Tag Archives: mstar

Umno hukum 10 ahli termasuk 3 tahun digantung – Malaysiakini

Lembaga Disiplin Umno memutuskan seramai 10 ahli parti itu bersalah kerana terbabit dengan rasuah politik dan sabotaj parti.

Seorang daripada yang tertuduh diberi amaran manakala sembilan anggota lain dikenakan hukuman digantung keanggotaan selama tiga tahun atau satu penggal pemilihan bermula 22 September lalu.

Tertuduh yang terbabit terdiri daripada ahli Umno Bahagian Kota Tinggi, Rantau Panjang dan Tanah Merah.

Ia diumumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail hari ini.

Senarai ahli diputuskan hukuman

  • A. Malek Daing A. Rahaman (Kota Tinggi) – Perkara 5.1.2, 5.3 & 5.5 Kesalahan (Tataetika ahli)
  • Mohamadon Abu Bakar (Kota Tinggi) – Perkara 5.1.2 & 5.5 Kesalahan (Tataetika ahli)
  • Musa Ngaman (Kota Tinggi) – Perkara 5.1.2 & 5.5 Kesalahan (Tataetika ahli)
  • Muszaide Makmor (Kota Tinggi) – Perkara 5.1.2 & 5.5 Kesalahan (Tataetika ahli)
  • Mohammad Taha Madon (Kota Tinggi) – Perkara 5.3 & 5.5 Kesalahan (Tataetika ahli)
  • Datuk Mohd Zain Ismail (Rantau Panjang) – Fasal 20.8(B) dan (C) Perlembagaan Umno dibaca bersama dengan Perkara 3.1.2 & 3.1.4 Tataetika Ahli Umno
  • Ghazali Ismail (Rantau Panjang) – Fasal 20.8(B) dan (C) Perlembagaan Umno dibaca bersama dengan Perkara 3.1.2 & 3.1.4 Tataetika Ahli Umno
  • Fauzi Omar (Rantau Panjang) – Fasal 20.8(B) dan (C) Perlembagaan Umno dibaca bersama dengan Perkara 3.1.2 & 3.1.4 Tataetika Ahli Umno
  • Pauziah Che Wook (Rantau Panjang) – Fasal 20.8(B) dan (C) Perlembagaan Umno dibaca bersama dengan Perkara 3.1.2 & 3.1.4 Tataetika Ahli Umno
  • Datuk Ismail Hassan (Tanah Merah) – Perkara 5.1.2 & 5.5, dan Fasal 20.8(B) dan (C) Perlembagaan Umno dibaca bersama dengan Perkara 3.1.2 & 3.1.4 Tataetika Ahli Umno

A. Malek merupakan individu yang mencabar Datuk Seri Syed Hamid Albar bagi merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Kota Tinggi.

Kecuali Mohammad Taha, tertuduh yang lain dikenakan hukuman digantung keahlian selama tiga tahun.

Kes sabotaj parti iaitu melanggar peruntukan Fasal 20.8 Perlembagaan Umno dibaca dengan Perkara 3 Tataetika Ahli Umno dan rasuah politik pula diputuskan mengikut Perkara 5 Tataetika Ahli Umno.

Ahmad Rithauddeen berkata, keputusan itu adalah hasil daripada persidangan Lembaga Disiplin pada 22 hingga 24 September lalu.

Tahun 2008 merupakan tahun pemilihan parti.

Cawangan-cawangan Umno telah mengadakan mesyuarat tahunan dan pemilihan Julai hingga Ogos manakala persidangan perwakilan bahagian akan bermula 9 Oktober ini.

Berdasarkan siasatan atau pendengaran pertuduhan, statistik aduan yang diterima secara keseluruhannya adalah sebanyak 475.

Berikut adalah butiran statistik aduan diterima dan diambil tindakan

Jumlah keseluruhan aduan: (475)

Jumlah aduan telah disiasat (Panel Penyiasatan): 115

Jumlah aduan belum dimulakan siasatan: (49)

Jumlah aduan perlu dokumen tambahan (Borang A): (38)

Jumlah aduan kategori tiada tindakan lanjut (NFA): (85)

Jumlah aduan bukan di bawah bidang kuasa Lembaga Disiplin: (74)

Jumlah aduan baru: (110)

Disimpan untuk perhatian: (4)

Jumlah aduan telah disiasat (Panel Penyiasatan) dan didapati tiada kes prima facie: (22)

Jumlah kes telah didengar (tribunal Lembaga Disiplin): (10) – mstar

nota: Baguslah kalau macam ini. Tapi lagi bagus kalau keputusan dibuat dengan lebih cepat. Janganlah dah habis cawangan2 bersidang baru nak keluar keputusan. Sebenarnya lebih elok kalau Jkuasa disiplin lebih proaktif. Jangan hanya tunggu laporan baru nk siasat. Pasang lah mata-mata kat Bahagian.

12 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Anwar: ‘Deadline’ bukan isu – Malaysiakini

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkata, pihaknya akan menghantar sepucuk surat kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung proses peralihan kuasa kerajaan pusat dan permintaan diadakan sidang khas Parlimen.

Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, sekali lagi mendakwa telah mempunyai majoriti yang cukup untuk membentuk sebuah kerajaan baru.

“Surat kepada Yang di-Pertuan Agong menyentuh mengenai proses peralihan kuasa secara aman dan sidang khas Parlimen bagi mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi).

“Kita (Pakatan Rakyat) masih mengemukakan tuntutan supaya Perdana Menteri menghormati hak rakyat yang memilih kami,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri prosiding kes liwat terhadapnya di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini pagi semalam.

Anwar ditemani isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden PKR, dan anak mereka Nurul Izzah, yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai.

Ketika mengulas mengenai suratnya yang meminta Perdana Menteri mengadakan sidang khas Parlimen, Anwar berkata, Abdullah tidak memberi sebarang jawapan berhubung perkara itu kecuali membuat kenyataan untuk tidak memenuhi tuntutan berkenaan.

Anwar juga masih enggan mengumumkan nama anggota-anggota Parlimen yang beliau dakwa akan menyertai Pakatan Rakyat.

“Saya ada bilangan majoriti. Pasal deadline (tarikh untuk menubuh kerajaan baru) bukanlah satu isu,” katanya.

Sementara itu dalam blognya hari ini, Anwar berkata, beliau dan teman-teman dalam Pakatan Rakyat tetap yakin dan percaya bahawa hasrat rakyat untuk melihat perubahan akan menjadi kenyataan.

“Kami akan meneruskan usaha dengan penuh hemah dan berhati-hati demi mencapai matlamat dan telah mencapai kata sepakat untuk tidak melayan sebarang provokasi mahupun pendekatan yang tidak bertanggungjawab serta membawa kepada ketidakstabilan dan ketidaktentuan buat negara.”

Kata Anwar, beliau tidak tahu mengenai adanya perundingan yang dilakukan antara Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri.

“Kenyataan yang telah dibuat semalam menyarankan ruang komunikasi yang dibuka telah disalah tafsir,” katanya lagi. – mstar

nota: hehehe…kelakar melihat tindak tanduk DSAI. Setelah gagal mengotakan janji belia sebanyak dua kali iaitu membentuk kerajaan pada 16 September dan 23 September, kini beliau tetap yakin dapat membentuk kerajaan baru tanpa perlu memaklumkan tarikh baru. Inilah yang dikatakan janji ahli Politik dan bukan janji dari seorang Pemimpin. Ahli politik akan membuat keputusan populis utk menarik perhatian ramai.

Kredibiliti DSAI agak tercabar akibat 2 kali gagal melunaskan janji untuk membentuk kerajaan baru. Kini, PR cuba pula cara lain. Ingatlah wahai semua pembaca. Kita hamba yang merancang, Allah SWT penentu segalanya. Janganlah kita bersifat angkuh dan gila kuasa, kerana semua akan terjadi dengan izinNya.

Kepada penyokong PR dan pemimpin PR, jangan Khianati pilihan rakyat pada PRU yang lepas. Barisan Nasional telah pun dipilih melalui proses DEMOKRASI pada PRU yang lepas utk memimpin negara. Janganlah sanggup khianati rakyat dengan cuba menubuhkan kerajaan baru. Perlu ingat, pilihanraya yang lepas TELUS. Sekiranya tak telus, sudah tentu PR tidak dapat bentuk kerajaan di lima negeri.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pak Lah : Surat Anwar bukan mengenai peralihan kuasa -malaysiakini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata surat yang diterimanya daripada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bukannya berhubung peralihan kuasa.

Perdana Menteri berkata surat itu adalah berkaitan dengan situasi dalam negara dan perkara-perkara umum.

“Tidak ada satu surat pun yang dihantar yang berkaitan dengan pemindahan kuasa. Dia (Anwar) hantar surat tentang hal-hal umum yang berkaitan dengan situasi dalam negara,” katanya pada sidang akhbar pada majlis penyampaian dermasiswa dan sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Seri Endon Yayasan Budi Penyayang di sini.

Di Kuala Lumpur, Anwar hari ini mendakwa telah menghantar surat kepada Perdana Menteri semalam untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan proses peralihan kuasa secara aman setelah mendakwa kononnya Pakatan Rakyat mempunyai cukup bilangan Anggota Parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Mengulas dakwaan Anwar yang mendakwa mempunyai senarai 31 nama Anggota Parlimen Barisan Nasional yang akan melompat ke Pakatan Rakyat, Abdullah berkata: “Itu permainan politik dia (Anwar).

“Ini membawa kepada satu keadaan yang tidak baik bagi rakyat dan negara kita.

“Seolah-olah tiada lagi kestabilan politik di negara kita ini.

“Kalau dia (Anwar) ada (senarai 31 Anggota Parlimen) dia boleh beritahu, biar semua rakyat tahu, biar semua pengundi tahu apa yang telah dia lakukan kepada calon-calon mereka (pengundi),” kata Perdana Menteri.

Abdullah berkata, beliau tidak akan mengadakan pertemuan dengan Anwar untuk berbincang kerana “kalau dia jumpa saya pun nanti mungkin dia buat cerita yang lain.”

“Nanti dia kata saya telah setuju tentang itu, tentang ini. Itu adalah tujuan dia mempopularkan diri dia. Saya tidak perlu jumpa dia,” katanya.

Abdullah meminta semua pihak memberi perhatian kepada perkara yang berkaitan dengan urusan dan tanggungjawab seharian, dan bukannya sibuk dengan urusan yang memperlihatkan ketidakstabilan politik negara.

“Lebih baik beri perhatian kepada hal-hal yang berkaitan dengan pekerjaan, perniagaan dan tanggungjawab kita yang dilaksanakan sama ada di sektor awam mahupun swasta,” katanya.

Anwar ketika ditanya pemberita mengenai kegagalannya untuk mengambil alih pentadbiran negara hari ini (16 Sept) seperti yang digembar-gemburkannya, beliau mendakwa kelewatan itu adalah kerana beliau mahu berbincang dengan Perdana Menteri terlebih dahulu. – sumber mstar

nota: pandainya DSAI bersandiwara. bukankah pertemuan yang diatur adalah mengenai isu-isu semasa negara seperti tahanan ISA dan sebagainya. Syabas Pak Lah dengan menolak ajakan mat jenin ini.

37 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pandikar nafi wujud desakan

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia  menafikan bahawa wujud desakan terhadapnya supaya upacara mengangkat sumpah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru sahaja memenangi kerusi Pilihan Kecil Permatang Pauh semalam diadakan esok.

“Tidak ada desakan. Siapa yang boleh desak saya. Saya dengan kuasa saya, ketua pembangkang dengan kuasanya, Perdana Menteri dengan kuasanya. Masing-masing dengan kuasa masing-masing.

“Tidak ada sebab mengapa tidak boleh angkat sumpah esok apabila sudah diberitahu,” katanya kepada media di pejabatnya di Parlimen, hari ini.

Pandikar berkata, beliau juga telah menerima surat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi tadi yang mengesahkan kemenangan Anwar.

Katanya, Anwar akan mengangkat sumpah sebagai ahli baru Dewan Rakyat esok selepas bacaan doa kira-kira jam 10 pagi.

Pandikar berkata, kawalan keselamatan yang lebih ketat sempena kedatangan Anwar di Parlimen esok adalah tidak perlu kerana hanya Anwar seorang sahaja yang perlu datang untuk mengangkat sumpah.

“Hanya seorang yang datang (angkat sumpah). Tidak perlu datang semua.

“Ini persidangan biasa. Cuma kita ada satu kekosongan bagi Permatang Pauh,” katanya.

Pandikar berkata, pihaknya masih menunggu jawapan daripada pembangkang berhubung calon yang dipilih untuk menjadi ketua mereka.

Ditanya sama ada akan wujud tekanan jika Anwar dilantik menjadi Ketua Pembangkang, Pandikar berkata, beliau menganggapnya sebagai perkara biasa namun berharap tata tertib dalan Dewan akan diberi penekanan.

“Anggapan saya mesti ada tata tertib. Mungkin Anwar boleh mengawal ahli-ahli Parlimen daripada pembangkang supaya tidak keterlaluan melanggar Peraturan Mesyuarat.

“Walaupun ada pihak yang mengatakan, adanya ketua (pembangkang) yang punya status seperti Anwar akan menyebabkan Dewan bergolak tetapi saya tidak melihat begitu,” katanya.

Katanya, Anwar mempunyai pengalaman menjadi ahli Parlimen sebelum ini, justeru beliau mengetahui segala Peraturan Mesyuarat dan tidak akan mempertikaikan kuasanya sebagai Yang Dipertua.

Ketika ditanya kemungkinan pembangkang akan sekali lagi mengemukakan usul tidak percaya kepada kerajaan, Pandikar tidak dapat memastikan hal tersebut.

“Politik hari ini mungkin berbeza dengan esok. Mungkin mereka buat (usul tidak percaya), mungkin tidak buat.

“Saya tidak tahu tapi saya ingin katakan sekali lagi, Parlimen memang begitu,” katanya.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Temuramah Haji Hadi dengan Wakil Harakah

HARAKAH: Apa penjelasan Tuan Guru mengenai dakwaan PAS ada perbincangan dengan Umno yang disensasikan media baru-baru ini?

USTAZ HADI: PAS adalah parti yang menegakkan Islam dengan makna yang menyeluruh. Sasaran Islam ialah seluruh manusia bukan sahaja tertumpu kepada ahli PAS. Kita harus sampaikan mesej kepada pihak yang lain, sebagaimana yang diajar Nabi Muhammad.

Bukan sahaja bergerak dalam skop di Semenanjung Tanah Arab bahkan Baginda menghantar surat kepada raja-raja. PAS juga wajib meneruskan mesej itu dalam konteks negara kita. Kita jumpa dengan raja-raja dan tidak salah juga kita berjumpa dengan Umno untuk menyampaikan mesej kita. Kalau tidak jumpa dengan Umno macam mana nak sampaikan mesej kita?
Maknanya benarlah dakwaan adanya pertemuan tersebut?

Pertemuan antara individu PAS dengan individu Umno dalam menyampaikan mesej Islam kepada mereka.
Hasil pertemuan dan rumusan PAS?

Kita beri penekanan kepada kepentingan Islam supaya Umno berubah. Iaitu merujuk kembali kepada kesilapan yang mereka lakukan yang merugikan umat dan agama Islam itu sendiri. Sebagai contoh, dalam masalah pilihan raya. Yang dikira oleh Umno hanya untuk menangkan parti dia, bukan untuk memenangkan Islam. Dalam pilihan raya ke-12 pun Umno tidak kalah, yang kalah MCA, MIC.

Mereka membuat pembahagian kawasan pilihan raya berdasarkan kepada kepentingan mereka. Penambahan kawasan baru itu dilakukan di Sabah, Sarawak dan Johor. Mengapa tidak ditambah kerusi Parlimen di Kelantan, Terengganu dan Kedah? Ini kerana mereka hendak menjaga kerusi mereka dan bukan kepentingan Islam. Dalam masa yang sama mereka membahagikan kerusi ataupun kawasan pilihan raya yang majoriti Islam kepada wakil rakyat yang bukan Islam. Ini tidak wajar.

Cuba lihat dalam Pakatan Rakyat, DAP menang di kawasan majoriti kaum Cina, tetapi MCA dan MIC menang di kawasan majoriti Melayu yang diberi oleh Umno. Ini dengan sendiri boleh menghakiskan kedudukan orang Islam dari segi politik.
Tetapi bukankah PAS mahu perpaduan yang lebih meluas?

Sekarang ini kita menunggu apa respons daripada Umno dan rakyat. Dan saya pernah berucap dalam perhimpunan di Stadium Melawati, Shah Alam (di awal penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor). Saya tidak tahu mereka sedar atau tidak, tetapi saya sebut soal perpaduan nasional di kalangan parti politik yang perlu dibincangkan lebih serius dan bukan separuh jalan.

Perpaduan ini tidak semestinya kita paksa semua parti masuk BN atau gabung satu parti. Ini termasuklah wujudkan demokrasi tulen sebagaimana negara yang sihat demokrasinya. Sebagai contoh bukan sahaja pembangkang boleh bangkang tetapi yang mewakili kerajaan juga boleh bangkang. Dalam negara kita, kalau wakil rakyat kerajaan yang bangkang ini akan diambil tindakan disiplin. Bahkan di Barat parti kerajaan boleh sokong undi tidak percaya, yang dibuat oleh pembangkang. Adakah di Malaysia hal ini berlaku? Tidak berlaku.

Tuan Guru fikir Umno boleh terima pandangan PAS?

Kepada PAS, orang Melayu mesti menjadi teras kepada politik negara. Ini diterima oleh semua kaum. Bukan pula bermakna hanya orang Melayu yang berhak dalam politik dan kekuasaan tetapi teras politik kita berpihak kepada orang Melayu sebab melihat kepada jumlah penduduk Islam yang majoriti dalam negara ini. Ini perlu diambil kira. Tapi malangnya Melayu sendiri hanyut dalam merealisasikan Islam itu sendiri sebagai kekuatan orang Melayu.

Sebagai contoh kita tidak sedar Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Islam adalah Agama Persekutuan. Agama lain berhak dianut dan diamalkan tetapi di sana ada peruntukan Jadual 9 yang menyekat pelaksanaan Islam setelah diserah Islam itu di bawah kuasa negeri. Tetapi ada peruntukan yang menghalang pelaksana syariat Islam dalam makna yang menyeluruh.

Walaupun dalam mazhab Islam ada ulama yang sebut syariat Islam itu boleh dilaksanakan kepada orang Islam dan bukan Islam berhak diberi pilihan. Dalam beberapa perkara tertentu boleh kita bahagikan perundangan sebagai contoh kepada tiga bahagian. Yang pertama perkara yang diberi kepada penganut agama masing-masing dalam masalah ibadat undang-undang keluarga dan perkahwinan itu agama masing-masing.

Dan di sana ada syariat Islam seperti Hudud, Qisas dan Takzir, yang diwajibkan Tuhan dalam al-Quran di mana undang-undang ini wajib bagi Islam. Adapun orang bukan Islam  boleh diberi pilihan sama ada nak undang-undang ini atau tidak. Dan di sana ada hukum yang bersama seperti undang-undang jalan raya serta hak milik tanah pertanian dan kediaman tidak ada beza.

Sepatutnya kita perkenalkan keadilan Islam ini kepada masyarakat di saat kita lihat kegagalan sistem yang lain daripada Islam.
Mengenai perpaduan berteraskan Islam dan politik Malaysia, Melayu jadi tunggak. Bagaimana ini hendak diterjemah dalam Pakatan Rakyat. Adakah DAP boleh menerimanya?

Sehingga hari ini kita hanyalah wujudkan persefahaman dalam menghadapi pilihan raya sahaja dengan melihat titik persamaan yang ada, seperti dalam menentang kezaliman, menuntut demokrasi yang bersih, menyeru supaya diperbetulkan penyelewengan yang berlaku, tangani rasuah. Ini perkara bersama. Tetapi bila kita ada kuasa di peringkat negeri, sebagai contoh, di sini kita lihat pembahagian yang saya sebut tadi.

Dalam perkara yang jadi hak orang Islam, DAP tidak boleh sentuh itu hak orang Islam. Macam kita tidak sentuh hal agama mereka. Mereka janganlah sentuh soal hendak memperlahankan suara azan kita, seperti kita tidak minta dia jangan main mercun masa sambutan malam tahun baru, mereka kena saling hormatilah. Itu menandakan di sana ada beberapa perkara yang perlu dipertahankan dan hormat menghormati.
Apa pandangan Tuan Guru mengenai rundingan yang berlaku antara Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan kelompok yang hendak menyertai Pakatan Rakyat?

Bukan dia (Anwar) sahaja, kita pun berhak untuk mengadakan perundingan. Sama juga DAP. Mereka ada hak buat perundingan. Kalau Keadilan sahaja boleh jumpa Umno, PAS tidak boleh jumpa dengan Umno macam mana? Ini yang tidak betulnya.

Adakah ini salah faham (mengenai hubungan PAS-Umno)?

Orang lain boleh jumpa Umno, kenapa PAS tidak boleh jumpa Umno? Itu tidak faham namanya. Atas dasar Islam kita berhak. PAS boleh berunding dengan mana-mana pihak. Tidak ada sesiapa yang jadi Ketua Pakatan Rakyat. Pimpinan secara kolektif dan kita setuju masing-masing pemimpin parti mencari pengaruh mengajak rakan dalam BN supaya bersama dengan kita. Oleh sebab itu, tidak timbul isu mengapa orang PAS jumpa Umno.

Itu politik kampung sahaja yang tidak boleh (melarang) jumpa dengan Umno dan orang PAS. Kita dah uar-uarkan ‘engagement’ yang disebut dalam muktamar kita, ini keterbukaan kita.

Penerimaan ahli PAS mengenai ‘engagement’ seperti ini macam mana?

Saya lihat inilah yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam pilihan raya umum ke-12 yang telah memberi kemenangan kepada PAS. Dan orang PAS boleh buat kerja untuk memenangkan Pakatan Rakyat. Perlu disedari bahawa PAS yang paling banyak cawangan. PAS yang paling banyak pekerja dalam pilihan raya ke-12. Orang PAS sedia bekerja bagi pihak parti lain. Jadi, selepas capai kemenangan perlu diambil kira peranan orang-orang PAS ini. Sebab orang PAS bukan bodoh! Jangan ketepikan peranan mereka selepas kita menang pilihan raya.

Mungkin PAS mahu dilihat sebagai entiti penting dalam Pakatan Rakyat?

Ya, bahkan undi popular perlu dilihat kepada undi menyeluruh. PAS beri penekanan kepada kerusi negeri. Negeri kita dapat 83 kerusi, DAP 73 dan Keadilan dapat 40. Ini perlu dilihat bukan lihat kepada Parlimen sahaja. Kawasan Parlimen ini didukung oleh kerusi negeri.

Dakwaan liwat terhadap Dato’ Seri Anwar. Adakah ia mengganggu Pakatan Rakyat atau PAS?

Saya tidak mahu kerja-kerja politik diganggu oleh isu-isu berkait dengan  masalah individu. Masalah individu diselesaikan secara masalahnya sendiri. Oleh kerana itu saya lebih bersetuju supaya masalah itu diselesaikan di mahkamah yang adil. Kalau Mahkamah Sivil tidak boleh selesai, mestilah dibawa ke Mahkamah Syariah. Yang cara bersumpah (mubahalah) ini, (perlu) sekiranya tidak ada mahkamah.

Maknanya ia perlu selesai di mahkamah?

Ya! Ya! Selesaikan di mahkamah ….

Isu Anwar, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, Altantuya dan macam-macam berlaku, telah mencetuskan kecelaruan politik sekarang. Apakah pandangan Tuan Guru?

Malangnya yang memainkan isu ini adalah media. Media Melayu pula. Melibatkan pemimpin-pemimpin Melayu. Adakah mereka tidak malu mengemukakan isu-isu ini (pendedahan hal peribadi yang mengaibkan), sedangkan kita menghadapi masalah kenaikan harga minyak, masalah inflasi yang lebih penting. Bagaimana hendak menangani masalah rasuah, masalah jenayah. Kes bunuh Altantuya adakah berbeza dengan kes bunuh Pak Long, Mak Ngah, Ah Chong di kampung yang dibunuh? … sama sahaja. Sepatutnya ialah soal keadilan itu untuk semua sebagaimana slogan dalam pilihan raya.

Mengapa pembunuhan Altantuya ini dibesarkan, sedangkan pembunuhan di kaki lima dibiarkan? Yang penting penyiasatan yang adil kepada semua itu perlu. Dalam isu ini barangkali ada kepentingan politik sama ada tuduhan membabitkan Anwar ataupun Najib? Yang pertama sikap orang yang jadi pemimpin itu sendiri dan yang kedua sikap media itu sendiri. Mesti berpada-pada bukannya ‘loose’. Itu yang penting.

Ada pandangan menyatakan perlunya pimpinan Melayu seperti Anwar, Tuan Guru sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi duduk bincang soal Islam dan Melayu?

PAS sudah lama mendesak muzakarah diadakan di kalangan pemimpin Islam dan parti-parti orang Melayu sejak tahun 50-an hingga kini. Keadaan itu masih terbuka. Bahkan sebaik sahaja buka pintu muzakarah, PAS (akan) sertai. Kalau dibuka itu respons kita.  Tetapi asas muzakarah itu mestilah didasarkan kepada asas akidah dan ajaran yang dianuti oleh orang Melayu itu sendiri iaitu Islam.

Berbalik kepada isu Anwar, mahu atau tidak isu membabitkan beliau perlu dihadapi dan diterima dan implikasinya kepada PAS juga yang sertai Pakatan Rakyat. Apa pandangan Tuan Guru?

PAS ada pengaruh dan kedudukannya sendiri. PAS simpati dengan rakan Pakatan Rakyat yang terima padah dari fitnah ini dan kita sama-sama ambil tanggungjawab untuk mengatasinya sebaik mungkin. Tetapi PAS tetap utuh dengan sebagai parti yang ada akar umbi yang sudah lama dan bertapak begitu kuat. Dan saya rasakan bahawa apa yang ditumpukan oleh orang PAS ialah untuk menegakkan Islam itu dengan makna yang menyeluruh.

Apabila banyak fitnah, adakah ini petanda sudah tiba masanya Malaysia menggunakan lebih banyak undang-undang Syariah supaya wujud keadilan dalam negara?

Saya bersetuju! Islam pun perlu diberi peluang untuk dilaksanakan dan bermula dengan orang Islam sendiri sebagaimana yang kita luluskan di Kelantan dan Terengganu semasa PAS memerintah. Di mana undang-undang Syariah itu dimulakan dengan orang Islam. Sementara orang bukan Islam diberi pilihan sama ada mereka mahu undang-undang Islam atau tidak tetapi dalam kes peribadi dan agama kita tidak campur. Itu sudah jelas.
Harapan Tuan Guru mengenai muktamar tahunan PAS yang akan berlangsung Ogos ini?

Muktamar kali ini ialah muktamar pascapilihan raya. Satu anjakan paradigma berlaku dalam politik negara secara umum termasuk orang PAS sendiri. Kita berjaya pecahkan tembok perkauman antara kaum dan pelbagai agama. PAS berjaya tubuhkan Kelab Penyokong PAS yang disertai oleh bukan Islam yang menyatakan sokongan kepada PAS secara terbuka. Mereka kerja secara sukarela kepada PAS. Mereka memenangkan calon PAS di peti-peti undi sebagai tambahan kepada kekuatan PAS yang sudah ada.

Yang kedua, perubahan di kawasan bandar yang dapat maklumat moden melalui perkembangan ICT. Di sini menunjukkan betapa rakyat perlu dapat maklumat bebas dan terkini yang menyaksikan PAS dapat sokongan di bandar dan pinggir bandar.

Ketiga, walaupun PAS tidak mendapat kerusi Parlimen sebanyak kerusi pada tahun 1999, namun kali ini berlaku satu perubahan. PAS dikatakan menjadi ‘king maker’ kepada politik negara. Dalam penyertaannya melalui kerajaan campuran di negeri yang tidak dikuasai sepenuhnya seperti di Kedah.

Dalam keadaan PAS adakan campuran dengan parti lain di Perak, rakan Pakatan Rakyat memberi kepercayaan kepada PAS memimpin dua buah negeri Kedah dan Perak selain yang telah ada Kelantan. Satu negeri kepada Keadilan di Selangor dan satu negeri kepada DAP di Pulau Pinang.

Jadi ini menunjukkan kepercayaan yang diberi Pakatan Rakyat untuk memimpin negeri. Dan kita hargai kepercayaan ini. Apa yang penting PAS mesti laksanakan slogan semasa pilihan  raya iaitu ‘Islam For All’. Itu mesti direalisasikan. Sebab itu kita harapkan NGO dan parti bukan Islam jangan risau dengan pelaksanaan ini. Kita harap apa yang disebut sebagai ‘Islamophobia’ tidak berlaku kepada rakyat Malaysia.

Kita dah ada model di Kelantan. Kini masuk penggal kelima, dan di Terengganu satu penggal. Tidak ada sebab mereka risau jika kita realisasikan slogan tadi.  Kepada ahli PAS, teruskan bekerja bukan sahaja untuk pilihan raya ke-12, dalam masa yang sama kerja selepas PRU-12 untuk isi kemenangan.

Kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat kita harapkan supaya jentera PAS jangan digunakan untuk menjayakan pilihan raya ke-12 sahaja, sebaliknya selepas pilihan raya itu seolah-olah mereka tidak ada peranan lagi.

sumber mstar

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Ku Li dan Najib Tiada Peluang Pada PAU akan datang?

sumber mstar

KUALA LUMPUR: Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin tiada siapapun termasuk Tengku Razaleigh Hamzah yang ‘berpeluang’ untuk menandingi jawatan Presiden Umno pada Disember ini.

“Pada pemilihan Umno akan datang Presiden (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) akan menang, tidak akan ada siapa yang boleh tanding Presiden kerana tiada siapa yang boleh memperoleh 60 pencalonan.

“Ini dikawal oleh Presiden seperti yang berlaku dulu… Tengku Razaleigh hendak lawan, beliau cuma mendapat satu sahaja, bahagian beliau yang mencalonkan beliau, bahagian beliau sendiri mencalonkan beliau,” katanya.

Bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno itu menyatakan demikian dalam satu temu bual dengan mStar Online baru-baru ini.

Jelas Dr. Mahathir, sama ada Tengku Razaleigh ataupun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak memang tidak berpeluang untuk menyaingi Abdullah yang menggantikan beliau lima tahun lalu.

Pemilihan pucuk kepimpinan pusat Umno akan berlangsung pada Disember ini.

Tengku Razaleigh, bekas Menteri Kewangan dan bekas Naib Presiden Umno telah menyatakan hasrat untuk bertanding kerusi Presiden Umno pada Disember ini.

Kini beliau mengadakan pertemuan di seluruh negara untuk mencari sokongan melepasi kelayakan pencalonan yang diwajibkan untuk menentang Abdullah.

Berdasarkan pendirian yang diumumkan sejak kebelakangan ini, Najib dipercayai hanya akan kekal mempertahankan kerusi Timbalan Presiden Umno.

Ketika mengulas mengenai peralihan kuasa pula, Dr. Mahathir memberitahu, beliau tidak setuju dengan kata sepakat yang telah dicapai oleh Abdullah dan Najib sebelum ini.

“(Saya) tak setuju, lama sangat, tahun 2010… tak ada masa untuk memulihkan parti untuk pilihan raya akan datang,” katanya.

Empat hari selepas Dr. Mahathir ditemui mStar Online, semalam Abdullah memberitahu bahawa tarikh tepat berhubung peralihan kuasa kepada Najib masih belum ditetapkan lagi.

Menurut Abdullah, sepertimana yang diperjelaskannya kelmarin beliau akan menyerahkan jawatannya itu kepada Najib apabila tiba masanya sepertimana yang difahami oleh kedua-dua mereka.

Dr. Mahathir juga menyentuh soalan sama ada Umno masih relevan ataupun sebaliknya khususnya selepas keputusan pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

Kata beliau: “Bagi banyak orang, Umno sudah tidak relevan.”

Mengenai keperluan menubuhkan parti baru, beliau berkata: “Sekarang ini pilihan antara masuk parti lawan, ada tiga parti lawan (dan) mungkin mereka (ahli Umno yang tidak berpuas hati) menyertai parti lawan.”

Jelas beliau, parti baru juga sukar untuk ditubuhkan kerana tiada pihak yang berani untuk keluar Umno.

“Saya tidak mahu parti baru, saya patuh kepada Umno yang asal, ini bukan Umno yang asal,” katanya.

Dr. Mahathir keluar daripada Umno pada 19 Mei lalu.

nota: penulis merujuk kepada kenyataan Tun – “”Ini dikawal oleh Presiden seperti yang berlaku dulu… Tengku Razaleigh hendak lawan, beliau cuma mendapat satu sahaja, bahagian beliau yang mencalonkan beliau, bahagian beliau sendiri mencalonkan beliau,” katanya.” Adakah kenyataan ini merujuk kepada diri Tun sendiri. Penulis kagum dan amat menyanjungi Tun Mahathir tetapi sejak kebelakangan penulis merasakan Tun tidak seharusnya terus mengkritik pentadbiran negara pada masa kini. Terimalah hakikat tidak semua yang dirancang menjadi kenyataan. Di dalam setiap pentadbiran ada kelemahan dan kekuatan yang sendiri. Jangan samakan pencapaian Tun dengan Pak Lah. Bagi penulis apa yang diperlukan sekarang ialah pengukuhan umat Melayu supaya umat ini terus maju.

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Saya juga tidak akan pecah belah Umno – Pak Lah

sumber mstar
KOTA BAHARU: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melahirkan kenyataan senada dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau juga tidak akan merosakkan Umno.

Jelas beliau, seperti yang dinyatakan oleh Najib yang menegaskan bahawa beliau tidak akan melakukan sesuatu yang akan merosakkan parti yang diasaskan oleh bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak, beliau juga tidak sekalikali akan memecahbelahkan parti keramat Umno.

“Saya tidak akan memecahbelahkan Umno. Di utara, Umno di asas oleh bapa dan datuk saya sendiri,” kata Presiden Umno pada majlis makan malam anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di sini malam tadi.

Beliau dipetik Bernama berkata, apa yang berlaku kepada Umno selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas tidak melemahkan Umno dan parti itu tetap mempunyai kekuatan untuk bangkit semula.

Di London dua hari lalu, Najib berkata, beliau merupakan “anggota parti yang setia” dan bukannya anak lelaki yang akan memusnahkan parti, yang bapanya pernah terbabit dalam penubuhan parti itu, hanya demi kepentingan untuk memegang kuasa.

Anak sulung Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak Hussein berkata, beliau “percaya peralihan kuasa (dalam Umno) perlu dilakukan secara tradisi konvensional dan bukannya dengan mewujudkan puak-puak”.

Dalam kenyataannya di sini Abdullah berkata: “Saya sedih dan terharu menerima keputusan pilihan raya yang lalu. Tetapi kita masih lagi ada tenaga, kita masih ada kekuatan.”

Merujuk kepada keputusan pilihan raya umum lepas, Abdullah berkata, anggota Umno tidak perlu merasa kecewa sehingga sanggup berbalah sesama sendiri dan akhirnya boleh merosakkan parti.

“Umno telah melalui pelbagai ujian sejak sebelum merdeka lagi sehinggalah sekarang, tetapi Alhamdulillah Umno masih kukuh dan mempunyai pejuang untuk mempertahankan bangsa dan negara.

“Sepertimana PAS di Kelantan yang pernah menang tipis tetapi kali ini kuat semula, dan saya yakin Umno juga akan seperti itu,” katanya.

Perdana Menteri berkata, dalam lawatannya ke beberapa negara lain, beliau pernah ditanya mengenai Barisan Nasional (BN) yang kini memerintah negara tanpa memprolehi majoriti dua per tiga.

Kata mereka, BN menang selesa sebenarnya dan tidak ada sebab bagi kerajaan yang ada tidak berbuat sesuatu untuk membangunkan negara dan rakyat.

“Saya berazam untuk pulihkan semula Umno,” katanya.

Menurut Abdullah, dalam lawatan seharinya ke Kelantan hari ini, beliau mendapati Umno Kelantan masih kuat walaupun kekuatannya masih belum mencukupi untuk merampas kembali Kelantan.

Sehubungan itu, beliau meminta anggota Umno di peringkat cawangan untuk lebih berusaha keras bagi memperkasakan cawangan masingmasing.

“Kuatnya cawangan kuatlah bahagian dan saya gembira perpaduan yang ada di kalangan mereka cukup kuat,” katanya.

Yang turut hadir ialah Datin Seri Jeanne Abdullah, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa serta lebih 2,000 anggota Umno.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Gaji dibayar dua kali sebulan..dan harga petrol bagi tahun 2008 kekal

sumber mstar

PUTRAJAYA: Gaji kakitangan kerajaan akan dibayar dua kali dalam sebulan mulai Ogos ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Beliau berkata langkah itu adalah bagi memudahkan mereka mengurus perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah berikutan kenaikan harga bahan api.

“Separuh pertama akan dibayar pada pertengahan bulan dan separuh kedua akan dibayar pada hujung bulan.

“Potongan-potongan seperti cukai pendapatan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya akan dilakukan pada hujung bulan,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini.

Ditanya sama ada sektor swasta turut berbuat demikian, Abdullah berkata: “Saya menganggap ini adalah satu pendekatan yang baik kerana ia membantu pekerjapekerja kita untuk menguruskan aliran tunai isi rumah. Ini adalah penting.”

Dalam pada itu, kata beliau, harga petrol dan diesel tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini bagi mengurangkan bebanan rakyat.

Perdana Menteri berkata langkah itu dibuat walaupun harga minyak dunia dijangka berada pada paras yang tinggi pada bulanbulan mendatang.

Harga sekarang akan dikekalkan walaupun sekiranya harga minyak dunia mencecah AS$200 setong pada tahun ini, katanya.

Beliau berkata kerajaan tidak menetapkan had siling harga pasaran minyak dunia di masa akan datang dalam mengekalkan jaminan kerajaan itu pada tahun ini.

Katanya, kerajaan sedar rakyat masih lagi sedang berusaha menyesuaikan diri dengan situasi harga minyak yang tinggi ketika ini.

nota: penulis ingin menyarankan kepada Perdana Menteri agar kakitangan awam diberi pilihan sama ada ingin menerima gaji sebanyak dua kali sebulan atau ingin menjadi ‘status quo’ di dalam soal pemberian gaji. Ini kerana tidak semua kakitangan awam yang boleh menerimapakai konsep pembayaran dua kali ini.

Penulis juga ingin menarik perhatian Perdana Menteri semasa membuat pengumuman kenaikan harga minyak pada minggu lepas, kenaikan harga minyak ini akan dikaji setiap bulan. Adakah pengekalan harga minyak bagi tahun 2008 pada harga RM2.70 bermakna sekiranya harga minyak satu tong sedunia turun nilainya, rakyat masih lagi membayar RM2.70 bagi seliter minyak. Diharap harga minyak tidak dinaikkan pada tahun 2008 tetapi akan diturunkan sekiranya harga minyak global turun.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Kenapa rakyat Malaysia perlu bayar lebih untuk bahan api

KUALA LUMPUR: Kira-kira pukul 7 malam Rabu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat keputusan untuk menghadiri satu majlis taklimat yang diatur sebelumnya bagi semua anggota Dewan Negara di Bangunan Parlimen di sini.

Setengah jam kemudian, beliau tiba di sana dan terus memberi penjelasan kepada mereka tentang keputusan kerajaan menaikkan harga bahan bakar sebanyak 41 peratus, seperti yang beliau umumkan tiga jam sebelum itu di pejabatnya di Putrajaya.

“Melalui cara beliau bercakap, cara beliau menyatakan sebab-sebabnya dan cara beliau memberi penjelasan tentang isu itu, Perdana Menteri kelihatan memahami apa yang beliau lakukan. Semuanya (penjelasan itu) diberi tanpa berpandukan teks dan beliau memberi menjelasan tentang perkara itu secara panjang lebar.

“Abdullah memberi penerangan tentang isu itu secara jelas dan padat. Ringkasnya, setelah sesi itu berakhir, kesimpulan saya ialah beliau tahu apa yang beliau perkatakan,” kata Senator Datuk Gooi Hoe Hin, yang menghadiri taklimat tertutup itu.

Bagi kerajaan, langkah mengurangkan subsidi bahan bakar merupakan cara terbaik untuk memastikan wang yang diperoleh daripada pembayar cukai, digunakan secara lebih produktif seperti menambah baik kemudahan pendidikan, kesihatan dan prasarana demi faedah rakyat sendiri, daripada membiarkan sebahagian besarnya dibelanjakan secara tidak berhemat oleh pemilik kenderaan.

Kerajaan membuat keputusan untuk menangani isu itu secara berterus terang bagi mengelak rakyat menjadi semakin marah berikutan kenaikan harga bahan bakar.

Langkah konkrit

Sejajar dengan itu, kerajaan juga akan mengumumkan beberapa langkah konkrit minggu ini bagi meringankan beban yang dipikul pengguna.

Gooi menerima hakikat bahawa kerajaan tidak lagi mampu untuk terus  memberi subsidi terhadap bahan bakar apabila harga minyak mentah mencecah hampir AS$140 setong.

Bagaimanapun, kata beliau, kerajaan sepatutnya mengurangkan subsidi itu secara beransur-ansur, berdasarkan harga di pasaran antarabangsa.

“Memberi subsidi umpama memberi candu. Apabila rakyat sudah menjadi penagihnya, amat sukar untuk menariknya kembali kerana mereka akan mula mempersoalkan kenapa ia perlu dikurangkan,” katanya.

Mulai sekarang, Malaysia perlu menghentikan pemberian subsidi bahan bakar dan bukan menunggu hingga tibanya keadaan di mana kerajaan tidak lagi mampu meneruskannya, kata beliau.

Malaysia, yang merupakan negara pengeluar minyak, memperkenalkan subsidi bahan bakar pada 1982 bagi mengurangkan kesan buruk yang ditanggung oleh pemilik kenderaan akibat kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia. Kini, pemberian subsidi ini melibatkan hampir sepertiga daripada jumlah bajet negara.

Keputusan berisiko

Pandangan Gooi itu itu dikongsi oleh banyak pakar ekonomi dan penganalisis politik, yang percaya bahawa Malaysia terpaksa menerima saja pengajaran yang menyakitkan itu ketika kerajaan perlu membuat “keputusan yang berisiko tinggi daripada segi politik” dalam menangani isu berkenaan.

Presiden Persatuan Pelabur Malaysia (MIA) Datuk P.H.S. Lim berkata sebelum ini, kerajaan tidak menaikkan harga bahan bakar kerana ingin menjadi popular.

Beliau berpendapat kerajaan sepatutnya hanya memberi subsidi bagi bahan makanan dan pengangkutan awam, bukan terhadap bahan bakar kegunaan kenderaan persendirian kerana langkah itu mengakibatkan wujudnya ketidakcekapan dalam sistem ekonomi.

Kerajaan juga, kata beliau, sepatutnya memperkenalkan setem makanan bagi membantu mengurangkan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah untuk membeli bahan makanan.

“Baru-baru ini, saya ditanya, apabila kerajaan memberi diesel pada harga lebih murah kepada nelayan, adakah pengguna mendapat ikan pada harga lebih murah,” katanya.

Penganalisis politik Khoo Kay Peng pula berkata, jumlah subsidi bahan bakar telah meningkat dengan mendadak sejak 1982 dan apabila Abdullah mengambil alih teraju pentadbiran negara ini pada 2004, keadaan sudah mencapai tahap yang tidak lagi mengizinkan kerajaan untuk terus menghulurkan subsidi berikutan harga minyak yang melonjak.

Kata beliau pentadbiran Abdullah berpendapat bahawa penjimatan wang pembayar cukai hasil daripada pengurangan pemberian subsidi, perlu disalurkan ke jalan lebih baik seperti menambah baik sistem pengangkutan awam untuk memberi lebih banyak manfaat kepada golongan berpendapatan rendah.

“Sejak 2004, kerajaan sudahpun bercadang memotongnya, tapi saya tak tahu kenapa ia tidak berbuat demikian. Kerajaan tahu, suatu hari nanti, tindakan itu perlu juga diambil.

Tindakan terus

Kalau tindakan ini terus ditangguhkan dan tibatiba keputusan terpaksa dibuat untuk membuat pemotongan besar, sudah tentu rakyat menjadi amat marah,” kata Khoo.
Beliau berharap penjimatan sebanyak RM13.5 bilion daripada subsidi bahan bakar akan digunakan secara bijak dan produktif.

Tindakan kerajaan menghentikan pemberian subsidi bahan bakar juga disokong badan antarabangsa seperti Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA).

Berdasarkan data IEA, subsidi bahan bakar di China, India dan Asia Barat saja melibatkan AS$50 bilion tahun lepas.

Jumlah ini akan menjadi lebih besar pada 2008 jika harga minyak terus meningkat, kata Pengarah Eksekutif IEA Nobuo Tanaka.

Malah, beliau berkata “bukanlah suatu andaian yang tidak masuk akal” kos melindungi pengguna daripada harga pasaran di ekonomi sedang muncul ini akan meningkat kepada AS$100 bilion tahun ini.

Tanaka berkata, subsidi memberi ruang kepada pengguna untuk terus menggunakan minyak secara tidak berhemat dan melonjakkan harga minyak dunia, hinggakan dalam banyak keadaan, ia menjadi beban ekonomi yang tidak lagi mampu ditanggung oleh kerajaan, yang lama kelamaan, memaksa kerajaan perlu mengubah dasarnya bagi membiarkan kuasa pasaran mengawal permintaan.

Petronas meraih

Hakikat bahawa Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan Petronas meraih keuntungan sejak sekian lama, sering mendorong kebanyakan rakyat Malaysia untuk bertanya kenapakah subsidi minyak tidak boleh terus diberi kepada mereka.

Ahli politik pembangkang mendakwa penjelasan kerajaan bahawa harga runcit petrol RM2.70 sekarang masih rendah berbanding di negara lain di rantau ini, tidak boleh diterima kerana ia sepatutnya dibandingkan dengan harga di negara pengeluar minyak mentah lain.

Bagi menguatkan hujah mereka, ketua Pembangkang Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengemukakan satu senarai perbandingan: Emiriyah Arab Bersatu (RM1.19 seliter), Mesir(RM1.03 seliter), Kuwait (RM0.67 seliter), Arab Saudi (RM0.38 seliter), Nigeria (RM0.32 seliter) dan Venezuala (RM0.16 seliter).

Mengulas perkara ini, Ketua Ahli Ekonomi RAM Consultancy Services Dr Yeah Kean Leng berkata, memang tidak dapat dinafikan bahawa negara pengeluar minyak lain dan malah, sesetengah negara membangun, memberi subsidi yang besar jumlahnya bagi harga bahan bakar.

“Tapi, apa yang menjadi persoalan ialah saiz subsidi yang mereka berikan kerana kebanyakannya hanya berjumlah kirakira 2.0 hingga 4.0 peratus daripada KDNK mereka, kecuali sesetengah negara pengeluar minyak seperti Brunei, memberi hingga 5.0 peratus daripada kadar KDNKnya.

“Malaysia memberi kira-kira 6.0 hingga 7.0 peratus daripada jumlah KDNKnya berdasarkan harga AS$135, iaitu suatu jumlah yang terlalu besar dan kerajaan perlu mengambil langkah segera untuk mengurangkannya,” kata beliau.

Mendadak

Yeah berkata kenaikan mendadak harga bahan bakar baru-baru ini tidak dapat dielakkan setelah kerajaan membiarkan jurang antara harga pasaran dan harga yang disubsidi menjadi terlalu lebar dan pelarasan tidak dibuat sepanjang tahun ini apabila harga minyak mentah melonjak daripada AS$50 kepada lebih AS$100 setong.

“Sebab itulah kuantum yang perlu dipelaraskan begitu besar supaya ia mencapai tahap yang mampu ditanggung,” katanya.

Penganalisis politik Ong Kian Ming pula berkata, Petronas tidak boleh terus memberi subsidi terhadap harga bahan bakar memandangkan keuntungan kasarnya sudahpun dimasukkan ke dalam tabung kerajaan melalui cukai, dividen dan royalti.

“Separuh lagi perlu digunakan bagi dilaburkan semula ke dalam kegiatan penyelidikan dan pembangunanm medan minyak di dalam dan di luar Malaysia. Jika semua keuntungannya digunakan bagi menanggung subsidi bahan api untuk kegunaan domestik, suatu hari nanti, kita mungkin akan mencapai tahap menjadi pengimport sepenuhnya,” kata beliau.

Lagipun, kata beliau, Petronas hanya menguasai 30 peratus daripada pasaran runcit tempatan dan ini bererti subsidi selebihnya akan jatuh ke tangan syarikat minyak asing.

Ketika membentangkan penilaian beliau tentang keadaan semasa, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Hassan Marican secara berterus terang berkata Petronas akan gulung tikar dalam tempoh 10 tahun lagi jika semua keuntungan yang diperolehnya diserahkan kepada kerajaan bagi membiayai subsidi bahan bakar.

Banyak syarikat minyak telah berkubur atau menghadapi masalah kewangan kerana keuntungan mereka habis diambil bagi tujuan seperti itu, katanya.

Untuk rekod, Petronas membayar RM52.3 bilion kepada kerajaan dalam bentuk cukai, royalti dan dividen pada tahun kewangan lepas dan jumlah ini merupakan 32 peratus daripada hasil yang dijana oleh kerajaan pusat.

Sejak ditubuhkan pada 1974 hingga tahun lepas, Petronas membayar kepada kerajaan sejumlah RM335.7 bilion daripada keuntungannya yang berjumlah RM570 bilion. BERNAMA

sumber mstar

nota: ““Memberi subsidi umpama memberi candu. Apabila rakyat sudah menjadi penagihnya, amat sukar untuk menariknya kembali kerana mereka akan mula mempersoalkan kenapa ia perlu dikurangkan,” katanya.” Penulis bersetuju dengan pendapat ini. Ia disebabkan rakyat rata-rata amat ‘selesa’ dengan subsidi yang diberikan sehinggakan sesuap nasi yang masuk ke dalam mulut juga disubsidi oleh kerajaan. Persoalan sekarang sampai bila kerajaan harus memberi kepada rakyat terutama dalam keperluan persendirian pengguna seperti bahan api? Alangkah baiknya sekiranya wang subsidi yang dibelanjakan untuk bahan api disalurkan kepada pemberian perubatan percuma kepada rakyat. Terimalah hakikat bahawa di dalam menuju ke arah negara maju, rakyat tidak seharusnya bergantung kepada subsidi.

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

SPR sudah sedia, pilihan raya tergempar?

sumber mstar

PUTRAJAYA: Lebih 140,000 pekerja yang secara langsung terlibat dalam pilihan raya umum ke-12 telah dinasihatkan agar bersedia untuk membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menguruskan kemungkinan pilihan raya umum tergempar.

Sambil menegaskan tidak mahu membuat spekulasi mengenainya, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, beliau telah meminta mereka supaya bersedia untuk menghadapi apa saja kemungkinan.

Beberapa pemerhati politik, dengan mengambil kira senario politik semasa,  tidak menolak kemungkinan pilihan raya boleh diadakan.

“Saya tidak mahu membuat spekulasi, kami tidak boleh membuat spekulasi.

“Bagaimanapun kami bersedia untuk apa jua kemungkinan. SPR berupaya untuk menguruskan pilihan raya (tergempar jika diadakan) kerana kami mempunyai segara infrastruktur (untuk mengadakan pilihan raya),” kata Abdul Rashid.

Pilihan raya tergempar merujuk kepada pilihan raya yang diadakan secara tiba-tiba tanpa sebarang penunjuk awal.

Abdul Rashid menyatakan demikian dalam temu bual khas dengan mStar Online di pejabatnya di sini.

Malah, Abdul Rashid menjelaskan, ketika mesyuarat postmortem pilihan raya umum ke-12 sejak dua bulan yang lalu, beliau telah menyeru agar membuat persedian yang sepatutnya.

“Saya telah memaklumkan mereka dalam pertemuan sepanjang dua bulan yang lalu, sila membuat persediaan kerana pilihan raya (tergempar) boleh diadakan bila-bilan masa jua. Ini nasihat yang saya berikan kepada mereka,” katanya.

Katanya, beliau memberikan nasihat sedemikian kerana ia merupakan sebahagian daripada fungsi dan peranan suruhanjaya berkenaan.

“Saya tidak membuat spekulasi apa-apa, ia tidak baik untuk membuat spekulasi kerana ia hanya politik sahaja,” katanya.

“Sebagai badan fungsian, kita perlu membuat persediaan. Ia merupakan tugas kami, tugas anggota panel Suruhanjaya untuk memberikan nasihat (agar bersedia),” katanya.

Pertengahan bulan ini, Timbalan Pengerusi, Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberitahu, pilihan raya umum yang baru boleh diadakan pada bila-bila masa meskipun tempoh mandat kerajaan yang memerintah kurang daripada dua bulan.

Undang-undang tidak menghalang daripada membubarkan Parlimen dan Dewan Perundangan Negeri.

Malah pada minggu lalu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, ahli-ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu bersedia untuk menghadapi pilihan raya tergempar ekoran tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar parti.

Sementara itu, Dr. Chandra Muzaffar, pemerhati politik tanah air dan hubungan antarabangsa berkata, kemungkinan untuk diadakan pilihan raya tergempar dalam waktu terdekat memang ada.

“Ia adalah satu kemungkinan kerana ada laporan yang mengatakan terdapat ahli-ahli Parlimen yang akan masuk parti lain (Pakatan Rakyat). Jika ini berlaku, kemungkinan Pak Lah (Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi), dari segi lunas perundangan boleh menghadap Yang di-Pertuan,” katanya.

Jika ramai wakil rakyat yang melompat parti, Yang di-Pertuan Agong boleh mengundang parti yang ada majoriti di Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan baru ataupun memberi perkenan bagi membubarkan Parlimen.

“Bagaimanapun saya tidak menganggap ia sebagai satu kemungkinan serius. Tetapi dalam politik kemungkinan-kemungkinan seumpama itu tidak boleh ditolak begitu sahaja,” kata beliau yang juga Presiden Pergerakan Just.

Jika keadaan itu berlaku, jelas beliau, ia boleh menjadi detik bersejarah kerana tidak pernah berlaku di negara ini.

Prof. Madya Dr. Abdul Muati @ Zamri Ahmad, pensyarah komunikasi politik dari Universiti Putra Malaysia memberitahu, tiada keperluan untuk mengadakan pilihan raya tergempar.

Bagaimanapun, jelas beliau, peluang untuk diadakan pilihan raya tergempar memang ada jika ada ahli Parlimen yang melompat parti.

Malah, keputusan mengadakan pilihan raya tergempar juga bergantung sama ada parti pemerintah boleh memperoleh lebih banyak kerusi daripada sekarang.

“Berdasarkan sentimen semasa, Umno dan BN kemungkinan tidak akan memperoleh lebih daripada kerusi semasa.

“Sentimen sokongan kepada Pakatan Rakyat masih kukuh. Jadi, jika BN berpendapat bahawa ia boleh mendapatkan lebih banyak kerusi, maka pilihan raya tergempar mungkin diadakan,” katanya lagi.

Dalam pilihan raya umum lalu, BN memperoleh 140 kerusi di Dewan Rakyat dan pembangkang pula 82.

Katanya, langkah mengadakan pilihan raya tergempar juga tidak begitu baik kepada ekonomi kerana ia boleh menjejaskan keyakinan rakyat.

“Ini kerana ia akan menggambarkan suasana negatif di kalangan pelabur. Oleh itu, jika benar-benar BN merasakan boleh menang banyak kerusi, ia akan mengadakan pilihan raya tergempar,” katanya.

Bagaimanapun, Profesor Datuk Dr. Syed Arabi Idid yang berada di luar negara berkata, setakat ini tiada kemungkinan pilihan raya tergempar akan diadakan.

“Tiada nampak apa-apa sebab pilihan raya tergempar akan diadakan,” kata beliau.

nota: jika dilihat trend sejak kebelakangan ini, cakap-cakap angin (rumors) terutama berkenaan hal politik tanah air menjadi kenyataan. Persoalannya adakah wajar diadakan pilihanraya tergempar tatkala kerajaan yang dipilih baru sahaja di dalam proses normalisasi??

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda