Author Archives: pemudaumno

Nilai-nilai 1Malaysia

Nilai 1: Budaya Kecemerlangan

Nilai 2: Ketabahan

Nilai 3: Rendah Hati

Nilai 4: Penerimaan

Nilai 5: Kesetiaan

Nilai 6: Pendidikan

Nilai 7: Integriti

Nilai 8: Meritrokasi

Advertisements

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Futsal Piala Pusingan Ketua Pemuda BN Ampang

Satu kejohanan futsal bagi merebut Piala Pusingan Ketua Pemuda BN Ampang telah berlangsung pada 8 Mac 2009 di Sport Planet Ampang. Sebanyak 42 pasukan yang terdiri dari parti-parti komponen BN Ampang telah mengambil bahagian.

YBhg Ketua Bahagian UMNO Ampang, Dato’ Hj Ismail Kijo telah sudi merasmikan kejohanan ini dan berharap agar kejohanan ini dapat memperkukuhkan persahabatan antara parti komponen BN.

Keputusan Penuh Kejohanan

Juara: Pasukan Gerakan A

N. Juara: Pasukan UMNO Caw. Flat PKNS Taman Tasik Tambahan

Ketiga: Pasukan UMNO Caw. Sri Taman Baru

Keempat: Pasukan UMNO Caw. Keramat Jaya

Satu perlawanan persahabatan diadakan juga di antara barisan EXCO Pemuda UMNO Ampang dengan EXCO Pemuda UMNO Pandan di mana pasukan EXCO Pemuda Ampang berjaya mengalahkan pasukan Pemuda Pandan 2-0.

Tahniah diucapkan kepadasemua pemenang dan kepada pasukan-pasukan lain, cuba lagi tahun depan. Tidak lupa juga ucapan syabas dan tahniah kepada AJK pertandingan yang bertungkus lumus memastikan perjalanan kejohanan ini berjalan lancar.

Gambar sekitar kejohanan.

dsc_0058

Pendaftaran pasukan.

Ucapan aluan dari Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Ampang, Sdr Nizam B Shith.

Antara barisan kepimpinan UMNO dan BN Ampang yang hadir.

Ucapan Aluan dan Kata Semangat dari Ketua Pemuda BN/UMNO Sdr Safarizul Mustafa.

Ucapan Perasmian dari YBhg Dato’ Hj Ismail Kijo

Upacara simbolik perasmian dengan YBhg Dato’ Hj Ismail Kijo menendang bola ke arah gol sebagai tanda perasmian kejohanan

Pasukan Futsal Pemuda UMNO Cawangan Jalan Enggang

Ketua Pemuda, Sdr Safarizul menyampaikan cenderahati kepada YBhg Dato’ Hj Ismail Kijo kerana sudi merasmikan kejohanan.

Pemain dari semua pasukan mendengar taklimat sebelum sepak mula.

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Melayu – malaysiakini

Karya Usman Awang

Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Cadangan utk PPSMI -malaysiakini

PPSMI – satu cadangan

1. Hari ini negara dikejutkan dengan demostrasi membantah Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris.

2. Sudah lebih dari 3 tahun pelaksanaan dasar ini.

3. Tapi sekarang barulah segelintir rakyat menyuarakan bantahan.

4. Program hari ini dibenarkan utk berkumpul di Masjid Negara tetapi dilarang supaya berarak ke Istana Negara. Penulis bersetuju benar dengan larangan ini yang akhirnya menyusahkan pengguna jalanraya.

5. Secara dasar penulis menyokong Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Ini kerana jika kita lihat zaman sebelum KBSM, KBSR dan sebagainya yang diperkenalkan hari ini, hampir semua mata pelajaran diajar dalam bahasa inggeris.

6. Cuba kita tanya pada Tan Sri2, Datuk2, Menteri kanan, Pak Lah, Anwar Ibrahim…dulu masa mereka bersekolah bahasa pengatar apa yang digunakan.

7. Penulis bukan memandang rendah keupayaan Bahasa Melayu tetapi tidak salah sekiranya PPSMI ini diteruskan. Cuma pada peringkat perlaksanaan ada kelemahan.

8. Benih yang disemai hari ini, hasilnya tidak boleh dituai/nampak dalam tempoh yang singkat.

9. Penulis ingin mencadangkan agar PPSMI diteruskan, dengan penggunaan Bahasa Melayu juga digunakan selari dengan Bahasa Inggeris bagi kedua-dua subjek di atas. Para guru2 boleh menggunakan dwi bahasa bagi sesi pembelajaran di kelas dan murid2 juga dibenarkan untuk memilih sama ada menjawab di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dalam peperiksaan bagi kedua2 subjek ini.

10. Kelonggaran dengan melaksanakan sistem ‘paralel’ ini hendaklah dilakukan paling kurang bagi tempoh 6 tahun yang dimana anak2 yang memasuki darjah satu akan tamat di darjah 6.

11. InsyaAllah, PPSMI ini akan membuahkan hasil.

12. Hari ini, kita lihat pihak pembangkang mengambil kesempatan dan peluang dengan PPSMI ini. Dengan niat utk menagih sokongan orang Melayu, maka para pemimpin pembangkang menggunakan platform ini utk menjadi hero MELAYU.

13. Para pemimpin UMNO, jgn peluk tubuh sambil sibuk memancing undi pemilihan akhir bulan ini. Buatlah sesuatu …

14. Penulis ini mencadangkan juga, agar kementerian pelajaran mengkaji semula kursus2 penguruan terutama yang melibatkan PPSMI ini. Adakah tenaga pengajar yang mengajar bakal2 guru ini cukup kelayakan ataupun calon2 guru yang bakal mengajar ini mempunyai kebolehan utk mengajar subjek Sains dan Matematik ini dalam Bahasa Inggeris.

15. Tidak dinafikan ada segelintir yang memilih profesion guru sebagai ‘last resort’ akibat gagal mendapatkan pekerjaan di dalam bidang lain. Maka, adakah golongan ini sesuai untuk menjadi guru??

16. Jadi, bagi penulis PPSMI boleh diteruskan tetapi memerlukan sedikit kajian dari segi pelaksanaannya.

17. Kepada parti2 politik tak kira UMNO, PAS atau PKR, hentikanlah mempolitikkan PPSMI. JGN menang sorak, kampung tergadai.

18. Selagi Bahasa Melayu kekal sebagai bahasa kebangsaan dan tertulis di dalam perlembagaan, selagi itu bahasa melayu itu bermartabat!

nota:

Harap maaf kerana penulis mengalami masalah broadband yang telah menyebabkan laman ini tidak dikemaskini.
Sebelum menulis artikel ini, penulis sempat berborak dengan ibu penulis mengenai hal PPSMI ini.
Beliau sendiri merupakan pelajar melayu yang diajar menggunakan bahasa inggeris bagi kedua2 subjek dahulu. Ringkas sahaja respon beliau ‘mak pun jadi jugak orang, berjaya juga…dulu pun mak kena belajar guna bahasa inggeris…takde masalah pun”

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 ADUN tak melompat…tapi — malaysiakini

1. tetapi mereka hanya menukar status dari menjadi ADUN sebuah parti politik kepada menjadi ADUN bebas.

2. mereka menyuarakan sokongan terhadap BN dan belum lagi menjadi ahli komponen BN

3. Anwar kata tidak adil macam ini…harus dibubarkan DUN bagi adakan pilihanraya semula. Dia cakap BN bercakap tentang demokrasi, tetapi kamu tidak berani untuk berhadapan dengan rakyat.

4. Persoalannya…siapa yang mulakan angan 16 Sept….?? siapa yang mulakan kerja GILA dengan mengekori lawatan MP BN ke Taiwan pada tahun lepas??

5. Parti mana yang sebenarnya menjadi parti pertama yang menerima ADUN yang melompat selepas PRU tempohari?? rujuk kes ADUN Bota

6. Siapa yang memulakan rundingan dengan MP BN dari Sabah/Sarawak supaya melompat??

7. Siapa yang suka menggunakan ayat ‘we have the numbers’ selepas PRU??

8. Jadi tepuk dada tanya selera…..pepatah bahasa inggeris ‘ what goes around comes around ‘

9. Kini Pakatan Rakyat cuba buat kacau di Perak…..nak adakan perhimpunan rakyat.

10. Sabarlah….Seri Paduka Sultan belum buat keputusan.

11. Kan elok sekiranya PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan bekerjasama dengan BN utk rakyat Perak.

12. Biarkan Anwar, PKR, DAP dan sekutu mereka menangis sambil berangan-angan.

11 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Perak – Kronologi – malaysiakini

[URUTAN SEMASA SEJAK 25 JANUARI]:

4 FEBRUARI, 11.15 MALAM:Di IPOH: Kenyataan Ketua Polis Perak agak hentikan penyebaran SMS mengajak orang ramai berdemonstrasi.

4 FEBRUARI, 9 MALAM: Di IPOH: Menteri Besar Perak menghadiri mesyuarat tergempar PAS.

4 FEBRUARI, 5.45 PETANG:Di IPOH: Menteri Besar Perak mengadap Sultan Perak di Istana Kinta untuk menjelaskan kedudukan senario politik di Perak dan meminta perkenan pembubaran DUN.

4 FEBRUARI, 5 PETANG:Di PUTRAJAYA: Sidang media di pejabat Timbalan Perdana Menteri mengumumkan sokongan empat ADUN Pakatan Rakyat kepada BN. BN mempunyai peluang untuk membentuk kerajaan negeri di Perak.

4 FEBRUARI, 1 TENGAH HARI:Di IPOH: Menteri Besar Perak menangguhkan sidang media yang dijadual diadakan di pejabatnya.

4 FEBRUARI, 11.50 PAGI:Di KUALA LUMPUR: ADUN Behrang bertegas akan memasuki DUN Perak dan tiada siapa yang berhak menghalangnya.

4 FEBRUARI, 11.30 PAGI:Di IPOH: Menteri Besar Perak ketika dihubungi mStar Online mengatakan bahawa tidak akan membubarkan DUN Perak.

2 FEBRUARI, PETANG-MALAM:Di IPOH: Pakatan Rakyat dan Parti Keadilan Rakyat mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya kecil. Menteri Besar Perak dikatakan mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. DAP dan PAS – dua komponen Pakatan juga mengadakan mesyuarat antara petang dan malam ini.

2 FEBRUARI, 4 PETANG:Di SEPANG: Dua ADUN yang disebut-sebut akan hadir membuat sidang media tidak muncul. Exco Kerajaan Perak Jamaluddin Mohd Radzi gagal menghadirkan diri kerana masih sakit, kata pegawai khasnya, Firdaus Shaharudin.

2 FEBRUARI, 12.30 TENGAH HARI:Di PETALING JAYA: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengesahkan sudah dimaklumkan tentang kekosongan dan akan mengadakan mesyuarat esok.

2 FEBRUARI, 10 PAGI:Di IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dilihat masuk mengadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Kinta, Ipoh. Beliau keluar setengah jam kemudian selepas dipercayai memaklumkan mengenai perkembangan semasa politik negeri ini khususnya berkaitan isu percanggahan peletakan jawatan Jamaluddin dan Mohd Osman sebagai ADUN.

2 FEBRUARI, 10 PAGI:Di IPOH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap menganggap ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu yang “hilang” sejak Isnin lepas sebagai wakil rakyat parti itu.

Menurut Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman, kedua-dua wakil rakyat itu tidak membuat pengumuman keluar dari parti.

2 FEBRUARI, 8 PAGI:Di IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar menyerahkan surat secara rasmi memaklumkan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak mengenai kekosongan kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jering dan Behrang.

Surat rasmi itu telah diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya Perak, Ahmad Adli Abdullah pada pukul 8 pagi tadi.

2 FEBRUARI, 1.30 PAGI:Di SHAH ALAM: Laporan polis dibuat oleh wakil rakyat Pakatan Rakyat Perak, Mohd Osman Jailu melalui wakilnya berhubung isu mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Changkat Jering. Laporan dibuat oleh wakil Mohd Osman, Mohd Farizal Umar di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di Seksyen 11.

1 FEBRUARI, 9.30 MALAM:Di IPOH: ADUN Behrang menafikan yang beliau ada menghantar surat letak jawatan kepada Speaker DUN dan mahu mencabar kesahihannya.

1 FEBRUARI, 6.40 PETANG:Di PETALING JAYA: Menteri Besar Perak hampir yakin kedua-dua ADUN Behrang dan Changkat Jering akan keluar Pakatan Rakyat.

1 FEBRUARI, 5.45 PETANG:Di IPOH: Dua ADUN perak daripada PKR yang “hilang” sejak Isnin lalu mengumumkan peletakan jawatan serta-merta. ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu menyerahkan surat peletakan jawatan itu di rumah beliau pada 5.45 petang tadi.

1 FEBRUARI, 10 PAGI: Di KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ada kemungkinan ADUN dari Pakatan Rakyat di Perak akan menyertai BN.

1 FEBRUARI, 11 PAGI: Di IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meminta dua ADUN dari PKR yang “hilang” sejak Isnin lepas supaya mengisytiharkan segera pendirian jika telah keluar daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.

31 JANUARI: Di KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Tertinggi PKR bermesyuarat malam ini dengan membincangkan secara mendalam isu ADUN Behrang Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering. Ia juga beranggapan bahawa kedua-dua mereka sudah hampir pasti keluar PKR.

30 JANUARI: Di IPOH: Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan laporan mengenai anggota exco kerajaan negeri, Jamaluddin Mohd Radzi dan Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu, kedua-dua daripada PKR, akan menyertai BN.

29 JANUARI: Di KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Pengerusi BN Perak bagi menggantikan Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali yang meletak kedua-dua jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak dan Timbalan Pengerusi BN Perak.

25 JANUARI: Di KUALA LIMPIR: ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim keluar Umno dan BN untuk menyertai PKR dan Pakatan Rakyat. -mstar

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Jom Daftar Jadi Ahli Secara Online – malaysiakini

sila klik http://www.daftar.umno.org.my

60 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda