Tag Archives: ifc

Tuntutan Pertama IFC Berjaya Di Selangor

petikan dari MYKMU hasil nukilan taminsari

Sepertimana yang telah diterangkan sebelum ini diantara tuntutan-tuntutan Interfaith Commission ( IFC ) ada menyatakan bahawa “ Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid-masjid .“ Dan pada 9 Jun 2008 yang lepas, tuntutan IFC ini telah berjaya dan akan dilaksanakan di Negeri Selangor.

IFC ( Interfaith Commission ) iaitu satu gerakan anti-Islam yang di dalangi oleh beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat antaranya adalah Sivarasa a/l Rasiah ( Naib Presiden PKR ), Tian Chua ( Ketua Penerangan PKR ), Ronnie Liu ( Setiausaha Hal Ehwal Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan DAP Pusat ), Elizabert Wong Keat Peng ( Ketua Penerangan Wanita PKR ) dan juga NGO-NGO yang lain.

Pada 9 Jun 2008, kerajaan campuran Pakatan Rakyat ( PR ) negeri Selangor yang terdiri daripada PKR,DAP dan Pas telah membuat pengumuman untuk menghapuskan peraturan menghadkan rumah ibadat bukan Islam boleh dibina dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi di negeri itu. Keputusan ini diumumkan oleh Dr. Xavier Jayakumar (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Naib Presiden PKR) bersama Ronnie Liu (Pengerusi Tetap Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri, Exco DAP Pusat)

Xavier ketika mula mula angkat sumpah jadi YB di Selangor menjanjikan tapak yang lebih luas berbanding sekarang ini iaitu 0.4 hektar sahaja. Xavier turut berjanji menambah peruntukan tahunan sejumlah RM3 juta kepada rumah ibadat bukan Islam. Bukankah perkara ini ada didalam salah satu daripada tuntutan IFC ?  Di Selangor jumlah penduduk Islam adalah lebih kurang 4 juta orang dengan jumlah masjidnya adalah sebanyak 380 buah. Manakala penduduk yang beragama Hindu ialah berjumlah 700,000 orang dengan jumlah kuilnya sebanyak 1,000 buah. Apakah pula pendirian orang orang Melayu dalam PAS dan PKR tentang perkara ini ?

Biarpun Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim seorang yang beragama Islam tetapi dia tidak mempunyai kuasa apa-apa untuk menegur atau menghalang tindakan Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu. Sebaliknya keputusan yang diambil ditentukan oleh barisan Exco negeri itu sendiri. Siapakah MB sebenarnya ? Sama juga dengan kes beliau meluluskan ladang mega ternakan babi di Sepang, Selangor. Adakah jawatan Menteri Besar semata-mata sebagai “ Pak Turut “ dengan mengikuti segala kehendak DAP tanpa ada hak untuk mempertikaikannya?.
Mereka juga menuntut supaya keluasan sesuatu rumah ibadat bukan Islam hanya ditentukan oleh kerajaan negeri dengan melalui pihak berkuasa tempatan. Sebab itulah Ronnie Liu juga mencadangkan agar diadakan pilihanraya di peringkat PBT.

Apakah Anwar Ibrahim yang menjadi Penasihat kepada pakatan Pakatan Rakyat tidak dirujuk tentang cadangan Xavier ini ? Kalau Anwar Ibrahim tahu sekalipun apakah Anwar akan menegur Xavier dan Ronnie Liu agar jangan berbuat sedemikian. Atau Anwar lebih percaya kepada Guan Eng berbanding Khalid Ibrahim ? Sama juga dengan sikap tidak ambil peduli Anwar Ibrahim ketika menghadiri satu jamuan makan malam sempena menyambut hari Krismas di sebuah restoran di Bandar Di Raja Kelang hujung tahun lalu. Ketika Irene Fernandes mempertikaikan kenapa pihak Gereja Katolik tidak  boleh menggunakan perkataan “ Allah “ dan bahasa Malaysia didalam buletin dan bible mereka, Anwar Ibrahim cuma buat-buat tak tahu sahaja seolah-olah tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh Irene Fernandes. Sebagai seorang Islam, penulis tak tahu mana nak letak muka jika Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin melayu Islam boleh bersikap sedemikian.

Baru-baru ini dikhabarkan, Dr Dzulkefly ( Ahli Parlimen Kuala Selangor ) juga telah membaca ayat Al Quran di sebuah gereja di Selangor. Dr Dzulkefly menyatakan bahawa Islam memelihara hak semua orang tanpa mengira kaum. Hassan Ali nyatakan Islam Hadhari diharamkan di Selangor. Manakala Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad semasa berucap di sebuah gereja di Shah Alam menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut untuk menggunakan terjemahan “ Allah “ untuk merujuk kepada kalimah “ God “ dalam Kristian dan ajarannya. Khalid juga berpendapat bahawa perkataan “ Allah “ hanya terjemahan kepada perkataan “ God “. Beliau juga mendakwa pihak gereja di Negara Arab juga menggunakan perkataan “ Allah “.

Apakah pula pendirian Hassan Ali, Dr Dzulkefly dan Khalid Samad sebagai mewakili Pas dengan keputusan Xavier ini ? Kelu tak berkata-kata. Inilah padahnya membiarkan Pakatan Rakyat memerintah Selangor, selepas membuat kandang babi di Sepang, mereka membenarkan pula agenda IFC dilaksanakan di Selangor. Mana yang lebih utama, antara haramkan Islam Hadhari dan membiarkan rumah ibadat orang bukan Islam tersergam indah dan besar ketinggiannya di negeri Selangor ? Belum sampai 100 hari perintah Selangor sudah berbagai-bagai perkara dibuatnya. Esok lusa entah apa lagi yang akan diminta. Jangan terkejut selepas sebuah gereja yang besar akan dibangunkan di Putrajaya . Sama-samalah kita tunggu dan lihat? Menang sorak, kampung tergadai. Siapa pengkhianat bangsa dan ugama.

nota: penulis amat risau dengan masa depan anak-anak Islam di Selangor…bermula dengan projek ladang babi mega….kemudian pembesaran rumah ibadat bukan Islam tanpa had….kedua-dua ini menguntungkan orang bukan Islam di negeri Selangor….untuk anak melayu Islam…apa yang diberi..hanya pemberian air percuma 20 liter sebulan….yang faedahnya dikongsi dengan dengan bangsa lain…apakah khalid ibrahim sama seperti Pak Lah leka dibuai mimpi akibat didodoikan oleh Theresa Kok and the Gang…apakah peranan Hassan Ali di Selangor…?? Adakah bertindak seperti supir yang memandu kereta tanpa mengambil peduli apa yang diperbualkan oleh penumpang di belakang???? amat sedih melihat keadaan politik negara kita akhir ini. Sehingga hari ini belum lagi ada usaha di negeri-negeri di bawah Pakatan rakyat yang menguntungkan orang Melayu Islam…di Perak pemberian tanah untuk pembukaan kampung baru bagi orang cina sudah dipersetujui..bagaimana dengan orang Melayu pula?? Apa pula sumbangan penasihat Pakatan Rakyat dalam kes ini. Adakah ketuanan rakyat bermaksud hak melayu akan terhakis secara perlahan-lahan….atau DSAI lebih suka melihat Melayu dimatikan haknya asalkan beliau menjadi perdana menteri…inikah ciri PM yang kita mahukan????

Posting awal mengenai IFC terdapat di sini

11 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Antara tuntutan IFC

 Apakah tuntutan orang-orang bukan Islam yang dibuat melalui IFC?

  • Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
  • Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  • Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.
  • Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
  • Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam.
  • Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.
  • Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
  • Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya.
  • Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.
  • Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
  • Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
  • Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
  • Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
  • Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
  • Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.”

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda