Tag Archives: Exco Selangor

Ada Exco Selangor arah buka semula tender

dari agendadaily

Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mempersoalkan akauntabiliti serta ketelusan yang kerap diuar-uarkan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim apabila kotak tender kerja-kerja di Majlis Perbandaran Klang (MPK) terpaksa dibuka semula selepas seorang Exco membuat panggilan mengarahkan demikian.

Ketua Pembangkang di Selangor itu percaya, tentu ada sebab mengapa Exco terbabit mengarahkan tender bagi kerja-kerja pembersihan yang dikeluarkan MPK pada Mei lalu diarah buka.

“Saya difahamkan pembukaan semula tender di MPK itu selepas salah seorang Exco membuat panggilan telefon. Selepas itu MPK buka balik selepas arahan Exco itu. Kalau nak buka tender selepas ditutup mesti ada peraturan tertentu. Sekarang ini kes itu disiasat Badan Pencegah Rasuah,” katanya.

Menurut Dr Khir, tender itu diarah buka semula secara segera mungkin untuk beri peluang orang-orang tertentu sertai tender tersebut dan ini tidak sepatutntya berlaku.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, beberapa kontraktor berjumpanya dan memberitahu perkara itu yang kini sedang disiasat BPR.

Bercakap pada sidang media Rabu, Dr Khir juga mahu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan kebertanggungjawaban dan Keteluasan (SELCAT) Dewan Undangan Negeri Selangor memanggil Khalid memberi penjelasan mengapa kutipan sumbangan bagi sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di negeri itu masuk akaun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, kepala surat MB digunakan untuk minta sumbangan termasuk daripada anak-anak syarikat kerajaan negeri.

“Kutipan patut masuk akaun kerajaan negeri bukan PKR.SELCAT patut panggil MB jelas kenapa ini berlaku,” katanya yang menganggap perbuatan itu satu penyelewengan dan rakyat Selangor pula patut tahu jumlah kutipan dan perbelanjaannya.

Menurut Dr Khir beliau difahamkan, seorang rakyat Selangor sudah membuat aduan polis mengenai perkara ini di Subang Jaya, semalam.

“Beliau (Khalid) selalu cakap pasal akauntabiliti dan ketelusan tetapi kerajaan Pakatan Rakyat ni, cakap lain buat lain,” katanya.

Dr Khir turut meminta Khalid memberi penjelasan mengenai bantuan beras dan gula kepada keluarga miskin yang diberikan kerajaan Pakatan Rakyat.

“Dulu beliau janji semua urusan ikut tender. Saya dapat tahu setiap wakil rakyat dapat 500 bungkusan bantuan tetapi ke mana mereka salurkan dan syarikat mana yang dapat tender bekal bahan-bahan itu,” katanya

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Cakap Tak Serupa Bikin

maklumat dari media alternatif Malaysiakini mengatakan MB Selangor akan meneruskan dasar setinggan sifar di Selangor….Ia juga menyebut bahawa “pengisytiharan harta” perlu mendapat persetujuan Exco terlebih dahulu diatas alasan ada Exco yang tidak mahu mengisytiharkan harta diatas sebab keluarga….

1 Apakah pendirian MB yang datang dari partinya, PKR, merupakan barisan hadapan dalam usaha mempertahankan hak-hak penduduk setinggan, antaranya, di di Kampung Berembang di Jalan Ampang??? Apakah langkah beliau bagi menangani rasa ketidakpuashatian dari penduduk setinggan yang bakal dirobohkan???

2. Adakah kerajaan barisan yang kononnya digelar Barisan Rakyat ini dijamin ketelusannya sekira pengisytiharan harta bagi Exco negeri tidak dibuat??…bukankan dengan mengisytiharkan harta walaupun milik keluarga dapat menyokong usaha di dalam meningkatkan ketelusan kerajaan baru pimpin Tan Sri…

apa ni!!!! cakap tak serupa bikin???…tunaikan janji-janji manis mu seperti yang ditabur di dalam pilihanraya ke 12 tempohari…

sekiranya gagal…Barisan Nasional sedia mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Selangor Darul Ehsan…

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda