Tag Archives: bangsa malaysia

Anwar Penghapus Ketuanan Bangsa Melayu & Raja-Raja

petikan dari mykmu

Ancaman Anwar Ibrahim usah pandang mudah. Anwar Ibrahim hari ini seakan mendabik dada mengatakan bahawa beliau hampir pasti akan menjadi Perdana Menteri dengan Pakatan Rakyat. Adakah ini perang saraf atau benar-benar akan menjadi satu realiti. Adakah kehadiran Anwar sebagai Perdana Menteri akan memacu Malaysia tanpa batasan bangsa dan kaum lantas Melayu akan hanya tinggal sisa-sisa nama dengan rujukan utama rakyat Malaysia adalah Bangsa Malaysia.

Apa perlunya terma Bangsa Malaysia kalau Malaysia sudah tidak ada perbezaan kaum – semuanya rakyat Malaysia. Istilah Bangsa Malaysia pasti menghilangkan hak-hak keistimewaan Bangsa Melayu, Bangsa Malaysia yang di laung oleh Anwar Ibrahim adalah satu rujukan palsu untuk semua kaum-kaum di Malaysia kerana Bangsa Malaysia sebenarnya adalah sebutan bagi menggadai hak keistimewaan Bangsa Melayu dan memadamkan kedaulatan raja-raja Melayu. Inilah satu reality???.

Laungan mengenai hak keistimewaan Melayu yang mahu di pertahankan oleh Anwar Ibrahim adalah satu penipuan semata-mata, sedangkan dalam hakikatnya beliau mahu mencairkan pegangan Melayu secara terbuka untuk menakluki undi kaum lain.

Apa yang sebenarnya yang mahu diperkatakan, rasis atau realiti. Bangsa Malaysia tidak pasti wujud dalam keadaan masyarakat kita berbilang bangsa. Ia akan menjadi satu retorik palsu yang kononnya kita menolak kehadiran kaum lain dengan menggantikannya sebagai satu asimilasi kaum dan budaya. Adakah mampu itu berlaku – tidak mungkin dalam 100 tahun lagi. dalam keadaan bangsa cina menuntut lebih sekolah Cina dan mahu lebih banyak bandar komuniti Cina dan perjuangan Hindraf yang menuntut hak-hak keserataan kaum India serta lain-lain perjuangan kaum yang ada, apakah kita mahu sebut Bangsa Malaysia???
Hakikatnya kita akan tetap berlainan kaum – pokoknya hidup dalam keadaan harmoni yang akan memberi keamanan Negara. Namun dalam keadaan kita membayangkan ancaman Anwar Ibrahim yang mungkin membahayakan bangsa Melayu maka satu penelitian khusus perlu dilaksanakan untuk menyedarkan kita khususnya orang Melayu – bila ketuanan Melayu mahu diganti dengan keserataan semua Bangsa, Pastinya yang hilang adalah ketuanan kita Orang-orang Melayu.

Hakikatnya Anwar Ibrahim telah merancang untuk meragut undi popular bangsa melayu dan kaum lain. Melayu baginya biar berpecah dan dengan perpecahan ini akan menguntungkan beliau. Itu hakikat dan itu sebenarnya. PKR bukan satu parti tetapi adalah satu dominan karakter “Anwar Ibrahim”.

Justeru itu – apakah dia Bangsa Malaysia, yang yang digambarkan oleh Anwar Ibrahim adalah satu Bangsa yang mempunyi budaya yang sama, hak-hak kepada pegangan harta yang sama, dan mungkin kebebesan beragama akan sama, tiada lagi Islam sebagai Agama Rasmi Malaysia – ini amat jelas idologi Anwar Ibrahim telah membelakangkan kepentingan Bangsa Melayu, beliau hanya berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri sahaja dan mengaut kekayaan sehingga ke 100 keturunan….

11 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda