Tag Archives: parlimen malaysia

Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang Yang Baru

Pakatan Rakyat hari ini menyerahkan surat perlantikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru sahaja memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh semalam, sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Ketua Whip PKR yang juga Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali menyerahkan surat tersebut kira-kira pukul 4.10 petang tadi kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di pejabatnya di Parlimen, di sini.

Azmin berkata, ketiga-tiga parti di bawah Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk melantik Anwar sebagai ketua mereka berkuat kuasa esok.

“Surat tersebut telah ditandatangani oleh saya sendiri selaku Ketua Whip PKR, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Whip DAP, Dr Tan Seng Giaw.

“Kita berharap pengumuman (Ketua Pembangkang) diumumkan esok selepas upacara mengangkat sumpah (oleh Anwar),” katanya kepada media di Lobi parlimen.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tema Bajet 2009

Tema bagi bajet 2009 adalah meningkatkan daya tahan bagi pertumbuhan mapan dan perkongsian kemakmuran. Perbentangan bajet ini akan dibuat pada 29 Ogos 2008 di Parlimen. Adalah diharapkan agar bajet 2009  ini lebih mesra rakyat di mana beban kewangan yang ditanggung rakyat seperti kenaikan harga minyak dunia dan kenaikan harga barang makan menjadi tumpuan utama bajet 2009.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda