Tag Archives: altantunya sharibuu

Isu Pengakuan Bersumpah – KJ dan Rosmah beri keterangan

sumber agendadaily dan malaysiakini.

Khairy Jamaluddin telah memberi keterangan polis selama satu jam di Ibupejabat Polis Putrajaya malam tadi mengenai akuan bersumpah Raja Petra.Katanya kepada Agendadaily di bangunan Parlimen petang Rabu beliau masih dalam perbincangan dengan peguamnya tentang kemungkinan untuk ambil tindakan sivil.Dala akuan bersumpahnya Raja Petra dakwa Khairy ada simpan laporan risik yang dakwa isteri Timbalan Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansor ada di lokasi pembunuhan Altantuya.Ahli Parlimen Rembau itu menyifatkan Raja Petra sebagai ‘ lose cannon’ tetapi berharap kali ini pengendali laman web Malaysia Today itu kena tindakan.Menurutnya akuan bersumpah itu nyata berniat jahat.

Timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menafikan bahawa isterinya Rosmah Mansor terbabit dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu seperti yang didakwa oleh Raja Petra Kamarudin.

rosmah mansor and altantuya murder caseNajib juga berkata, Rosmah telah dipanggil memberi kenyataan kepada polis ekoran dakwaan terbaru dalam akuan bersumpah penulis sensasi itu.

Bercakap kepada pemberita di Parlimen hari ini, Najib berkata akuan Raja Petra itu satu pembohongan semata-mata.

Najib juga menyifatkannya sebagai satu tindakan terdesak untuk mencemarkan imej politik beliau.

Sebelum ini, beliau mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kabinet mengenai masalah pendatang tanpa izin di Sabah.

Raja Petra, dalam akuan bersumpahnya 18 Jun lalu, mendakwa Rosmah bersama dua lagi berada di tempat kejadian sebelum wanita Mongolia itu diletupkan.

Najib dan isterinya beberapa kali menafikan pembabitan mereka dengan kes ini, yang masih dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pengendali blog Malaysia Today juga mendakwa perdana menteri menerima maklumat tentang pembabitan tiga individu itu, termasuk Rosmah, dan menyerahkan laporan perisikan kepada menantunya dan juga naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun, semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan ada menerima laporan bertulis daripada perisikan tentera mengenai mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.

Abdullah dilaporkan berkata: “Memang saya concern (dengan dakwaan Raja Petra).

“Perbuatan Raja Petra itu tidak boleh diterima. Sebab apa yang dia nyatakan itu adalah sesuatu yang tidak betul.

“Terutamanya dalam surat itu (akuan berkanun Raja Petra) disebut yang saya dah diberi satu laporan mengenainya dari pihak perisikan tentera.

“Itu tak betul,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan jawatankuasa khas mempertingkatkan daya saing kelapa sawit di bangunan Parlimen.

nota: Datuk Seri Najib memaklumkan juga bahawa pihak polis akan mengambil keterangan daripada beliau dan Perdana Menteri mengenai pengakuan bersumpah ini. Sekiranya benar seperti kenyataan Datuk Seri Najib bahawa pengakuan RPK ini merupakan satu niat buruk dan bermotifkan politik, penulis tertanya mengapakah RPK sanggup berbuat demikian. Apa-apapun diharap kes ini dapat disiasat dan diselesaikan dengan cara yang adil.

19 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda