Tag Archives: lee chong wei

Futsal Piala Pusingan Ketua Pemuda BN Ampang

Satu kejohanan futsal bagi merebut Piala Pusingan Ketua Pemuda BN Ampang telah berlangsung pada 8 Mac 2009 di Sport Planet Ampang. Sebanyak 42 pasukan yang terdiri dari parti-parti komponen BN Ampang telah mengambil bahagian.

YBhg Ketua Bahagian UMNO Ampang, Dato’ Hj Ismail Kijo telah sudi merasmikan kejohanan ini dan berharap agar kejohanan ini dapat memperkukuhkan persahabatan antara parti komponen BN.

Keputusan Penuh Kejohanan

Juara: Pasukan Gerakan A

N. Juara: Pasukan UMNO Caw. Flat PKNS Taman Tasik Tambahan

Ketiga: Pasukan UMNO Caw. Sri Taman Baru

Keempat: Pasukan UMNO Caw. Keramat Jaya

Satu perlawanan persahabatan diadakan juga di antara barisan EXCO Pemuda UMNO Ampang dengan EXCO Pemuda UMNO Pandan di mana pasukan EXCO Pemuda Ampang berjaya mengalahkan pasukan Pemuda Pandan 2-0.

Tahniah diucapkan kepadasemua pemenang dan kepada pasukan-pasukan lain, cuba lagi tahun depan. Tidak lupa juga ucapan syabas dan tahniah kepada AJK pertandingan yang bertungkus lumus memastikan perjalanan kejohanan ini berjalan lancar.

Gambar sekitar kejohanan.

dsc_0058

Pendaftaran pasukan.

Ucapan aluan dari Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Ampang, Sdr Nizam B Shith.

Antara barisan kepimpinan UMNO dan BN Ampang yang hadir.

Ucapan Aluan dan Kata Semangat dari Ketua Pemuda BN/UMNO Sdr Safarizul Mustafa.

Ucapan Perasmian dari YBhg Dato’ Hj Ismail Kijo

Upacara simbolik perasmian dengan YBhg Dato’ Hj Ismail Kijo menendang bola ke arah gol sebagai tanda perasmian kejohanan

Pasukan Futsal Pemuda UMNO Cawangan Jalan Enggang

Ketua Pemuda, Sdr Safarizul menyampaikan cenderahati kepada YBhg Dato’ Hj Ismail Kijo kerana sudi merasmikan kejohanan.

Pemain dari semua pasukan mendengar taklimat sebelum sepak mula.

Advertisements

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Chong Wei dapat gelaran Datuk

Jaguh badminton negara, Lee Chong Wei akan bergelar Datuk pada 30 Ogos ini apabila dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) oleh kerajaan Pulau Pinang yang bangga dengan kejayaan beliau meraih pingat perak di Sukan Olimpik Beijing pada Ahad lepas.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberitahu sidang akhbar di sini, hari ini bahawa walaupun rakyat Malaysia kecewa Chong Wei gagal memenangi emas, namun kejayaan pemain kelahiran Pulau Pinang itu telah membawa kegembiraan di peringkat negeri dan negara.

Katanya, persetujuan untuk memberi anugerah itu dicapai dalam pertemuan beliau dengan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas semalam.

“Kerajaan negeri berharap anugerah ini akan menjadi satu perangsang kepada Chong Wei untuk mencapai kejayaan lebih besar untuk negeri dan negara,” kata Lim.

Dalam perlawanan akhir acara perseorangan, Chong Wei tewas 21-12, 21-8 kepada pemain nombor satu dunia, Lin Dan dari China, sekaligus menghampakan harapan rakyat Malaysia untuk melihat seorang atlit negara ini membawa pulang pingat emas pertama daripada Sukan Olimpik.

Chong Wei, 26, anak kelahiran Bukit Mertajam, adalah ahli sukan kedua dari Pulau Pinang yang mendapat gelaran Datuk dalam tempoh dua bulan ini, selepas jaguh skuasy dunia Nicol Ann David diberi gelaran serupa sempena ulang tahun hari jadi Yang Dipertua Negeri pada 12 Julai. BERNAMA

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda