Tag Archives: holland

Iran desak negara Islam pulau produk Belanda

petikan dari utusan

PELAJAR Iran melaungkan bantahan terhadap penerbitan filem Fitna sewaktu menyertai tunjuk perasaan di luar Kedutaan Belanda di Teheran, kelmarin.– AP


TEHERAN 6 April – Speaker Parlimen, Gholamali Haddadadel hari ini menyeru semua negara Islam memulaukan produk Belanda bagi membantah filem Fitna.

Beliau berkata, negara Eropah akan berundur daripada tindakan mereka apabila mendapati “ekonomi mereka dalam bahaya”.

“Tindakan terbaik dunia Islam berhubung penerbitan filem itu ialah dengan berhenti membeli produk keluaran negara yang menghina Islam,” katanya kepada stesen televisyen IRIB.

Semalam, sekumpulan pelajar mengadakan bantahan aman di depan Kedutaan Belanda di sini.

Menteri Luar Iran, Manouchehr Mottaki dilaporkan turut memanggil Duta Belanda bagi menyatakan bantahan berhubung penerbitan filem yang disifatkan “kejam dan kufur” itu.

Filem Fitna diterbitkan oleh Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders.

Ia mengkritik Islam dan menyiarkan bacaan ayat suci al-Quran dengan berlatar belakangkan imej keganasan oleh umat Islam.

Filem 15 minit itu memaparkan kenyataan seorang paderi radikal dan menyebut surah al-Quran dengan diselitkan imej serangan 11 September terhadap Pusat Dagangan Dunia di New York.

Ia turut memaparkan pengeboman kereta api di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengarah filem Belanda, Theo Van Gogh.

Filem tersebut diakhiri dengan karikatur Nabi Muhammad S.A.W yang kemudiannya disusuli dengan bunyi koyakan kertas.

Karikatur tersebut yang mulanya diterbitkan oleh akhbar Belanda telah mencetuskan bantahan di seluruh dunia pada 2006 dengan lebih 50 orang terbunuh dalam rusuhan yang tercetus di seluruh Asia Barat dan Afrika.

Tayangan filem melalui Internet itu mendapat bantahan umat Islam di seluruh dunia termasuk Iran dan Indonesia.

– Reuters

nota: sehingga hari ini Ahli Parlimen Belanda Geert Wilders masih lagi tidak berganjak dengan menayangkan filem Fitna beliau….tindakan angkuh beliau ini akan menyebabkan negara belanda sendiri akan rugi dari segi ekonomi. Dutch Lady Malaysia padal 2 april telah pun mengeluarkan notis kepada rakyat Malaysia mengenai status produk mereka..

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda