Tag Archives: bunga melati 2

Bunga Melati 2 Dilepaskan Lanun – Malaysiakini

Kapal tangki kedua milik Malaysian International Shipping Corporation (MISC), MT Bunga Melati 2, yang ditawan di Teluk Aden oleh lanun Somalia dibebaskan jam 4.14 pagi semalam.

Pengarah Perhubungan Awam Kementerian Pertahanan, Kolonel Fadzlette Othman Merican, berkata semua anak kapalnya selamat dan kini sedang belayar menuju Djibouti, Timur Afrika. Katanya, pelayaran kapal itu ke Djibouti diiringi dua kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia, KD Lekiu dan KD Sri Inderapura untuk menyertai MT Bunga Melati 5.

Fadzlette berkata, wang tebusan sebanyak AS$2 juta dibayar oleh MISC untuk pembebasan kapal itu.

Sehubungan pembebasan itu MISC akan menghantar dua pasukan baru ke sana untuk menggantikan krew kedua-dua kapal itu yang akan diterbangkan pulang ke Malaysia pada 4 Oktober ini, katanya.

MT Bunga Melati 2, dianggotai 39 anak kapal dengan 29 daripadanya adalah rakyat Malaysia manakala bakinya warga Filipina.

Ia dirampas di teluk itu pada 19 Ogos lalu. Bagaimanapun, sewaktu ditawan seorang kelasi warga Filipina mati akibat terkena peluru yang tersasar.

Kelmarin lanun membebaskan kapal tangki MT Bunga Melati 5 dengan 36 anak kapal rakyat Malaysia dan lima warga Filipina yang ditawan pada 29 Ogos lalu, ketika dalam pelayaran dari Yanbu, Arab Saudi menuju Singapura.

Fadzlette berkata, kehadiran kapal milik TLDM adalah antara faktor kejayaan rundingan sehingga kedua-dua kapal itu dan anak kapalnya dibebaskan.

“Ada beberapa kapal dari negara lain yang membayar wang tebusan tetapi masih belum dibebaskan dan nampaknya mereka (lanun) memberi keutamaan kepada kita,” katanya. – bharian

nota: Alhamdulillah, diharap kedatangan Syawal ini lebih bermakna bagi keluarga yang menunggu berita baik ini.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Marilah Kita Sama-sama Berdoa

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT supaya semua anak2 kapal Bunga Melati 2 dan Bunga Melati 5 yang ditawan oleh Lanun di Perairan Somalia tempohari selamat semuanya. Penulis lampirkan juga nama-nama anak kapal yang terlibat. – sumber NST

Kapal Bunga Melati 2

29 Malaysians, nine Filipinos, one Pakistani. Total: 39. The Malaysians are:

  1. – Aniszamari Ibrahim, 32, chief officer, Terengganu
  2. – Nuzaihan Abd Rani, 30, second officer, Perak
  3. – Mohd Hannif Abdullah, 24, third officer, Kelant-an
  4. – Zaini Tokeman, 24, third officer, Perak
  5. – Mohd Felani Mohd Khalid, 22, junior third offi-cer, Selangor
  6. – Mohd Nazreen Khuzaimie, 20, deck cadet, Kedah
  7. – Mohd Muslim Mustafa, 20, deck cadet, Kelan-tan
  8. – Hairol Jalil, 27, third engineer, Johor
  9. – Johan Hafiz Muhamad Hadzri, 30, Kuala Lumpur
  10. – Mohd Rasyid Mustafa, 29, fourth engineer, Kelantan
  11. – Rony Yoman Enak, 27, juniorr electrical engineer, Sarawak
  12. – Che Sanusi Che Abu Bakar, 48, bosun, Kelan-tan
  13. – Yusainizam Abdul Jabar, 31, AB, Pahang
  14. – Baharuddin Mohamad, 36, AB, Terengganu
  15. – Nazih Aliq Ilman Mohd Nasir, 22, OS, Selan-gor
  16. – Mohd Zulkifli Jusoh, 29, OS, Pahang
  17. – Mohd Nasrul Ahmad, 20, OS, Terengganu
  18. – Mohd Salwadi Mamat, 31, OS, Kelantan
  19. – Ramli Kassim, 52, pumpman, Selangor
  20. – Edwin Juntong, 38, pumpman, Sarawak
  21. – Talib Abd Hamit, 50, oiler, Sabah
  22. – Muhamad Subki Muhamad Hasan, 31, greaser, Kedah
  23. – Sapian Sata Che Mansor, 26, greaser, Perak
  24. – Asbulazam Abdullah, 32, greaser, Johor
  25. – Fakryrul Rahman Wasmin, 22, jr rating, Johor
  26. – Saharudin Khalid, 38, chief steward, Selangor
  27. – Norazwan Ramli, 26, cook, Terengganu
  28. – Muhammad Annas Azir, 19, steward, Kelantan
  29. – Mohd Amin Dolmat, 23, steward, Malacca

Kapal Bunga Melati 5

34 Malaysians, seven Filipinos, one Pakistani. Total: 42. The Malaysians are:

  1. – Captain Maheswaran Muniandy, 39, master, Penang
  2. – Mohd Azri Rahamat, 29, chief officer, Johor
  3. – Lister James, 26, second officer, Sarawak
  4. – Imran Amir, 26, third officer, Kuala Lumpur
  5. – Mohd Sujairi Razak, 24, third officer, Terengganu
  6. – Mohd Saifullah Abdul Manaf, 22, junior third officer, Pe-nang
  7. – Lim Beng Sing, 30, third engineer, Sarawak
  8. – Mohd Ridwan Othman, 24, fourth engineer, Pahang
  9. – Wan Nor Hisham Wan Ghazali, 32, fourth engineer, Jo-hor
  10. – Mohd Firdaus Zainudin, 23, fifth engineer, Pahang
  11. – Abd Samad Hassan, 27, electrical engineer, Negri Sem-bilan
  12. – Farahiyah Azreen Mohd Ariffin, 27, junior electrical en-gineer, Kuala Lumpur
  13. – Mohamad Zaidi Abdul Rahman, 19, deck cadet, Per-lis
  14. – Nor Afandi Basar, 44, catr off, Johor
  15. – Yusof A. Hamid, 51, bosun, Johor
  16. – Kosman Sukarno, 54, AB (able seaman), Johor
  17. – Mohammad Amir Ridzuan Osman, 26, AB, Pahang
  18. – Mohd Saiffudin Azmi, 24, AB, Kedah
  19. – Muhammad Abu Ubaidah Ahmad, 23, OS (ordinary sea-man), Kuala Lumpur
  20. – Muhd Nazri Mat Salleh, 21, OS, Kelantan
  21. – Mohd Rasid Abdul Mutalib, 23, OS, Johor
  22. – Mohd Hafizie Mohd Mokhtar, 23, OS, Kuala Lumpur
  23. – Hazanul Ishraf Salehan, 31, pumpman, Johor
  24. – Salleh Majid, 27, junior pumpman, Kedah
  25. – Che Omar Zainon, 50, oiler, Kedah
  26. – Rizal Shah Abdul Jabar, 30, greaser, Johor
  27. – Mohd Yusof Wahid, 39, greaser, Terengganu
  28. – Ahmad Yushairy Mohd Yusof, 28, greaser, Perak
  29. – Khairul Anwar Othman, 21, jr rating, Kuala Lumpur
  30. – Harul Azimi Abu Bakar, 43, cook, Perak
  31. – Mohammad Juraimi Jumahat, 23, steward, Pahang
  32. – Roszaiedi Ismail, 29, steward, Johor
  33. – Dominic Bernard Selvan, 33, master, Perak
  34. – Chandra Malar Pakrisamy Ramalingam, 36, supernum-erary, Penang

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda