Tag Archives: kes liwat anwar ibrahim

“Perjuangan saya belum selesai” – Malaysiakini

Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadu dia diliwat majikan, menyifatkan perkembangan terbaru dalam hidupnya sebagai “perjuangan belum selesai” dan masih bersemangat untuk menegakkan kebenaran.

“Maklumlah perjuangan belum selesai. Akan tetapi, ini tidak sama sekali melunturkan semangat saya dalam perjuangan untuk menegakkan kebenaran.

“Allamdullilah saya sihat walafiat. Walaupun sedih tidak dapat menyambut lebaran tetapi semangat saya tetap utuh untuk berjuang semasa perbicaraan nanti,” katanya.

Saiful menyatakan demikian dalam tulisan terbaru blognya sempena Aidilfitri.

Kali terakhir blognya dihiasai tulisannya ialah 1 Ogos lalu.

Kali ini, dia yang turut menyentuh tentang sambutan 1 Syawal kali ini berkata, “berlinang air mata tatkala melihat pusara Allahyarhamah (ibu) kelmarin (Sabtu lalu).”

Katanya, walaupun sudah empat bulan tidak menziarahi tetapi bunga dan pokok tumbuh subur mengeluarkan bunga yang cantik.

“Telah saya cuci dan hias pusaranya sesuai dengan Allahyarhamah yang cantik orangnya.

“Tahun ini genap empat tahun Syawal disambut tanpa ibunda tercinta Allahyarhamah Halina Mohd Alip.

“Rindu yang tak terkata tatkala teringat membantu Allahyarhamah membuat persiapan kuih muih menjelang Syawal. Kuih tart dan kek buah sudah menjadi kewajipan setiap syawal untuk dibawa ke kampung. Semoga Roh beliau senantiasa dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t.” katanya.

Saiful menambah, tahun ini juga buat pertama kalinya dia tidak dapat menyambut Hari Lebaran bersama adik dan keluarga tercinta.

“Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada tunang saya yang tercinta, bapa, keluarga, saudara mara, sahabat handai yang amat saya rindui serta anda sekalian. Mohon maaf zahir dan batin,” katanya.

Pada 24 September lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan bahawa ia mengumumkan pada 7 Oktober ini sama ada membenarkan atau tidak permohonan pendakwaan agar perbicaraan kes liwat terhadap Anwar dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Anwar, 60, dituduh meliwat Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu.

Jika didapati bersalah, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.

Anwar kini dibebaskan dengan jaminan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin. – mstar

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Laporan Kesihatan Saiful Hampir Sama Dengan Yang Asal – Pusrawi

dari mstar

Hospital Pusrawi hari ini menjelaskan laporan perubatan Mohd Saiful Bukhari Azlan,23 yang diedarkan melalui internet hampir sama dengan laporan asal.

Pengarah Pusrawi, Wan Mahmood Wan Yaacob dalam sidang medianya berkata: “Laporan tersebut nampak genuine tetapi yang asli ada pada saya”.

Dalam kenyataan akhbar lima perenggan yang dikeluarkan hospital itu memberitahu, doktor hospital tersebut, Dr Muhamad Osman Abdul Hamid telah melakukan pemeriksaan ke atas pesakit Mohd Saiful berkaitan liwat.

Kenyataan tersebut menjelaskan yang Dr Muhamad Osman bukan seorang doktor pakar dan hanya seorang pegawai perubatan yang bertugas di bahagian klinik kemalangan dan kecemasan hospital.

Kenyataan itu turut menyebut, doktor tersebut telah menasihatkan Mohd Saiful supaya menjalani pemeriksaan di hospital kerajaan dan tiada pemeriksaan lanjut dilakukan berkaitan aduan liwat.

Hospital tersebut turut memberitahu, pihak mereka tidak mengeluarkan sebarang maklumat rasmi kepada mana-mana pihak berhubung laporan perbuatan terhadap pesakit bernama Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Terkini: Saiful tidak pernah diliwat

menurut beberapa sumber pada hari ini, satu laporan kesihatan Saiful Bukhari Azlan telah mendapati bahawa beliau tidak pernah diliwat. Laporan berkenaan dikeluarkan oleh Hospital Pusrawi. Sehingga post ini ditulis pihak Pusrawi tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi dan dipercayai pihak hospital sedang membuat siasatan dalaman bagaimana laporan kesihatan tersebut boleh tersebar kepada umum.

penulis berharap agar kes liwat dsai-saiful ini dapat diselesaikan dengan segera. ini kerana kes liwat ini amat memalukan sekiranya ia adalah satu dakwaan yang benar atau pun tidak.

93 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda