Tag Archives: blogger

Penulis blog Kickdefella ditahan bawah Akta Hasutan

Penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Aziz, ditahan polis di rumahnya di Demit di sini mengikut Akta Hasutan.

Isteri Syed Azidi, Bariah Ishak berkata, polis yang datang ke rumah mereka dengan menaiki sebuah Pajero berwarna putih dan bercermin gelap, menahan suaminya 5.05 petang.

“Tiga lelaki, yang berpakaian preman, datang ke rumah kami dan memaklumkan bahawa mereka datang untuk menahan suami saya di bawah Akta Hasutan.

“Mereka datang dengan baik walaupun tidak mempunyai waran untuk menahan suami saya,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, salah seorang daripada pegawai polis itu memaklumkan suaminya akan dibawa ke Kuala Lumpur hari ini untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC II Amir Hamzah Ibrahim ketika dihubungi tidak dapat mengesahkan mengenai tangkapan itu kerana tiada maklumat yang diterima oleh polis Kelantan mengenainya.

“Kita akan periksa dahulu mengenai perkara itu,” katanya.

Syed Azidi, 38, adalah Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Menerusi blog Kickdefella, beliau pernah pernah mencadangkan agar bendera Malaysia dikibarkan secara terbalik semasa menyambut ulang tahun kemerdekaan negara.

Beliau juga pernah mengarahkan filem pendek bertajuk ‘Lautan Biru di Waktu Subuh’.

nota: diharap para pembaca dapat menjaga tatasusila ketika memberi komen di laman ini. sejak kebelakangan ini terdapat banyak komen2 yang tidak diluluskan oleh moderator kerana terlalu ‘keras’ dan ‘kasar’. perlu diingatkan kebebasan bersuara datang bersama tanggungjawab. terima kasih atas sokongan anda kepada laman weblog ini.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Lagi blogger perlekeh logo Merdeka

selepas seruan dari seorang blogger utk memasang bendera secara terbalik bagi sambutan kemerdekaan baru-baru ini, kini seorang lagi blogger yang menunjuk ‘kepandaian’ beliau dengan memberi penterjamahan terhadap logo sambutan kemerdekaan ke 51 tempohari. Mana perginya rasa hormat terhadap pencipta bendera dan logo kemerdekaan ini??

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

RPK sudah bersumpah..anwar bila lagi?

terdapat pelbagai tuduhan terhadap DSAI seperti Agen Amerika, Agen yahudi, kes liwat dan sebagainya….
keberanian raja petra untuk membuat pengakuan bersumpah dalam isu Altantuya amat penulis pandang tinggi….sila rujuk posting awal di sini .bukan calang-calang orang yang berani membuat pengakuan bersumpah atas kebenaran maklumat yang beliau terima…..kini penulis berasakan sudah tiba masanya untuk DSAI membuat pengakuan bersumpah bagi menangkis tuduhan-tuduhan yang ditujukan ke atas beliau sekiranya tuduhan-tuduhan itu tidak berasas…masakan pokok akan bergoyang…sekiranya tiada angin atau tangan yang menggoncangkannya….

14 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tahniah Dato’ Sri Dr Khir Toyo

Mantan MB Selangor Dato Sri Dr Khir Toyo kini sudah mempunyai dua gelaran YB iaitu Yang Berhormat dan Yang Berblog….beliau telah pun memulakan blog beliau sendiri…anda semua boleh melayari http://www.drkhir.blogspot.com/

moga Dato Sri boleh berkongsi maklumat semoga rakyat dapat mengetahui situasi sebenar di Selangor.

penulis percaya akan ramai pemimpin Barisan Nasional yang akan mempunyai blog mereka sendiri.

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda