Tag Archives: khalid ibrhaim

Protes AMK PKR Di Selangor GAGAL!!!!

dari malaysiakini

Angkatan Muda (AMK) PKR Selangor merancang mengadakan 10 bantahan serentak selepas solat Jumaat hari ini di seluruh negeri tetapi tiada sambutan.

Tinjauan Malaysiakini di masjid negeri di Shah Alam menunjukkan tiada sesiapa hadir, manakala di sebuah masjid di Ampang, hanya empat orang kelihatan mengangkat sepanduk bantahan.

petrol hike 30 cents 280206 khairul anuar ahmad zainudinBerbeza dengan sambutan 2,000 penyokong pembangkang dalam demonstrasi Jumaat minggu lalu yang diketuai ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, bantahan pergerakan muda PKR disertai tidak sampai 100 orang.

Menurut kenyataan ketuanya Khairul Anuar Ahmad Zainudin semalam, masjid-masjid yang bakal menyaksikan protes pada hari ini ialah: masjid Kampung Melayu Ampang, masjid Hasanah di Bandar Baru Bangi, masjid simpang tiga di Gombak, masjid Kajang, masjid Sekincan, masjid negeri di Shah Alam, masjid bandar baru Sungai Buloh, masjid Hulu Bernam, masjid Bukit Naga di Seksyen 32, Shah Alam dan masjid di Damansara Utama.

Difahamkan tiada bantahan di Sekinchan dan Kajang – dua kawasan yang dikuasai pembangkang di negeri yang kini ditadbir Pakatan Rakyat.

Usaha AMK negeri ini dalam rangka menggerakkan kempen ‘protes sejuta rakyat’ 2008 bertempat di Petaling Jaya pada 6 Julai depan.

“Slogan yang tegas ‘turun’ dan warna merah adalah manifestasi kemarahan rakyat terhadap tindakan gila kerajaan menaikkan harga minyak yang melampau,” kata Khairul Anuar.

Protes itu, tambahnya, “pasti mendapat penyertaan dan sokongan dari segenap lapisan kelas masyarakat merentasi latar politik, kaum dan agama.”

Malaysiakini difahamkan pembangkang merancang demonstrasi besar awal bulan depan.

Namun, kegagalan kempen AMK negeri hari ini – kira-kira dua minggu lagi – dipercayai boleh membantutkan rancangan tersebut.

nota: tahniah diucapkan kepada semua rakyat yang mempunyai pemikiran warasa dan matang dengan tidak menyertai PROTES SIA-SIA yang dianjurkan oleh pakar demostrasi jalanan iaitu PKR. Diharap agar rakyat faham dan jelas mengapa harga minyak dinaikkan. Akhbar utusan hari ini melaporkan negara China juga menaikkan harga minyak mereka. Adakah mana-mana negara yang mengumumkan harga minyak mereka turun mutakhir ini?? Adalah satu janji gila oleh DSAI yang mengatakan harga minyak akan turun sekiranya beliau menjadi PM Malaysia.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda