Tag Archives: Karpal Singh

Tak Patut Bergantung MP Lompat —- Malaysiakini

DAP menentang sebarang penyeberangan ahli-ahli Parlimen walau apa pun jua alasannya, tegas Pengerusi DAP Karpal Singh.

.
“Mestilah difahami dengan jelas bahawa DAP menentang sebarang penyeberangan untuk apa jua alasan,” The Sun memetik penegasan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu.
.
Malah, beliau menyifatkan sebarang penyeberangan ahli-ahli Parlimen menyertai Pakatan Rakyat (PR) adalah “sangat dikesalkan dan tidak beretika”.
.
Beliau berkata, PR tidak sepatutnya bergantung kepada “anasir-anasir pengkhianat dan tidak setia” dari Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan yang baru.
.
PR, katanya, akan berhadapan dengan risiko kehilangan sokongan rakyat di dalam pilihan raya akan datang jika ia menubuhkan kerajaan pusat dengan penyeberangan itu.
.
PR, katanya lagi, tidak sepatutnya bergantung kepada ahli-ahli Parlimen yang tidak setia untuk berada di dalam kerajaan. “Rakyat tidak akan menerima pengkhianatan sedemikian,” tegas beliau.
.
Sebaliknya, kata Karpal, PR hendaklah berusaha sendiri untuk mendapatkan sokongan rakyat bagi menubuhkan kerajaan.
.
Beliau menyatakan kekesalannya kerana kerajaan tidak bersedia menggubal undang-undang anti lompat parti.
.
Walaupun Parti Bersatu Sabah (PBS) telah mewujudkan undang-undang anti lompat parti ketika parti itu memerintah Sabah dari 1985 hingga 1994, tetapi undang-undang itu diisytiharkan bertentangan dengan Perlembagaan.
.
Mahkamah juga menolak pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Kelantan yang menyatakan kerusi seseorang Adun hendaklah diisytiharkan kosong apabila ia tidak lagi menjadi ahli parti asalnya ketika bertanding dalam pilihan raya untuk menjadi Adun dalam kes antara Nordin Salleh dan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1992.
.
Pindaan itu disifatkan bertentangan dengan Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Malaysia yang mengizinkan kebebasan berpesatuan.
.
Beliau mempersalahkan kerajaan BN kerana enggan meminda Perlembagaan untuk mengharamkan perbuatan lompat parti.
.

Beliau telah menyarankan bahawa DAP akan menyokong undang-undang anti lompat parti untuk membolehkan ia mendapat sokongan dua pertiga yang diperlukan untuk meminda Perlembagaan – harakahdaily

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

“Abang”pakatan rakyat sudah bersuara….

sumber klpos

PENGERUSI DAP Karpal Singh meminta PAS memberi penjelasan kepada parti lain di bawah Pakatan Rakyat berhubung tindakannya mengadakan muzakarah dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden Umno baru-baru ini.

Beliau berkata DAP langsung tidak dimaklumkan mengenai pertemuan itu dan hanya mengetahuinya melalui media.

Karpal Singh berkata PAS sepatutnya memaklumkan kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai muzakarah itu kerana ia membabitkan isu yang sangat penting.

“Saya berpendapat tindakan itu (tidak maklumkan tentang muzakarah dengan Umno) tidak betul kerana kita dalam Pakatan Rakyat perlu tahu apa yang masing-masing lakukan terutama sekali bila ia melibatkan isu fundamental,” katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah di sini hari ini.

Karpal Singh berkata PAS tidak sepatutnya mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno lebih-lebih lagi parti itu pernah mendakwa diketepikan semasa menyertai Barisan Nasional (BN) sekitar awal 70-an.

“Nik Aziz (Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) juga pernah berkata bahawa PAS tidak sepatutnya dipatuk oleh ular yang sama dalam lubang yang sama tetapi saya hairan kenapa beliau menukar fikiran. Saya rasa sudah tiba masanya mereka (PAS) memberi penjelasan kenapa kami diketepikan.

“Sepatutnya tidak timbul keraguan antara parti yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat dan setiap tindakan yang dibuat perlulah secara terbuka,” katanya.

Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang hari ini mengakui pimpinan tertinggi parti itu telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri baru-baru ini bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan orang Melayu.

Kenyataan Abdul Hadi itu dikeluarkan sebagai mengulas kenyataan Abdullah yang disiarkan oleh akhbar hari ini yang mendedahkan bahawa muzakarah bersama PAS telah diadakan sebanyak tiga kali.

Dalam pertemuan itu, Umno diketuai sendiri oleh Abdullah, manakala PAS dipercayai diwakili Abdul Hadi. Nik Abdul Aziz tidak hadir pada pertemuan itu.

nota: kini ‘abang’ atau taiko kepada pakatan rakyat iaitu DAP sudah bersuara. sikap biaDAP yang sering mengutamakan bangsa lain selain melayu di dalam pakatan sudah tidak disenangi oleh PAS. Syabas kepada PAS kerana sanggup bermuzakarah dengan UMNO demi kepentingan Islam dan melayu itu sendiri.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Ibu pejabat DAP Perak dilontar bom petrol

sumber utusan…

IPOH 15 Mei – Ibu Pejabat DAP Perak di Bandar Ipoh Raya di sini dilempar bom petrol oleh dua lelaki awal pagi ini menyebabkan dua letupan kuat berlaku.

Kejadian pada pukul 2.20 pagi itu disedari oleh seorang pengawal keselamatan Ammeri Ahmad, 45, yang ketika itu bertugas di sebuah sekolah berhampiran pejabat itu yang kemudian menghubungi pihak polis.

Tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan. Dua tingkap pejabat itu mengalami kerosakan.

Kejadian bermotif politik

15/05/2008 12:50pm

IPOH 15 Mei – Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menganggap perbuatan melontar bom petrol di ibu pejabat parti itu di Bandar Ipoh Raya di sini, awal pagi ini, sebagai bermotif politik.

“Ia merupakan satu cubaan untuk membakar pejabat DAP yang dipercayai dilakukan oleh mereka yang ada unsur khianat kepada parti,” katanya ketika melawat pejabat itu pagi ini.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Nik Aziz selar kenyataan Karpal Singh perlekeh usaha bangunkan Islam

petikan dari Utusan

KOTA BHARU 6 April — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh meminta agar PAS tidak memasang angan-angan untuk menunjangi Pakatan Rakyat kerana khuatir ia akan menegakkan negara Islam, sebagai memperlecehkan usaha membangunkan Islam oleh kerajaan Kelantan.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta Karpal Singh memberikan bukti di mana kelemahan PAS yang telah mentadbir Kelantan mengikut acuan Islam selama 18 tahun itu.

“Saya nak tahu apa tak kena Islam dan apa lagi yang dia (Karpal Singh) tak setuju Islam. Semua masyarakat bukan Islam gembira berada di bawah kami (PAS),” katanya kepada pemberita selepas menerima lawatan Duta Besar Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie di pejabatnya di sini, hari ini.

Minggu lalu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob berkata PAS wajar menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat yang dibentuk oleh parti- parti pembangkang sekiranya ia mahu merealisasikan impian menubuhkan sebuah negara Islam.

Ahmad berkata impian itu akan hanya tercapai akhirnya jika semua pihak memahami dan menerima konsep Islam yang sebenar, yang merupakan agama untuk semua umat manusia.

Nik Aziz menjemput Karpal Singh melawat Kelantan dan melihat sendiri pembangunan di negeri itu yang dibangunkan mengikut acuan Islam.

“Saya tanggung kos penginapan hotel. Tak payah jumpa saya pun tidak apa, jumpalah masyarakat bukan Islam di Kelantan dan lepas itu beritahu apa yang tidak baik dengan Islam ini,” katanya.

Nik Aziz berkata sistem kewangan Islam yang diterapkan kerajaan Kelantan juga telah diikitraf oleh pakar-pakar ekonomi seluruh dunia dan sejak Kelantan di perintah PAS banyak penambahbaikan telah dilakukan termasuk penghapusan riba dan mewujudkan pajak gadai Islam.

“Bukan itu sahaja, masyarakat bukan Islam juga diberi hak dengan dilantik sebagai penyelia masyarakat dan saya nak tanya dimana tidak baiknya apa yang kami buat ini,” katanya.

Beliau berkata masyarakat bukan Islam juga tidak pernah dipaksa untuk memeluk agama Islam dan sejak penerapan nilai Islam oleh PAS itulah menyebabkan kaum lain merasa selesa di bawah pemerintahan PAS.

Mengulas kunjungan Masahiko itu, Nik Aziz berkata duta itu tertarik dengan kerajinan wanita Kelantan mencari nafkah yang berbeza di tempat lain.

“Saya jemput duta itu untuk melawat Pasar Besar Siti Khadijah dan Pasar Borong Wakaf Che Yeh untuk melawat dari dekat kerajinan wanita Kelantan ini,” katanya.

nota: bagaimanakah sebuah pakatan yang dinamakan Pakatan Rakyat akan bekerjasama? Adakah pakatan ini akan menjadi pakatan yang efektif bagi mewakili rakyat…??  3 parti 3 matlamat berasingan..cuba disatukan…?? Belum disatukan lagi..sudah tidak sebulu….ibarat peribahasa tidur sebantal mimpi lain2….DAP yang umum tahu sememangnya dari sejak penubuhan parti ini memang tidak pernah bersetuju atau pun ingin berkompromi mengenai ISLAM di malaysia….ape tah lagi dengan idea PAS utk menjadikan Malaysia sebagai negara ISLAM….di mana PKR dalam isu ini….PKR hanya gelak melihat kemelut PAS dan DAP ini…tujuan utama PKR sebelum ini hanyalah untuk mendapatkan suara mereka di Parlimen…maka DAP dan PAS menjadi kuda tunggangan mereka..

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda