Tag Archives: kickdefella

Sudah …cukup lah ….- malaysiakini

penulis terpanggil utk memberi komen terhadap penulis blogger Kickdefella. Baca di sini. Cukuplah dari membuat dakwaan tanpa bukti di internet. Tidak dinafikan blog saudara sheh sudah menerima jutaan pengunjung. Janganlah minda pembaca asyik dipengaruhi dengan berita2 negatif tanpa bukti. Janganlah selalu membuat tuduhan melulu tanpa bukti. jangan terlalu asyik menulis kerana ramai pembaca ingin melayari blog saudara. Dibulan mulia ini banyakkan amalan utk simpanan akhirat.

Tidak dinafikan berita di laman blog mudah diresapi oleh rakyat. Tetapi adakah setiap berita ini sahih?? Janganlah menjadi seperti orang lain yang taksub menulis sehingga boleh mempertikaikan kemuliaan Rasulullah SAW.

Memang bagus sekiranya pendedahan saudara berasas dan disertakan dengan bukti. Apa nak ditakutkan sekiranya ada bukti bertulis@hitam putih. Berani kerana Benar!!! Janganlah mensensasikan cerita yang tidak ada asal usul.

Kesian pada rakyat yang tidak tahu mana kaca mana berlian. Janganlah kita memanipulasi pemikiran rakyat yang rata-rata kurang melakukan -due diligence- terhadap sesuatu berita.

Bukanlah penulis ingin mempertahankan Pak Lah … tetapi menjadi prinsip penulis tidak akan mempertahankan sesuatu perbuatan yang sahih kesalahannya…..

saudara sheh@kickdefella..

sesungguhnya yang baik itu dari ALLAH dan yang buruk itu dari kita sendiri….

Selamat Hari Raya Aidilfitri….Maaf Zahir Batin!!

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Blogger Kickdefella Dibebaskan – Malaysiakini

Penulis blog “Kickdefella”, Syed Azidi Syed Aziz yang ditahan reman untuk siasatan kes hasutan, dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

 

Dia dibebaskan pukul 4.30 petang tadi.

 

Beliau dipercayai ditahan ekoran membuat cadangan di laman blognya agar bendera Malaysia dikibarkan secara terbalik semasa menyambut ulang tahun kemerdekaan negara.

 

Syed Azidi, 38, yang ditemani Ketua Dewan Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai, Sallehuddin Ayob dan peguamnya, Amrit Pal Singh dilihat meninggalkan Kompleks Kerajaan Bukit Perdana di sini pada pukul 4.15 petang selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

 

Beliau akan dipanggil semula oleh polis pada 17 Oktober depan.

 

Syed Azidi yang mengadakan sidang akhbar di rumah kakaknya di Bukit Persekutuan di sini kemudiannya berkata, sepanjang beliau ditahan, beliau dilayan dengan baik oleh pegawai dan anggota polis.

 

“Tidak timbul sebarang pertelingkahan atau perasaan tidak puas hati sepanjang saya ditahan. Saya dijaga dengan baik malah apa yang saya minta untuk keperluan saya diberikan,” katanya.

 

Menurutnya, sepanjang beliau ditahan, tidak ada sebarang kenyataan diambil ke atas dirinya sebaliknya hanya kenyataan berhubung latar belakangnya.

 

“Tidak ada sebarang kenyataan diambil dan saya telah memberi sepenuh kerjasama. Saya rasa saya bukan ditahan kerana memberi cadangan supaya bendera dipasang secara terbalik…” katanya dipetik Bernama.

 

Syed Azidi turut mengumumkan penarikan diri sebagai ahli Umno Kelantan hari ini.

 

“Walaupun saya bekerja dengan kerajaan PAS negeri hampir setahun setengah tetapi saya masih ahli Umno. Hari ini saya nak umum penarikan diri saya sebagai ahli Umno.

 

“Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana ambil berat mengenai kes saya ini,” katanya.

 

Semalam Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan perintah tahanan reman ke atas Syed Azidi sehingga 5 petang ini.

 

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Fadzlin Suraya Mohd Suah.

 

Syed Azidi, Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan, ditahan di rumahnya di Demit, Kota Bahru mengikut Akta Hasutan pada 17 September.  – mstar

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Penulis blog Kickdefella ditahan bawah Akta Hasutan

Penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Aziz, ditahan polis di rumahnya di Demit di sini mengikut Akta Hasutan.

Isteri Syed Azidi, Bariah Ishak berkata, polis yang datang ke rumah mereka dengan menaiki sebuah Pajero berwarna putih dan bercermin gelap, menahan suaminya 5.05 petang.

“Tiga lelaki, yang berpakaian preman, datang ke rumah kami dan memaklumkan bahawa mereka datang untuk menahan suami saya di bawah Akta Hasutan.

“Mereka datang dengan baik walaupun tidak mempunyai waran untuk menahan suami saya,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, salah seorang daripada pegawai polis itu memaklumkan suaminya akan dibawa ke Kuala Lumpur hari ini untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC II Amir Hamzah Ibrahim ketika dihubungi tidak dapat mengesahkan mengenai tangkapan itu kerana tiada maklumat yang diterima oleh polis Kelantan mengenainya.

“Kita akan periksa dahulu mengenai perkara itu,” katanya.

Syed Azidi, 38, adalah Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Menerusi blog Kickdefella, beliau pernah pernah mencadangkan agar bendera Malaysia dikibarkan secara terbalik semasa menyambut ulang tahun kemerdekaan negara.

Beliau juga pernah mengarahkan filem pendek bertajuk ‘Lautan Biru di Waktu Subuh’.

nota: diharap para pembaca dapat menjaga tatasusila ketika memberi komen di laman ini. sejak kebelakangan ini terdapat banyak komen2 yang tidak diluluskan oleh moderator kerana terlalu ‘keras’ dan ‘kasar’. perlu diingatkan kebebasan bersuara datang bersama tanggungjawab. terima kasih atas sokongan anda kepada laman weblog ini.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda