Tag Archives: adnan yaakob

MB Pahang tarik diri tanding Ketua Pemuda

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menarik diri daripada bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO berikutan bimbang tidak mampu membahagikan masa dengan baik.

Tegas Adnan, keputusan tersebut diambil setelah beliau menimbangkannya secara teliti selama dua minggu.

“Saya telah menimbang selama dua minggu dengan teliti dan saya dapati, kalah itu ada kemungkinan, menang tidak mustahil.

“Saya ambil kesimpulan, saya takut saya menang, jadi kalau saya menang nanti, saya bimbang saya tidak dapat memikul tanggungjawab kerana dari segi masa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Menteri Besar Pahang itu sebelum ini berkata, beliau sedang menimbang semula secara serius kemungkinan untuk menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan parti itu Disember ini.

Menurutnya, beliau menerima banyak permintaan daripada pelbagai pihak dari seluruh negara supaya bertanding jawatan tersebut pada pemilihan akan datang.

Mengulas lanjut tentang pendiriannya, Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu menjelaskan, dari segi tenaga dan menyumbangkan idea, beliau yakin mampu melaksanakannya dengan baik.

“Tenaga, kuat, insya-Allah, idea pun ada, insya-Allah, bukan nyanyuk lagi dan usia pun, tidaklah tua sangat, cuma takut saya mungkin tidak terkejar untuk buat kerja-kerja negeri dan menjalankan kerja-kerja politik Pemuda UMNO,” jelas beliau.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada ahli UMNO di seluruh negara yang telah menghantar sokongan kepadanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), beliau memberitahu;

“Saya sekarang hendak jaga negeri, UMNO dan BN negeri, jaga raja, agama dan membantu UMNO Pusat setakat yang termampu.

“Saya berpandangan, biar (Naib Ketua Pemuda UMNO) Khairy (Jamaluddin) dengan (Datuk) Mukhriz (Mahathir) bertanding kerana mereka berdua sama-sama muda.”

Ditanya adakah beliau juga tidak akan bertanding jawatan Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan UMNO Disember ini, beliau menegaskan;

“Untuk Ketua Pemuda muktamad tidak bertanding, untuk Naib Presiden dan Ahli MT, setakat ini, tidak bertanding. Sebab fokus saya sekarang hendak kuatkan parti. Saya tidak mahu kita menang, parti kalah. Jangan anggap kita popular sangat sekarang ini.”

nota: bagaimana dgn dr.khir toyo? masih berminat utk tanding KP Malaysia?

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Mukhriz bertanding Ketua Pemuda UMNO

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir akan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia dalam pemilihan parti itu Disember depan.

Beliau yang juga ahli exco Pemuda Umno itu akan membuat pengumuman rasmi mengenainya Sabtu ini.

Mukhriz akan berbuat demikian dalam satu majlis di perkarangan Pondok Maharizan di Alor Star.

Menurut pembantunya, ketua-ketua Pemuda Umno bahagian dari seluruh negara dijangka turut menghadiri majlis tersebut.

Majlis tersebut akan disusuli dengan satu sidang akhbar serta majlis sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin di Masjid Tok Kepak.

Selain Mukhriz beberapa pemimpin pergerakan itu, termasuk Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin dijangka turut bertanding jawatan tersebut.

Seorang lagi ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang telah memberitahu media sebelum ini yang beliau akan bertanding jawatan tersebut.

Manakala Menteri Besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob pula dilaporkan semalam, sebagai berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bertanding jawatan itu.

Jawatan ketua Pemuda kosong selepas penyandangnya Datuk Hishammuddin Hussein mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan tersebut Disember ini.

Tiada had umur dikenakan oleh mana-mana pemimpin untuk bertanding jawatan ketua Pemuda pusat. Juga tiada had umur bagi tempoh seseorang itu memegang jawatan tersebut. – mkini

nota: kemungkinan persaingan 4 penjuru untuk jawatan ini. KJ,KT,Adnan dan Mukriz. Tidak silap penulis, salah satu kriteria yang akan dikenakan terhadap calon yang ingin bertanding KP ialah mempunyai laman web sendiri. Tidak tahulah sama ada kriteria ini digunapakai atau tidak. Sehingga hari ini jawatan NKP masih tiada siapa yang bersuara ingin bertanding.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda