Tag Archives: DPN

DEB- bukan sekadar kontrak; DPN- memacu Malaysia ke hadapan

Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.

Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:-

* penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

* pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;

Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.

Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya:

* Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990;

* Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.

* Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain;

* Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar.

Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

Sungguhpun Dasar Ekonomi Baru 20 tahun telah berlalu dan pencapaiannya ternyata gagal mencapai matlamat Bumiputera 30 % dalam bidang ekonomi , tetapi semangatya masih diteruskan scara tidak rasmi oleh kerajaan Barisan Nasional.

 

Dasar Pembangunan Nasional

Objektif


Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN

menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.

nota: untuk makluman semua….DEB bukan lah hanya merangkumi projek2 pembangunan, pemberian kontrak mewah kepada kontraktor dan ia juga bukan hanya mementingkan satu kaum sahaja. DEB dan DPN yang dirangka ini sebenarnya adalah satu dasar yang menyeluruh yang meliput sistem ekonomi, pendidikan, pembangunan supaya taraf hidup rakyat Malaysia menjadi lebih baik. Tidak dinafikan setiap dasar yang dirangka mempunyai kelemahannya kerana ia sendiri dirancang oleh manusia yang tidak lari dari melakukan kesilapan. Sekiranya dilihat DEB ini juga telah melahirkan ramai tokoh2 korporat hasil dari pemberian biasiswan pelajaran, kuota kemasukan ke universiti khasnya utk anak2 melayu dan bumiputera. Sebagai contoh Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri adalah salah satu produk DEB di mana Tan Sri sendiri pernah memegang jawatan tertinggi di dalam PNB dan Guthrie. Kuota kemasukan ke universiti menjanjikan masa depan anak2 melayu lebih terjamin berbanding sistem terbuka berdasarkan merit sekiranya ia dilakukan…ini kerana seseorang itu mungkin gagal melakukan yang terbaik semasa zaman sekolah..tetapi apabila diberi peluang di peringkat universiti dia berjaya dengan cemerlang. Sistem tender terbuka yang diadaptasi oleh DAP Pulau Pinang jelas menafikan hak ekonomi orang melayu secara tidak langsung… Ini kerana walaupun DEB dilihat sebagai memberi perlindungan kepada orang melayu dan bumiputra….kuasa ekonomi masih lagi dikuasai oleh masyarakat lain….Bayangkan melalui perlaksanaan DEB yang memberi sedikit ‘keselesaan’ kepada orang melayu juga masih belum cukup menaikkan tarah dan tahap ekonomi orang melayu…bagaimana pula orang melayu akan ‘survive’ sekiranya sistem terbuka dilakukan….????

 

adakah anda ingin menjadi hamba di tanah sendiri??

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda