Tag Archives: ketua pemuda

Mukhriz tetap tanding kerusi Ketua Pemuda UMNO

sumber utusan

JERLUN 18 Jun – Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir tetap dengan keputusannya untuk menawarkan diri bertanding sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada

pemilihan Disember ini.

Mukhriz yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO berkata, keyakinannya untuk bertanding

meningkat sehingga 65 peratus setelah menjelajah bertemu dengan rakan-rakan UMNO di Sungai Petani dan Terengganu baru-baru ini. – Utusan

nota: Sebelum ini Dato’ Sri Khir Toyo juga memaklumkan kesediaan beliau untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO. Setakat hari ini, bagi jawatan Naib Ketua Pemuda masih belum ada pihak yang menyatakan kesediaan untuk bertanding.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Ketua Pemuda UMNO – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Tawar Diri

sumber mstar

KANGAR: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Zahidi Zainul Abidin hari ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno.  Pemimpin berusia 48 tahun itu berkata hasratnya mendapat restu Badan Perhubungan Umno Perlis yang diterajui Datuk Seri Shahidan Kassim.

Zahidi, yang juga Ketua Umno bahagian Padang Besar, berkata beliau menawarkan diri untuk bertanding setelah yakin akan mendapat sokongan daripada seluruh negara.

Katanya ketandusan kepimpinan di utara Semenanjung mendorongnya untuk menawarkan diri bertanding jawatan yang bakal dikosongkan oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata Badan Perhubungan Umno Perlis turut menyokong hasrat Shahidan untuk bertanding jawatan Naib Presiden Umno dengan alasan ketandusan kepimpinan dari utara. BERNAMA

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Sekitar berita mengenai pemilihan parti

“Hishammuddin timbang bertanding Naib Presiden”

SINGAPURA 21 April – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mempertimbangkan untuk bertanding jawatan Naib Pre siden pada pemilihan UMNO Disember ini jika mendapat pencalonan daripada peringkat bahagian.

Menteri Pelajaran itu berkata, beliau tidak menghalang mana-mana bahagian mencalonkannya bertanding jawa tan tersebut dan pertimbangan mengenainya akan dibuat apabila tiba masanya kelak.

“Memang saya tidak halang sesiapa mencalonkan bukan sahaja untuk diri saya, tetapi kepada sesiapa sahaja kerana seperti saya sebutkan tadi landskap politik yang baru menuntut kita mendengar kehendak akar umbi.

“Akar umbi pula, jangan menyalahkan pucuk pimpinan jika ia datang daripada sanubari mereka sendiri,” kata nya.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Menteri Pendidi kan Asia Tenggara (SEAMEO) berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Antarabangsa Pengajaran Bahasa di Dunia Pelbagai Bahasa: Cabaran dan Peluang anjuran SEAMEO di Pusat Bahasa Serantau di sini hari ini.

Pada 3 April lalu, Hishammuddin mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO yang disandangnya sejak sedekad lalu pada pemilihan parti Disember ini bagi memberi laluan kepada muka baru. sumber – Utusan

nota: Sekiranya Datuk Seri Hishamuddin menerima pencalonan dan terpilih sebagai Naib Presiden UMNO, diharapkan kecemerlangan Datuk memimpin pergerakan pemuda dapat diteruskan oleh ketua pemuda yang akan dipilih disember nanti.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Senarai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO

blog ini menerima emel dari pembaca supaya menyenaraikan nama2 bekas ketua pergerakan pemuda UMNO..

di bawah adalah senarai bekas2 ketua pergerakan umno malaysia termasuk semasa penubuhan awal pemuda di atas nama Perikatan Pemuda

1. Tun Hussein Onn

2. Tun Abdul Razak Bin Dato’ Hussain

3. Tun Sardon Jubir

4. Tan Sri Senu Abdul Rahman

5. Dato’ Harun Idris

6. Tan Sri Syed Jaafar Albar

7. Dato’ Suhaimi Kamaruddin

8. Datuk Seri Anwar Ibrahim

9. Datuk Seri Najib Tun Razak

10. Datuk Zahid Hamidi

11. Datuk Seri Hishamuddin Hussein

Tun Hussein dan Tun Razak menjadi ketua Perikatan Pemuda pada ketika itu.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Hishammuddin tidak pertahan jawatan Ketua Pemuda UMNO

PUTRAJAYA 3 April – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan parti itu Disember ini.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan jawatan yang akan ditandingi dan menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan kedudukannya dalam parti pada pemilihan itu.

nota: pemilihan parti pada tahun ini bakal menyaksikan ramai muka baru yang diura-urakan akan bertanding beberapa jawatan tinggi di dalam UMNO. Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishamuddin telah pun menyatakan hasrat untuk tidak mempertahankan jawatan beliau dan Datuk Sri’ Khir Toyo baru-baru ini menyuarakan kesediaan beliau untuk bertanding bagi jawatan ini. Semoga sesiapa pun yang bakal bertanding dan memegang jawatan ketua pemuda ini adalah diharapkan supaya kepimpinan pemuda menjadi lebih kukuh di dalam memantapkan lagi UMNO. Bagi jawatan naib ketua pemuda pula sehingga hari ini, YB Khairy masih lagi belum menyatakan hasrat beliau.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda