Tag Archives: onn jaafar

Anwar: Krisis Umno kian meruncing!

KUALA LUMPUR: Keputusan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad keluar Umno mencerminkan krisis parti itu kian meruncing, kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dengan masalah dalaman Umno sekarang, rakyat Malaysia yang prihatin dengan kestabilan, kemajuan dan perpaduan masa depan negara dipelawa menyertai PKR, katanya dalam satu kenyataan hari ini bagi mengulas tindakan Dr Mahathir itu.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pula menyifatkan tindakan Dr Mahathir sebagai satu keputusan “tidak mesra rakyat” kerana ia boleh menjejaskan kestabilan negara.

Mohammad Nizar yang juga Setiausaha PAS Perak berkata kejutan yang dibuat oleh Dr Mahathir itu boleh menimbulkan suasana yang tidak stabil akibat daripada pergolakan politik yang mungkin tercetus.

Tindakannya juga tidak adil kepada Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) kerana negara baru selesai pilihan raya umum dan Perdana Menteri perlu diberi masa dan peluang untuk menstabilkan negara,” katanya.

Mohammad Nizar berkata kestabilan politik negara adalah penting kerana suasana tidak stabil akan menjejaskan ekonomi dan menyebabkan rakyat lebih tertekan. BERNAMA

sumber mstar

nota: bagi penulis, krisis dalam UMNO bukanlah sesuatu yang baru. 3 orang mantan presiden UMNO sebelum ini iaitu Dato’ Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn telah bertindak untuk keluar dari UMNO akibat perselisihan faham dengan pemimpin UMNO masakini (pada zaman masing2). Alhamdulillah, setakat ini walaupun Tun Mahathir mengumumkan diri beliau untuk keluar dari UMNO, ia bukan lah titik noktah bagi perjuangan UMNO. UMNO sudahpun melepasi usia 62 tahun, dan para pemimpin UMNO sudah lali dan masak dengan pelbagai isu dalaman yang berlaku dalam UMNO. Umum pasti tahu bahawa tiada benda, manusia pun yang sempurna sifatnya. Marilah kita berdoa agar UMNO lebih kuat dan kukuh.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda