Tag Archives: melayu

Hentikan Sengketa – Raja Dr Nazri @Malaysiakini

Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini menyeru barisan kepimpinan negara supaya berhenti bersengketa sesama mereka dan sebaliknya menumpukan kepada usaha membangunkan sumber negara bagi kesejahteraan rakyat.

Baginda bertitah, dunia sedang menghadapi iklim ekonomi yang suram dengan kenaikan harga minyak dan makanan yang memerlukan kerajaan memastikan bekalan makanan terjamin, meningkatkan produktiviti, menyakinkan pelabur dan mewujudkan pekerjaan baru untuk meringankan tanggungan rakyat.

“Ia merupakan cabaran besar kepada mana-mana kerajaan sekalipun. Ia tidak akan dicapai melalui retorik politik semata-mata.

“Ia tidak akan dicapai jika di kalangan barisan kepimpinan, baik yang berada di dalam atau di luar kerajaan terus bersengketa,” titah baginda di Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) ke-162 di Kompleks Islam Darul Ridzuan di Ipoh hari ini, demikian menurut laporan Bernama.

Raja Dr Nazrin bertitah suasana muram ekonomi dunia memerlukan para pemimpin mentafsirkannya sebagai cabaran terhadap negara dan bangsa yang memerlukan mereka bersama-sama menumpukan fikiran dan usaha untuk melaksanakan kerja yang produktif.

“Jika cabaran berat ini gagal ditangani, dibimbangi kestabilan dan ketenteraman negara akan terjejas; segala kejayaan yang telah dicapai sejak 51 tahun merdeka akan turut hilang dan pupus,” titah baginda.

Titah Raja Dr Nazrin, semangat Ramadan sebagai asas membina akhlak mulia, disusuli semangat Syawal membina persaudaraan, hendaklah diterjemahkan dalam urusan harian berkeluarga, bermasyarakat, berkerajaan dan bernegara.

Tunjuk contoh teladan

“Begitu besar nikmat jika perpaduan dapat dipupuk, malah rahmat akan dilimpahkan di kalangan warga dan negara yang berada dalam harmoni; di sebaliknya persengketaan akan berakhir dengan perpecahan hingga kemakmuran tidak mungkin tercapai,” titah baginda.

Raja Dr Nazrin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak turut menyeru barisan pemimpin Islam dan Melayu untuk menunjukkan sebaik-baik contoh teladan, menyemarakkan semangat persaudaraan, memperkukuhkan perpaduan, memberhentikan pertelingkahan dan menumpukan perhatian membangunkan kesejahteraan ummah.

“Perbezaan pendekatan dan kaedah, kelainan fahaman dan tafsiran, jangan sampai ke peringkat umat Islam dan orang Melayu berpecah dan terpisah, berpatah arang dan berkerat rotan, hingga yang menang menjadi arang, yang kalah menjadi abu,” titah baginda.

Terdahulu pada majlis berasingan Raja Dr Nazrin berkenan menyampaikan kurniaan daripada Yayasan Sultan Azlan Shah kepada 59 badan sukarela, pertubuhan amal dan kebajikan yang di kendalikan oleh pelbagai kumpulan agama dan etnik di negeri ini bertempat di Auditorium, Kompleks Islam Darul Ridzuan.

Raja Dr Nazrin pada majlis itu bertitah Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah berkenan mengurniakan RM20,000 bagi setiap organisasi dengan keseluruhan kurniaan berjumlah RM1.18 juta.

Baginda bertitah enam bulan dari sekarang, setiap organisasi akan diminta mengemukakan akaun memperlihatkan bagaimana kurniaan itu telah dibelanjakan supaya urusetia Yayasan Sultan Azlan Shah dapat membuat penilaian sebelum memperakukan apa-apa kurniaan di masa hadapan.

nota: punca sengketa adalah akibat sifat rakus dan tamakkan kuasa seorang individu di barisan pembangkang. kerana beliau jugalah politik malaysia kurang stabil

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Laporan Kongress Permuafakatan Melayu

Kongress Permuafakatan Melayu: Ekonomi perlu capai 65% & ‘Ketuanan Melayu’ menjurus kepada keadilan dan sistem progressif
Kongress Permuafakatan Melayu, anjuran NGO melayu dan Sekretariat GAPENA bermula 3 petang tadi di PERSADA, Johor Bahru, Johor dan mengumpulkan cendekiawan, karyawan, penulis, akademia dan professional Melayu seluruh Negara.

Kertaskerja pertama dibentangkan oleh Prof Madya Dr. Mohd. Agus yusof mengenai kedaulatan politik Melayu. Menurut Dr. Agus, persepsi hari ini bahawa Pakatan Rakyat sedang menjurus kepada ‘gila kuasa’ dan UMNO pulang kita berada dipersimpangan ‘takut hilang kuasa’. Pecahan Ahli Parlimen Melayu ialah UMNO 78, PAS 23, PKR 12 (dari 31 MP) dan 11 orang dari Sarawak, bersamaan 124 MP atau 55.8% dari kerusi Dewan Rakyat. Pilihanraya Umum ke XII menyaksikan peralihan undi sebanyak 69% keturunan India, 43% keturunan Cina dan kurang 5% undi Melayu.

Antara penyebab utama ialah keangkuhan segelintir pemimpin, keengganan menerima kritik, kleptocracy, keengganan berubah, manifesto pembangunan yang tiada mempunyai erti dan orang Melayu hari ini melihat ujud alternatif kepada UMNO.

Kertaskerja kedua dibentang Mantan Pengarah Urusan Malaysia Airlines Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman mengenai evolusi Perlembagaan Negeri kepada Perlembagaan Persekutuan sebagai “Federalism”. Beliau juga mengupas logik Bukan Melayu keatas konsep ‘Ketuanan Melayu’, iaitu kepimpinan oleh orang Melayu yang mengamalkan keadilan, kesetabilan politik, pentadbiran yang berjaya dan keselamatan Negara. ‘Ketuanan Melayu’ berpandukan sejarah, Perlembagaan Persekutuan dan Negeri.

Kertaskerja ketiga pula dibentangkan oleh Pengerusi Johor Corp Tan Sri Mohd. Ali Hashim, yang bercakap soal ekonomi dari sudut rendah pencapaian, ketirisan dari sistem, ketidakadilan pembahagian dan pemerosotan jatidiri dan keyakinan. Lantas, beliau mengutarakan pendekatan korporat sebagai jalan keluar dari permasalahan yang dikupas.

Beliau menegaskan bahawa teras kemajuan ekonomi dan kesuburan kehidupan adalah bergantung kepada penguasaan sektor perniagaan. Sasaran tahap ekonomi orang Melayu tidak sepatutnya dibelengu kepada 30%, malah disarankan agar ianya ditingkatkan kepada 65%, sesuai dengan komposisi kaum. Ini boleh dicapai dengan:

1. Perniagaan sebagai jihad untuk menjadi kekayaan sebagai kuasa Melayu dan menegakan sistem adil dan halal

2. Strategi yang terancang dan tersusun rapi. Beliau mencadangkan tiada lagi pengswataan dan sebaliknya menekankan konsep ‘Intrapreneurism’, terutama dikalangan professional Melayu

Laporan Kongress Permuafakatan Melayu ini dibawa oleh blogger A Voice dari Another Brick in the Wall

*Perkembangan dikemaskini Sabtu 3 Mei 2008 12.25am

Kertaskerja keempat dibentangkan oleh Prof. Dato’ Dr. Zainal Kling berkenaan kedaulatan kebudayaan, pendidika, bahasa dan agama Bangsa Melayu. Ianya mencakupi peranan imperatif kebudayaan dalam kedaulatan dan kekuasaan Bangsa Melayu.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Nazrin: Kestabilan minda Melayu penting

sumber dari malaysiakini

“Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah bertitah bahawa sebarang pandangan prejudis antara kaum di negara ini dapat dihilangkan jika minda masyarakat Melayu berada dalam keadaan stabil dan selesa, seterusnya hubungan harmoni akan terjalin.

Baginda bertitah kestabilan minda masyarakat Melayu amat penting dan ia adalah satu prasyarat kepada kestabilan negara.

“Agama Islam, kedaulatan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu adalah antara perkara yang tidak pernah lepas daripada perhatian Raja-Raja Melayu.

raja nazrin and malay malaysia sultan sultanate power”Raja-Raja Melayu amat memahami bahawa kestabilan politik negara sangat bergantung kepada persediaan minda orang-orang Melayu menghadapi perubahan,” titah baginda ketika menyampaikan titah sembah setia sempena sambutan Hari Keputeraan Ke-80 Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini.

Turut berangkat di majlis tersebut ialah Raja Pemaisuri Perak Tuanku Bainun, Raja Dihilir Perak Raja Jaffar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Raja Normahani Raja Shahar Shah, kerabat diraja Perak, Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin, barisan exco kerajaan negeri, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan.

Menurut laporan Bernama, Raja Dr Nazrin bertitahnya sejak Durbar pertama yang berlangsung di Kuala Kangsar pada 13 Julai 1897, Raja-Raja Melayu terbukti sentiasa memberi perhatian dan menyuarakan kepentingan orang Melayu dan agama Islam.

Oleh itu titah baginda, dengan perkenan Sultan Perak, baginda akan berusaha dan merintis langkah ke arah memastikan pemikiran serta persepsi orang-orang Melayu tidak akan membawa mereka berada dalam kegelisahan dan ketidakstabilan.

Keyakinan terhadap Raja

Baginda bertitah Raja menjadi pilihan rakyat untuk bernaung ketika merasakan kedudukan diri mereka sebagai pribumi bagaikan tergugat dan ia merupakan satu penghormatan serta keyakinan terhadap Raja ketika rakyat cemas menghadapi krisis.

Raja Dr Nazrin mahu seluruh rakyat menerima realiti bahawa Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan usaha memupuk perpaduan dan usaha mengikis sebarang prasanga negatif antara kaum adalah menjadi agenda penting serta satu prasyarat kepada kestabulan politik di samping menjadi keperluan untuk jaminan ketenteraman awam.

“Bumi Malaysia haruslah mengamalkan satu kesaksamaan yang tidak membenarkan berlaku diskriminasi atau tindakan negatif berunsur rasis. Semangat berpijak di bumi sama, dan menjunjung langit yang sama perlu dipupuk dan dihayati supaya terbina kekuatan warga yang teguh berpadu, cekal bersatu lalu sama-sama dapat membangunkan sebuah negara merdeka yang kekal berdaulat,” titah baginda.

Selain itu Raja Dr Nazrin bertitah baginda akan memastikan bahawa institusi agama yang berada di bawah bidang kuasa Sultan Perak seperti masjid, surau dan institusi pendidikan Islam akan dijadikan alat penyatuan dan tidak dibenarkan menjadi pentas politik yang boleh membawa perpecahan.

Baginda bertitah masyarakat Islam akan rugi jika terus bertelagah dan berselisih hingga akhirnya “yang menang menjadi arang dan yang kalah menjadi abu” kerana Islam menyeru kepada perpaduan dan amat menekan aspek perdamaian serta mengajak umat untuk membina semangat ukhuwah di samping menjalinkan silaturrahim.

“Umat Islam hari ini bukan umat yang kuat, baik di dunia begitu juga di negara ini. Umat Islam tidak boleh berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil hingga akhirnya menjadi umat yang lebih lemah. Umat Islam jangan terlalu taksub berselisih hingga ke peringkat `berkerat rotan, berpatah arang’. Umat Islam haruslah arif lagi bijaksana memastikan antara permata dan kaca,” titah baginda.

Raja Dr Nazrin bertitah umat Islam perlu berpegang kepada ‘semangat kiambang yang akan kembali bertaut sebaik biduk berlalu’ kerana mampu menjadi tenaga yang kuat jika mengamalkan semangat bermaaf-maafan, memberi dan menerima, semangat musyawarah dan persaudaraan yang akan membawa penemuan kata sepakat.

Kuasa memerintah

Menteri Besar dalam ucapan persembahan tahniah dan setianya, berkata kerajaan negeri sedang merangka pelan strategik yang berteraskan prinsip-prinsip amanah, adil, telus dan berkebajikan di samping meneruskan agenda pembangunan yang telah dirancang oleh kerajaan terdahulu.

“Keutamaan yang akan patik dan kerajaan lakukan hari ini ialah program-program yang memberi kebajikan dan kesejahteraan rakyat…kerajaan negeri berazam meneruskan dan memperkukuhkan dasar pembangunan negeri berpaksikan prinsip dan nilai sejagat,” kata Mohammad Nizar yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 17 Mac lalu.

Sebuah kerajaan yang diberi kuasa memerintah dan mentadbir negeri serta rakyatnya adalah amanah besar daripada Allah s.w.t, katanya.

“Menyedari hakikat…maka sayugialah kerajaan itu melaksanakan tanggungjawab selari dengan ketetapan Allah S.W.T. yakni menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran serta menjadi ‘negara berkebajikan dan mendapat keampunan’,” katanya.

Mohammad Nizar juga berkata kerajaan negeri akan sentiasa memelihara dan meningkatkan kestabilan sosioekonomi dan politik, kedaulatan institusi Raja, adat istiadat dan juga agama.

“Kerajaan negeri di bawah bimbingan patik sangat mengharapkan bimbingan dan teguran Paduka Seri Tuanku yang adil lagi bijaksana agar pemerintahan hari ini akan lebih maju, aman, makmur, amanah dan berkebajikan…Insyallah kerajaan yang ada sekarang tidak akan mensia-siakan hasrat rakyat Perak yang telah membuat perubahan.

“Patik akan sentiasa mendukung institusi Raja Berperlembagaan di negeri ini yang sentiasa merupakan sebahagian sejarah dan sistem berkerajaan di bumi Melayu. Patik akur dan menyedari bahawa institusi Raja Berpelembagaan akan kekal relevan dan memenuhi peranan besar pada sepanjang masa seiring dengan undang-undang tubuh negeri yang menyatakan bahawa kuasa pemerintah negeri hendaklah terletak hak kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku,” katanya.”

nota: Daulat Tuanku!

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia, Ketuanan Melayu dan Kontrak Sosial

Salam semua,

Blog ini menerima email daripada seorang pembaca supaya artikel mengenai Ketuanan Melayu dituliskan di dalam blog ini supaya orang ramai faham mengenai perkara di atas. Ini disebabkan menurut beliau, rata-rata generasi muda melayu tidak faham mengapa ketuanan melayu harus dipertahankan. Penulis membuat sedikit carian dan kajian mengenai Ketuanan Melayu dan mendapati bahawa bukan isu mengenai Ketuanan Melayu harus dipostkan tetapi juga mengenai Artikel 153 dan kontrak sosial Malaysia harus dipostkan kerana ia saling mengaitkan antara satu sama lain. Sumber rujukan dari wikipedia dan lawnet.

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.

Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

(2) Walau apa pun apa-aa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalnakan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.

(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136.

(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.

(8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu—

(a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu; atau

(b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-manaa orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan, atau menghalang mana-mana orang daripada memindahkan hakmilik bersama dengan perniagaannya apa-apa lesen yang boleh dipindahkan hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaan itu; atau

(c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian permit atau lesen kepada mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bona fide sebaik sebelum undang-undang itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa untuk menolak pembaharuan kemudiannya mana-mana permit atau lesen mana-mana orang, atau untuk menolak pemberian mana-mana permit atau lesen sedemikian kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu, pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.

(8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(9A) Dalam Perkara ini ungkapan “anak negeri” berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A.

(10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.

Terdapat perbezaan ketara di antara artikel 153 perlembagaan Malaysia dengan artikel 153 perlembagaan Singapura yang masing-masing menyebut mengenai hak istimewa orang Melayu. Artikel 153 (Malaysia) lebih spesifik dengan menjelaskan bagaimana hak-hak orang Melayu dan Bumiputra Malaysia dipertahankan.

Ketuanan Melayu

Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia . Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia). Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil Kontrak Sosial. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini.

Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan “orang asal” Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.

Tentangan yang dimainkan oleh DAP ini sebenarnya merupakan lanjutan tentangan yang dimainkan oleh parti induk DAP iaitu parti PAP(Singapura).

Berikut adalah tentangan mengenai ketuanan Melayu di dalam fasal 153 Perlembagaan Malaysia oleh PAP.

Ahli politik Singapura, Lee Kuan Yew (kemudian menjadi Perdana Menteri Singapura) Parti Tindakan Rakyat (PAP; cawangannya di Malaysia kemudiannya menjadi Parti Tindakan Demokratik atau DAP) secara umumnya mempersoalkan keperluan Artikel 153 dalam Parliamen, dan menyeru satu “Malaysian Malaysia”. Mempersoalkan kontrak sosial , Lee telah menyatakan: “Merujuk kepada sejarah, orang Melayu telah mula untuk berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang banyak hanya kira-kira 700 tahun yang lalu. Dalam 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira sepertiga secara perbandingan hanya imigran seperti setiausaha agung UMNO, Dato’ Syed Ja’afar Albar, yang datang ke Malaya dari Indonesia sebelum perang ketika berumur lebih tiga puluh tahun.

Kontrak Sosial

Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.

Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam Barisan Nasional. Banyak orang Melayu, biasanya daripada UMNO, telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.

Kontrak sosial selama ini telah lama diamalkan oleh para pemimpin terutamanya pemimpin dari parti kompenen Barisan Nasional. Tidak terdapat syarat-syarat formal mengenai kontrak sosial ini. Di bawah sedikit petikan mengenai kontrak sosial.

Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah “kontrak sosial” (dari segi hak kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang undang-undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial secara penuh. Pembela-pembelanya sering merujuk kepada Perlembagaan sebagai mengemukakan kontrak sosial, dan bapa-bapa kemerdekaaan juga bersetuju dengannya, walaupun rujukan kepada kontrak sosial tidak dibuat dalam Perlembagaan. Sebaliknya, kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: “Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak.” [1]

Perlembagaan secara ketara memberikan tanah rizab Bumiputera, kuota dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, kuota untuk lesen perniagaan, dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaan membenarkan. Bagaimanapun pada hakikatnya, khususunya selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP), akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika kaum Melayu hanya memiliki 4% daripada ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa Bumiputera diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuota-kuota ditentukan untuk ekuiti Bumiputera dalam perbadanan awam, dan diskaun-diskaun sebanyak 5% hingga 15% untuk membeli kereta dan harta tanah diberikan.

Setengah-setengah orang mengatakan bahawa kecondongan terhadap orang-orang Melayu dalam pendidikan dan politik sebahagiannya merupakan tindak balas terhadap keupayaan orang-orang Malaysia Cina untuk memperoleh kebanyakan kekayaan negara itu. Bagaimanapaun, orang-orang Malaysia India boleh mengemukakan hujah bahawa merekalah yang mengalami kerugian yang paling banyak, walaupun ini boleh dipertikaikan.

Kerajaan ada mengundurkan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti-universiti awam pada 2003 dan memperkenalkan dasar “meritokrasi”. Bagaimanapun, sistem baru ini dikritik secara meluas oleh orang-orang bukan Bumiputera kerana hanya memanfaatkan kaum Bumiputera yang ditempatkan dalam rancangan matrikulasi yang menonjolkan kerja kursus yang agak mudah sedangkan orang-orang bukan Bumiputera terpaksa mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Walaupun secara teori, orang-orang bukan Bumiputra boleh masuk aliran matrikulasi, ini jarang berlaku pada hakikatnya. Meritokrasi juga dikritik oleh sebilangan pihak dalam UMNO sebagai berdiskriminasi kerana ia mengakibatkan orang-orang Melayu luar bandar terkebelakang dalam kadar kemasukan universiti.

Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas kemerdekaan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-peruntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya dihapuskan. Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan tahun kajian semula Perkara 153 berlangsung tanpa sebarang peristiwa.

Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysia bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam Perlembagaan. Kecuali hak-haki istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera dianggap sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan Melayu. Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan daripada pembangkang-pembangkang.

Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa “…apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan.” Bagaimanapun, dia menambah bahawa “Bagi mereka yang mencintai dan berasa bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang Melayu.”

Ketiga-tiga di atas merupakan sentimen yang sering dimainkan oleh parti-parti politik sejak kebelakangan ini. Semangan muhibah dikalangan pemimpin-pemimpin awal negara seakan-akan dipermainkan oleh anak cucu mereka yang menjadi pemimpin parti-parti politik pada hari ini. Persoalannya ketika isu kontrak sosial dimainkan oleh pemimpin bukan melayu…di mana pemimpin-pemimpin Melayu terutama dari pembangkang tampil mempertahankan kontrak sosial yang sudah sekian lama terbina?? Adakah adil sekiranya kita membiarkan konsep Ketuanan Melayu ini dihapuskan dan diganti dengan konsep Ketuanan Rakyat (sedangkan Ketuanan Melayu juga adalah sama kecuali penekanan yang lebih diberikan kepada orang Melayu) yang belum terbukti lagi menjamin masa depan orang Melayu? Adilkah sekiranya anak-anak kita terpaksa mengharungi keperitan untuk ‘survive’ di masa hadapan sedangkan kita telah membesar dengan agak selesa sehingga apa yang kita kecapi setakat hari ini adalah hasil dari konsep Ketuanan Melayu. Diharap anak-anak muda faham akan kenapa walaupun negara kita sudah 50tahun merdeka konsep ini masih digunapakai. Konsep ini bukan lah sesuatu yang baru dan sejarah membukti bahawa terpisahnya Malaysia dengan Singapura adalah akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pemimpin parti induk DAP iaitu PAP yang memainkan isu ketuanan Melayu ini. Adakah anda lebih gemar konsep Ketuanan Melayu ini digugurkan dan digantikan dengan konsep Malaysian Malaysia atau konsep Ketuanan Rakyat??? Bukankah pemimpin parti seperti PKR dan PAS ini merupakan anak-anak yang membesar hasil dari konsep Ketuanan Melayu ini. Cuba fikirkan di mana pemimpin-pemimpin ini berada sekiranya konsep Ketuanan Melayu dihapuskan dahulu?? Adakah mereka akan begelar pemimpin??

Terkini:

Istilah “Ketuanan Melayu” perlu dilihat dalam konteks perjuangan orang Melayu sebelum merdeka yang menganggap Semenenjung Tanah Melayu sebagai tanah pusaka (sons of the soil) seperti yang diakui oleh pihak penjajah British ketika itu. Istilah ini juga merujuk kepada situasi sebelum merdeka yang menjelaskan reaksi orang Melayu terhadap penubuhan Malayan Union yang telah menghapuskan “Ketuanan Melayu” dari segi kedaulatan, kuasa politik dan isu kewarganegaraan yang longgar. “Ketuanan Melayu” dilaungkan oleh pemimpin Melayu pada ketika itu bagi menyatupadukan orang Melayu menentang Malayan Union dan bukannya menuntut kemerdekaan. Oleh itu, konsep ini ialah peristiwa dan reality sejarah pada ketika itu dan ia dimasukkan bukan bertujuan untuk menggugat perpaduan masyarakat Malaysia.

Istilah di atas merupakan penjelasan Kementerian Pendidikan mengenai Ketuanan Melayu. Penjelasan ini dipetik dari blog LKS.

34 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Lindungi Hal Istimewa Melayu – Titah Baginda Tengku Mahkota Kelantan

Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Mohammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail berkata, adalah tidak wajar bagi kaum-kaum bukan Melayu yang mendapat kerakyatan, menuntut persamaan hak dan keistimewaan sebagaimana orang Melayu.

“Sewajarnyalah semua rakyat bersatu dan tidak harus ada ungkit mengungkit mengenai hak dan keistimewaan orang Melayu.

“Ia adalah quid pro quo sebagai balasan kepada beri paksa kerakyatan kepada 2.7 juta kaum lain yang datang ke Persekutuan Tanah Melayu,” titahTengku Mohammad Faris ketika merasmikan perhimpunan perpaduan Melayu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ib u negara hari ini.

Perhimpunan yang disertai hampir 1,000 orang itu adalah anjuran Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM).

Ahli panel majlis tersebut ialah bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Hassan Ahmad; Presiden Gapena, Tan Sri Ismail Hussein, pakar ekonomi, Datuk Kamal Salleh dan tokoh agama, Uthman El Muhammadi.

Tengku Mohammad Faris bertitah, hak dan keistimewaan orang Melayu adalah amanah dan tanggungjawab yang wajar dilindungi oleh generasi keturunan Melayu.

Orang Melayu, titah baginda, adalah penduduk asal negeri-negeri Melayu yang dijamin hak istimewa sebagai rakyat Malaysia.

Jadi tonggak

“Ia bukan sahaja perlu dipertahankan tetapi juga dijadikan tiang seri atau tonggak kepada kelangsungan ketuanan Melayu,” titah baginda.

Bagaimanapun, titah Tengku Mohammad Faris, dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, hak kaum lain adalah sentiasa terjamin.

“Melihatkan tindak tanduk dan karenah mereka yang menang dan kalah (dalam pilihanraya), ia memberi petunjuk bahawa kedaulatan dan ketuanan Melayu amat mencabar.

“Mungkinkah ianya akan terhakis atau hilang terus,” titah Tengku Mohammad Faris.

Tengku Mohammad Faris turut menegur sikap kalangan pemimpin Melayu – demi kekuasaan – sanggup mengenepikan kepentingan orang Melayu sendiri.

Ini, tidak baginda, berbeza dengan pemimpin kaum lain yang sanggup bersatu walaupun berbeza fahaman demi mempertahankan hak mereka.

“Malangnya, saya dapati orang Melayu masih mengamalkan sikap marahkan nyamuk kelambu dibakar atau marahkan pemimpin, masa depan anak cucu digadaikan.

Pertahan Raja Melayu

“Yang menyedihkan ada pula paling taksub hendakkan kuasa sehingga membujur lalu, melintang patah asalkan mendapat kuasa,” titah baginda.

Sehubungan itu, Tengku Mahkota Kelantan itu berharap perhimpunan ini dapat menyatukan semula orang Melayu.

Ismail pula ketika berucap berkata, jika kerajaan negeri Pulau Pinang berlaku tidak adil kepada orang Melayu, perlulah ada satu perhimpunan seperti Hindraf sebagai protes.

Katanya, kedudukan orang Melayu sebelum peristiwa berdarah 13 Meil 1969, tidak ubah seperti orang Red Indian di Amerika Syarikat.

“Tetapi ia telah telah disusun oleh Tun Razak (Hussein) sehingga seperti yang ada sekarang ini,” katanya.

Sementara itu, Osman pula, dalam ucapannya  berkata, perhimpunan ini bertujuan untuk mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu dan agama Islam sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Katanya, ia juga bertujuan untuk menangani hambatan dan cabaran yang mengancam perpaduan Melayu dan agama Islam, serta mengatasi sindrom senyap di kalangan orang Melayu mengenai hak-hak mereka – petikan malaysiakini

nota: tidak dinafikan bahawa keputusan PRU yang lepas jelas menunjukkan bahawa bangsa melayu sanggup melihat rakan sebangsa mereka jatuh tersungkur kerana merebutkan kuasa. Sikap ABU (asal bukan UMNO) memimpin yang telah diterapkan oleh orang-orang Melayu bukan UMNO telah menyebabkan UMNO sendiri tersungkur. Ya sekiranya diambil contoh bahawa MB Perak masih lagi orang Melayu tetapi bagaimana pula dengan barisan EXCO nya….dan tidak ketinggalan negeri Selangor juga….berapa ramaikah bilangan EXCO mereka dari orang Melayu yang datang dari satu parti yang mendukung satu ideologi??? Apakah tindakan bersekutu antara PKR-DAP-PAS, yang pasti kita tahu DAP bukan lah satu parti yang betul2 ikhlas ‘berjabat tangan’ dengan PAS boleh kite panggil sebagai satu muafakat???….bukankah DAP sendiri setelah sekian lama menentang ideologi Islam dan menentang hak keistimewaan Melayu??Mahukah Melayu di Malaysia menjadi seperti Melayu di Singapura yang hanya ada hak di atas kertas Perlembagaan Singapura Fasal 152 di mana walaupun diberi hak istimewa tetapi tidak berkuasa dan tidak berdaya???

Fasal 152 Perlembagaan Singapura menyebut mengenai “Minorities and special position of Malay”

Jangan kita menanam hasad dengki dengan bangsa sendiri…Marilah kita bersatu agar Bangsa Melayu Gah Semula….Bak kata laksamana Hang Tuah…takkan melayu hilang di dunia…..

dan kita tambah sedikit penyataan di atas…Takkan Melayu Menjadi Hamba Di Tanah Sendiri…..

Jangan lah kita menang sorak , Kampung sendiri tergadai..

Allahuakbar!! Hidup UMNO !! Hidup Melayu !!

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Saya antara penyebab kemerosotan prestasi BN: PM

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata, beliau adalah antara penyebab kepada kemerosotan prestasi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ahli jawatankuasa Perhubungan Umno Johor, di sini, petang ini.

Abdullah berkata, disebabkan perkara itu beliau berasa bertanggungjawab untuk berbuat sebaik-baiknya bagi memulihkan BN dan Umno.

“Saya rasa saya adalah penyebab kepada `pembuangan undi’ (undi tidak diberikan) kepada BN. Dan saya berasakan bertanggungjawab untuk membuat sebaiknya-baiknya untuk memulihkan BN dan Umno,” katanya.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Naib Presiden Umno, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

nota: tahniah diucapkan kepada Pak Lah yang berani mengakui bahawa beliau adalah salah satu penyebab kepada kemerosotan BN pada PRU yang lepas. Diharap Pak Lah dapat memperbaiki semula kesilapan yang telah berlaku dan semoga BN lebih kukuh dan kuat selepas ini. Pengakuan berani seperti ini sememangnya amat jarang didengari terutama dari pemimpin tinggi sesebuah negara. Apa2pun diharap ahli UMNO dapat memperkasakan semula parti seterusnya memperkuatkan lagi bangsa melayu.

AllahuAkbar…! Hidup UMNO…! Hidup Melayu!!

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pemuda Ipoh Barat nak Najib dan Mukhriz berganding


<!—
—>

Belum sampai 24 jam Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak menyatakan sokongan terbuka terhadap Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin untuk mengambil alih kepimpinan pergerakan itu, Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat tampil dengan kenyataan berbeza.

Selain menafikan UMNO Perak menyokong Khairy, Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat bukan sekadar menyatakan sokongan kepada Mukhriz Mahathir tetapi mencadangkan agar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib mengambil alih kepimpinan negara daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pemangku Ketua Pemuda Ipoh Barat, Ahmad Faizal Azumu dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari Khamis berkata, beliau menyokong untuk Najib mengambil alih kepimpinan negara berdasarkan kepimpinannya yang baik.

“Saya juga ingin menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Mukhriz untuk memimpin Pemuda. Sokongan ini berdasarkan kepimpinan mereka yang dihormati oleh kawan dan lawan. Kekuatan moral yang ada pada diri kedua-dua pemimpin ini diyakini akan dapat mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional,” ujar beliau.

Dalam kenyataan beliau itu juga, Faizal menyifatkan kenyataan Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharudin bahawa pergerakan Pemuda negeri itu menyokong Khairy adalah bersifat peribadi.

Sehubungan itu katanya, ahli-ahli UMNO seharusnya diberikan kebebasan untuk memilih pemimpin mereka dan bukannya melalui kenyataan sokongan terbuka yang tidak membawa apa-apa makna. – 10/4/2008

nota: belum 24jam dilaporkan bahawa Pemuda Perak menyokong YB Khairy untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO, pemuda umno ipoh barat menyuarakan sokongan mereka kepada YB Mukhriz sebagai calon Ketua Pemuda UMNO. Sememangnya tiada halangan di dalam memilih pemimpin. Pengumuman sokongan terhadap individu utk menjawat jawatan tidak memberi makna apa-apa kerana semasa hari pemilihan lah penentu segalanya. Calon-calon yang ingin menjawat jawatan Pemuda hendaklah merupakan calon yang dikenali dan disegani oleh para perwakilan pemuda nanti. Cadangan Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Abdul Rahman Dahlan mewajibkan calon ketua pemuda umno untuk mempunyai laman web atau blog sendiri amat laa berpatutan.Ini kerana pada zaman siber ini, internet adalah media utama di dalam menyampaikan mesej kepada umum. Melalui laman internet/blog ini juga, para perwakilan boleh dengan bebas menyuarakan pendapat kepada calon dan calon itu sendiri boleh terus berinteraksi dengan para perwakilan.

Sesiapapun calon untuk Ketua Pemuda pada pemilihan kali ini, adalah diharapkan agar kepimpinan baru akan membawa pergerakan pemuda UMNO Malaysia ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Yayasan Masa Depan…Future Foundation

berikut adalah sedikit kajian yang telah dibuat oleh forumer mengenai yayasan yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim…..dipetik dari Mykmu…

“Brother,

I have made my research and must concur with you the stinkness of this organisation…..

http://www.foundationforfuture.org/faq.html

“What is the purpose of the Foundation for the Future?
The Foundation for the Future was created to support civil society organizations in their efforts to foster democracy and freedom in the broader Middle East and North Africa.”

Democracy and Freedom…I think that is echoing George W. Bush vision when he was about to attack Afghanistan and Iraq.

http://news.bbc.co.uk/2/hi/middle_east/3248119.stm

“In what countries will the Foundation operate?
The Foundation will operate in the following countries and territories: Afghanistan, Algeria, Bahrain, Egypt, Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Lebanon, Libya, Morocco, Oman, Pakistan, the Palestinian Territories, Qatar, Saudi Arabia, Syria, Tunisia, UAE, and Yemen.”

The nasrani and yahudi have infliated this country with grants, endowement and millions of dollars….Why NO Israel!! Tell me…

“What countries are providing support to this effort?
To date, confirmed pledges have been made by the following: Bahrain, Denmark, European Commission, Greece, Hungary, Jordan, Netherlands, Spain, Switzerland, Turkey, the United Kingdom, and the United States. Discussions are in progress with a number of other governments from both outside and inside the region that are supportive of this effort.”

United States is the backbone behind this Foundation. No more further analysis needed.

“Who is on the Board of Directors of the Foundation for the Future?
The following are on the Board of Directors: Anwar Ibrahim (Chairman), Rahma Bourqia (Vice Chair), Bakhtiar Amin, Andreu Claret, Kamel Abu Jaber, Ibrahim Kalin, Sandra Day O’Connor, Abdul Rahman Al Rashed, Naguib Sawiris, and Cornelio Sommaruga. Brief biographies of the members of the Board are available here.”

There you go, The Yahudis chief de mission in their conquest. Nothing more to say except the true facts.

My brothers and sisters,

just lay a thot with a sensible mind to what is presented.

Wassalam…..”

sekiranya tujuan yayasan ini ditubuhkan atas dasar prinsip kebebasan dan demokrasi..kenapa ia hanya menumpukan operasinya di Timur Tengah dan Afrika Utara?? Mengapa tidak dimasukkan juga benua asia….

mengapa kebanyakan negara Islam yang diingin ‘dibantu’ oleh yayasan ini….mengapa korea utara tidak dimasukkan ke dalam sasaran negara yayasan ini…?

“In what countries will the Foundation operate?
The Foundation will operate in the following countries and territories: Afghanistan, Algeria, Bahrain, Egypt, Iran, Iraq, Jordan, Kuwait, Lebanon, Libya, Morocco, Oman, Pakistan, the Palestinian Territories, Qatar, Saudi Arabia, Syria, Tunisia, UAE, and Yemen.”

Sekiranya anda melihat di atas..negara2 di mana yayasan ini beroperasi di atas adalah semuanya negara2 ISLAM yang kita tahu pegangan pentadbiran negara mereka amat kuat dengan syiah ISLAM..mengapa perlu demokrasi dan kebebasan sesudah umum tahu negara di atas sebelum ini amat lah aman dan makmur…???

adakah operasi di Afganistan dan Iraq di dalangi oleh yayasan ini…..bukan kah demokrasi yang diperjuangkan oleh yayasan ini akan mengugat institusi beraja ISLAM di beberapa negara di atas seperti Jordan, Qatar dna Arab Saudi????Apakah peranan Anwar sehingga beliau diangkat sebagai pengerusi yayasan ini…??

berikut juga adalah petikan dari topik di forum kmu mengenai yayasan ini..

ni aku petik dari blog nwar

Quote:

Yayasan Masa Depan – Foundation for the Future- yang telah dibentuk akhir tahun lalu atas inisiatif Menteri-Menteri Luar Negara Arab, Afrika Utara, Eropah dan Amerika Syarikat telah mengadakan mesyuarat pertama di Doha, Qatar semalam (15 Julai 06).
Anggota pengasas terdiri dari Anwar Ibrahim (Malaysia), Bakhtiar Amin (Iraq) dan Rahmah Bourqiah (Maghreb) telah bersidang bersama ahli Yayasan baru termasuk Ibrahim Kalin (Turki), Andre Cerra (Sepanyol), Hakim Sandra Oconnor (Amerika Syarikat), Naguib Swari (Mesir), Kamel Maher (Jordan), Juhainah (Qatar).

Walau pun Yayasan diperingkat awal ditaja dan dibiaya oleh Pemerintah, setakat ini berjumlah 55 juta dolar Amerika, tetapi Yayasan bebas bergerak merangka program dan strategi untuk mejana pembaharuan berdasarkan prinsip kebebasan dan demokrasi. Yayasan akan bekerjasama dengan badan-badan bukan Kerajaan, sarjana, tokoh agama dan politik agar melaksanakan program dengan lebih berkesan lagi. Selain membiaya kegiatan badan bukan Kerajaan, Yayasan akan meneliti kemungkinan mengadakan perbincangan, seminar dan sebagainya dengan masyarakat awam.

Mesyuarat semalam telah membentuk Jawatankuasa Eksekutif untuk menjalankan kerja seterusnya dan akan mengadakan sidang pada bulan September. Mesyuarat Yayasan berikutnya akan diadakan di Amman pada awal Disember sabelum mesyuarat Menteri-Menteri Luar dimana Pengerusi akan melaporkan kemajuan kegiatan Yayasan. Anwar Ibrahim telah sebulat suara dilantik sebagai Pengerusi Yayasan dan Jawatan Kuasa Eksekutif.

objektif penubuhan yayasan ni nwar tak jelaaskan..modal tajaan Pemerintah Dunia (USA) USD55juta…dia tulis laksana program berkesan…program ape??…menyebarkan dakyah krisitan di negara2 ISlam…
kalau korang tgk semua…mostly negara2 Islam yang masuk foundation ni..contoh IRAQ…tumbangnya saddam..memudahkan US merompak hasil negara tersebut iaitu minyak..dengan ada nye yayasan ini..bukan saje minyak malah..agama islam selama ini dipegang juga dirompak…..Qatar…program yg ingin dilaksanakan oleh yayasan ni..menjatuhkan sistem beraja di sana….melumpuhkan Islam di sana..hasil kerja tangan pertama kafir sebelum penubuhan yayasan ni..ialah Al Jazeera yang selama ni kite lihat sebangai media alternatif antarabangsa selain CNN….
Jordan….kemasukan yayasan ini disana akan melemahkan Raja sanjungan rakyat mereka iaitu Raja Abdullah..sama juga dengan wakil MEsir…bertindak seperti anwar …menjadi agen US di sana…..ape tah lagi turki..sehinggan Parti pemerintah AK hendak diharamkan kerana dilihat ingin menghapuskan sekularisme dan digantikan dengan ISLAM…
ni motif utama yayasan masa depan – mejana pembaharuan berdasarkan prinsip kebebasan dan demokrasi.—
reformasi2 akan bergema di negara2 arab islam…rakyat akan memberontak..dan terus US serta mubaligh kristian akan masuk sebagai perantara…

kenapa sepanyol pula??…ini kerana …ISLAM mula berkembang kembali di sana..dan disebabkan itu..utk menghalang islam dari berkembang dengan pesatnya..maka yayasan ini diperlukn..

mengapa anwar dilantik sebagai pengerusi..kerana terbukti berkesan mengguna topeng ISLAM di dalam menarik minat umat Islam utk menyertai dia….contoh…reformasi di MAsjid Negara…menunjukkan kejayaan dia menggunakan rumah Allah sebagai tempat berdemo….
apebile benchmark penggunaan Masjid sebagai tempat operasi reformasi…dan ternyata kerajaan tidak terlalu kasar kerana Masjid rumah Allah..maka selepas ini ..dinegara spt mesir, turki, iraq, dan negara lain yang join yayasan ni…pemimpin reformasi mereka juga akan gunakan masjid sebagai markas operasi..

di malaysia tumpuan utama yayasan ini adalah negeri sabah..di mana anwar senang melakukan kerja yayasan ini….

ya Allah selamatkan Malaysia dari petualang bangsa dan agamaku ini..

sessunguhnya aku berasa amat kesal dan berdosa sekiranya anak cucu membesar di dalam persekitaran yang tidak aman dan selamat seperti mana persekitaran aku dibesarkan…..

amin ya rabbal alamin…..”

bukankah penubuhan yayasan ini amat meragukan fungsinya???

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Melayu Semakin Terhimpit

petikan dari blog hakimitis…

Salam.

Ketua Menteri Pulau Pinang, LimGuan Eng menyatakan bahawa dasar DEB akan dimansuhkan di PP. Alasannya adalah “dasar itu akan mewujudkan kronisme, amalan rasuah dan sistem yang tidak begitu cekap”. Secara terang-terangan Guan Eng menyatakan bahawa negeri itu akan melaksanakan sistem ‘open tender’ bagi semua projek dan kontrak kerajaan.

Apabila ditanya mengenai hak-hak orang Melayu, jawabnya adalah “Semua bangsa dan untung nasib mereka sama”

Dasar yang dipelopori Tun Dr Mahathir pada 1971 itu kini mula dihapuskan di PP. Dasar yang menyatakan bahawa pengagihan kekayaan dan tinfakan teguh untuk Bumiputera dan bangsa Melayu sekurang-kurangnya 30 peratus itu sebelum ini turut dibangkitkan oleh individu lain pada tahun-tahun sebelumnya. Suqiu (Chinese Elections Appeals Committee) pada tahun 2000 telah menyenaraikan 83 fasal dalam memorandumnya yang dikatakan bertujuan untuk “memupuk kesepaduan nasional, kemajuan demokrasi, menjunjung hak asasi manusia dan keadilan, mengekang korupsi, mendapat keadilan dan kewajaran dalam polisi ekonomi” seakan-akan menunjukkan bahawa bangsa Melayu membolot semua kekayaan negara hinggakan membiarkan bangsa Cina kebuluran di jalan-jalan.

Hakikatnya, sehingga kini jumlah penguasaan ekonomi negara dimonopoli oleh bangsa Cina (kira-kira 70 peratus) dan bangsa Melayu memegang hampir 20 peratus. DEB bukanlah satu kegagalan, namun terdapat beberapa faktor lain yang dipercayai menjerumuskan kepada penguasaan ekonomi bangsa Melayu yang terlalu sedikit itu. (Faktor itu tidak akan ditulis di sini bagi mengelakkan ianya dijadikan alasan kepada bangsa Melayu yang malas dan hanya mencari alasan)

Kenyataan Guan Eng itu setakat ini masih belum menimbulkan kehangatan di kalangan ahli politik, baik kerajaan mahupun pembangkang.

Pandangan penulis..

DAP sebelum ini memang terkenal sebagai sebuah parti yang mempunyai banyak kontroversi dan banyak menimbulkan salah fahan di antara kaum. Tercetusnya 13 MEI juga ada kaitan dengan DAP.Betapa hitamnya sejarah parti DAP dengan bangsa Melayu, tapi hari ini kita dapat rasakan bahawa bangsa Melayu seakan-akan telah melupakan dan memaafkan pencetus peristiwa tersebut. (Rujuk di sini,untuk kepastian.) Bagi anak Melayu yang masih sedar dan tahu akan perkara sebenar, semestinya perasaan keMelayuan dan sentimen kebangsaan tercalar dengan kenyataan Guan Eng itu. Namun, sehingga kini para menteri dan bekas menteri (khusus bangsa Melayu) masih mendiamkan.

Tidak dinafikan bahawa bangsa Melayu merupakan bangsa yang memafkan dan melupakan (forgive and forget), namun saya menyeru agar sesiapa yang berbangsa Melayu di yang membaca posting ini agar sedar dan bangkit untuk bersama-sama meningkatkan ekonomi bangsa kita. Siapa lagi nak tolong Melayu kalau bukan Melayu?

Harapan penulis adalah agar bangsa Melayu sedara akan maruah kita yang semakin tercalar dan diinjak-injak ini tak mungkin akan pulih selagi wujudnya semangat kepartian yang mendahului semangat kebangsaan. Lupakan dahulu semangat UMNOPAS-KeADILan, sebaliknya hendaklah ketiga-tiga ini bergabung idea dan usaha untuk menyekat lebih banyak lagi usaha bangsa lain yang ingin menjatuhkan Melayu. Sedarkan Melayu yang ingin merosakkan Melayu, jangan dibuang mereka. Jagakan mereka dari tidur, usah dibiar. Pandu mereka ke jalan yang benar, usah disisih.

Kerana Melayu akan semakin sengsara jika tidak berubah.

Fakta : Lim Guan Eng pernah dipenjarakan selama 2 thun pada 1987-1989 atas Akta hasutan dan Penerbitan)

9 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda