Tag Archives: GERAK

Ezam Mendedah Lagi – “Ahli keluarga Anwar dilantik penasihat KDEB”

sumber KLpos: Selepas menggegarkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan dakwaan bahawa PKR mengutip wang dari syarikat swasta dan memasukkannya ke dalam akuan parti, semalam, bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor membuat satu lagi dakwaan; ahli keluarga Anwar dilantik jadi penasihat di sebuah anak syarikat kerajaan negeri Selangor.

Menurut Ezam, dalam ceramahnya di pentas UMNO Bandar Tun Razak, “Saya mahu KDEB [Kumpulan Darul Ehsan Berhad] jelaskan, apakah salah seorang daripada ahli keluarga Anwar Ibrahim telah dilantik sebagai penasihat kepada syarikat tersebut…?”

KDEB merupakan antara anak syarikat kerajaan negeri yang mempunyai ‘duit, dan sebelum ini diarahkan menjadi ‘tukang bayar bil percuma’ rakyat Selangor kepada Syabas.

Tambah Ezam lagi, PKR di Selangor tidak mempercayai rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, kata Ezam “Jelas terbukti bagaimana pimpinan PKR tidak pernah mempercayai rakan Pakatan Rakyat apabila Azmin Ali pada hari ini di Parlimen telah menuduh Dato Dr Hassan Ali yang memberikan maklumat kepada saya setelah pendedahan di buat keatas kepincangan pentadbiran PKR Selangor…”

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Ezam dialu-alukan masuk UMNO

sumber utusan

KUALA LUMPUR 22 Mei – Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Noor dialu-alukan menyertai UMNO jika beliau benar-benar mahu berbuat demikian.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, kemasukan Ezam itu memberi gambaran ada sesuatu yang tidak kena dengan parti pembangkang itu.

Wan Azizah terkejut Ezam masuk UMNO

KUALA LUMPUR 22 Mei – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) terkejut dengan berita bahawa bekas Ketua Angkatan Muda parti itu, Ezam Mohd. Noor akan menyertai UMNO.

Katanya, secara peribadi beliau mempunyai hubungan yang baik dan tidak apa-apa masalah dengan Ezam.

nota: merujuk kepada sumber yang diterima, Ezam akan memasuki UMNO pada 1 Jun ini dimana pada tarikh itu juga beliau akan melepaskan semua jawatan NGA yang dipegang seperti GERAK.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Melayu alat asing jika pilih Anwar

sumber dari malaysiakini….

Serangan lama kira-kira sedekad lalu berulang lagi antara dua tokoh negara ini – Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen asing yang kemudiannya akan memperalatkan orang Melayu.

anwar ibrahim and mahathir argue fight“Kita tahu orang Barat dan Eropah percaya bahawa Anwar tak lama lagi akan jadi Perdana Menteri.

“Tak lama lagi bolehlah cucuk hidung nak heret ke mana-mana,” kata bekas perdana menteri itu di sesi soal-jawab selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Melayu Tanjong hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan media luar negara yang meramalkan kemungkinan Anwar menjadi perdana menteri tidak lama lagi.

Susulan kemenangan besar-besaran pembangkang, termasuk PKR, prospek Anwar sebagai perdana menteri menjadi analisis popular di dalam dan luar negara.

Pilihanraya umum 8 Mac menyaksikan kemaraan deras pembangkang apabila pertama kali berkaya menawan lima negeri dan menafikan majoriti dua pertiga BN di Dewan Rakyat.

Dr Mahathir berkata, orang Melayu akan menjadi alat orang asing jika memilih Anwar sebagai perdana menteri.

“Kalau orang Melayu nak diheret ke sana sini oleh orang asing, sila pilih orang itu (Anwar).

“Saya minta maaflah, dia buat bagi nama saya cukup buruk di seluruh dunia kononnya saya tangkap dia, buang dia masuk penjara,” beliau dipetik Bernama sebagai berkata.

Laporan itu juga menyebut, Dr Mahathir mendakwa Anwar seorang yang pandai berkata-kata dan boleh menarik minat ramai orang daripada pelbagai golongan dan latar belakang.

“Kalau cakap berkenaan agama Islam, semua orang Islam anggap dia sebagai jaguh agama.

“Bila dia bercakap dengan orang kampung bagus juga, bila dia bercakap dengan orang buat kuil pun bagus juga.”

Sewaktu Anwar dipecat daripada kabinet dan Umno pada 1998, isu ejen asing sering dimainkan oleh media tempatan.

Pengikutnya dan pembangkang juga pernah dituduh sedemikian.

Mahathir pernah menuduh Anwar sebagai “ejen asing” sewaktu mengulas dakwaan bekas ketua pemuda PKR (dulu, Parti Keadilan Nasional) Ezam Mohd Nor bahawa beberapa kotak dokumen rasmi kerajaan disimpan di luar negara.

nota: sekiranya dakwaan bekas ketua pemuda PKR itu benar…sesungguhnya Melayu dalam bahaya

26 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda