Tag Archives: Ceramah

http://www.pemuda-enggang.org

sila maklum bahawa laman ini boleh diakses melalui

http://www.pemuda-enggang.org

terima kasih

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Raja Perlis lantik Adun Bintong, Md Isa Sabu sebagai MB

sumber dari  mstar

KUALA LUMPUR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan melantik Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bintong Datuk Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis yang baru menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Setiausaha Sulit kepada Raja Perlis, Moh Adib Zakaria dalam kenyataan yang diedarkan kepada wartawan yang berkumpul di hadapan Istana Siraj di sini kira-kira 2.40 petang, berkata pelantikan itu adalah menurut Perlembagaan Negeri, Artikel 39 (2) UndangUndang Tubuh Negeri Perlis.

Peruntukan itu menyebut Raja hendaklah melantik seorang yang pada fikirannnya mendapat kepercayaan ramai ahli menjadi Menteri Besar bagi mengetuai majlis kerajaan negeri.

“Berdasarkan kepada peruntukan ini dan setelah berpuas hati dengan kemampuannya untuk mendapat sokongan majoriti dari Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, maka Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah berkenan melantik Datuk Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis berkuatkuasa 14 Mac 2008,” katanya.

Dr Md Isa adalah bekas Exco kerajaan Perlis sehingga 2004 kerana pilihan raya umum 2004, beliau tidak dicalonkan semula untuk bertanding namun setelah sepenggal berehat, beliau dicalonkan semula bagi kerusi DUN Bintong pada pilihan raya Sabtu lepas.

Pada pilihan raya itu, Dr Md Isa mengalahkan calon PAS Mohd Anuar Mohd Tahir dengan majoriti 2,110 undi. Dr Md Isa mendapat 4,882 undi manakala Mohd Anuar 2,772 undi.

Terdahulu Shahidan dilihat memasuki Istana Siraj kira-kira 11.40 pagi untuk mengadap Raja Perlis dan keluar sejam selepas itu.

Ketika ditemui pemberita sejurus keluar dari perkarangan istana, Shahidan berkata perlantikan beliau sebagai Menteri Besar masih belum diputuskan walaupun telah menerima surat watikah pelantikan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Selasa lepas untuk menerajui semula negeri Indera Kayangan itu.

“Sekarang ini muktamad daripada Perdana Menteri (jawatan Menteri Besar)… sayalah. Raja ada kuasa untuk menentukan lantik sesiapa,” katanya.

Shahidan yang tergesa-gesa meninggalkan perkarangan istana untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Putrajaya, berkata beliau akan menemui Perdana Menteri untuk  perbincangan selanjutnya.

Ditanya mengenai kemungkinan wujud campur tangan daripada pihak tertentu, Shahidan berkata,” Mungkin. Orang itulah. Memang ada orang campur  tangan. Ini banyak melibatkan cerita-cerita munafik dan perjanjian  yang dilanggari.”

Turut kelihatan sebuah kereta Proton Perdana berwarna kelabu  memasuki perkarangan Istana Siraj pada pukul 11.50 pagi yang  mendakwa sebagai wakil Anggota Parlimen Kangar Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.

Hadir sama pada pertemuan itu adinda Raja Perlis, Datuk Seri Syed Razlan Putra Jamalullail yang juga Adun Pauh, yang tiba pada pukul 12.50 tengah hari dan keluar 15 minit selepas itu, diikuti dengan kereta yang membawa wakil Radzi.

Khamis lalu, Shahidan mengakui ada pihak yang kurang bersetuju dengan perlantikan dirinya sebagai Menteri Besar Perlis dan telah bertemu dengan Abdullah untuk memohon agar beliau tidak diberikan jawatan itu.

Shahidan juga berkata pihak dari dalam kelompok Umno Perlis itu yang sebelum ini telah bersetuju menyokongnya tetapi kini menentang. BERNAMA

nota: tahniah kpd YB Datuk Md Isa Sabu kerana dilantik menjadi MB Perlis yang baru..dan terima kasih kepada mantan MB Perlis iaitu YB Datuk Seri Shahidan Kassim…moga UMNO dan BN lebih perkasa di bawah kepimpinan MB Baru

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Keputusan Penuh Pilihanraya P99 Ampang

Berikut ada keputusan penuh bagi P99. Ampang..

P99 – AMPANG

AZMAN WAHID (BN-UMNO) 23,319
ZURAIDA KAMARUDDIN (PKR) 26,995

Majoriti  3,676

N19 – BUKIT ANTARABANGSA

HASLINDA MOHD ZERAIN (BN-UMNO) 10,350
MOHAMAD AZMIN ALI (PKR) 11,731

Majoriti 1,381

N20 – LEMBAH JAYA

DATUK ISMAIL KIJO (BN-UMNO) 12,954
KHASIM ABDUL AZIZ (PAS) 15,182

Majoriti 2,228

nota: sumber dari hmetro

Tahniah kepada YB2 baru dari PKR…semoga kesinambungan usaha dari bekas YB BN dapat diteruskan…

Sumber memberitahu bahawa MB Selangor yang baru merupaka Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR…

nota: walaupun PRU12 tidak menyebelahi BN Selangor, walaubagaimanapun ia tidak mematahkan semangat utk kembali berdiri dengan gagah pada PRU13 nanti…insyaAllah UMNO Ampang akan bangkit semula.apa2pun  kami berasa hampa dengan kejadian kecurian khemah canopy bagi kegunaan  pondok polling BN bagi PDM Enggang Utara dan Enggang Selatan selepas PRU12 mlm tadi. diharap pihak berkuasa dapat melakukan siasatan terhadap kejadian ini.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Sekitar Ceramah Di Pusar Daerah Mengundi Enggang Utara

Tarikh: 2 Mac 2008 jam 9.00malam.

Walaupun hujan lebat tetapi kehadiran tetamu agak tinggi dari dijangkakan.

Ketua Cawangan Sdr Rosman Kassim memulakan majlis.

Calon Barisan Nasional P.99 Ampang Sdr Azman Bin Wahid

Sdr Razali Maulana, Sdr Azman Wahid & Sdr Rosman Kassim

Ketua Cawangan Jalan Enggang Sdr Rosman, Calon N.19 Bkt Antarabangsa Sdri Haslinda Mohd Zerain & Ketua Pemuda Jalan Enggang Sdr Syaiful Arief

Bermesra dengan tetamu

Penyokong BN cilik….

Haslinda Zerain ditemuramah oleh wartawan Sinar Harian

Tenaga Pemuda Jalan Enggang bergambar kenangan dengan Calon BN Bkt Antarabangsa Haslinda Mohd Zerain

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Ceramah Menangkis Idea Karut PKR…

pada: 5 Mac 2008

masa: 9 malan

tempat: Dataran Bukit Antarabangsa

datang beramai!!

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Temuramah dengan bekas ORANG KUAT ANWAR

DR. CHANDRA Muzaffar pernah menjadi ‘orang kuat’ Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika parti itu ditubuhkan pada tahun 1999.Chandra memegang jawatan Timbalan Presiden PKR selama dua tahun sebelum menarik diri pada Disember 2001 atas sebab-sebab tidak sehaluan dengan penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya tarik diri kerana perbezaan pendapat dan tidak bersetuju dengan Anwar,’’ katanya.

Menurut Chandra, Anwar tidak layak menjadi pemimpin kerana pendiriannya tidak konsisten, kurang jelas dan beliau mengamalkan politik perkauman.

Wartawan Utusan Malaysia, Nazrullah Rosli menemu bual Chandra, yang kini mengetuai Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), mengenai beberapa isu berkaitan Anwar dan peluang PKR pada pilihan raya umum 8 Mac ini.

Bagaimanakah saudara melihat kehadiran di ‘belakang tabir’ Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya umum kali ini?

CHANDRA: Pada hemat saya, prestasi PKR kali ini akan merosot kerana Anwar tidak akan berjaya meraih simpati kerana dia tidak berada dalam penjara seperti sebelum ini.

Pada pilihan raya 1999, Anwar menerima banyak ‘simpati’ kerana dia dipenjarakan dan ia menjadi faktor utama isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menang di Parlimen Permatang Pauh.

Anwar sudah dibebaskan dari penjara dan faktor simpati sudah tidak wujud lagi. Dengan kata lain PKR dan Anwar yang merupakan pelaku utama parti itu kini akan mendapat layanan yang sama seperti pelaku politik parti-parti lain.

Ini juga bermakna segala kelemahan Anwar juga akan terdedah dan dia terpaksa menanggung risiko kerana rakyat akan menilai dirinya sama seperti mereka menilai pelaku politik lain.

Apakah punca PKR tidak diterima oleh majoriti rakyat di negara ini?

CHANDRA: Ada beberapa sebab termasuk pengakuan terbuka Anwar mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagaimana yang dinyatakannya pada kempen pilihan raya kali ini.

Seperti diketahui umum, DEB melindungi orang Melayu dari segi ekonomi.

Sebaliknya cadangan Anwar itu menimbulkan kemarahan orang Melayu yang tidak bersetuju dan menentang perbuatan menghapuskan DEB.

DEB bagi orang Melayu adalah sesuatu yang penting dan sekiranya ada pemimpin Melayu yang mahu menghapuskan DEB, ia satu perbuatan yang tidak boleh diterima.

Anwar juga dikaitkan secara tidak langsung dengan pertubuhan haram Hindraf. Dia secara terbuka mempertahankan perbuatan kumpulan itu.

Masyarakat Melayu tidak senang dengan pendirian politiknya ini. Dan ini membawa implikasi negatif kepada politik Anwar.

Bagaimana pula PKR pada mata masyarakat Cina dan India di negara ini?

CHANDRA: Kedua-dua kaum itu tahu pendirian Anwar semasa dalam kerajaan dulu berhubung beberapa isu melibatkan kepentingan dua kaum itu.

Apa yang diperjuangkannya sekarang jauh berbeza. Misalnya, dalam isu penggunaan bahasa di sekolah Cina, pendirian Anwar sering berubah berdasarkan kehendak golongan yang menjadi sasarannya.

Kalau dia hendak dapat sokongan dan perjuangkan orang Melayu, dia akan pilih isu-isu tertentu yang ada kaitan dengan orang Melayu.

Anwar bukan seorang yang berpegang pada prinsip dan dia hanya menyesuaikan diri dengan suasana, kehendak dan iklim politik semasa.

Contohnya, kalau mahu meraih sokongan kaum Cina, dia akan memperjuangkan isu masyarakat berkenaan dan melakukan perkara sebaliknya apabila mahu mendapatkan sokongan Melayu.

Jadi, matlamat Anwar dalam PKR jelas untuk kepentingan politik dirinya sendiri. Pengundi kaum Cina dan India tahu politik Anwar.

Apakah hubungan mesra Anwar dengan golongan tertentu di Amerika Syarikat dan Barat menggugat sokongan rakyat kepada PKR?

CHANDRA: Bagi masyarakat Melayu dan bukan Melayu, mereka sedar tentang pendirian politik Anwar dalam soal hubungan antarabangsa.

Dia menjalinkan hubungan intim dengan golongan tertentu di Amerika Syarikat (AS). Rakyat Malaysia tahu tentang dasar luar AS yang begitu agresif mahu menguasai dunia seperti di Asia Barat. AS mahu kekal berkuasa ke atas laluan strategik di rantau itu.

Anwar juga begitu akrab dengan golongan tertentu di AS, antaranya dengan bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan yang juga bekas Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz yang merupakan antara perancang utama Perang Iraq.

Anwar juga menjadi Pengerusi Yayasan Untuk Masa Depan yang ditubuhkan dan dilancarkan oleh pentadbiran Amerika Syarikat yang kononnya untuk memperkenalkan demokrasi di Asia Barat.

Yayasan itu ditubuhkan oleh kuasa tertentu untuk kepentingan mereka. Anwar terlibat dalam usaha ini. Dia mendapat sokongan media Barat dan pemimpin tertentu di Barat.

Apakah pembabitan Anwar dengan Barat ini yang menyebabkan saudara menarik diri daripada PKR?

CHANDRA: Memang benar. Inilah yang menjadi faktor saya tarik diri pada Disember 2001. Saya lihat faktor ini melemahkan PKR dan mungkin menyebabkan komplikasi serius terhadap Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat. Hubungan Anwar dengan Amerika Syarikat dan Barat boleh membahayakan kedaulatan kita.

Jika hubungan seperti itu wujud, bagaimana dia boleh memimpin untuk kepentingan negara ini?

Secara umumnya, orang begini kalau memimpin negara, dia akan melemahkan kerajaan dan negara.

Sebab itulah selama dua tahun dalam PKR, saya tidak tunduk kepada kehendak Anwar kerana pendiriannya tidak konsisten dan tidak berterus terang.

Selain pendirian yang tidak konsisten dan kurang jelas, Anwar juga memainkan sentimen perkauman seperti terbukti pada pilihan raya kecil Lunas dulu.

Begitu juga dengan soal politik wang yang diheboh-hebohkan, sedangkan apa yang dilakukannya jauh berbeza. Dia cakap tak serupa bikin.

Sekiranya Anwar dapat menjadi Perdana Menteri, dia tidak akan memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

Malah, seperti yang saya katakan, dia akan berkompromi dengan golongan tertentu di Amerika Syarikat dalam soal kedaulatan dan kemerdekaan negara.

sumber utusan:

nota: adakah pemimpin seperti anwar ini masih lagi menjadi favourite anda utk menjadi PM…???adakah anda suka sekiranya negara kita ini diletak di bawah telunjuk Amerika Syarikat….???adakah anda masih lagi menyokong parti yang tiada hala tuju yang tulen dan jelas seperti PKR???…sanggupkah anda dipimpin oleh pemimpin yang sememangnya tidak tahu utk menuruti undang2 seperti ANWAR, TIAN CHUA???anda bertanggungjawab sekiranya tanah air kita tergadai sekiranya pembangkang memerintah dengan bantuan undi anda….??jgn biarkan anak2 kita merana sedangkan kita membesar dengan selesa dengan pemerintahan Barisan Nasional….??adilkah kita mempertaruhkan masa depan anak2 kita di bawah pemerintahan pembangkang sedangkan nenek, ibu bapa kita membesarkan semasa pemerintahan Barisan Nasional…moga Allah menyokong hasrat murni UMNO/Barisan Nasional…

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

FAQ Pilihanraya

1. Mengapa tidak gunakan sahaja keuntungan Petronas untuk mengurangkan harga petrol, diesel dan gas?

jawapannya:

Banyak usaha telahpun diambil bagi mengekalkan harga rendah

Kenaikan harga minyak sedunia telah menjana lebih keuntungan bagi Petronas. Tapi hakikatnya, sebahagian besar daripada keuntungan ini sedang digunakan untuk mengekalkan harga produk petrol pada tahap rendah.

Disebabkan kenaikan mendadak harga minyak sedunia, harga produk petrol tidak akan dapat dikekalkan pada tahap semasa tanpa peningkatan keuntungan Petronas. Dalam tahun 2006, subsidi terus kerajaan telah menampung 31% kos sebenar setiap liter petrol yang dijual. Namun pada hari ini, subsidi terus kerajaan menampung 37% kos sebenar setiap liter petrol.

Keuntungan Petronas menyumbang lebih satu pertiga daripada pendapatan kerajaan persekutuan. Jumlah ini bukan sahaja digunakan bagi menampung subsidi yang makin meningkat, ia juga membolehkan penyediaan serta penaiktarafan pelbagai perkhidmatan asas seperti pendidikan dan kesihatan.

Mengurangkan lagi harga produk petrol akan menyebabkan perkhidmatan ini berkurangan. Ia juga membawa kepada pergantungan yang merbahaya ke atas keuntungan Petronas memandangkan potensi kehausan rizab minyak dan gas negara.

2. Mengapa BN tidak berjanji mengurangkan harga petrol seperti parti-parti pembangkang?

Hadapi cabaran dengan bertanggungjawab

Kesan kenaikan harga minyak mentah dalam beberapa tahun ini dirasai penduduk di segenap pelusuk dunia. Bagi meringankan beban rakyat Malaysia, kerajaan pimpinan BN telah cuba untuk mengekalkan harga petrol, diesel dan gas pada paras yang rendah. Harga produk-produk ini adalah antara paling rendah di Asia Tenggara ketika ini.

Para penganalisa meramalkan bahawa harga minyak dunia akan meningkat lagi dalam tahun-tahun akan datang. BN memahami cabaran ini dan mahu menghadapinya dengan cara yang bertanggungjawab.

Mengurangkan harga petrol bukan satu ‘jawapan’ yang baik. Kos yang diperlukan bagi menampung langkah ini sebenarnya lebih memanfaatkan golongan berpendapatan tinggi daripada golongan berpendatapan rendah. Adalah lebih baik jika golongan berpendapatan rendah dibantu secara terus, samada melalui bantuan kewangan atau bantuan harga.

Mengurangkan harga petrol juga menggalakkan penggunaan yang berlebihan. BN mahu membantu rakyat Malaysia mengurangkan penggunaan bahanapi berharga tinggi dengan menggalakkan penggunaan berhemat dan penggunaan sumber tenaga alternatif.

Mengurangkan harga petrol juga akan menyebabkan pergantungan berlebihan kepada daya pengeluaran minyak mentah dan gas negara. Malaysia diramalkan akan menjadi pengimpot minyak mentah, bukan lagi pengekspot, kurang sepuluh tahun dari sekarang. Kita mesti menggunakan kekayaan yang terhad ini untuk membangunkan sumber kekayaan lain bagi masa hadapan kita.

3. Apakah tindakan kerajaan BN bagi membantu rakyat menghadapi kenaikan harga barangan?

Bantuan secara menyeluruh

Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kerajaan pimpinan BN telah memperuntukkan jumlah yang besar untuk meringankan beban rakyat:

  • RM34 bilion telah diperuntukkan dalam bentuk subsidi bagi mengekalkan harga petrol, diesel serta gas pada tahap yang rendah (2007)
  • RM9 bilion telah diperuntukkan dalam bentuk subsidi-subsidi lain – dari baja, tol jalanraya hingga baucar tuisyen (2007)
  • Mengekalkan kawalan atas harga barangan pada tahap yang rendah
  • Mengenakan kenaikan tarik eletrik atas penggunaan yang tinggi, sekaligus memastikan yang lebih 50% isirumah tidak menghadapi kenaikan
  • Memansuhkan yuran sekolah, mengurangkan harga cukai jalan, menyediakan kemudahan asas berkos rendah dan pelbagai lagi bantuan lain

BN juga telah membantu meningkatkan tahap pendapatan boleh-guna (disposable income):

  • Meningkatkan gaji serta COLA bagi kakitangan awam, polis dan tentera
  • Meningkatkan elaun khas bagi guru dan guru bantuan di kawasan luar bandar
  • Membolehkan pengeluaran simpanan Akaun 2 EPF bagi tujuan pembayaran pinjaman rumah
  • Pengecualian cukai sehingga RM4,000 bagi setiap seorang anak yang sedang belajar di pusat pengajian tinggi, dan banyak lagi bantuan lain

Kebanyakan langkah-langkah yang telah diambil ini mungkin tidak jelas dirasai kerana ianya menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian penduduk Malaysia. Namun demikian, semakin harga barangan sedunia terus meningkat, kos bagi mengekalkan bantuan tersebut juga meningkat berkali ganda. Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab, BN telah berusaha mencapai keseimbangan yang terbaik antara menyediakan bantuan, dan memastikan perkhidmatan serta fungsi kerajaan yang lain tidak terganggu.

4. Mengapa Harga Barangan Meningkat?

Bahan mentah sedunia – dari komoditi pertanian, minyak mentah, hinggalah logam – telah mencapai harga tertinggi dalam beberapa tahun kebelakangan ini

Kepesatan pembangunan ekonomi negara-negara besar seperti China dan India telah menyumbang kepada kenaikan permintaan bahan mentah secara mendadak. Pada masa yang sama, pengeluaran bahan mentah ini kerap terganggu akibat cuaca buruk, kehausan sumber dan ketidakstabilan geopolitik.

Gabungan permintaan yang tinggi serta pengeluaran yang menurun tersebut mengakibatkan harga bahan mentah meningkat di seluruh dunia. Keadaaan ini seterusnya menyebabkan kenaikan harga barangan serta perkhidmatan yang berkaitan. Fenomena ini dirasai oleh penduduk di seluruh dunia.

Peningkatan harga barang di Malaysia tidak setinggi peningkatan di negara-negara lain. Walaubagaimanapun, bagi mengurangkan kesan kenaikan harga sedunia terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah, kerajaan BN telah mengambil pelbagai langkah seperti mengekalkan harga barangan terkawal seperti beras, tepung dan petrol pada tahap yang rendah. Kerajaan BN juga telah mengambil pelbagai langkah untuk memastikan ekonomi negara berkembang pesat supaya kadar pengangguran dikekalkan pada tahap rendah.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Apa Lagi Yang Salah Dengan Kerajaan Hari Ini?

petikan dari isuhot.com

WAHAI ORANG-ORANG MELAYU MALAYSIA YANG BERAGAMA ISLAM !

Banyakan bersyukur kehadrat ALLAH SWT kerana dari datuk nenek moyang sehinggalah kita yang tinggal di Malaya sekarang ni..MALAYSIA, telah dapat hidup dengan SELAMAT AMAN & MAKMUR . Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita dengan berpesan-pesan dengan kebajikan dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Cuba kita renungkan kembali asal-usul kita….. SIAPA YANG MELAHIRKAN KITA ? Jawapannya sudah pasti IBU ! SIAPA YANG BERSAMA IBU KITA ? Jawapannya tentulah BAPA !

Cukuplah setakat 2 soalan dan jawapan yang telah diberikan….dan lagi! APAKAH NAMA IBU NEGARA KITA ? Jawapannya KUALA LUMPUR ! APAKAH NAMA PARTI DAN BAPA KEMERDEKAAN NEGARA KITA? Jawapannya tentulah UMNO dan TUANKU ABDUL RAHMAN PUTRA ALHAJ ! APAKAH AGAMA RASMI NEGARA KITA ? Tentulah ISLAM!

Justeru itu apa lagi yang nak kita pertikaikan dengan kerajaan yang ada kerana setiap solat jumaat di semua masjid seluruh negara dalam khutbah ada menyatakan TAKUTLAH KEPADA ALLAH, TAATLAH KEPADA RASUL DAN KEPADA ULIL AMRI (KERAJAAN YANG MEMERINTAH) seperti di Malaysia kerajaannya adalah di bawah pemerintahan kerajaan BARISAN NASIONAL di mana semua pemimpinnya terdiri dari yang beragama Islam berpegang kepada ajaran alQuran dan Hadis dan berfahaman Ahlussunah waljamaah serta bermazhab Syafie.

Disamping itu pemimpinnya yang bukan Islam pula bukan terdiri dari kafir harbi tetapi dari kaum kafir zimmi iaitu yang tidak memusuhi dengan orang-orang Islam yang berpegang kepada agama masing-masing sebagaimana di dlm alQuran surah al Kafirun ayat 6 – BAGI KAMU AGAMA KAMU DAN BAGIKU AGAMAKU.

Sekiranya ada kepincangan di dalam pentadbiran kerajaan rakyatlah yang memberitahu melalui saluran yang betul seperti melalui Ketua-ketua jabatan/NGO, pegawai-pegawai daerah, penghulu dan ketua kampung masing-masing.Dalam hadis Rasulullah SAW ada menyatakan SEKIRANYA KAMU HENDAK MEMBERITAHU SESEORANG ITU BANYAK BAIKNYA ATAU BANYAK BURUKNYA?…SEKIRA BANYAK BURUKNYA KEPADA DIRI KAMU SEHINGGA MENYUSAHKAN KAMU ADALAH LEBIH BAIK KAMU DIAM !

Bukan maksud DIAM itu membiarkan sahaja perkara yang buruk itu terus berlarutan tetapi dengan menyatakan ketidakpuashatian masalah yang dihadapi melalui pemimpin-pemimpin kerajaan yang telah dilantik oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama untuk menyelesaikan segala masalah secara ikhlas dan penuh muhabbah.

HARUS DI INGAT ! ISLAM HADARI BUKAN AGAMA BARU TETAPI CORAK PEMERINTAHAN KERAJAAN MALAYSIA YANG AGAMA RASMINYA ADALAH ISLAM MEWUJUDKAN GARISPANDUAN 10 PERKARA YANG TELAH DIHEBAHKAN MELALUI MEDIA DAN RISALAH UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG BERBILANG BANGSA DAN AGAMA MENIKMATI SEGALA KEMUDAHAN YANG AKAN DAN TELAH DILAKSANAKAN .

SEMOGA NEGARA KITA SENTIASA SELAMAT AMAN DAN MAKMUR SEHINGGALAH KE AKHIR ZAMAN (KIAMAT).

JANGAN TEPUK DADA TANYA SELERA? AKAN SENGSARA! TANYA HATI ? AKAN MATI! IKUT RASA? AKAN BINASA ! TANYALAH IMAN ! INSYA ALLAH KAMU SEMUA AKAN SELAMAT BERBAHAGIA HIDUP DI DUNIA JUGA AKHIRAT. INSYA ALLAH. AMIN YA RABBAL ALAMIN !

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Biodata Mengenai Calon N19 Bkt Antarabangsa – Haslinda Bte Mohd Zerain

memandang pengerusi majlis ceramah di pusat daerah mengundi enggang utara tidak sempat untuk membalas pantun dari Calon Cik Linda kita…di sini kami mengutuskan 4 rangkap utk Cik Linda…
dua tiga kucing berlari
mana nak sama si kucing belang
cik linda jangan susah hati
pemuda enggang akan pastikan cik linda menang..

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Jemputan Ke Ceramah Pilihanraya

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda