Tag Archives: laporan kesihatan anwar

Siapa Dr. Mohamed Osman?

sumber mstar

Daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, kini individu yang menjadi perhatian ialah pegawai perubatan Hospital Pusrawi – Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid – doktor pertama menerima kunjungan bekas pembantu khas itu pada 28 Jun lalu.

Sumber-sumber memberitahu mStar Online, Dr. Mohamed Osman mula bertugas di hospital berkenaan sejak setahun lalu.

Beliau merupakan pegawai perubatan yang berasal dari Myanmar dan pernah berkhidmat di beberapa buah hopsital kerajaan sebelum menjadi pegawai perubatan di Pusrawi.

Tambah sumber itu, Dr. Mohamed Osman telah mengambil cuti sejak seminggu yang lalu dan tidak diketahui di mana beliau berada sekarang.

Dr. Mohamed Osman menjadi perhatian kerana dikatakan telah mendapati tiada kesan Mohd. Saiful telah diliwat.

Semalam, portal berita Malaysia Today mendakwa polis telah menahan seorang  doktor bagi membantu siasatan kes liwat membabitkan Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah, portal berkenaan juga mendedahkan salinan laporan pemeriksaan doktor di sebuah pusat rawatan swasta di Kuala Lumpur, menjelaskan tiada kesan meliwat terhadap bekas pembantu kepada Anwar, Mohd Saiful.

Bagaimanapun Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan polis menahan seorang doktor yang didakwa oleh portal berkenaan.

Ismail berkata polis telah pun merakamkan kenyataan Dr. Mohamed Osman berhubung laporan tersebut sebelum ia nya tersebar di internet semalam.

Beliau berkata, doktor lelaki tersebut antara 18 saksi yang sudah dipanggil untuk direkodkan keterangan sebelum ini.

nota: hati penulis amat tertarik dengan kes liwat DSAI-Saiful. ini kerana kes ini melibatkan pelbagai negara dan benua. bermula dengan melarikan diri ke kedutaan turki, seterusnya negara kita diberi amaran oleh US dan dikini doktor yang kononnya membuat pemeriksaan awal terhadap saiful datang dari Myanmar. Ini belum lagi dimasukkan dengan individu2 yang memberi sokongan kepada DSAI dalam kes liwat ini seperti bekas PM Canada dan bekas Pengerusi IMF. Kes liwat ini boleh dikategori sebagai satu kes salah laku bersifat global!!! tahniah kepada DSAI dan Saiful kerana ‘mengharum’kan nama negara kita di mata dunia.

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda