Tag Archives: A. Sivasubramaniam

Adun Buntong Buat Pusingan U

dari malaysiakini

Terkini: Kejutan pengunduran wakil rakyat Buntong, A Sivasubramaniam, daripada DAP berakhir petang ini apabila beliau menarik balik surat itu selepas enam jam.

dari bernama dan utusan

IPOH 31 Mac — Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Buntong, A.Sivasubramaniam membatalkan hasrat meletak jawatan dan keluar parti, beberapa jam selepas menghantar surat peletakan jawatan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Bercakap pada sidang akhbar di pejabat DAP Perak petang ini, Sivasubramaniam berkata, tindakan itu akibat salah faham dan beliau memohon maaf kepada semua pihak.

“Saya memohon maaf kerana tindakan saya itu dibuat kerana salah faham…saya dengan ini menarik balik surat yang telah dihantar,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Surat peletakan jawatan wakil rakyat Buntong itu turut difakskan ke pejabat-pejabat media di sini pagi ini dan Koo Ham dalam sidang akhbar tengah hari tadi mengesahkan menerima surat itu tetapi berkata bahawa kesahihannya belum dipastikan kerana beliau tidak dapat menghubungi Sivasubramaniam.

Dalam surat itu, Sivasubramaniam, 41, mendakwa agihan jawatan Exco kerajaan negeri untuk dua pemimpin India tidak dilaksanakan seperti dijanjikan oleh Ngeh sebelum ini.

Koo Ham berkata, beliau berjaya menghubungi Sivasubramaniam pada pukul 5 petang ini dan mengadakan perbincangan dengan wakil rakyat Buntong itu.

“Seperti yang saya jangka, keputusan yang diambil oleh Sivasubramaniam adalah berpunca daripada salah faham dan kami mengambil masa kurang lima minit untuk menyelesaikan masalah yang timbul,” katanya.

Beliau berkata, isu kekurangan wakil kaum India dalam pentadbiran kerajaan campuran timbul kerana beliau sebelum ini tidak mengumumkan keputusan kerajaan negeri untuk melantik wakil kaum India sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

“Saya tidak mengumumkannya kerana menghormati Dewan dan Menteri Besar…pelantikan Speaker dibuat oleh Dewan dan ia belum bersidang…sekarang saya terpaksa umum kerana telah berlaku salah faham. Kita menghargai dan menghormati sokongan kaum India dan memang akan menunaikan janji melantik dua wakil India dalam kerajaan negeri,” katanya.

Menurutnya lagi, kerajaan negeri Perak juga akan memastikan wakil wanita turut dilantik memegang jawatan yang sesuai dalam pentadbiran kerajaan negeri melalui pelantikan majlis kerajaan tempatan, agensi kerajaan negeri, senator dan anak-anak syarikat.

Beliau yang juga Exco kanan berkata, kerajaan negeri tidak akan meminggirkan kaum India atau wanita.

Daripada 10 anggota Exco Perak yang baru, hanya A.Sivanesan, juga daripada DAP dilantik memegang portfolio Kesihatan, Alam Sekitar dan Sumber Manusia.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, Sivasubramaniam yang merupakan Timbalan Setiausaha DAP Perak, menewaskan calon Barisan Nasional Lee Tung Lai dengan majoriti 5,315 undi.

Kerajaan campuran Perak diwakili 18 wakil rakyat DAP, tujuh PKR dan enam PAS dan jika Sivasubramaniam keluar parti, kerajaan berkenaan akan hanya tinggal 30 kerusi dan bakal memerintah dengan majoriti satu kerusi. DUN Perak mempunyai 59 kerusi dan Barisan Nasional (BN) selaku pembangkang menguasai 28 kerusi. — BERNAMA

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

ADUN DAP Buntong di Perak keluar parti

English Version

Buntong assemblyman quits DAP

PETALING JAYA: Buntong assemblyman A.Sivasubramaniam has quit DAP, leaving the DAP-PKR-PAS coalition government in Perak teetering on the brink of collapse.
In a letter to DAP secretary-general Lim Guan Eng dated March 31, Sivasubramaniam said he had had lost confidence in the Perak DAP as it failed to fulfill its promise to appoint two Indian state executive council members.
He added the decision was a “big slap” in the face of Perak Indians and tantamount to deceiving the community.
“My victory in Buntong was a mandate given by the Indian community in the area, and therefore I cannot accept the decision made by the Perak DAP,” he added.
Sivasubramanian could not be reached for further comment.
Of the 10 exco members sworn in on March 29, six were from DAP, including one Indian representative, Sungkai assemblyman A. Sivanesan.
In the March 8 general election, the Opposition coalition won 31 state seats in Perak – 18 seats went to DAP, seven to PKR, and six to PAS – while Barisan bagged 28 seats.
With Sivasubramaniam’s resignation from DAP, the coalition is left with 30 assemblymen. 

versi B. Melayu

KUALA LUMPUR 31 Mac – Krisis kerajaan campuran di Perak masih belum selesai apabila menerima tamparan terbaru ekoran pengumuman Ahli Dewan Undangan (ADUN) Buntong, A. Sivasubramaniam meletak semua jawatan dan keluar dari parti itu.

Sivasubramaniam dalam surat kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang salinannya dihantar kepada media, beliau berkata keputusan itu dibuat kerana tidak puas hati dan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Pengerusi DAP Perak, Ngeh Khoo Ham.

Katanya, Khoo Ham tidak menunaikan janji untuk mengagihkan kerusi Exco kepada dua pemimpin India yang dianggapnya sebagai tamparan dan penipuan kepada kaum itu di Perak. – Utusan.

nota: ramai yang berasa kurang yakin dengan pakatan pembangkang di Perak berbanding dengan pakatan mereka di negeri2 lain….ini disebabkan perebutan jawatan Menteri Besar di kalangan mereka sendiri….diharapkan agar ramai lagi ADUN dari barisan rakyat ini keluar dari pakatan mereka…Syabas buat Adun Buntong YB A. Sivasubramaniam kerana menunjukkan sifar berani bersuara… pecahan kerusi sekarang ialah Br 30, BN 28 dan Bebas 1…..mungkin DSAI akan umpan menggunakan wang utk menarik Siva menyertai PKR Perak…

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda