Tag Archives: muktamar pas

‘Perkahwinan’ tak bahagia

akatan pembangkang antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebenarnya tidak boleh dianggap sebagai sebuah ‘perkahwinan’ bahagia kerana terlalu banyak perkara yang tidak disenangi berlaku.

Perwakilan Pas Pahang, Hamzah Jaafar berkata, pakatan tersebut masih mempunyai suasana kelam-kabut, malah sehingga sekarang, ahli-ahli di peringkat akar umbi tidak tahu siapakah ketua pakatan itu.

”Sebagai suami, kita mesti selalu cakap ‘I love you’. Kalau boleh, hari-hari kita kena cakap ‘I love you’ kepada isteri walaupun sebenarnya tidak sayang.

”Jadi, begitulah juga dalam pakatan pembangkang, kerjasama semua pihak amat penting. Perlu ada pendekatan dakwah, kasih sayang dan psikologi sesama kita,” katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa membahas ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan Pas Ke-54, di sini hari ini.

Menurut Hamzah, Pas juga wajar menukar pendekatan hukum yang sering mengatakan bahawa ‘itu dan ini tak boleh, itu haram dan ini haram’ kerana ia menakutkan orang ramai.

Katanya, pendekatan sebegitu juga sebenarnya menakutkan golongan muslimat Pas sendiri terutama apabila menyatakan bahawa Islam membenarkan lelaki berkahwin dua atau tiga.

Sementara itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang akhbarnya berkata, pakatan pembangkang sehingga kini memang tidak mempunyai ketua.

Katanya, apa yang berlaku, para pemimpin setiap parti akan mengadakan perbincangan bersama bagi membuat keputusan secara kolektif.

”Malah, pengerusi bagi setiap pertemuan juga akan dilantik secara bergilir-gilir. Saya tidak boleh bagi tahu siapa ketua sebab ia tidak dibincangkan lagi,” katanya.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pemuda PAS luah rasa kecewa terhadap Lim Guan Eng & Khalid Ibrahim

IPOH, 14 Ogos (Hrkh) – Muktamar Dewan Pemuda PAS hari ini menyaksikan luahan rasa kecewa terhadap ketua kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Hamzan melahirkan rasa kecewa kerana setakat ini masih gagal menemui Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibraim.

Begitu juga wakil Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang gagal menemui Ketua Menteri, Lim Guan Eng biar pun sudah beberapa kali menghantar surat untuk menemuinya.

“Biar pun kita sudah sambut 100 hari kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, pemuda PAS hanya sekadar menjaga parking, mengutip sampah dan menampal poster ceramah.

“Saya melihat seperti ada masalah hubungan PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan hanya layak menjadi pemerhati di pinggiran,” kata Mohd Sany.

Beliau juga berkata, ada di kalangan pemimpin KeADILan mendakwa kemenangan mereka kerana kekuatan sendiri dan bukan gadingan dengan PAS.

“Belum pilihan raya baik sahaja…bila dah menang ke mana perginya golongan muda mereka, lebih hairan lagi apabila ada menuduh PAS tidak bantu mereka masa pilihan raya.

“Masa sambutan 100 hari di Selangor tak ada satu pun bendera PAS digantung. Malah lebih mengecewakan lagi Dewan Pemuda nak jumpa Menteri Besar pun tak dapat.

“Pemimpin KeADILan kena sedar pemuda tidak rela PAS digunakan sebagai batu loncatan oleh mana-mana pihak termasuk KeADILan,” katanya sebagai sokongan usul Memperkukuh Peranan PAS Dalam Pakatan Rakyat.

Beliau juga berkata, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memang mampu dan layak untuk menjadi Perdana Menteri.

sumber harakahdaily

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Dewan Ulama Pas kecewa dengan Harakah

Dewan Ulama Pas melahirkan rasa sedikit kecewa terhadap media cetak terutamanya lidah rasmi parti itu iaitu Harakah kerana kurang memberi peluang kepada mereka untuk menyuarakan pandangan mengenai isu semasa membabitkan umat Islam.

Ketuanya, Datuk Mohamed Daud Iraqi berkata, walaupun Dewan Ulama Pas telah memberikan mandat kepada pemimpin tertentu dalam parti untuk memberi pandangan tetapi malangnya suara ulama kurang didengar.

“Kita minta kepada Harakah supaya ambil perhatian kerana banyak pandangan daripada ulama tidak disiarkan.

“Sekiranya Dewan Pemuda boleh beri pandangan mengenai isu berkaitan remaja, Dewan Muslimat bagi pandangan isu wanita, Dewan Ulama juga perlu diberi ruang untuk menyuarakan pandangan dalam isu semasa,” katanya semasa menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Dewan Ulama Pas di sini hari ini. – Utusan

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda