Tag Archives: Pakatan Rakyat

Isu SYABAS

sumber http://www.anwaraidc.com AIDCNews – 4/12/10 – Wawancara AIDCNews siri pertama [klik di sini] dengan Pengarah Eksekutif, Bahagian Korporat SYABAS, Abdul Halem Mat Som merungkai banyak persoalan tentang agenda sebenar Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan perang ke atas syarikat pengurusan air negeri itu. Apa sebenarnya yang mahu diperangi Anwar ? Adakah mahu memecat Pengerusi SYABAS, Tan Sri Rozali Ismail dan diganti dengan CEO baru berbangsa Cina ? Adakah mahu mengambil alih semula pengurusan air Selangor ? Adakah sebagai strategi politik untuk menarik semula sokongan rakyat Selangor dengan mempolitikkan isu air ? Laporan Selangorkini (portal rasmi Kerajaan Negeri Selangor), berkenaan kerajaan negeri ‘kehilangan RM11 juta sebulan’ kerana memberi air percuma kepada rakyat juga wajar diteliti. Apakah semua strategi perang ke atas syarikat air Selangor itu bertujuan sebagai mencari alasan untuk memberhentikan pembiayaan RM11 juta sebulan, setelah menyedari janji sebelum PRU 12 dulu silap ? Untuk mencari jawapan-jawapan di atas, sekarang mari kita ikuti wawancara selanjutnya dengan Abdul Halem Mat Som, Pengarah Eksekutif, Bahagian Korporat SYABAS.

 

AIDCNews : SYABAS menandatangani perjanjian dengan kerajaan negeri yang terdahulu (BN). Sekarang kerajaan negeri diterajui oleh PR. Adakah kerajaan negeri PR boleh membatalkan perjanjian yang dibuat sebelum ini ?

Kita kena ingat, SYABAS tandatangani perjanjian itu dengan pihak kerajaan negeri dan bukannya dengan individu. Sebab itu, yang menandatangani perjanjian tersebut adalah Setiausaha Kerajaan Negeri. Contoh, kita membuat pinjaman di bank ABC. Tiba-tiba bank ABC ini diambil alih oleh bank lain. Adakah secara automatik perjanjian kita dengan bank ABC yang dibuat dahulu terbatal? Tidak terbatal. Kita masih tetap kena bayar, cuma bezanya, pembayaran tersebut harus dibuat di bank yang mengambil alih bank ABC tersebut. Jadi, tidak timbul soal polisi berubah selepas kerajaan negeri bertukar. Di dalam SYABAS terdapat tiga kompenan yang besar. Pertama, Syarikat Puncak Niaga Holdings Berhad yang merupakan pembayar saham utama iaitu memegang 70 peratus saham. Tan Sri Rozali merupakan individu yang memegang saham terbesar dalam Syarikat Puncak Niaga itu. Kedua, pemegang saham minoriti yang terdiri daripada orang awam yang membeli saham SYABAS dan ketiganya, Kerajaan Negeri Selangor sendiri. Kerajaan Negeri Selangor memegang saham sebanyak 30 peratus. Kerajaan Selangor diwakili oleh dua anak syarikatnya, iaitu Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) memegang saham 15 peratus dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad juga 15 peratus. Manakala Kerajaan Persekutuan pula juga mempunyai satu saham emas yang bertindak sebagai kata pemutus. Semua wakil pemegang saham ini dilantik menganggotai Ahli Lembaga Pengarah SYABAS. Ada wakil dari Puncak Niaga, Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan pula diwakili oleh orang nombor dua pentadbiran kerajaan iaitu Ketua Setiausaha Perbandaran. Sebarang keputusan yang mahu dilaksanakan mesti dicapai secara bersama. Jadi, kalau ada yang tidak bersetuju misalnya Kerajaan Negeri Selangor tidak bersetuju dengan beberapa polisi, kenapa dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah mereka tidak bangkitkan? Kita tidak boleh membuat sebarang keputusan seperti family business. Kita kena ingat, Ketua Setiausaha Perbandaran juga adalah Ahli Lembaga Pengarah SYABAS. Sepatutnya semua ini berjalan lancar dan teratur serta mampu membawa pulangan keuntungan. Dari sudut lain, kalau SYABAS mengalami kerugian, Kerajaan Negeri Selangor juga akan turut rugi kerana mereka ada memegang saham. Kalau SYABAS untung, Kerajaan Negeri Selangor juga akan mendapat keuntungan. Dalam soal penswastaan, faktor kewangan ini diambilkira. SYABAS hanya boleh mencapai keuntungan selepas 10 tahun beroperasi. Seperti kita berniaga, takkanlah tahun pertama itu sudah mendapat keuntungan. Tan Sri Rozali sendiri, sudah bertahun-tahun berniaga sehinggalah apa yang kita lihat kejayaannya hari ini. Begitu jugalah dengan SYABAS, baru 5 tahun. Itupun sudah menunjukkan pelbagai kejayaan yang dicapai. Misalnya, mendapat anugerah perkhidmatan pusat pelanggan terbaik, pengurusan sumber manusia terbaik, anugerah emas dan sebagainya.

 

AIDCNews : Setakat ini Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah PR beri kerjasama baik kepada SYABAS ?

Oleh kerana penstrukturan semula ini, SYABAS telah diarahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk membekukan kerja-kerja capital expenditures (CAPEX) atau perbelanjaan modal. Arahan SPAN berasaskan perbincangan yang belum selesai di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Selangor. Maknanya, Perbelanjaan modal SYABAS dibekukan sementara menunggu persetujuan semua pihak. Kita sendiri pun tidak tahu bilakah persetujuanitu akan selesai. Apabila perbelanjaan modal SYABAS dibekukan dalam tempoh yang lama tanpa ada sebarang persetujuan, seolah-olah tangan kita diikat. Bila tangan diikat, kita tidak boleh mengeluarkan modal. Kerja-kerja penggantian paip lama pun tidak boleh dijalankan. Sebab itulah, paip lama yang kesemuanya berjumlah 6000 km (tetapi) hanya 800 km yang dapat dibaiki. Bukan setakat penggantian paip lama tergendala, malah juga melibatkan penggantian meter, komunikasi paip, pemasangan penyaluran dan lain-lain. Yang menanggung akibat ini adalah rakyat Selangor. Dalam masa sama, SYABAS akan dilihat tidak dapat memberikan perkhidmatan yang efektif akibat dari sekatan ini. Sekarang ini, Kerajaan Negeri Selangor menuduh SYABAS tidak berjaya melaksanakan peningkatan perkhidmatan air. Persoalannya kenapa? Kerana mereka mengikat kita. Kalau mereka ikhlas, lepaskan SYABAS untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik. Jangan diikat dari segi perbelanjaan modal dan sebagainya. Sedangkan perbelanjaan modal adalah dari duit SYABAS. Kononnya, SYABAS ini akan diambil alih oleh Kerajaan Negeri. Jadi, jangan lakukan apa-apa perbelanjaan dahulu. Sampai sekarang, SYABAS ditahan daripada melakukan perbelanjaan modal. Kemudian dikaitkan pula dengan penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor. Sebenarnya projek penyaluran air mentah Pahang-Selangor ini merupakan projek Kerajaan Pusat melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia (KeTTHA). Sedangkan isu perstrukturan itu di antara SYABAS dengan Kerajaan Negeri Selangor. Jadi sekarang ini, Kerajaan Negeri Selangor mahu ikat Kerajaan Pusat supaya bersetuju dengan pengambilalihan SYABAS dengan cara tersebut. Dengan ertikata lain, mereka (Kerajaan Negeri Selangor) tidak mahu memberi kelulusan tanah untuk penyaluran air, selagi penstrukturan ini tidak selesai dan akan memaksa SYABAS berada dalam tekanan.

 

AIDCNews: Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk mengambil alih semula urusan pengurusan air ? Bolehkah Kerajaan Negeri berbuat demikian ?

Sebenarnya memang boleh. Kalau Kerajaan Negeri Selangor hendak ambil alih SYABAS pun boleh. Perjanjian ini adalah buatan manusia. Tetapi kita sentiasa ikut kepada perjanjian ini. Dalam konteks ini, kalau Kerajaan Negeri nak ambil alih konsep willing-buyer (persetujuan pembeli) dan willing-seller (persetujuan penjual) mesti ada. Kalau anda berhajat nak beli, tetapi kita tak mahu jual, jadi tidak boleh buat kerana ada willing-buyer tetapi tidak ada willing-seller. Ada yang hendak beli tapi tak ada yang hendak jual. Lainlah kalau kedua-dua pihak bersetuju untuk membeli dan menjual. Jadi, harga boleh dibincang. Secara logiknya, SYABAS bukanlah mahukan harga yang tinggi dengan membebankan Kerajaan Negeri Selangor. Tidak sama sekali. Isunya sekarang ini, kalau kita sudah keluarkan modal yang besar untuk mengambil alih hutang, membaik pulih, membuat pinjaman dan sebagainya, perkara-perkara ini harus diambil kira sebelum proses pengambilalihan. Jadi, penentuan harga yang ditawarkan mestilah dapat menampung perkara-perkara tadi dan juga faktor pemegang saham sama ada pemegang majoriti atau minoriti (orang awam). Ini kerana, kalau kita jual dengan harga yang lebih rendah, saham itu merundum, kita pula terpaksa menjawab dengan pemegang-pemegang saham. Semua yang kita buat ini mengikut peraturan dan undang-undang. Isunya sekarang, kita perlu buat perbincangan secara teratur dan rapi sama ada duduk berbincang atau sebagainya. Kalau perbincangan itu pun tidak serius, susahlah untuk saya katakan.

 

AIDCNews: Sudah adakah perbincangan yang serius?

Perbincangan setakat ini hanya ada di peringkat pegawai-pegawai. Tidak ada titik pertemuan. Jalan selari tetapi mencapah, makin lama makin jauh. Jadi, memang tidak akan jumpa titik pertemuan itu.

 

AIDCNews: Kenapa Kerajaan Negeri Selangor berminat untuk mengambil alih SYABAS ? Adakah ada agenda lain?

Susah untuk saya katakan kerana ini adalah agenda masing-masing. Kalau kita lihat dari konteks ekonomi, SYABAS boleh mencapai keuntungan selepas 10 tahun beroperasi. Kalau dari sudut itu pun kita boleh tengok. SYABAS sudah 5 tahun beroperasi dan hanya tinggal 5 tahun lagi untuk mencapai keuntungan. Sebab semua sudah boleh diambil alih dari segi sistem dan sebagainya. Maknanya, kalau sudah diambil alih, mungkin selepas itu boleh dapat keuntungan melalui tarif. Mereka nampak dari sudut itu. Mungkin juga boleh memberi peluang pekerjaan kepada kroni-kroni yang menyokong mereka selama ini. Mungkin juga boleh diletakkan di posisi Pengerusi atau Pengarah. Ini saya tak mahu tuduh sesiapalah. Kita tak perlu sebut sesiapa tapi kita tahulah. ‘Orang-orang’ inilah yang bising tentang industri air, buat ceramah di sana sini tentang hendak ambil alih hak rakyat dan sebagainya. Sebenarnya untuk kepentingan sendiri kalau dapat SYABAS. Di situlah siapa yang layak dapat Chairman atau Director. Tapi dari segi politik pula, tentu ada kepentingannya di situ. Dengan memainkan isu air ini, mereka beranggapan akan mendapat sokongan rakyat dan terus menang pada pilihanraya akan datang. Sama ada mereka serius atau tidak, saya sendiri masih lagi tertanya-tanya. Kita sendiri tidak boleh nak bertanyakan dari mana wang yang akan digunakan untuk penstrukturan semula ini. Betulkah ada pelabur yang akan membantu membuat pembayaran pengambil alihan ini, siapa pelabur tersebut, adakah mereka dari golongan yang boleh dipercayai ? Sekiranya pelabur dari luar negara, kita khuatir jika industri air akan dipindah milik kepada syarikat luar, sedangkan syarikat tempatan boleh mengurus dan keluarkan dana. Kenapa perlu diberi kepada syarikat antarabangsa? Tidakkah nanti syarikat tersebut akan membuat pindahan milik? Kita tidak mahu semua ini berlaku kerana air adalah keperluan rakyat. Jangan nanti yang menguruskan air ini bukan di kalangan kita sendiri. Oleh kerana tidak mampu untuk membayar hutang, akhirnya menjadi pindah milik. Ataupun, ini mungkin satu permainan, tidak serius pun nak ambil alih. Atau sekadar nak memberitahu rakyat bahawa Kerajaan Negeri serius untuk ambil alih kerana hendak terus memberi air percuma kepada rakyat. Jadi, kalau tak dapat ambil alih selepas ini, mereka terpaksa hentikan pemberian air percuma ini. Pihak yang akan dipersalahkan nanti, sudah tentulah SYABAS serta mereka yang menyokong SYABAS sama ada Kerajaan Persekutuan atau sebagainya.

 

AIDCNews : SYABAS didakwa kroni politik tertentu ?

Bila dikaitkan SYABAS dengan orang-orang tertentu sebagai kroni, dakwaan ini disangkal. Kita kena ambil kira kakitangan SYABAS seramai 3000 orang yang majoritinya rakyat Selangor. Janganlah dipolitikkan isu ini dengan mengaitkan dengan kroni. Tidak semua kakitangan SYABAS ini menyokong satu parti. Masing-masing ada parti yang mereka sokong. Walaupun kita berlainan ideologi politik, tetapi di SYABAS kita masih boleh bersatu. Itu tidak menjadi masalah besar. Dari segi hubungan tokoh korporat dengan orang politik. Ini sudah wujud sejak berzaman lagi. Mereka tak boleh kata tokoh ini kroni dengan orang politik ini. Kalau anda sebut siapa pun tokoh korporat di negara ini, mereka mesti ada hubungan yang baik dengan pemimpin. Kalau tak ada hubungan yang baik dengan pemimpin, macam mana mereka nak berniaga. Dalam sebuah negara itu, mesti ada hubungan antara pihak korporat dengan kerajaan. Hubungan ini perlu. Dalam pentadbiran SYABAS sendiri, kita menerima bos kita adalah Kerajaan Persekutuan. Begitu juga kalau di negeri, kita menerima Kerajaan Negeri yang ada sekarang. Kita terima hakikat itu dan sedia bekerjasama pada bila-bila masa. Kita tidak beranggapan mereka tidak sama parti dengan kita maka tidak boleh bekerjasama, jadi tidak boleh begitu. Kerana Kerajaan Negeri yang sekarang adalah kerajaan yang mentadbir, kerajaan yang sedia ada. Manakala Kerajaan Pusat yang ada sekarang adalah kerajaan yang lain. Jadi, dua-dua kerajaan ini adalah bos kita. Saya sendiri tidak faham kenapa SYABAS sentiasa dimusuhi. Kalau kita nak berbaik dengan seseorang, macam-macam usaha kita lakukan tapi orang tersebut tidak mahu berbaik sebaliknya memusuhi kita, jadi apa lagi yang boleh kita buat?


AIDCNews : Adakah Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk melantik kroninya menjadi Pengerusi SYABAS ?

Dalam entiti swasta ini, sama ada syarikat atau korporat, yang mempunyai kuasa adalah yang memegang saham majoriti. Kalau pemegang saham itu adalah Puncak Niaga, maka wakil Puncak Niaga yang akan menjadi Pengerusinya. Sebagai seorang bekas korporat dan ahli politik, saya tidak fikir, Menteri Besar Selangor mengambil tindakan-tindakan yang tidak selari dengan apa yang sepatutnya di dalam pengetahuannya.

 

AIDCNews: Adakah Tabung Budi ditolak oleh kesemua Wakil Rakyat PR ?

Inilah yang menariknya tentang Tabung Budi. Kita telah pun menghantar surat kepada semua Ahli Parliman dan ADUN Negeri Selangor untuk memberitahu kewujudan Tabung Budi. Jadi, mana-mana pihak yang ingin menyumbang, boleh menyumbang. Kita juga memberitahu mereka bahawa Tabung Budi ini adalah untuk membantu golongan yang susah dan miskin. Jadi, kalau terdapat golongan ini di kawasan mereka, kenalpasti dan berikan nama kepada SYABAS untuk diberi bantuan. Tidak kiralah ADUN dari parti mana sekali pun. Kita beri sama rata. Semasa pelancaran Tabung Budi peringkat umum baru-baru ini, kita jemput semua Wakil Rakyat kerana kita hendak maklumkan tentang tabung ini. Kita faham Wakil Rakyat ini sibuk. Jadi, tidak semuanya yang hadir. Yang hadir itu pula ada di kalangan Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) dan juga Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kedua-dua parti ini ada. Tetapi, apa yang dibesarkan adalah kenapa Tabung Budi ini diwujudkan seperti hendak melawan kuasa Kerajaan Negeri. Tambahan pula ada Wakil Rakyat BN yang datang. Tapi mereka terlupa bahawa yang datang ke majlis itu pun ada juga Wakil Rakyat PKR. Lebih menarik lagi, kita ada terima surat daripada Exco Kerajaan Negeri yang meminta supaya SYABAS menyalurkan Tabung Budi ini kepada penduduk miskin di kawasan mereka. Kita sudah pun menyemak dan siasat siapa yang layak dan kita bagi. Hari ini, bila kita bagi, tangan sebelah kanan terima tapi tangan sebelah kiri pula tampar kita. Jadi tak kenalah.

 

AIDCNews: Benarkah Exco tersebut ialah Dr Xavier Jayakumar ?

Ya. Itu saya boleh sahkan.

 

AIDCNews : Benarkah ada dakwaan yang mengatakan SYABAS memaksa kakitangannya supaya menyumbang kepada Tabung Budi dan benarkah Tan Sri Rozali Ismail selaku CEO, tidak menyumbang mengikut perolehan pendapatannya ?

Yang pertama sekali, pihak yang menuduh ini perlu membuktikan di mana kita memaksa kakitangan supaya menyumbang kepada Tabung Budi. Kena buktikan. Perkara ini seringkali disebut dalam perhimpunan mingguan kakitangan, sekiranya ada yang ingin menyumbang dialu-alukan tanpa ada sebarang paksaan. Malahan, kalau yang sudah menyumbang jika mereka ingin menarik balik sumbangan tersebut pun dibenarkan. Tiada siapa yang memaksa, mengarah atau sebagainya. Ini bergantung kerelaan individu. Kalau ada yang kata mereka dipaksa untuk menabung, tunjukkan bukti atau dokumen. Sedangkan mereka yang menabung ini ada yang mengisi borang supaya dipotong daripada gaji bulanan sebanyak RM11.40 untuk didermakan kepada golongan yang layak. Mereka sendiri ada Akujanji berkaitan sumbangan ini. Pemotongan ini dilakukan oleh pihak bank dan terus disalurkan kepada tabung ini. Yang keduanya, berkaitan Tan Sri Rozali Ismail (CEO) dikatakan tidak menyumbang keuntungan seperti mana diharapkan. Konsep kita adalah berdasarkan akaun. Contohnya, kalau saya ada rumah dan penama itu adalah saya. Tiap-tiap bulan saya dapat RM11.40. Jadi, RM11.40 itulah yang saya beri. Kalaulah saya ada 10 buah rumah pula, maka RM114.00 yang saya beri. Kalau dilihat dari segi sumbangan beliau membantu Pusat Zakat Selangor (PZS), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan golongan-golongan yang memerlukan, saya rasa beliau lakukan lebih daripada yang sepatutnya. Jadi, tidak timbul kenapa kakitangan SYABAS sama ada yang bergaji RM3000 ke bawah atau Pegawai Kanan bergaji RM10,000 perlu membayar RM11.40. Kerana itulah kita kena kembali kepada konsep pemberian air percuma. Jika golongan kaya menerima RM11.40, maka golongan miskin pun menerima jumlah yang sama juga. Hasil dari pengumpulan tabung tersebut, maka kita akan beri kepada golongan yang miskin ini. Sebab itu, saya boleh katakan, mereka yang membuat tuduhan ini tidak faham konsep. Kalau tak faham, beginilah jadinya. Kata orang, kalau tak faham, seeloknya cuba untuk memahaminya dulu. Kita tak ada masalah untuk memberi penerangan kepada pihak yang mahukan penjelasan. Tapi, ada pihak yang tidak mahu penjelasan tetapi menghentam kita sesuka hati. Soalan saya, menjadi kesalahankah kalau orang hendak buat kebajikan?

 

AIDCNews: Difahamkan pada Ahad ini (5 Disember), satu memorandum akan dihantar kepada Yang DiPertuan. Adakah ini menggambarkan krisis air di Selangor sangat teruk hinggakan perlu campur tangan daripada Yang DiPertuan Agong ?

Kenapa hingga sampai ke peringkat ini ? Kita anggap Kerajaan Negeri Selangor adalah bos kita. Bila bos ada masalah dengan pekerja, apa salahnya kalau berbincang. Bukannya dengan cara menghentam, fitnah dan kempen di sana sini. Apa pula perasaan pekerja tadi? Kenapa perlu gunakan orang lain. Saya tidak nampak kewajaran dan kecerdikan dalam menangani isu ini. Sokongan-sokongan rakyat ini datang dari konsep sedemikian seperti berhimpun, berarak dan sebagainya. Apabila insiden berarak dan berhimpun ini semakin lesu, jadi untuk mengembalikan nostalgia berhimpun, perlu ada isu untuk dimainkan. Isu yang hangat sekarang adalah isu air. Dan digunakan sepenuhnya. Sedangkan bagi rakyat atau orang awam yang berfikiran waras, mereka akan terfikir kenapa isu ini diperbesarkan ? Kita tidak rasa tertekan langsung. Di SYABAS kita tidak boleh mengikut rentak orang lain, kalau orang lain buat ini, kita tidak semestinya perlu ikut. Ini kerana, kita memberi perkhidmatan kepada pengguna sama ada mereka menentang atau menyokong. Mereka adalah pengguna yang membayar bil air kepada kita. Kalau SYABAS ‘merajuk’ disebabkan tekanan ini, semua loji air ditutup dan pengguna di Selangor tidak dapat bekalan air. Apa akan jadi? Contohnya di KLIA sahaja, mesti perjalanan operasi mereka akan tergendala atau ditutup. Sebab itulah bila berlaku krisis air di Sepang iaitu 3 paip pecah kerana aktiviti mengorek pasir. Paip ini, asalnya berada di dalam tanah. Tetapi apabila ada aktiviti korek pasir, paip ini akan menjadi tergantung kerana tiada yang menampungnya. Inilah mengakibatkan paip tersebut patah. Paling kritikal adalah KLIA. Kakitangan SYABAS terpaksa bekerja 24 jam untuk memastikan kawasan-kawasan kritikal tersebut ada air dan kod kecemasan iaitu kod merah perlu diaktifkan. KLIA yang paling kritikal kerana pada waktu itu ada pertandingan lumba kereta di Sepang. Kakitangan SYABAS bertungkus-lumus memenuhkan tangki air KLIA dengan berlori-lori air. Bayangkan kalau SYABAS ‘merajuk’?

 

AIDCNews : Adakah isu air ini sengaja dimanipulasi sebagai isu politik ?

Ada kemungkinan, tapi saya tidak boleh mengatakan ya atau tidak kerana mereka ada strategi masing-masing untuk memenangi hati rakyat, memenangi pilihanraya. Tapi kita kena lihat dari segi kewajarannya. Air sekarang ini dikatakan sebagai ‘emas biru’ iaitu sangat bernilai. Di mana-mana negara sekalipun, isu mendapatkan air bersih ini menjadi topik utama. Kita sepatutnya bersyukur dengan kualiti air yang dinikmati di negara kita. Walaupun menerima pelbagai tekanan, SYABAS tetap bersikap profesional. Apa yang saya nak tekankan adalah, Selangor merupakan negeri yang mempunyai kualiti air terbaik di Malaysia. Kebanyakan syarikat pembekal air di Malaysia, datang ke SYABAS untuk belajar pengurusan air, perkhidmatan pelanggan dan sebagainya.

 

AIDCNews: Termasuk dari negeri yang diperintah oleh PR ?

Ya. Contohnya Pulau Pinang sudah beberapa kali datang ke SYABAS.

 

AIDCNews: Ini bermakna mereka mengiktiraf SYABAS. Tetapi kenapa pula Kerajaan Negeri sendiri tidak mengiktiraf?

Sebenarnya mereka juga mengiktiraf cuma tidak mahu mengakuinya. Sebab mereka tidak mahu mengakuinya kerana akan menjadi semakin sukar untuk mengelirukan pemikiran rakyat jika diiktiraf. Jauh di lubuk hati, SYABAS boleh dikatakan bagus jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain. Kita sedia membantu negeri-negeri tersebut sekiranya mereka memerlukan bantuan. Kita pernah hantar berlori-lori tangki air dan kakitangan ke Pahang, Johor , Kelantan dan Kedah. Semua ini bersandarkan kepada motif. Saya sendiri tak tahu apa motif mereka sebenarnya.

 

AIDCNews: Apakah implikasinya kepada rakyat Selangor dengan penangguhan Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) ini ?

Kita kena ingat, krisis air ini pernah berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada tahun 1998. Krisis ini berlaku bukan kerana tidak ada air tetapi disebabkan tiada kemudahan yang cukup untuk merawat air. Selepas krisis air 1998 ini, diwujudkan Loji Rawatan Air Selangor Fasa 1, 2 dan 3. Ada orang bertanya, hujan selalu turun, jadi takkanlah tiada air? Kita kena lihat kawasan tadahan hujan sudah banyak dijadikan sebagai kawasan pembangunan. Kalau hujan di Shah Alam, Petaling Jaya atau Klang, tempat ini bukan kawasan tadahan hujan. Air hujan tersebut mengalir ke Sungai Klang dan terus ke laut. Sungai-sungai yang ada sekarang ini pun banyak yang tercemar. Kemudian banyak pembangunan, pengguna air semakin ramai dan permintaan air semakin meningkat. Apabila SYABAS menguruskan air, tanggungjawab kita adalah membekalkan air kepada pengguna dan memaklumkan serta memberi cadangan-cadangan kepada kerajaan tentang masalah dan memastikan bekalan air mencukupi. SYABAS telah menjalankan peranan ini dengan membuat kajian, memberi laporan kepada kerajaan yang telah disemak oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) iaitu pakar dalam industri air. Kita telah buat kajian iaitu pada tahun 2014, itupun sekiranya tiada alternatif penyaluran air mentah dilakukan, maka akan berlaku kekurangan bekalan air. Kawasan yang banyak air di bahagian Utara Selangor, bagaimana pula dengan bahagian Selatan dan Lembah Klang ? Bukannya ada paip besar yang boleh disalurkan ke kawasan yang kekurangan air. Masalah-masalah inilah yang tidak diketahui. Kita juga hairan bagaimana Kerajaan negeri boleh mengatakan bahawa berdasarkan pakar yang dilantik oleh mereka, mengatakan air cukup sehingga tahun 2019. Tanpa perlu menyegerakan PPAMPS.

 

AIDCNews: Kenyataan pihak mana yang lebih tepat. Kerajaan Negeri atau SYABAS ?

Kalau berdasarkan rujukan SYABAS, Kerajaaan Pusat dan EPU adalah pada tahun 2012. SYABAS ada jadual pengeluaran air yang telah dibuat. Mereka cuma mengikut kajian yang dibuat oleh pakar-pakar yang mengatakan cukup sehingga 2019. Kita pun tak tahu siapa pakar yang disebutkan itu. Katakanlah pakar dari luar negara. Pakar ini pun tidak mendalami apa sebenarnya isu yang dihadapi. Apa bezanya antara tahun 2014 dengan 2019. Hanya beza 5 tahun. Sebagai kerajaan yang berwawasan, sepatutnya kita buat persiapan lebih awal sebelum kejadian tersebut berlaku. Implikasinya juga terhadap kos. Kos bagi 4 tahun sudah berbeza. Mungkin dari 4 bilion kepada 8 bilion atau lebih daripada itu. Jadi, siapa yang akan tanggung kos ini? Kalau berlaku krisis air 2012 atau 2014 tanpa adanya persiapan-persiapan ini, siapa yang hendak dipertanggungjawabkan nanti? Saya bimbang jika krisis ini benar-benar berlaku tanpa ada persiapan yang rapi, mungkin ada pihak yang akan cuci tangan dan saling menyalahi di antara satu sama lain. Yang merananya adalah rakyat kerana tiada air. Akibatnya air terpaksa dicatu. Kita sepatutnya mengambil contoh wawasan Tun Dr. Mahathir. Beliau memperkenalkan Wawasan 2020. Sedangkan pada tahun itu, beliau sendiri belum tentu lagi akan ada. Tapi beliau buat ini untuk kepentingan dan masa depan rakyat. Jadi, kita sepatutnya mengambil konsep tersebut untuk kebaikan rakyat. Apa kewajarannya jika dilengah-lengahkan. Apa bezanya antara tahun 2012 dengan 2014. Kalaulah kajian mereka itu benar, salahkah kalau dibuat persiapan awal ini? Kalau berlaku krisis air pada 2014, kerajaan sedia untuk bertanggungjawab, baguslah. Kita boleh beli air dari Kerajaan Negeri Perak atau sebagainya. Tapi tidak ada. Kita sepatutnya berpijak di bumi yang nyata. Janganlah mempolitikkan isu ini. Yang menanggung kesannya adalah rakyat. Bagi saya, projek ini harus dilaksanakan kerana ini adalah projek Kerajaan Persekutuan dan bukannya projek Kerajaan Negeri.

 

AIDCNews: Bagaimana pula dengan statistik penggunaan air di Selangor?

Pengguna air di Malaysia, khususnya di Selangor adalah yang paling tertinggi dari segi penggunaannya. Purata penggunaan air di Selangor adalah sebanyak 260 liter sehari untuk seorang pengguna. Sedangkan mengikut United Nations (UN), penggunaan normal sepatutnya 165 liter sehari.

 

AIDCNews: Adakah kerana peningkatan penggunaan air ini yang menyebabkan PPAMPS perlu dilaksanakan?

PPAMPS adalah projek Kerajaan Persekutuan. Ini menunjukkan Kerajaan Persekutuan prihatin. Ini kerana Selangor merupakan transit bagi semua aktiviti pelaburan dan sebagainya. Bagaimana kalau di Selangor tidak ada air? Sebab itulah dalam perkhidmatan pelanggan kita ada Unit YAKIN (Unit Kerjasama Informasi Pelanggan) yang berurusan dengan persatuan-persatuan pengguna utama, JKK dan sebagainya. Kita juga ada Unit ICU (Industrial Customer Unit) iaitu sekiranya ada berlaku gangguan, unit ini akan bertindak menghubungi hotel dengan segera supaya menampung tangki air dengan banyak dan sebagainya. Ini yang dibuat oleh SYABAS dan nampaknya seperti tidak dihargai. SYABAS bukanlah badan politik yang perlu menghebohkan apa yang telah dibuat. Perkara-perkara seperti inilah yang tidak diketahui dan ada pula pihak lain yang melemparkan tomahan berdasarkan agenda politik. Bagi saya, SYABAS tidak sepatutnya terkena tomahan ini kerana kita bukannya badan politik Air ini merupakan komoditi penting. Ada orang kata, air ini adalah anugerah Tuhan, kenapa perlu dikomersialkan dan dibayar. Kalau hendak air percuma yang dikatakan anugerah Tuhan ini, boleh. Tidak ada sesiapa melarang. Kalau anda menadah air hujan di depan rumah sekalipun, tak ada penguatkuasa tempatan datang untuk mengutip cukai. Ataupun ambil air dari sungai, juga tidak ada sesiapa melarang. Air yang dirawat juga adalah anugerah Tuhan. Kalau lihat zaman dahulu, air sungai atau perigi boleh diminum terus tanpa dimasak. Itu kerana tiada pencemaran. Tapi hari ini, kebanyakan sungai sudah tercemar. Contohnya di Singapura. Air yang dirawat itu bukan air dari sungai tapi air kumbahan. Sebab itulah kosnya tinggi berbanding dengan kita. Sistem rawatan yang kita lakukan sekarang ini ialah merawat air sungai dan bukannya merawat air kumbahan. Jadi, tidak adillah kalau hendak dibandingkan dengan Singapura. Kalau hendak juga air percuma, mungkin boleh diambil di Gunung Ledang. Kos yang perlu dikeluarkan seperti bayaran pemandu lori, tol dan minyak. Saya ingat kosnya lebih tinggi daripada buka pili paip di rumah. Jadi, tak bolehlah kata air ini anugerah Tuhan seperti ‘orang itu’ yang dikatakan anugerah Tuhan.

 

AIDCNews: Bagaimana pula peranan yang dimainkan oleh Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membantu krisis air ini?

Beliau langsung tidak tahu tentang ekonomi. Buktinya, semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Beliau cuba memujuk Perdana Menteri supaya membuat pinjaman dengan IMF. Disebabkan faktor beliau tidak tahu ekonomi, maka beliau dipecat. Keduanya, beliau tidak dibayar setimpal dengan jawatan yang dipegang. Dengan gaji RM1, apa yang beliau boleh lakukan. Mungkin juga Kerajaan Negeri Selangor melihat beliau bukanlah pakar ekonomi. Sebab itulah dibayar RM1.

 

AIDCNews: Apakah strategi perang ke atas SYABAS ini didalangi oleh Penasihat Ekonomi Selangor ?

Saya sendiri tertanya, apa masalahnya yang sebenarnya? Kalau dilihat dari segi luaran dan dalaman, SYABAS tidak bermasalah. Saya selalu berpesan kepada kakitangan, walaupun kita diasak, kita tetap teruskan kerja dan jangan dengar tomahan-tomahan tersebut, kerana ini akan melemahkan semangat kita. Kalau mereka mogok, bukan kita sahaja yang susah tapi seluruh Malaysia.

Advertisement

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Anwar Tak Layak Jadi Ahli Politik Malaysia !

sumber mykmu

Melihat kepada tindak tanduk Amwar yang rela menghancurkan negara dengan taktik rampas kuasa melalui politik lompat berlarutan hanya kerana ingin menjadi PM , maka saya rumuskan bahawa Anwar tidak layak langsung menjadi ahli politik Malaysia jauh sekali menjadi PM. Mungkin pengikut fanatik anwar akan marah berasap tetapi itu lah rumusan peribadi saya.

Seorang ahli politik mestilah seorang yang berhemah dan sentiasa mementingkan

kesajahteraan rakyat dan negara walaupun begitu bersemangat untuk membawa kesajahteraan kepada rakyat

Semua ahli politik mahukan perubahan kepada negara untuk penambahbaikan tetapi mereka tidak harus melampaui tata susila sehingga sanggup membiarkan rakyat gelisah kerana untuk menarik 30 MP untuk mengkhianati parti mereka .Anwar telah meletakkan negara dalam krisis kepimpinan berpanjangan.

Bagi Anwar, beliau melakukan nya dengan sangat seronok sekali. Anwar sanggup melakukannya dan saya anggap beliau tak layak langsung menjadi ahli politik masyarakat kerana tak mungkin seorang gila kuasa dan tidak menghormati kesajahteraan negara boleh menjadi ahli politik yang baik.

Memang mengikut pelembagaan Malaysia Anwar boleh meneruskan permainan budak budak nya sehingga dua tahun atau tiga tahun walaupun 16 september telah meletakkan nya sebagai seorang pembohong namun beliau mesti ingat rakyat dan negara ada had dan kesabaran melayan kerenah nya.Saya rasa Anwar akan terus menggunakan taktik teka teki lompak parti untuk merampas kuasa kerana beliau telah tidak ada nilai murni sebagai seorang rakyat yang perihatin.

Taktik Anwar hanyalah senang iaitu
1. Mensabotaj semua rancangan kerajaan untuk tidak mestabilkan negara
2. Menimbulkan benci orang bukan melayu kepada kerajaan sekarang
3. Tidak menamatkan cerita 30 mp bn lompat ke PR dan membiarkan teka teki berlarutan
4. Melagakan pimpinan PAS untuk memastikan PAS bukan penghalang
5. Mengutuk konsep politik mempertahankan Melayu Muslim atas alasan itu perkauman
6. Memainkan ‘play innocent game’ atau ‘ game kamu jahat aku baik’.
7. Bergabung dengan persatuan extremis china dan india untuk menimbulkan kebencian terhadap kerajaan memerintah menyamai pakatan northern alliances afghanistan

Adakah taktik Anwar ini akan berjaya. Jawapan nya ialah ‘ tidak’.

Rakyat Malaysia adalah rakyat yang matang dan Anwar sebenarnya memandang rendah kematangan budaya politik rakyat Malaysia. Fokus Anwar kepada MP Sabah Sarawak melompat parti mungkin kerana Anwar merasa orang Sabah Sarawak tidak pandai berpolitik tetapi ini tidak betul sama sekali. Orang Sabah dan Sarawak adalah bumiputera yang prihatin.

Perkara yang akan menyekat mainan politik Anwar untuk terus meracau dan mengacau keharmonian kaum ialah sejarah Malaysia itu sendiri. Malaysia telah di dirikan bersama atas persefahaman orang melayu dan bukan melayu untuk merdeka dan mereka telah melalui satu proses penyatuan yang amat hebat iaitu apabila mereka menghadapi ancaman kominis Bintang Tiga secara bersama dan kita telah berjaya menghancur revolusi bersenjata mereka di hutan belentara.

Malang sekali kita alpa bahawa socialism itu masih hidup dalam sanubari mereka yang pernah cuba menhancurkan kita.

Saya sangat yakin bahawa element yang berada di belakang Anwar adalah element socialist saki baki kominis dahulu yang mempunyai dendam lama. PAP dan DAP adalah parti dari akar socialist yang sama dan kejayaan mendapat Singapura telah menyebabkan mereka masih menyimpan rasa manisnya merampas negara ummat islam milik orang melayu. Bagi saya Anwar hanyalah pawn atau biduk percaturan politik DAP untuk merampas Malaysia.

Bagi orang Melayu Muslim , kita sebenarnya belum membuat usaha maksima untuk mempertahankan tanah air kita dari di rampas oleh orang dagang yang bertandang di sini. UMNO memanglah sudah lemah tetapi PAS tidak patut juga lemah mempertahan ummah. PAS sekarang telah menjadi king maker yang sebenarnya walau pun istillah ini di benci oleh DAP dan cuba menukarnya kepada istilah lain.

PAS sebenarnya masih terbelenggu dengan pemikiran politik lama yang menggangap umno sebagai musuh bukannya saudara yang perlu diberi tarbiyah dan di dampingi. Percaturan politik Anwar telah berjaya melagakan Ustaz nik aziz dengan Mustapa ali dan ini perlu di elakkan segera. Saya yakin sekarang telah terdapat hardcore Anwar propagandist yang bekerja siang dan malam untuk memecahkan jemaah PAS supaya PAS tidak akan menjadi penghalang kepada kerja buat Anwar yang gila kuasa.

Rumusan nya , tindakan PAS untuk tunggu dan lihat ada lah tepat dan syarat PAS meletakkan kepentingan Islam mengatasi segala gala nya adalah sangat tepat. Ini adalah garisan merah dan sesiapa yang berani melintasi nya akan terkorban.

Hasbunallah wa ni’mal wakeel
Allah hu Akbar

42 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

16 September mustahil, PAS belum ‘setuju’ penuh

PAS yakin tidak mungkin berlaku perubahan kerajaan pada Selasa ini sebagaimana digariskan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat. Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak enam bulan yang lalu.

Pengarah Pilihan Raya Pusat PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, analisis beliau menunjukkan bahawa perubahan yang dirancang tidak akan berlaku disebabkan faktor teknikal dan politik.

“Sekarang, sepanjang Ramadan, Parlimen tidak bersidang. Dan apabila Parlimen tidak bersidang bagaimana kerajaan boleh bertukar?

“Kerana pertukaran kerajaan sedia ada kepada kerajaan yang baru mesti melalui proses demokrasi. Kerajaan yang ada mesti digulingkan, barulah sebuah kerajaan baru didirikan,” kata beliau yang Pesuruhjaya PAS Terengganu dalam temu bual dengan Harakah.

Temu bual itu akan diterbitkan dalam edisi esok.

Semalam, Anwar berkata, Pakatan Rakyat sedang menimbangkang kemungkinan beranjak jika terhadap halangan untuk merealisasikan sasaran 16 September.

Temu bual itu diadakan awal minggu ini.

Anwar berkata, jika bukan 16 September, pihaknya akan memilih 20 September bagi mencapai matlamat mereka ketika segala perancangan berjalan dengan lancar.

Meskipun Mustafa tidak lagi memegang jawatan terpenting dalam PAS, namun pandangan dan tanggapannya terhadap perkembangan politik sentiasa dinanti banyak pihak.

“Saya bercakap tidak mewakili PAS tetapi mewakili peribadi saya… 16 September akan berlaku. Tidak mungkin tarikh melompat dari 15 September kepada 17!

“Tetapi perubahan terancang tidak akan berlaku, berdasarkan dua faktor (politik dan teknikal),” kata Mustafa.

Jelas beliau, dalam keadaan Parlimen tidak bersidang tidak boleh diadakan undi tidak percaya dan kerajaan semasa tidak boleh digulingkan sekali pun bilangan wakil rakyat mungkin cukup untuk menjatuhkan kerajaan.

“Dari segi teknikal ia mungkin tidak berlaku. Saya tidak tahu siapa yang memilih tarikh 16 September,” katanya.

Malah, kata beliau, dari segi politik, timbul pelbagai spekulasi mengenai bilangan ahli Parlimen yang hendak melompat parti.

“Ada yang kata sudah ada angka 30, angka 40 dan beberapa angka lagi, yakni jumlah mereka yang akan meninggalkan BN dan akan menyertai Pakatan Rakyat.

“Saya tidak yakin sebab tidak mudah bagi seorang ahli Parlimen daripada parti yang memerintah hendak menyeberang kepada parti bukan kerajaan,” katanya lagi.

Tambah beliau, dalam sejarah negara ini, pernah berlaku cross over masa lalu iaitu daripada parti pembangkang kepada parti memerintah.

“Dan tidak pernah berlaku daripada parti memerintah kepada parti pembangkang. Berdasarkan proses demokrasi di Malaysia selama ini, ia tidak akan berlaku,” katanya.

Mengenai tarikh 16 September, beliau berkata, “dalam konteks 16 September tidak mungkin berlaku.”

“Tarikh lain kita tengok nanti. Apa yang berlaku dalam parti-parti komponen BN mempunyai dinamika tersendiri.

“Gerakan nak reviu kedudukan dalam BN. Berdasarkan pengamatan saya, Gerakan akan meninggalkan BN. Namun MCA tidak mungkin meninggalkan BN.

“MCA adalah pengasas Perikatan dahulu. Kalau kenyataan Setiausaha Agungnya boleh dipakai, MCA tidak akan meninggalkan BN. Mengenai soal lawatan, ia merupakan satu reaksi melampau dan dan panik yang tak tentu pasal,” katanya lagi.

Mengenai pendirian PAS, kata beliau, “sebenarnya saya tidak sempat kaji siapa orang dalam PAS yang ghairah dengan 16 September dan siapa yang tidak.’

Ini kerana, jelas beliau, pihaknya tidak pernah membincangkan secara serius mengenai hal berkenaan.

“Bagaimanapun, hari ini (Ahad lalu), Lim Kit Siang ada buat kenyataan, jika orang yang hendak lompat ini ada kepentingan peribadi, beliau tidak bersetuju. Karpal Singh juga pernah buat kenyataan serupa. Dari segi ini, nampak DAP juga tidak ghairah sekiranya lompat itu didorong kepentingan diri,” katanya.

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

20 September Tarikh Baru Kerajaan Anwar Ibrahim?

Ketika tinggal kurang seminggu, Pakatan Rakyat mengubah tarikh mencapai sasaran membentuk kerajaan persekutuan? Jawapannya nampak menjurus ke arah itu berdasarkan kenyataan terbaru Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

Kata beliau, sasaran 16 September bagi membentuk kerajaan yang baru boleh dianjak ke satu tarikh yang lain jika wujud masalah yang boleh menghalang proses peralihan kuasa seperti yang dirancang.

“Walaupun kita sudah ada sasaran iaitu pada 16 September, tapi gambaran setakat ini hasil perbincangan bersama PAS dan DAP, tarikh itu boleh kita anjak… kalau tak jadi 16 haribulan mungkin 20 haribulan kerana tarikh itu juga ada sejarah.

“Tapi saya fikir dalam keadaan sekarang adalah susah bagi mereka (kerajaan Barisan Nasional) untuk gagalkan kehendak dan kebangkitan rakyat,” kata beliau semasa menyampaikan ucapan selepas majlis solat tarawih dan hajat di rumahnya di Bukit Segambut malam tadi.

Anwar menyatakan demikian sehari selepas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan hampir tiga jam pagi kelmarin susulan pertemuan informal lebih dua jam di ibu negara Ahad lalu.

Ketika ditemui semalam, beliau menjelaskan bahawa perancangan untuk membentuk kerajaan berjalan dengan lancar.setakat ini.

Bagaimanapun malam tadi Anwar berkata, perbincangan secara terpeinci akan diadakan bersama pemimpin parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP bagi meneliti sebarang risiko yang bakal terjadi.

“Esok saya perlu ikuti prosedur mahkamah. Jadi kemungkinan pada sebelah petangnya atau hari berikutnya kita akan bermesyuarat mengenai persediaan kita menghadapi 16 September,” katanya.

Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri akan muncul di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini esok bagi mendengar sebutan semula kes liwat melibatkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 23.

Anwar mengumumkan pelan sasaran 16 September enam bulan lalu iaitu sejurus selepas pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Tambah beliau, jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan lompat parti menyertai Pakatan Rakyat sudah mencukupi.

“Jumlah mereka kita sudah ada. Tapi disebabkan mereka pergi lawatan ‘menghayati Ramadan’ di Taiwan kita perlu tunggu dahulu,” katanya.

Menurut beliau lagi. ada antara Ahli Parlimen BN yang menyertai lawatan tersebut telah berjanji kepadanya untuk meneruskan matlamat mereka meninggalkan BN.

“Saya ada dapat maklumat bahawa mereka yang pergi itu tidak dibenarkan pulang sebelum 16 September bagi mengahalang sasaran kita,” katanya.

nota: sekiranya tarikh baru ini juga gagal dicapai, pihak BN tidak seharusnya memandang remeh kegagalan DSAI untuk membentuk kerajaan baru. Ini kerana DSAI mempunyai lebih dari 3 tahun masa untuk membentuk kerajaan dengan menjemput MP BN utk ‘melompat’. Tetapi DSAI jangan pula ‘overconfident’ kerana tidak mustahil 8 MP PR pula yang melompat seterusnya memberi mandat 2/3 kepada BN.

14 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Asyik kita je….

1. bile lagu negaraku diolah menjadi rap ‘negarakuku’ oleh pencipta lagu Namewee….kenapa tidak ada permohonan maaf dari rakan sebangsa Namewee….

2. bila hindraf buat kenyataan palsu ‘ethnic cleansing’ oleh kerajaan pimpinan UMNO….kenapa tidak ada wakil dari rakan sebangsa hindraf mohon maaf….

3. bila kita buat kenyataan mengenai kepentingan orang melayu..kita digelar racist….

4. dulu kes kerajaan hantar seorang Menteri untuk minta maaf daripada Kerajaan Cina kerana kononnya wanita rakyat negara Cina telah ditelanjang oleh polis dan ini direkod dalam video tapi didapati wanita itu bukan rakyat negara Cina dan bukan pun Cina Malaysia. Dia adalah seorang perempuan Melayu.

5. bila ada orang umno keluar kenyataan ‘pendatang’…kita cepat2 mohon ampun maaf….

6. bila bicara pasal perpaduan, surat khabar dan rancangan tv melayu je yang banyak keluarkan iklan…yang lain macam mana??

7. kita bukan lah racist…tapi kadang-kala terfikir juga, takkan kita sebagai melayu tak boleh nak bersuara lebih??….asyik lebih kurang je….silap-silap nanti bangsa melayu yang terkurang…bangsa lain yang lebih….atas semangat lebih kurang, tu yang ekonomi orang melayu asyik kurang….

8. bila terlalu menekan akan hak kita, dikatakan kita racist….bila bangsa lain tekan hak dorang…kita diam je…tak pula kita kata depa racist….

9. kenapa jadi begini, kadang-kala penulis berasa inilah uniknya politik Malaysia. Lain dari yang lain. Pendek kata, tidak ada pendekatan yang ‘generic’ yang digunapakai di negara lain boleh kita guna di Malaysia.

10. Kini, ada pula yang bersuara. gantikan ketuanan melayu kepada ketuanan rakyat. boleh tukar..tapi bukan sekarang. jurang antara rakyat masih ada. sabar dulu. jangan guna kan pendekatan ‘populist’ utk berkuasa. kelak yang rugi bukan dia tapi kita semua.

11. Hak melayu sama juga dengan hak bumiputra, yakni saudara-saudari kita di Sabah dan Sarawak. Jangan lah cerita pasal hak melayu je. Hapus hak melayu maka terhapuslah hak bumiputra juga.

12. Yang bercakap nak hapuskan hak istimewa orang melayu ni, pendek kata pentingkan diri sendiri. Yelah duit dah berkoyan(banyak), anak cucu cicit dia boleh ‘survive’ tanpa hak-hak ini. Macam mana dengan saudara sebangsa yang lain, boleh ‘survive’ ker??

13. Hari ni kecoh pasal kronologi pembentukan kerajaan baru yang bakal ditubuhkan 16 September nanti. Entah betul entah tidak. nanti penulis kongsikan bersama.

14. Satu persoalan, apa jaminan kerajaan baru ini kepada rakyat. Dok janji ni janji tu….kene ingat…lembu diikat pada tali..manusia diikat pada janji….tak tunai janji nt sapa yang rugi….yang dok jadi PM baru takpelah….nnt tukar kerajaan balik dia makan pencen..yang kita rakyat ni..makan apa??? makan hati???

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Kartun Pakatan Rakyat

dari mykmu

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

31 Ogos…Hajat BN Perak Tak Kesampaian

Hari ini sudah masuk 2 september 2008. Sasaran kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat tumbang pada 31 Ogos 2008 dan kembali semula kepada BN tidak kesampaian. Desas-desus mengenai lebih dari 2 orang ADUN Pakatan Rakyat akan ‘melompat’ tidak menjadi realiti. Mungkin bukan rezeki BN untuk memerintah Perak semula. Manusia hanya merancang, Allah SWT penentu segalanya.

Bagaimana pula dengan hajat besar DSAI pada 16 September nanti?? Termakbulkah impian beliau?? Penulis dimaklumkan kenapa tarikh 16 September dimaklumkan secara besar-besaran ialah supaya rakyat bersedia menerima kerajaan baru. Ahli-ahli politik pun bersedia untuk bertukar status dari pemerintah kepada pembangkang. Supaya sekiranya menjadi realiti 16 September ini, tiada perkara yang tidak diingini berlaku dengan memberi negara Iran sebagai contoh dengan tumbangnya Shah Iran kepada Revolusi Iran. ini juga merupakan salah satu ‘psywar’ Pakatan rakyat dibawah pimpinan DSAI. Strategi ‘psywar’ ini amat berkesan dan terbukti dengan kemunculan imam Ramlang Porigi di Permatang Pauh. Kemunculan beliau sebenarnya akibat tekanan yang beliau hadapi akibat mainan politik dari PR dengan mengeluarkan email dan artikel di internet yang mengatakan beliau adalah ahli UMNO dan terbabit dalam konspirasi bersumpah saiful.  Wallahualam.

Tetapi adakah negara luar akan lebih menghormati kedaulatan negara kita sekiranya timbul kerajaan baru 16 Sept nanti. ini kerana kerajaan tersebut bukanlah satu kerajaan yang terbentuk hasil dari demokrasi tetapi akibat aktiviti ‘melompat’ dan aktiviti ‘gula-gula’ politik! Ramai teman2 penulis yang berada di kem seberang sana berkata tidak salah kalau melompat demi menyelamatkan negara. Teruk sangatkah keadaan negara kita sekarang ini? Tepuk dada tanya selera. Penulis sememangnya tidak suka pada pemimpin yang gilakan kuasa. Tak salah sekiranya menunggu utk PRU akan datang utk berkuasa. Ini kerana sekiranya rezeki seseorang itu menjadi PM atau pemerintah, ianya datang dari ALLAH SWT pencipta segala kejadian.

Apa-apapun kita nantikan 16 september ini.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Bila giliran utk bangsa melayu akan tiba di Perak??

Langkah Kerajaan Perak menganugerahkan tanah seluas 400 hektar kepada sembilan sekolah persendirian Cina perlu diperluaskan kepada sekolah agama Islam dan pondok demi memaju dan memartabatkan agama Islam di negeri ini.

Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharuddin berkata, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin tidak harus mengetepikan kepentingan Melayu dan Islam dalam sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri.

Katanya, langkah kerajaan negeri itu tidak salah tetapi pada masa yang sama perlu berlaku adil kepada sekolah agama dan pondok.

“Oleh itu, kami mendesak Menteri Besar turut memberikan lot tanah kepada sekolah agama Islam dan pondok demi memaju dan memartabatkan agama Islam di negeri ini dan tidak hanya kepada sekolah Cina,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina hari ini bahawa Mohammad Nizar mengumumkan pemberian 400 hektar tanah kepada sembilan sekolah menengah persendirian Cina di Perak.

Menurut laporan itu, pemberian itu bagi membolehkan sekolah tersebut dapat mengusahakan tanah berkenaan dan menggunakan keuntungan yang diperoleh untuk membiayai kos pentadbiran sekolah.

Mohammad Nizar dipetik sebagai berkata, peruntukan RM30,000 setahun kepada setiap sekolah pada masa ini tidak memadai.

Oleh itu sebagai langkah jangka panjang, kerajaan negeri memutuskan untuk memberi tanah kepada sekolah itu bagi membolehkan mereka menubuhkan sebuah syarikat untuk mengusahakan tanah tersebut. (Apakah sekolah telah bertukar status menjadi kilang-kilang, sedangkan banyaknya sponsor-sponsor Taiko-Taiko depa yang kaya-raya .

Zainol Fadzi berkata, Pemuda UMNO menghormati keputusan kerajaan negeri memberikan tanah kepada sekolah Cina di Perak.

Tetapi, kalau boleh kerajaan negeri juga kena berlaku adil kepada sekolah agama Islam dan pondok persendirian yang turut berhadapan dengan beban kewangan.

“Kita mahu Menteri Besar dapat membuat keputusan membela orang Melayu dan bumiputera supaya nasib dan kepentingan pribumi ini tidak dikemudiankan,” katanya.

nota: Bermula dengan projek mega babi, penghapusan DEB, status tanah 999 tahun dan kini tanah percuma pula diberikan kepada bangsa asing dan bukannya orang Melayu di negeri Pakatan Rakyat. Sudah hampir 6 bulan memerintah tetapi tiada apa yang diberikan kepada orang Melayu.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

TKM P.Pinang Tak Turun Padang?

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairus Khairuddin supaya lebih kerap turun padang bagi menyelesaikan masalah rakyat.

Beliau berkata, walaupun Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti itu sibuk menguruskan pentadbiran negeri, beliau perlu meluangkan masa untuk menemui penduduk di kawasannya.

Menurutnya, ini berikutan maklumbalas penduduk menunjukkan pemimpin muda PKR itu jarang kelihatan di kawasannya sejak memenangi pilihanraya umum Mac lalu.

“Saya susah hati kerana tidak pernah orang komplen secara terbuka begini dan mereka minta saya nasihatkan Fairus. Memang kita sibuk tetapi kenalah luangkan masa untuk menemui penduduk kerana mereka boleh  faham dan terima kalau kita sibuk tetapi mereka tidak boleh terima kalau kita tak turun padang,”  kata Anwar.

Bernama memetik beliau sebagai berkata mantan timbalan perdana menteri itu menegaskan demikan dalam ucapannya di majlis  kesyukuran kemenangan beliau dalam pilihanraya kecil Parlimen Parlimen Permatang Pauh ini.

Hadir sama ialah isternya yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengosongkan kerusi tersebut untuk memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding di situ.

Fairus yang ditemui pemberita kemudian berkata beliau menerima teguran itu secara positif.

Menurutnya, beliau akan berusaha memperbaiki perkhidmatan kepada penduduk bukan sahaja di Penanti malahan di Pulau Pinang.

Katanya beliau banyak menumpukan masa untuk menyusun pentadbiran kerajaan
negeri bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng sejak lima bulan lalu.

Fairus berkata jika orang ramai mempunyai sebarang masalah, mereka boleh mendapatkan bantuan di Pusat Khidmatnya di Tanah Liat.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Ahli Parlimen BN mula hantar SMS pada Anwar

Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) didakwa menghantar SMS kepada pemimpin Pakatan Rakyat sejak Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim selepas beliau menang dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lalu.

Demikian kata Pengarah Strategik KeADILan, Saifuddin Nasution semasa ditemui Harakahdaily di Lobi Parlimen semalam.

Ujar Saifuddin, ramai yang mengucapkan tahniah dan ada juga yang mula menunjukkan minat untuk menyertai Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan baru.

Beliau percaya ramai ahli Parlimen BN yang mula berteka-teki dan berfikir untuk berhijrah kepada kerajaan baru yang akan dipimpin Anwar dalam jangka masa tertentu.

“Saya yakin semestinya mereka menantikan detik ini yang mana mereka melihat kemasukan Anwar ke Parlimen selepas 10 tahun dinafikan hak, pastinya harapan baru boleh diimpikan,” katanya.

Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa agenda menukar kerajaan akan lebih awal berlaku dengan signal-signal awal yang diberikan ahli Parlimen BN ini.

Dengan kemenangan Anwar di Permatang Pauh, ia sebagai signal jelas rakyat yang mahukan perubahan dan menolak kerajaan BN pimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Rakyat menolak BN untuk memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat sebagai agen kepada perubahan, saya pasti ia juga signal kepada pimpinan Pakatan Rakyat agar terus bersatu menjaga amanah yang mereka berikan,” katanya.

nota: Perang psikologi PKR sudah bermula. Pihak BN tidak seharusnya memandang ringan dengan sebarang kenyataan yang dibuat oleh PKR lebih2 lagi sesudah DSAI kini sudah bergelar Ahli Parlimen dan ketu pembangkang. Sikap tunggu dan lihat tidak harus diambil oleh Pihak BN. Walaupun MP dari Sabah dan Sarawak sudah sebulat suara utk terus kekal dalam BN, bagaimanapula dengan MP di Semenanjung. Tidak dinafikan pengaruh DSAI masih kuat di dalam BN/UMNO.

Dengan keadaan politik mutakhir ini, pihak BN seharusnya bersikap lebih proaktif di dalam memastikan tiada MP BN yang melompat. Sikap proaktif di dalam memberi perhatian terhadap masalah rakyat dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN yang pada hari ini dilihat agak luntur. Tidak dinafikan banyak isu-isu semasa seperti peningkatan kadar jenayah, masalah pengangkutan awam yang gagal dibendung oleh pihak kerajaan telah menyebabkan ramai pengundi atas pagar memilih Pakatan Rakyat.

Pendekatan politik BN juga seharusnya berubah mengikut keadaan semasa. Kegagalan memanfaatkan penggunaan IT seperti yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat, telah menyebabkan ramai pengundi muda memilih PR berbanding BN. Perkara ini tidak dapat dinafikan lagi. Kemunculan laman-laman blog pro PR sejak 3-4 tahun lepas telah berjaya mempengaruhi pengundi muda dan hasilnya mula dituai oleh PR pada PRU yang lepas. Sekiranya BN masih leka, tidak mustahil PRU 13 akan selagi lagi menyaksikan tsunami politik yang lebih dasyat.

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda