Tag Archives: Johor

Akibat tindakan biadap DAP – Adun diarah keluar dewan

JOHOR BAHRU 19 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri Bentayan (DAP), Gwee Tong Hiang diarah meninggalkan dewan kerana tidak memakai pakaian seragam rasmi pada majlis perasmian pembukaan DUN Johor hari ini.

Arahan dikeluarkan oleh Speaker DUN, Datuk Mohamad Ali Hassan pada pukul 9.45 pagi sebelum acara perasmian disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail. – sumber Utusan

nota: Sebelum ini DAP Johor membuat ‘kecoh’ mengenai isu pemakaian songkok sebagai pakaian rasmi DUN Johor dengan mendakwa pemakaian songkok adalah menggambarkan pemakaian orang melayu dan bukannya pemakaian rasmi rakyat malaysia. posting mengenai isu ini bole dibaca di sini.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pulau Pisang milik mutlak Johor

JOHOR BAHRU 26 Mei – Kedaulatan dan hak milik kerajaan negeri Johor terhadap Pulau Pisang, yang terletak di luar perairan Pontian dan menempatkan sebuah rumah api yang diuruskan oleh Singapura, adalah jelas, kata Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman.

Menurutnya, kewujudan rumah api di pulau yang berkeluasan 178.4 hektar tersebut adalah menerusi perjanjian di antara Sultan Johor ketika itu, Sultan Ibrahim dan kerajaan Inggeris.

“Pulau Pisang itu berada di dalam daftar kerajaan dan ia adalah milik kerajaan negeri Johor. Keperluan rumah api itu adalah sekadar untuk laluan perkapalan, syarat itu hendaklah dipatuhi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Ijtimak Huffaz Al-Quran Negeri Johor di sini, hari ini.

Beliau berkata, keluasan rumah api kendalian Singapura adalah kira-kira 0.4 hektar dan republik itu turut dibenarkan membina jeti serta laluan darat ke rumah api bagi kemudahan warganya.

Abdul Ghani mengulas gesaan Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan semalam, yang mencadangkan agar kerajaan merangka segera program pembangunan Pulau Pisang bagi menjamin status kedaulatan negara ke atas pulau itu berkekalan.

Pada masa yang sama, Ahmad turut meminta Kerajaan Malaysia mengkaji untuk mengambil alih pengurusan rumah api di pulau itu daripada Singapura.

Abdul Ghani menjelaskan, Singapura hanya dibenarkan mendirikan rumah api dan laluan hingga ke jeti membabitkan kawasan seluas kira-kira 0.8 hektar.

“Selebihnya adalah hak mutlak kerajaan Johor dan rakyatnya bebas mengunjunginya tanpa gangguan pihak Singapura,” katanya.

Abdul Ghani menambah, berdasarkan perjanjian antara Sultan Johor dan Inggeris, rumah api itu kekal di situ selagi terdapat kapal-kapal menggunakan perairan tersebut.

Menurutnya, Kerajaan Singapura menempatkan empat petugas rumah api sepenuh masa dan mereka ditukarkan secara bergilir-gilir setiap dua minggu.

“Sejak 2001 mereka dikehendaki melaporkan diri kepada Jabatan Imigresen, Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Laut di Kukup, Pontian setiap kali masuk dan keluar pulau itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Ghani berkata, turut berada di bawah kedaulatan Johor ialah Pulau Tunda dan Pulau Sauh yang terletak berdekatan Pulau Pisang.

Beliau berkata, sebelum ini Pejabat Tanah Pontian telah memberikan kebenaran sementara kepada 82 penduduk Pontian untuk mengusahakan tanaman di pulau tersebut.

“Bagaimanapun, kebenaran ini ditarik balik, tetapi mereka boleh memungut hasil termasuk buah-buahan di pulau itu,” katanya.

Beliau berkata, walaupun dikelilingi batu dan pasir, pulau tersebut berpotensi untuk dibangunkan.

“Namun kita belum mempunyai cadangan konkrit untuk membangunkannya termasuk sebagai pusat pelancongan,” katanya.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

WPI dikenali Iskandar Malaysia

JOHOR BAHRU 11 April – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan, Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) mulai hari ini dikenali Iskandar Malaysia bagi memudahkan lagi usaha menarik pelaburan.

Perdana Menteri bagaimanapun berkata, komitmen dan dasar berkaitan projek itu tetap kekal. – petikan Utusan

nota: penukaran nama kepada Iskandar Malaysia (IM) adalah bagi mengelakkan kekeliruan timbul dalam usaha menarik para pelabur datang melabur ke Wilayah ini. Ini disebabkan lokasi yang berhampiran dengan Singapura mengundang anggapan bahawa Wilayah ini terletak dalam negara Singapura.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda