Tag Archives: majlis peguam

YB Zul Kulim Diberi Notis Sebab Bantah Forum Memeluk Islam

Inilah perjuangan PKR. Entah bertunjangkan apa pun tak tau lah. YB Zul..lompatlah ke UMNO atau PAS…lagi bagus..berikut adalah petikan dari blog beliau. Penulis menyokong tindakan YB yang mengepalai Himpunan Aman Umat Islam membantah forum anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos yang lalu. Tidak salah berfikiran liberal di dalam politik tetapi harus ingat tiada kompromi sekiranya ia melibatkan isu agama apatah lagi agama Islam.

Assalamua’laikum to all,
Hari ini PKR memberikan saya notis tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap saya kerana mengetuai Himpunan Aman Umat Islam membantah forum anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos.

Kesalahan yang saya didakwa lakukan adalah kerana menghalang forum “Masuk Islam: Artikel 121(1A)” yang jelas menghina Islam dan institusi Islam yang dianjurkan secara terbuka oleh Majlis Peguam walaupun bantahan jelas dibuat oleh umat Islam dari pelbagai lapisan dan latar belakang.

Saya mengambil sikap dalam keadaan Islam dihina saya akan tetap mempertahankan Islam, walaupun akan bercanggah dengan pendirian mana-mana pihak. Kalau tiba masa saya perlu memilih antara Islam dengan parti, saya tetap akan memilih Islam walaupun saya tahu akibatnya saya akan kehilangan & kerugian, tambahan dalam keadaan Pakatan Rakyat dijangka mengambil alih kerajaan pada 16 Sept. Pada saya biarlah rugi duniawi daripada rugi disisi Ilahi.
Saya pasti akan berdepan dengan Jawatankuasa ini yang dijadualkan pada 9 Sept @ 10am nanti. Insyallah yang hak tetap akan dilindungi ALLAH..

Aamantu billah summastaqim.

Adios..

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

‘Dayus’ jika Majlis Peguam terlepas

Kerajaan dayus jika tidak menggunakan Akta Hasutan terhadap penganjur forum “Memeluk Islam” minggu lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya tidak rasa (wajar menggunakan) ISA. Lebih sesuai di bawah Akta Hasutan,” katanya kepada media sebagai mengulas desakan agar pemimpin Majlis Peguam dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau Akta Hasutan.

“Kita jangan dayus tidak menggunakan Akta Hasutan. Ini sudah dua kali dah (Majlis Peguam berbuat demikian).”

Dalam ucapan sewaktu merasmikan program Himpunan Pelajar Melayu Merdeka di Shah Alam pagi ini, Dr Ahmad Zahid juga menyifatkan badan profesional guaman itu sebagai “kurang ajar” kerana menganjurkan forum yang mencabar isu Melayu.

Beberapa pihak termasuk Umno, PAS dan Persatuan Peguam Muslim mendesak tindakan tegas dikenakan terhadap Majlis Peguam dengan alasan forum tersebut telah mencetuskan kekecohan.

Selain mendesak kerajaan mengambil tindakan menggunakan ISA, sesetengah pemimpin termasuk Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dilaporkan mencadangkan penggunaan Akta Hasutan.

Selain mengulas forum kontroversi berhubung Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, Dr Ahmad Zahid juga mengecam cadangan Menteri Besar Selangor yang dianggapnya boleh membangkitkan kemarahan orang Melayu.

“Jangan biarkan orang Melayu mengamuk,” katanya.

Ahad lalu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyarankan kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) agar menerima kemasukan 10 peratus pelajar bukan Bumiputera untuk meningkatkan lagi kemajuan institusi pengajian tinggi itu.

Turut hadir di majlis anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu ialah Naib Canselor UiTM Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah dan presiden gabungan itu Datuk Reezal Merican Naina Merican.

Program itu diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-60 penubuhan GPMS.

nota: penulis amat bersetuju sekiranya tindakan diambil terhadap Majlis Peguam. Sekurang-kurangnya amaran keras patut dikeluarkan di atas sikap ‘biadap’ mereka yang kononnya ingin menonjolkan sikap demokrasi dan kebebasan bersuara. Perlu diingatkan bahawa demokrasi tidak bererti semua tindakan yang dibuat adalah bebas secara mutlak. Kebebasan dan kesabaran ada batasnya.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tahniah dan Syabas !!

Pemuda Jalan Enggang ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada perwira-perwira yang menyertai Protes Forum Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam. Kebiadapan mana-mana badan yang ingin mencabar atau mempersoalkan hak Islam dan orang Melayu di Malaysia harus ditentang. Tahniah juga kepada ahli-ahli PAS dan PKR sepertu YB Zulkifli Noordin dan Badrul Amin dari PKR yang berani menyertai protes ini tatkala pemimpin PKR yang lain nampak berlembut dengan kehendak supaya forum ini diteruskan.

17 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda