Tag Archives: cukai pintu

Pengurangan cukai pintu 20 peratus di Selangor belum diputuskan

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor buat masa ini belum dapat melaksanakan penurunan cukai pintu sebanyak 20 peratus seperti dijanjikan sebelum ini, sebaliknya akan memberikan insentif kepada pembayar cukai pintu, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, kajian terperinci sedang dilakukan sebelum melaksanakan penurunan cukai pintu itu berikutan tahap pembangunan ekonomi negeri masih belum sampai tahap diinginkan dan harga tanah yang semakin tinggi di samping pelaksanaan projek-projek perumahan yang masih berterusan.

“Bagaimanapun, kerajaan negeri sedang memikirkan kaedah terbaik untuk melaksanakan ’janji kepada rakyat’ itu dan hanya akan diketahui ketika membuat belanjawan negeri untuk tahun 2009,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan jabatan kerajaan negeri di sini hari ini.

Insentif itu ialah pengurangan 70 peratus ke atas denda cukai pintu tertunggak bagi tunggakan hasil sebelum 31 Disember 2007, manakala bagi denda cukai tertunggak mulai 1 Januari tahun ini, pengecualian 100 peratus diberikan, berkuatkuasa hari ini hingga 30 Jun.

Abdul Khalid berkata kebanyakan rakyat menjangkakan beban kepada masyarakat melalui kenaikan cukai pintu adalah tinggi tapi berdasarkan kajian awal menunjukkan beban cukai yang tinggi itu dihasilkan oleh nilai hartanah yang mereka duduki sekarang.

“Jadi, saya dapati mereka ini kena bayar kenaikan sedikit, tapi nilai tanah mereka adalah cukup tinggi. Ada yang tanah mereka dalam masa setahun nilainya mencapai nilai tinggi,” katanya. – Bernama

nota: pelbagai janji manis ditabur oleh PR di dalam usaha mereka untuk menawan Selangor. Sehingga hari ini, tiada janji yang telah ditunaikan. Kepentingan rakyat diketepikan dan pembinaan ladang BABI diberi keutamaan. Adakah dengan menyediakan ladang Babi mega dengan peruntukan RM100juta merupakan langkah pertama menuju ke arah negara berkebajikan..atau ia merupakan langkah pertama untuk mengangkat gelaran Ketuanan Rakyat. Isu pemberian 20liter padu air percuma juga sehingga hari ini tidak dimulakan. Selepas pilihanraya, MB Selangor mengumumkan bahawa pemberian air percuma akan bemula bulan April lepas dan kini ditangguhkan ke Jun nnt. Pengurangan cukai juga tidak dapat dilaksanakan tahun ini. Penulis pernah bertanya tentang penurunan cukai pintu ini kepada seorang mantan wakil rakyat…beliau sendiri memberitahu bahawa sekiranya cukai pintu diturunkan, PBT boleh gulung tikar…..jadi macam mana nak turunkan….Soal pemberian air pecuma juga, pihak Syabas belum lagi memutuskan sama ada bersetuju atau tidak….

Sekiranya Lembu diikat pada tali….manusia diikat pada janji…

jangan berjanji sekiranya tidak mampu utk menunaikannya….buat ape menipu rakyat??? bukan pemberian air percuma dan pelajaran yang percuma mengundang kepada pembaziran?? fikir2kan…

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda