Tag Archives: Datuk Zahidi Zainol Abidin

Seorang lagi calon KP UMNO Malaysia

Ketua Umno bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainol Abidin hari ini mengesahkan menawarkan diri bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia Disember ini.

Zahidi berkata beliau akan membuat pengumuman rasmi mengenainya di Kuala Lumpur selepas 18 September ini.

Beliau yang juga timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perlis berkata, beliau mahu menawar diri bertanding jawatan tersebut bagi memulih dan menjenamakan semula pergerakan tersebut.

Katanya, ini kerana Pemuda Umno kini tidak lagi mendapatkan sokongan dari akar umbi, terutama dalam pilihanraya umum Mac lalu dan pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh bulan lalu.

Beliau mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah gagal menyelesaikan masalah yang melanda Umno sekarang.

Katanya, kelemahan perdana menteri untuk mendekatkan diri dengan mantan perdana menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad), telah menghilangkan keyakinan rakyat.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda