Tag Archives: N19

http://www.pemuda-enggang.org

sila maklum bahawa laman ini boleh diakses melalui

http://www.pemuda-enggang.org

terima kasih

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Raja Perlis lantik Adun Bintong, Md Isa Sabu sebagai MB

sumber dari  mstar

KUALA LUMPUR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan melantik Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bintong Datuk Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis yang baru menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Setiausaha Sulit kepada Raja Perlis, Moh Adib Zakaria dalam kenyataan yang diedarkan kepada wartawan yang berkumpul di hadapan Istana Siraj di sini kira-kira 2.40 petang, berkata pelantikan itu adalah menurut Perlembagaan Negeri, Artikel 39 (2) UndangUndang Tubuh Negeri Perlis.

Peruntukan itu menyebut Raja hendaklah melantik seorang yang pada fikirannnya mendapat kepercayaan ramai ahli menjadi Menteri Besar bagi mengetuai majlis kerajaan negeri.

“Berdasarkan kepada peruntukan ini dan setelah berpuas hati dengan kemampuannya untuk mendapat sokongan majoriti dari Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, maka Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah berkenan melantik Datuk Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis berkuatkuasa 14 Mac 2008,” katanya.

Dr Md Isa adalah bekas Exco kerajaan Perlis sehingga 2004 kerana pilihan raya umum 2004, beliau tidak dicalonkan semula untuk bertanding namun setelah sepenggal berehat, beliau dicalonkan semula bagi kerusi DUN Bintong pada pilihan raya Sabtu lepas.

Pada pilihan raya itu, Dr Md Isa mengalahkan calon PAS Mohd Anuar Mohd Tahir dengan majoriti 2,110 undi. Dr Md Isa mendapat 4,882 undi manakala Mohd Anuar 2,772 undi.

Terdahulu Shahidan dilihat memasuki Istana Siraj kira-kira 11.40 pagi untuk mengadap Raja Perlis dan keluar sejam selepas itu.

Ketika ditemui pemberita sejurus keluar dari perkarangan istana, Shahidan berkata perlantikan beliau sebagai Menteri Besar masih belum diputuskan walaupun telah menerima surat watikah pelantikan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Selasa lepas untuk menerajui semula negeri Indera Kayangan itu.

“Sekarang ini muktamad daripada Perdana Menteri (jawatan Menteri Besar)… sayalah. Raja ada kuasa untuk menentukan lantik sesiapa,” katanya.

Shahidan yang tergesa-gesa meninggalkan perkarangan istana untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Putrajaya, berkata beliau akan menemui Perdana Menteri untuk  perbincangan selanjutnya.

Ditanya mengenai kemungkinan wujud campur tangan daripada pihak tertentu, Shahidan berkata,” Mungkin. Orang itulah. Memang ada orang campur  tangan. Ini banyak melibatkan cerita-cerita munafik dan perjanjian  yang dilanggari.”

Turut kelihatan sebuah kereta Proton Perdana berwarna kelabu  memasuki perkarangan Istana Siraj pada pukul 11.50 pagi yang  mendakwa sebagai wakil Anggota Parlimen Kangar Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.

Hadir sama pada pertemuan itu adinda Raja Perlis, Datuk Seri Syed Razlan Putra Jamalullail yang juga Adun Pauh, yang tiba pada pukul 12.50 tengah hari dan keluar 15 minit selepas itu, diikuti dengan kereta yang membawa wakil Radzi.

Khamis lalu, Shahidan mengakui ada pihak yang kurang bersetuju dengan perlantikan dirinya sebagai Menteri Besar Perlis dan telah bertemu dengan Abdullah untuk memohon agar beliau tidak diberikan jawatan itu.

Shahidan juga berkata pihak dari dalam kelompok Umno Perlis itu yang sebelum ini telah bersetuju menyokongnya tetapi kini menentang. BERNAMA

nota: tahniah kpd YB Datuk Md Isa Sabu kerana dilantik menjadi MB Perlis yang baru..dan terima kasih kepada mantan MB Perlis iaitu YB Datuk Seri Shahidan Kassim…moga UMNO dan BN lebih perkasa di bawah kepimpinan MB Baru

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Keputusan Penuh Pilihanraya P99 Ampang

Berikut ada keputusan penuh bagi P99. Ampang..

P99 – AMPANG

AZMAN WAHID (BN-UMNO) 23,319
ZURAIDA KAMARUDDIN (PKR) 26,995

Majoriti  3,676

N19 – BUKIT ANTARABANGSA

HASLINDA MOHD ZERAIN (BN-UMNO) 10,350
MOHAMAD AZMIN ALI (PKR) 11,731

Majoriti 1,381

N20 – LEMBAH JAYA

DATUK ISMAIL KIJO (BN-UMNO) 12,954
KHASIM ABDUL AZIZ (PAS) 15,182

Majoriti 2,228

nota: sumber dari hmetro

Tahniah kepada YB2 baru dari PKR…semoga kesinambungan usaha dari bekas YB BN dapat diteruskan…

Sumber memberitahu bahawa MB Selangor yang baru merupaka Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR…

nota: walaupun PRU12 tidak menyebelahi BN Selangor, walaubagaimanapun ia tidak mematahkan semangat utk kembali berdiri dengan gagah pada PRU13 nanti…insyaAllah UMNO Ampang akan bangkit semula.apa2pun  kami berasa hampa dengan kejadian kecurian khemah canopy bagi kegunaan  pondok polling BN bagi PDM Enggang Utara dan Enggang Selatan selepas PRU12 mlm tadi. diharap pihak berkuasa dapat melakukan siasatan terhadap kejadian ini.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Sekitar Ceramah Di Pusar Daerah Mengundi Enggang Utara

Tarikh: 2 Mac 2008 jam 9.00malam.

Walaupun hujan lebat tetapi kehadiran tetamu agak tinggi dari dijangkakan.

Ketua Cawangan Sdr Rosman Kassim memulakan majlis.

Calon Barisan Nasional P.99 Ampang Sdr Azman Bin Wahid

Sdr Razali Maulana, Sdr Azman Wahid & Sdr Rosman Kassim

Ketua Cawangan Jalan Enggang Sdr Rosman, Calon N.19 Bkt Antarabangsa Sdri Haslinda Mohd Zerain & Ketua Pemuda Jalan Enggang Sdr Syaiful Arief

Bermesra dengan tetamu

Penyokong BN cilik….

Haslinda Zerain ditemuramah oleh wartawan Sinar Harian

Tenaga Pemuda Jalan Enggang bergambar kenangan dengan Calon BN Bkt Antarabangsa Haslinda Mohd Zerain

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Jemputan Ke Ceramah Pilihanraya

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Demam Poster Berterusan

jentera Pemuda Enggang buat masa ini sibuk menyiapkan poster calon BN bagi menghadapi PRU12 ini…berikut adalah sebahagian aktiviti Pemuda Enggang

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda