Tag Archives: ahmad ismail

Kenyataan Datuk Ahmad Ismail

37 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Gerakan Penang Putus Hubungan Dengan UMNO Penang

Gerakan Pulau Pinang mengadakan mesyuarat tergempar semalam ekoran sidang akhbar yang diadakan oleh ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail di mana seorang pemimpin Umno bertindak mengoyak gambar bekas ketua menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dalam mesyuarat tergempar itu, kata Dr Koh, Gerakan Pulau Pinang mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Umno negeri tersebut.
Beliau turut membidas Ahmad yang didakwa membuat kenyataan yang menyinggung orang Cina kerana “telah menukar kesilapan peribadinya kepada konflik dan krisis antara parti-parti komponen BN dan yang paling teruk lagi, antara masyarakat”.
Menurut Dr Koh lagi, tindakan penyokong Ahmad menurun, mengoyak dan memijak gambarnya, bukan sahaja dilihat sebagai tindakan yang tidak menghormati dan menghina beliau, tetapi juga keseluruhan parti dan BN.

Dalam sidang akhbar pada jam 10.30 malam tadi, Dr Koh berkata, pemimpin dan ahli Gerakan amat terperanjat dan marah dengan perbuatan tersebut,

Menurutnya, mereka kecewa dan sedih kerana ramai pemimpin badan perhubungan Umno negeri yang hadir di situ, telah membiarkan kenyataan dan perbuatan yang tidak bertanggungjawab seumpama itu.

Dr Koh juga berkata, amaran Ahmad supaya masyarakat Cina tidak bersikap seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan politik, sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak harus dibangkitkan sama sekali.

nota: penulis merasakan bahawa masalah ini merupakan masalah ‘peribadi’ di antara Koh Tsu Koon dan Ahmad Ismail. Mungkin dendam sudah lama terbuku, hanya menunggu masa utk ‘meletup’ dan kini sudah pun meletup. atau adakah ini permainan politik DSAI. sila rujuk komen pembaca (ketua bahagian) di bawah.

ketua umno bahagian
September 5, 2008 at 3:41 pm · Edit

inilah kerja umno bila ada apa-apa semua sokong…dulu masa tun pun semua sokong last2 apa jadi pada tuan….semua orang buat dia macam sampah…..dalam hal ni kita kena tau sapa sebenarnya md.ismail…dulu masa anwar jadi Pengerusi Badan perhubungan umno p.pg, dia adalah orang kepercayaan anwar…dia juga macam nak masuk dalam seluaq anwar bila anwar balik ke penang…aku percaya ini adalah strategi dia dan anwar untuk pecah MCA dan gerakan supaya masuk PR….aku blh kompom abg md.ismail ni setiap malam ada tempat anwar ceramah….

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Ahmad Tak Perlu Minta Maaf

Semua 13 UMNO Bahagian di Pulau Pinang bersetuju dengan pendirian Ketua UMNO Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail bahawa beliau tidak perlu minta maaf atas kenyataan yang dibuatnya berhubung dakwaan kaum Cina adalah pendatang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Rashid Abdullah berkata, ini kerana perkara yang disebut adalah fakta sejarah yang tidak patut diragui oleh mana-mana pihak. – Utusan.

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

11 Bahagian UMNO Sokong Ahmad Ismail

Seramai 11 ketua Umno Bahagian dijadual mengadakan sidang media di Georgetown, Pulau Pinang petang ini bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang kini menjadi kontroversi dalam isu melabel kaum Cina sebagai pendatang. Difahamkan sidang media akan diadakan jam 3.30 ptg ini.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Kenapa perlu minta maaf???

“Saya tidak pernah buat apa-apa salah pun. Kenapa saya perlu minta maaf.”

Demikian reaksi pertama Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang menjadi personaliti kontroeversi berhubung kenyataannya bahawa masyarakat Cina merupakan pendatang.

Ahmad menegaskan, beliau tidak perlu meminta maaf atas ‘kesalahannya’ yang tidak dibuatnya.

Ditanya sama ada akan menerangkan mengenai perkara tersebut kepada Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, beliau berkata:

“Saya akan terangkan perkara yang sebenar kepada Presiden parti pada Mesyuarat Perhubungan Umno Negeri Sabtu ini,” katanya kepada mStar Online hari ini.

Tambahnya, “mengikut budaya Melayu jika kita tidak membuat sebarang kesalahan kita tidak perlu memohon maaf.”

Dalam satu ceramah di Permatang Pauh pada 25 Ogos lepas, Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanyalah penduduk sementara di negara ini dan oleh itu adalah mustahil untuk mendapat hak yang sama di negara ini.

Pelbagai parti politik termasuk MCA, Gerakan mahu Ahmad dikenakan tindakan dan disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan bersifat hasutan terhadap masyarat Cina di negara ini.

Terdahulu di Putrajaya hari ini, Abdullah berkata, kaum bukan Melayu tidak harus menganggap kenyataan Ahmad bahawa orang Cina adalah pendatang dan tidak layak mendapat hak sama seperti Melayu sebagai dasar Umno kerana itu adalah pandangan peribadi.

“Dalam keluarga Umno yang begitu ramai akan adalah ahli-ahli Umno yang akan menyuarakan pandangan seperti itu,” kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Negara di Kementerian Kewangan.

Dipetik Bernama, Abdullah berkata, kenyataan itu bukanlah satu yang disengajakan.

“Ia mengenai kedatangan orang bukan Melayu pada masa dulu, macam mana kedudukannya dan berubah pula setelah sama-sama bermuafakat dan menuntut kemerdekaan, setelah diadakan kontrak sosial,” katanya ketika diminta mengulas mengenai desakan supaya Ahmad memohon maaf kerana membuat kenyataan yang telah menyinggung perasaan masyarakat Cina negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun memohon maaf secara terbuka bagi pihak Umno dan berharap supaya orang bukan Melayu tidak terganggu dengan kenyataan Ahmad yang berbentuk peribadi itu.

Mengulas lanjut Abdullah berkata, Umno sangat berpegang kepada pemuafakatan dan kerjasama erat sesama parti komponen yang lain, justeru walaupun mungkin timbul sedikit kesilapan, persoalan pokok yang harus diambil kira ialah kesungguhan pemimpinpemimpin parti komponen yang sentiasa memainkan peranan mereka dengan baik.

“Jika ada yang pasang kamera tersembunyi (di bilik mesyuarat Kabinet), mereka akan terkejut dan rasa lega dengan kesungguhan kita membincangkan sesuatu perkara termasuk isu ini dalam Kabinet,” katanya.

Beliau berkata, permohonan maaf Najib adalah tindakan yang wajar namun masyarakat masih memerlukan permohonan maaf daripada Ahmad sendiri untuk menjernihkan semula keadaan.

“Jadi saya cuba hubungi dia tetapi tak dapat lagi dan pemberita pun cuba, saya tahu.

“Dia akan kata itu bukan niatnya tapi kata orang, apa yang cakap dah tercakap, itu masalahnya. Pepatah Melayu berkata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya,” kata Perdana Menteri.

Abdullah berkata, beliau pasti Ahmad akan tampil untuk memberi kenyataan kerana “tiada tempat untuk beliau bersembunyi.”

“Mana dia nak `pi. Sekurang-kurangnya apabila saya ke Pulau Pinang, pasti saya akan berjumpa dia juga,” katanya.

nota: Syabas Datuk Ahmad, penulis percaya ramai yang menyokong pendirian Datuk!!

60 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda