krisis ini dengan memperkasakan keadaan Politik Negara dan mengambil langkah-langkah berjimat-jimat dari sekarang.

Walau pun Ketua pKR semasa kegawatan Ekonomi tahun 1997-1998 menjadi Menteri Kewangan tak mampu menangani masalah tetapi kini mengambil kesempatan untuk tonjolkan diri sebagai wira yang boleh menanggani masalah ini amat meragukan.

– Mamak Penang

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Jangan Gugat Hak Islam!

Pada masa kebelakangan ini terdapat cubaan sama ada secara disengajakan atau tidak untuk mengugat keistimewaan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia sebagaimana termaktub dalam perkara 3 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Ia dilakukan melalui perbagai cara antaranya penganjuran forum kontraversi”Memeluk Islam” oleh Majlis Peguam Ogos lalu,penyebaran atikel-atikel menghina dan merendah-rendahkan Islam menerusi blog dan juga campurtangan upacara keagamaan Islam.Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata,”Kedudukan Islam memang lebih tinggi daripada agama lain di negara ini tetapi agama-agama lain boleh diamalkan di negara ini dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”.Kontrak Sosial mesti dijunjung oleh setiap rakyat.Bukan hanya Melayu sahaja. Ini adalah teras kepada jalinan hubungan antara kepelbagaian etnik dan agama di negara kita.
Oleh itu apabila ada yang mempertikaikan kenapa ada JAKIM dan bukannya JAKAM (Jabatan Kemajuan Agama-agama Malaysia) dan cadangan ditubuh pelbagai Jabatan agama-agama lain ini pastinya bertentangan dengan semangat perlembagaan kita.Yang menjadi masalah ialah apabila tuntutan yang dikemukakan bukan berpunca daripada kehilangan hak bukan Melayu tetapi mereka ingin merebut hak orang lain (Islam dan Melayu).Pada masa yang sama nak mengugat kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan.
Islam memang mengajar umatnya bersikap moderate tetapi jangan lupa Islam juga mewajibkan ke tahap sanggup syahid.Kalau situasi ini tidak terkawal ia akan merebak daripada pertembungan penganut agama kepada kaum.Sebabnya realiti etnik di Malaysia penganut agamanya di wakili majoriti sesuatu kaum.Ini berbeza dengan negara lain termasuk di Asia Barat.Di Lebonan atau Syria,mereka semua berbangsa Arab tetapi ramai yang menganut katolik dan Protestan.

oleh Mamak Penang.
Sumber:Utusan Malaysia,Selasa 16 Sept.2008.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Masa Depan UMNO Bergantung Kepada Pemuda.

 

Pemuda adalah sayap yang terpenting parti sebagai pemimpin pelapis yang sewajanya membuat persediaan secukupnya dari Segi Ilmu,Kewibawaan,Ketrampilan,Menguasai cara berpolitik di Tanah Air dan Politik Antara Bangsa dengan menggunakan kebijaksaan pemikiran yang bersesuain dengan kehendak Parti dan Negara.

Sebagai pemimpin pelapis perlu diingatkan senorio politik Negara yang berbilang kaum memberi impak yang berbedza dengan pembelajaran sains politik atau pun lain-lain aliran politik di dunia ini.Politik Negara ini adalah amat komplikasi untuk orang baru yang cuba terjun ke alam politik dengan cara mendalam

.Kejayaan sesuatu Parti hanya di ukur semasa Pilihan Raya Umum yang dijalankan setiap lima tahun sekali.Rakyat berbilang kaum akan menentukan kewibawaan parti politik dalam jangka masa tersebut.Bermakna kalau kita hanya menumpukan segala tenaga pada penghujung jalan iaitu semasa kempen pilihanraya ia digelar sebagai memancing undi!.kesannya rakyat akan jauhkan diri dari parti tersebut.

 Sentimen perkauman yang digunakan semasa pemilihan jawatan parti Cuma akan membawa padah!.Sentimen perkauman adalah cara yang paling mudah mendapatkan perhatian dan sokongn ahli untuk perolehi kemenangan dan jawatan parti.Tetapi ia akan membawa kesan yang buruk dan imej parti akan tercalar dalam Negara yang berbilang kaum seperti Malaysia. Ingatlah UMNO adalah Jantung Barisan Nasional!.Pada ‘amnya sebarang sikap beremosi keterlaluan,ego,fanatik agama yang tidak menentu akan bawa padah bukan sahaja pada UMNO tetapi pada Parti yang Memerintah Barisan Nasional itu sendiri.

 Pemuda juga harus memahami sayap pemuda ini adalah tempat yang memberi tekanan kepada parti induk untuk reform kembali.Pemuda juga mempunyai kesan pengaruh ke atas parti ;dengan itu awaslah terhadap Ahli-ahli politik menggunakan sayap pemuda ini sebagai  batu loncatan untuk karier politiknya.

 Menghormati yang tua dalam parti dan pelajari dari mereka.Berhentilah dari menjadi alat yang digunakan untuk induvidu tertentu untuk percaturan politiknya.Pada para perwakilan yang memileh untuk Jawatan ketua Pemuda, berfikirlah dengan wajar, Boleh kah yang dipileh ini boleh membawa UMNO kepada mercu kejayaan yang total dalam Pilihan Raya yang Ke- 13 nanti?.Kerana PR-13 adalah penentu untuk UMNO terus Hidup atau pun Mati Layu!.

 

Mamak Penang.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Menteri De Facto Undang-Undang Zaid Ibrahim Ugut Letak Jawatan?.

Kini giliran Dato’Zaid Ibrahim Menteri De Facto’ undang-undang di Jabatan Perdana Menteri telah ugut Perdana Menteri untuk letak Jawatan sekiranya kerajaan tidak membebaskan tahanan ISA ,MP DAP Teresa Kok Dan Blogger kontravasi Raja Petra Kamaruddin yang di tahan mengikut ISA pada Jumaat lepas.Dalam satu temu-ramah melalui talipon dengan Malaysiakini dari Kota Bahru Kelantan berkata:

“Sekiranya Perdana Menteri tidak setuju dengan saranan kedua-dua tahanan ISA itu tidak didakwa di Mahkamah saya akan letak jawatan”. (MalaysiaKini)

Untuk Pengetahuan:

Dato’Zaid Ibrahim tidak mempunyai sebarang Jawatan dalam UMNO sejak dipecat pada tahun 2004 atas tuduhan Politik Wang (kemudian dibebaskan),tidak bertanding di Pilihan Raya 12 dan menjadi Menteri atas pilihan Perdana Menteri seorang sahaja.Dia juga dengar khabar tidak pernah membantu BN atau pun UMNO dalam pilihanraya 8 Mac lalu.Tidaklah wajar bagi Zaid sebagai orang yang terhutang budi kepada Pak Lah yang sepatutnya menjadi Pendekar Pak Lah tiba-tiba bertukar menjadi ……!.Fikirkanlah!!!.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda