Tag Archives: kaum pendatang

Kaum ‘Pendatang’ – UMNO Mohon Maaf

dari mkini

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memohon maaf atas kenyataan yang dibuat oleh ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang telah menimbulkan kemarahan di kalangan kaum Cina.

Najib berkata, Umno akan bermesyuarat untuk menentukan tindakan yang akan diambil terhadap Ahmad.

Beliau yang juga timbalan presiden Umno memberitahu pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau akan mengarahkan Ahmad supaya tidak mengulangi kenyataannya pada masa depan.

Bagaimanapun, jaminan beliau yang juga presiden Umno itu gagal menyelesaikan isu tersebut. Ekoran itu beberapa laporan polis telah dibuat terhadap Ahmad berhubung kenyataannya itu.

Ahmad didakwa membuat kenyataan berunsur hasutan itu sewaktu berceramah di Kampung Belah Dua pada 25 Ogos lalu ketika pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Dalam ceramah tersebut, Ahmad didakwa berkata, orang Cina adalah pendatang yang menumpang di Malaysia dan oleh itu mereka boleh mengharap mendapat layanan sama rata. Ahmad tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komennya sejak tercetusnya kontroversi tersebut Isnin lalu.

Pemuda DAP (Dapsy) telah membuat laporan polis di Perak, Selangor, Melaka, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan terhadap perkara ini. Parti-parti komponen BN – MCA dan Gerakan – juga telah membuat laporan polis berhubung isu yang sama beberapa hari yang lalu.

nota: dimana kata azimat memperjuangkan dan mempertahankan bangsa? baru dicuit sedikit sudah mohon maaf. bukankan realiti Melayu dan Bumiputra tuan tanah Malaysia ini. Perkara ini diakui oleh dua pembesar kaum Cina dan India satu ketika dahulu. Baca di sini. Sampai bila UMNO harus bersikap defensif? Adakah keadaan semakin terdesak bagi UMNO yang amat memerlukan sokongan dari parti komponen bukan Melayu? Sekiranya YA, fikirkan apa puncanya? Ambillah langkah yang patut bagi menguatkan semula UMNO seterusnya BN itu sendiri. Kenapa disebabkan individu bernama Anwar Ibrahim, UMNO terus goncang?? Mana pergi pejuang2 UMNO?? Penulis ingin menarik perhatian bahawa sikap defensif UMNO lah yang menyebabkan ramai anak muda tidak berminat utk menyertai/menyokong UMNO. Biarlah pahit untuk ditelan, tetapi inilah kenyataan. UMNO memerlukan reformis dari dalaman!!

30 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda