Tag Archives: mukhriz

1-1……buat KJ dan Mukhriz dan 2 buat Rafidah-Shahrizat – – REF Malaysiakini

Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir masing-masing mendapat satu pencalonan untuk jawatan ketua Pemuda Umno sebagai pembuka tirai perebutan jawatan tertinggi pergerakan tersebut.

Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau, mendapat pencalonan pertamanya dari bahagian Machang di Kelantan.

Dalam pengundian yang dijalankan, Khairy mendapat 96 undi dan Mukhriz memperolehi 78 undi manakala ahli perwakilan lain tidak mengundi.

Manakala Mukhriz mendapat pencalonan pertamanya dari bahagian Kimanis di Sabah yang selesai bersidang lewat malam tadi.

Beliau yang juga exco Pemuda Umno itu mendapat 51 undi manakala Khairy 31 undi.

Selain Khairy dan Mukhriz, turut menawarkan diri bertanding jawatan ketua Pemuda ialah bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan timbalan pengerusi Umno Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Pemuda Machang juga mencalonkan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kapar di Selangor, Faizal Abdullah, untuk jawatan naib ketua.

“Kami merasakan Khairy mampu menggalas tanggungjawab besar dalam usaha memperkasakan Pemuda dan seterusnya memperkuatkan Umno,” kata ketua Pemuda Machang yang baru, Eriandi Ismail.

Sebelum itu, Eriandi menang tanpa bertanding jawatan ketua Pemuda bahagian Machang menggantikan Datuk Sazmi Miah yang melepaskan jawatan kerana faktor umur.

Wanita Umno bahagian itu, yang juga mengadakan mesyuaratnya semalam, mencalonkan Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagi mempertahankan jawatan ketua dan naib ketua Wanita Umno.

Sementara itu, ketua penyelaras mesyuarat perwakilan pemuda, wanita dan puteri Umno bahagian Kimanis, Mohd Arifin Mohd Arif berkata pemuda bahagian itu juga mencalonkan ahli Parlimen Muar Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua.

Manakala wanita Umno bahagian Kimanis, juga turut mencalonkan Rafidah dan Shahrizat bagi mempertahankan jawatan masing-masing.
.
Wanita Umno bahagian itu turut mencalonkan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Datuk Hajah Azizah Mohd Dun dan ketua pergerakan Wanita Umno Sabah, Datuk Armani Mahiruddin untuk jawatan exco wanita pusat.

Advertisement

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tengku Razaleigh minta dicalon

KOTA KINABALU 25 Mei – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meminta bahagian-bahagian UMNO di Sabah tidak takut untuk mencalonkan beliau bertanding jawatan Presiden parti pada pemilihan Disember ini.

Katanya, mereka perlu berani berbuat demikian jika mahukan perubahan.

”Janganlah takut untuk mencalonkan saya, jika rakyat Sabah mahukan perubahan, sekarang adalah masanya untuk menunjukkan keberanian.

“Sabah bukan lagi rakyat kelas kedua dan tidak kurang berbanding dengan rakyat di Semenanjung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pertemuan dengan para pemimpin peringkat akar umbi UMNO Sabah pada satu majlis di sini malam tadi.

Pertemuan yang bermula pada pukul 8 malam itu, dihadiri kira-kira 1,000 ahli UMNO dari seluruh negeri ini dan Razaleigh dikatakan menggunakan majlis tersebut untuk meraih sokongan bertanding jawatan Presiden UMNO.

Bagaimanapun, dalam pertemuan yang berlangsung hampir tiga jam itu tiada ketua UMNO sama ada di peringkat bahagian atau negeri hadir.

Tengku Razaleigh berkata, banyak perubahan perlu dilakukan kepada rakyat di negeri ini termasuk dalam aspek pemberian royalti minyak, jawatan dalam kerajaan dan beberapa isu berkaitan dasar cukai.

Menjawab beberapa soalan pada sesi dialog, beliau berkata, pihak pengurusan tertinggi UMNO perlu membuat beberapa perubahan termasuk pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan calon pilihan raya yang sepatutnya mengikut kehendak akar umbi.

”Kita mahu mengubah agar UMNO lebih demokratik, kita mahu dihentikan amalan ketua perhubungan ditunjuk oleh orang di Kuala Lumpur tetapi ditentukan oleh bahagian-bahagian,” ujar beliau.

Sementara itu, Tengku Razaleigh pada sidang akhbar selepas itu berjanji akan menunaikan permintaan rakyat Sabah jika terbukti mereka berani membawa pencalonan serta memberi kemenangan kepadanya merebut jawatan Presiden UMNO.

”Saya katakan jika rakyat Sabah berani buktikan dengan pencalonan saya, saya jamin boleh selesaikan banyak perkara, asalkan rakyat Sabah mahu menyelesaikannya.

”Saya janji, demi Allah apa yang saya cakap, saya sudah 71 tahun, kalau mati lepas itu masuk nerakalah sebab tidak tunai janji,” katanya.

Ditanya sama ada beliau yakin akan melepasi kuota pencalonan untuk bertanding, beliau berkata, masih terlalu awal untuk mengetahui kerana UMNO cawangan belum bermesyuarat.

“Masih terlalu awal, cawangan belum bermesyuarat dan ini akan ditentukan selepas calon-calon UMNO bermesyuarat barulah mereka dapat menentukan siapa yang akan dicalonkan,” ujarnya.

Beliau juga menegaskan, tidak akan merajuk atau membuat apa-apa tindakan di luar batasan jika tidak mendapat jumlah pencalonan yang mencukupi.

“Ini bukan untuk saya, saya cuma mahu menjadi calon untuk membawa perubahan tetapi kalau orang tidak mahu perubahan, saya tempah tiket ke Mekah buat umrah… buat apa saya nak sakit kepala,” katanya.

nota: Tidak dinafikan Ku Li mempunyai kredibiliti di dalam memacu UMNO utk mara ke depan dengan perubahan yang ingin dibawa oleh beliau. Tidak lupakan Pak Lah mempunyai kelebihan tersendiri. Diharap tidak kira Ku Li atau Pak Lah terpilih menjadi Presiden UMNO diharap UMNO lebih kukuh. Penulis sendiri duduk semeja dengan orang kuat Ku Li pada minggu lepas. Beliau menerangkan angin perubahan yang ingin dibawa. Dari pengamatan penulisan, Ku Li mungkin berjaya melepasi kuota pencalonan bagi jawatan Presiden UMNO. Penulis diajukan soalan adakah UMNO Ampang sedia menerima perubahan yang ingin dibawa? Penulis hanya tersenyum.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Umno Jerlun bergolak?satu sokong paklah satu sokong mukhriz

sumber malaysiakini

Kini dipercayai wujud dua puak dalam Umno bahagian Jerlun – satu menyokong ahli Parlimennya, Datuk Mukhriz Mahathir manakala satu lagi puak menyokong kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Puak yang menyokong Abdullah sebagai perdana menteri serta presiden Umno, diketuai oleh ketua bahagian Jerlun, Datuk Abdul Rahman Ariffin.

manakala puak yang menyokong Mukhriz pula terdiri daripada barisan kepimpinan Pemuda bahagian.

Menurut setiausaha Pemuda Umno bahagian, Amran Ali, majlis pertemuan antara Mukhriz dengan ahli dan pemimpin Umno bahagian, berlangsung di bangunan Wisma Jerlun petang semalam.

Bagaimanapun, katanya, pada malam sebelumnya, Abdul Rahman telah memanggil satu mesyuarat bahagian yang memutuskan menyokong kepimpinan Abdullah dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak serta meminta meminta Mukhriz berhenti mengkritik perdana menteri.

Namun begitu, Amran berkata, keputusan tersebut tidak melambangkan suara majoriti di peringkat bahagian kerana ramai pemimpin utama bahagian tidak menghadiri mesyuarat itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau berkata, mereka termasuklah timbalan ketua bahagian, naib ketua bahagian, ketua Pemuda dan ketua Wanita.

Sehubungan itu, Amran berkata, Pemuda Umno bahagian Jerlun tetap berdiri teguh bersama Mukhriz dalam meneruskan usaha menyampaikan suara rakyat kepada pimpinan tertinggi parti.

Teruskan sokongan

Katanya, pergerakan itu tidak gentar dengan segala kritikan yang dilemparkan terhadap mereka kerana menyokong perjuangan Mukhriz yang juga exco Pemuda Umno Malaysia.

Amran berkata, ketika berucap di majlis semalam, Abdul Rahman memberitahu para hadirin mengenai ketetapan yang diputuskan dalam mesyuarat bahagian tersebut.

Ekoran itu, katanya, separuh daripada hadirin, telah bertindak keluar dewan, kerana tidak boleh menerima ketetapan itu.

“Majoriti ahli tidak boleh menerima ketetapan yang mengkritik Datuk Mukhriz. Akar umbi memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Datuk Mukhriz,” tambahnya.

Mukhriz yang berucap sebelum Abdul Rahman, sekali lagi memperjelaskan bahawa beliau tidak akan meninggalkan Umno.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan terus mendesak supaya Abdullah berundur dari jawatan parti dan kerajaan.

Katanya, sebagai ahli Parlimen Jerlun, beliau berjanji tidak akan mengabaikan penduduk di situ.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

antara kenyataan pedas TDM sejak PRU12

sumber mstar.

22 Mac: Ahli-ahli parti tidak boleh percaya kepada satu individu sahaja dengan memberikan kuasa yang begitu besar sehinggakan seorang ahli yang menegur Presiden akan didakwa tidak menghormati ketua.

22 Mac: Mencadangkan supaya majlis penasihat presiden itu dianggotai profesional dan ahli UMNO berwibawa tetapi bukan yang dilantik oleh UMNO bahagian supaya dapat berfungsi secara bebas.

28 Mac: Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno sewajarnya dipertandingkan jika ada ahli parti yang mahukan perubahan.”Ya, kalau ada perasaan ahli-ahli supaya ada perubahan. Kehendak ahli mesti dilayan.Kita tak boleh ketepikan kehendak ahli-ahli dan tidak memberi peluang kepada mereka dengan tidak mengadakan pemilihan dan sebagainya. Itu salah.”

30 Mac: “Pada masa dulu, sistem kuota itu bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada pemimpin parti yang benar-benar ingin bertanding dan untuk mendapat pencalonan dari 60 bahagian bagi bertanding jawatan presiden adalah mudah.

“Tahun 2004 menyaksikan ia disalahgunakan di mana bekas Naib Presiden Umno yang juga bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah yang ingin bertanding untuk jawatan presiden Umno hanya mendapat satu pencalonan sahaja itupun dari bahagiannya sendiri.”

30 Mac: “Tidak ada kebebasan di dalam UMNO sekarang dan sebab itu sistem kuota perlu dimansuhkan kerana mereka berpendapat melawan Presiden merupakan satu penghinaan.

“Semasa saya menjadi Presiden UMNO, Tengku Razaleigh mendapat pencalonan daripada 60 Bahagian UMNO dengan mudah dan mereka bebas untuk berkempen di seluruh negara untuk menghentam saya.”

01 April: Sudah berubah fikiran dan tidak lagi berpendapat Datuk Seri Najib Razak adalah calon paling layak mengambil alih jawatan Perdana Menteri akan datang.

01 April: Umno perlu dipulihkan bagi mengembalikan keyakinan rakyat, terutama orang Melayu terhadap perjuangannya dan Abdullah, katanya, perlu faham mesej daripada rakyat yang mahukan beliau mengundur diri.

06 April: “Saya tidak ada niat hendak menjadi Presiden Umno, sekali lagi atau Perdana Menteri untuk kali kedua, tetapi sebagai anggota Umno dan sebagai rakyat Malaysia saya berhak bersuara.”

06 April: “Saya akan berhenti, Saya akan berhenti (daripada bercakap). Secara jujur saya akan berhenti jika mereka akan berhenti melakukan apa yang salah yang telah menyebabkan Umno mempamerkan prestasi buruk pada pilihan raya umum baru-baru ini.”

7 Mei: Meminta BN mengambil serius tentang kemungkinan pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan dalam masa terdekat. “Saya fikir ini ada kemungkinan (pertukaran kerajaan) yang tidak boleh kita abaikan.”

15 Mei: Sudah bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan mengenai isu-isu semasa. “Najib sudah jumpa saya … dia (Abdullah) tidak halang. Selepas saya tegur kata Abdullah tak bagi, dia pula kata tidak menghalang, lepas itu, baru saya jumpa dengan Najib.”

17 Mei: Sedia disiasat dan didakwa di mahkamah berikutan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video Datuk V. K. Lingam. “Saya nak cerita berkenaan hakim yang melobi saya dan kalau melobi ini adalah satu perkara yang salah, maka hakim ini juga patut disiasat.”

17 Mei: Mengibaratkan UMNO sebagai magnet yang mampu menarik parti-parti komponen lain untuk memperkukuhkan BN.”Berdasarkan pengamatan saya, UMNO yang lemah tidak mungkin dapat menubuh serta memimpin sebuah kerajaan yang berwibawa. Ini kerana UMNO merupakan sebuah parti yang menunjangi pemerintahan negara di bawah naungan BN.”

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Berita Sekitar Mengenai Pemilihan UMNO

Abdullah umum tanding jawatan Presiden

KUALA LUMPUR 14 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan mempertahankan jawatan Presiden pada pemilihan UMNO Disember ini.

Mengenai pelan peralihan kuasa, beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan bila ia akan dilaksanakan. – sumber Utusan

Rais tidak tanding pada pemilihan UMNO

14/04/2008 1:41pm

PUTRAJAYA 14 April — Menteri Luar dan anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Rais Yatim hari ini mengumumkan beliau tidak akan bertanding sebarang jawatan pada pemilihan Umno yang dijadual akhir tahun ini.

“Saya tidak ada hasrat untuk bertanding sebarang jawatan pada pemilihan parti akan datang. Sebagai anggota Majlis Tertinggi saya lebih suka memainkan peranan untuk menyatu dan mengukuhkan parti,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan delegasi 15 orang pemimpin politik dan ahli perniagaan dari Australia dan New Zealand di Wisma Putra di sini.

Beliau berkata pada masa ini ramai di kalangan pemimpin dan anggota Umno leka untuk bertanding pada pemilihan parti tetapi tiada yang berebut untuk menyatu dan mengukuhkan parti.

“Saya tidak mengejar apa-apa dalam pemilihan Umno. Kerja saya mulai sekarang ialah untuk menyatukan parti dan menjadikannya kuat semula,” katanya.

Sementara itu, Rais berkata adalah menjadi hak anggota Umno untuk meminta Perdana Menteri dan presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan atau mengumumkan pelan peralihan kuasa.

“Saya rasa jika pelan peralihan kuasa diumumkan, pemimpin-pemimpin di peringkat akar umbi akan tahu tempoh yang ditetapkan dan ia adalah baik untuk menstabilkan parti. Peringkat akar umbi sepatutnya dibenar menyatakan apa yang mereka rasa,” katanya.

Semalam, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Indsutri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga naib presiden Umno berkata parti itu, yang merupakan tulang belakang kepada Barisan Nasional (BN), akan hanyut dan tidak boleh bangkit lagi sekiranya tidak dilakukan perubahan segera terhadap pucuk pimpinan parti.

Rais juga merasakan bahawa sistem kuota yang dikenakan untuk mereka yang ingin bertanding jawatan tertinggi dalam Umno, perlu dihapuskan.

“Sistem kuota yang diamal sekarang saya percaya adalah satu halangan kepada demokrasi. Era sistem itu telah berlalu. Jika kita tidak perbetulkannya sekarang, ia akan menjadi kesalahan paling besar dibuat oleh Umno. Parti-parti komponen lain tidak mempunyai sistem ini, hanya Umno,” katanya.

Beliau berkata sistem kuota yang dilaksanakan oleh Umno hanya akan menimbulkan amalam rasuah kerana pemimpin-pemimpin yang ingin bertanding jawatan itu perlu ’memujuk’ bahagian-bahagian untuk mencalonkan mereka.

“Walaupun ramai yang tidak mahu mendedahkan pemimpin-pemimpin yang melakukannya pada masa lepas, masalah itu ada dan telah berlaku. Sistem itu jelas menimbulkan kelam kabut jadi tidak ada sebab untuk mengekalkannya,” katanya. –  sumber BERNAMA

nota: muka-muka lama ahli MT seperti Dato’ Seri Utama Rais dan Dato Nazri Aziz sudah menyuarakan bahawa mereka tidak akan bertanding…ini memberi laluan kepada muka-muka baru untuk menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO…Pak Lah telah menyatakan hasrat beliau untuk mempertahankan kerusi Presiden…Ku Li pula sebelum ini difahamkan ingin bertanding bagi kerusi yang sama sekiranya ada pencalonan utk beliau…diharap muka-muka baru sekiranya terpilih sebagai ahli MT dapat memberikan perkhidmatan terbaik demi perpaduan orang melayu. Walaubagaimanapun, Ahli Parlimen yang baru seperti Tan Sri Nor Yaakop telah menyatakan pendirian beliau untuk tidak bertanding sebagai ahli MT. Kerusi-kerusi panas seperti Ketua Pemuda, Puteri yang penyandangnya tidak akan mempertahankan kerusi tersebut sehingga hari ini masih belum ada pihak menyatakan berminat utk mengisi kekosongan selain dari Dato’ Sri Khir Toyo dan dato’ Mukhriz Mahathir. Naib ketua pemuda Khairy Jamaluddin masih lagi membisu tentang jawatan yang beliau ingin bertanding.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pemuda Ipoh Barat nak Najib dan Mukhriz berganding


<!—
—>

Belum sampai 24 jam Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak menyatakan sokongan terbuka terhadap Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin untuk mengambil alih kepimpinan pergerakan itu, Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat tampil dengan kenyataan berbeza.

Selain menafikan UMNO Perak menyokong Khairy, Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat bukan sekadar menyatakan sokongan kepada Mukhriz Mahathir tetapi mencadangkan agar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib mengambil alih kepimpinan negara daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pemangku Ketua Pemuda Ipoh Barat, Ahmad Faizal Azumu dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari Khamis berkata, beliau menyokong untuk Najib mengambil alih kepimpinan negara berdasarkan kepimpinannya yang baik.

“Saya juga ingin menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Mukhriz untuk memimpin Pemuda. Sokongan ini berdasarkan kepimpinan mereka yang dihormati oleh kawan dan lawan. Kekuatan moral yang ada pada diri kedua-dua pemimpin ini diyakini akan dapat mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional,” ujar beliau.

Dalam kenyataan beliau itu juga, Faizal menyifatkan kenyataan Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharudin bahawa pergerakan Pemuda negeri itu menyokong Khairy adalah bersifat peribadi.

Sehubungan itu katanya, ahli-ahli UMNO seharusnya diberikan kebebasan untuk memilih pemimpin mereka dan bukannya melalui kenyataan sokongan terbuka yang tidak membawa apa-apa makna. – 10/4/2008

nota: belum 24jam dilaporkan bahawa Pemuda Perak menyokong YB Khairy untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO, pemuda umno ipoh barat menyuarakan sokongan mereka kepada YB Mukhriz sebagai calon Ketua Pemuda UMNO. Sememangnya tiada halangan di dalam memilih pemimpin. Pengumuman sokongan terhadap individu utk menjawat jawatan tidak memberi makna apa-apa kerana semasa hari pemilihan lah penentu segalanya. Calon-calon yang ingin menjawat jawatan Pemuda hendaklah merupakan calon yang dikenali dan disegani oleh para perwakilan pemuda nanti. Cadangan Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Abdul Rahman Dahlan mewajibkan calon ketua pemuda umno untuk mempunyai laman web atau blog sendiri amat laa berpatutan.Ini kerana pada zaman siber ini, internet adalah media utama di dalam menyampaikan mesej kepada umum. Melalui laman internet/blog ini juga, para perwakilan boleh dengan bebas menyuarakan pendapat kepada calon dan calon itu sendiri boleh terus berinteraksi dengan para perwakilan.

Sesiapapun calon untuk Ketua Pemuda pada pemilihan kali ini, adalah diharapkan agar kepimpinan baru akan membawa pergerakan pemuda UMNO Malaysia ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Persaingan Untuk Jawatan Ketua Pemuda UMNO Terbuka

semalam Ketua Pemuda Datuk Seri Hishamuddin telah menyatakan hasrat utk tidak bertanding mempertahankan jawatan ketua pemuda..

Datuk Seri Khir Toyo pula menyatakan hasrat beliau utk bertanding jawatan ini dan tidak mempertahankan kerusi Ahli Majlis Tertinggi..

Terbaru YB Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir menyatakan kesediaan beliau untuk bertading bagi jawatan Ketua Pemuda….

walaubagaimanapun sehingga sekrg belum lagi terdapat mana-mana nama yang berminat untuk mengisi jawatan Naib Ketua Pemuda… YB Khairy juga tidak menyatakan lagi hasrat beliau sama ada ingin melepaskan jawatan atau ingin mempertahankan jawatan tersebut….

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

7 Ciri/Kualiti Pemimpin Perlu Ada Menurut Tun Dr Mahathir

i. Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya merendah diri tetapi sekurang-kurangnya tidak bercakap besar.

ii. Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.

iii. Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri sendiri. Beliau tidak harus menunding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.

iv. Beliau patut bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.

v. Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan. Beliau perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.

vi. Beliau patut bersedia melakukan yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan. Beliau patut mendukung slogan kepimpinan melalui teladan.

vii. Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang-kurangnya berbanding dengan orang yang berada di bawah pimpinannya.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda