Tag Archives: national depletion policy

Sedikit Fakta Mengenai Pengeluaran Petroleum Malaysia

penulis membuat sedikit carian di internet mengenai National Depletion Policy (1981)-NDP yang berkait rapat dengan polisi petroleum malaysia. utk maklumat lanjut sila layari laman web ini.
Tujuan utama NDP ini ialah bagi memastikan tahap pengeluaran petroleum negara dapat dikekalkan bagi tempoh yang panjang bagi generasi yang akan datang. Antara ringkasan NDP ini ialah: (dalam Bahasa Inggeris)

  • To restrict production to 1.75% of oil initial in place (OIIP) for major oil fields over 400 million barrels of OIIP
  • In 1985 ceiling was increased to 3%  currently production limited to 650,000 barrels per day
  • At current production rate, proven oil reserves expected to last for another 16 yrs
  • Policy extended to natural gas reserves
  • Upper limit of 2000 million std cubic feet per day (mmscfd) in Peninsular only
  • At current rate, known natural gas reserves expect to last in 70 yrs

Diharap orang ramai kini tahu mengapa pengeluaran minyak negara dihadkan kepada maksimum 750,000 tong sehari.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tuntut janji Anwar turunkan harga minyak

sumber malaysiakini

Parti Rakyat Malaysia (PRM) mencabar penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menjelaskan langkah-langkah yang beliau akan ambil untuk menurunkan harga minyak yang naik mendadak minggu lalu.

koh swe yongNaib presiden PRM Koh Swe Yong mengulas kenyataan Anwar bahawa apabila “Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan pusat, pasti akan menurunkan harga minyak” dan jika “Pakatan tidak menunaikan janji-janji, menurunkan harga minyak, beliau akan meletakkan jawatan.”

Beliau mencabar Anwar mengumumkan harga minyak akan diturunkan oleh Pakatan “kerana menurunkan harga 5 sen atau 20 sen pun, (boleh disebut) turun harga juga.”

Koh juga berkata Anwar sebagai pendukung ekonomi pasaran bertentangan dengan konsep menjaga kebajikan rakyat seperti disebarkan oleh parti pembangkang.

Untuk mengelakkan kenyataan bekas timbalan perdana menteri itu sebagai semata-mata “cakap-cakap politik”, katanya lagi, Anwar harus segera mengarahkan Selangor yang dikuasai oleh Pakatan untuk menunaikan janji-jani manifesto pilihanraya umum.

Manifesto itu, antaranya, menurunkan cukai pintu, cukai tanah dan memberi wang saguhati seribu ringgit kepada pelajar-pelajar baru yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

“Sekiranya kerajaan negeri Selangor tidak melaksanakan janji-janji pilihanraya umum itu, kerajaan negeri Selangor harus meletakkan jawatan sebagai tanda  maaf kepada pengundi Selangor,” kata Koh dalam satu kenyataan.

“Perbuatan di atas dapat  membuktikan kini apa yang dikatakannya adalah benar, bukan cakap-cakap politik.”

nota: penulis mengulangi pendirian penulis yang mengatakan sekiranya DSAI ikhlas ingin menurunkan harga minyak di Malaysia, beliau tidak perlu tunggu sehingga menjadi Perdana Menteri. Keputusan menaikkan harga minyak bukanlah satu keputusan yang popular yang ingin dilakukan oleh mana-mana individu di dunia ini. Ia merupakan satu isu global, hampir di serata dunia bercakap mengenai kenaikan harga bahan api utama dunia. Sekali lagi penulis ingin menyarankan kepada DSAI agar berbincang dengan kerajaan sekiranya terdapat kaedah yang rasa boleh dilakukan tanpa perlu menunggu sehingga Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan. Bukankah tindakan seperti ini seperti menghukum rakyat kerana tidak memilih Pakatan Rakyat pada PRU tempohari?? Haruskah rakyat menjadi mangsa akibat tamak kuasa oleh sesetengah individu. Rakyat marhaen ini juga tahu berapa nilai harga minyak yang akan dikurangkan dan berapa lama tempoh harga itu akan dikekalkan. Janganlah hanya dengan memberi ‘gula-gula’ dan rakyat menjadi tertipu. Adakah setakat pengurangan <RM0.50sen dan harga murah petrol hanya bertahan untuk tiga bulan sahaja. Syarikat perlaburan dunia, Goldman Sachs menjangkakan dalam tempoh 6 ke 24 bulan akan datang harga satu tong minyak mentah akan berada di paras USD 150-200 setong. Jangan dibandingkan negara kita dengan negara seperti Arab Saudi dan Venezuela serta Nigeria yang sememangnya menjadi pengekspot utama minyak di dunia. Bandingkan tahap pengeluaran minyak sehari mereka dengan Malaysia.  Penulis difahamkan bahawa syarikat-syarikat minyak di Malaysia dikawal pengeluaran minyak yang mana had pengeluaran hanya 750,000 tong sehari. Dasar ini dibuat bagi memastikan generasi akan datang tetap merasai nikmat bumi Malaysia yang masih mempunyai minyak untuk digalikan. Adakah anda ingin melihat harga minyak murah pada hari ini dengan membenarkan pengeluaran tong sehari meningkat dan anak cucu kita akan menanggung kos minyak yang tinggi akibat perbuatan kita hari ini? Fikirkanlah demi masa depan. Kita melangkah ke esok hari dari semalam. Janganlah menghukum generasi akan datang kita dengan perasaan tamak manusia yang sentiasa inginkan benda yang murah tanpa sebarang usaha.

14 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda