Polis mungkin menutup jalan menghala ke Masjid Kampung Baru esok selepas solat Jumaat, ekoran rancangan pihak tertentu untuk mengadakan perarakan dari masjid itu ke Menara Berkembar Petronas bagi membantah kenaikan harga minyak yang diumumkan minggu lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata antara 1,500 hingga 2,000 anggota polis, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Rela akan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghalang perarakan itu.
“Anggota polis dari Balai Polis Daerah Dang Wangi dan Sentul juga akan berkawal di sekitar kawasan tersebut. Kita akan tutup beberapa jalan yang menghala ke kawasan (masjid) itu jika perlu,” katanya.
Menurut laporan Bernama, Muhammad berkata pihak penganjur perhimpunan itu tidak memohon permit daripada Ketua Polis Daerah dan hanya sekadar menghantar surat makluman sahaja.
“Menyertai perhimpunan tanpa permit adalah salah dan polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan serius ke atas mereka,” katanya kepada pemberita hari ini.
Sementara itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa pergerakan pemuda Pakatan Rakyat serta anggota beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menyertai perarakan itu.
Dalam sidang akhbar di pejabatnya di Petaling Jaya, Anwar mengakui bahawa pihaknya tidak memohon permit polis bagi perhimpunan itu tetapi telah memaklumklan kepada pihak polis mengenai cadangan mengadakan perarakan itu menerusi satu surat pemberitahuan.
Anwar berkata perhimpunan itu merupakan permulaan dari langkah serupa yang akan diambil oleh pemuda Pakatan Rakyat serta NGO lain di seluruh negara bagi menyarakan bantahan mereka. sumber malaysiakini
nota: penulis meragui keikhlasan dari apa yang diperkatakan oleh YB Pas Salahuddin Ayub di dalam rancangan Debat Khas tempohari hari di mana, pihak pembangkang bersedia untuk melakukan rundingan dengan kerajaan mengenai usaha menangani isu harga minyak. Berdasarkan kepada protes yang dijadualkan esok, sebagai seorang pemimpin kanan PAS, beliau seharusnya memaklumkan kepada seluruh rakyat yang menentang kenaikan harga minyak ini supaya tidak keluar menyertai protes ini. Ini disebabkan rundingan utk membuahkan idea bagi menangani isu ini akan diperbincangkan oleh pihak kerajaan dan pihak pembangkang. DSAI seperti biasa dengan budaya demo jalanan sudah pasti akan menyokong segala protes yang dianjurkan oleh pihak lain demi kepentingan politik beliau.
Penulis percaya demo/protes secara aman bukan cara terbaik baik menyelesaikan masalah. Rakyat khususnya kaum melayu ISLAM sering diperbodohkan oleh pihak tidak bertanggungjawab seperti DSAI dan pemimpin pembangkang dengan diminta untuk menyertai demo ini. Lihatlah, selepas himpunan BERSIH, bangsa-bangsa lain contohnye HINDRAF berani mengadakan protes sehingga menyebabkan keadaan negara di dalam keadaan huru-hara satu ketika dahulu. Apa yang DSAI berkata tentang demo HINDRAF tempoh hari, beliau berkata demo yang dianjurkan sesuatu yang patut dilakukan oleh HINDRAF. Adakah dakwaan seperti pembersihan etnik merupakan satu dakwaan yang benar??
Penulis mencadangkan agar rakyat Malaysia khususnya bangsa melayu ISLAM supaya tidak menyertai demo esok. Percayalah kepada Qada’ dan Qada di mana setiap kejadian dan keputusan yang di ambil oleh pemimpin negara ada hikmahnya. Janganlah kita diperbodohkan oleh ‘hero segera’ DSAI yang berkata beliau boleh menurunkan harga minyak tatkala hampir seluruh negara di dunia ini sedang menghadapi kemelut yang sama.