Tag Archives: parti bersatu sabah

Kenyataan Presiden SAPP bukan pendirian parti..tiada tindakan utk SAPP

KUALA LUMPUR 19 Jun – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Barisan Nasional (BN) tidak akan mengambil tindakan terhadap Parti Maju Sabah (SAPP) kerana keputusan menentangnya bukan dibuat oleh parti itu tetapi presidennya, Datuk Yong Teck Lee.

Perdana Menteri berkata, BN hanya akan membuat keputusan mengenai keanggotaan SAPP setelah mendapat surat penjelasan rasmi daripada Majlis Tertinggi SAPP mengenai pendirian parti itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Dewan Tertinggi BN di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. – sumber Utusan

petikan berita harian

KUALA LUMPUR: Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN)mengambil keputusan tidak menyingkir Parti Maju Sabah (SAPP) kerana menganggap kenyataan Presidennya, Datuk Yong Teck Lee semalam bukannya pendirian parti itu, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Setakat yang saya tahu, ini (kenyataan Yong) bukan pendirian parti itu.

“Ini kenyataan yang datang dari Yong Teck Lee sendiri. Sebab itu kita tidak ambil tindakan terhadap parti berkenaan,” kata Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN pada sidang akhbar selepas mesyuarat tergempar Dewan Tertinggi BN di sini, hari ini.

Petikan Malaysiakini

Bagaimanapun, keputusan SAPP untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap perdana menteri, dipercaya bukan keputusan sebulat suara pucuk pimpinannya.

Timbalan Presiden, Raymond Tan – yang tidak hadir dalam sidang akhbar ketika Presidennya, Datuk Yong Teck Lee mengenai perkara tersebut semalam – berkata beliau “keliru dan malu” dengan tindakan SAPP itu.

Katanya, perkara tersebut tidak dibincangkan dalam majlis tertinggi parti dan mendakwa ia adalah tindakan Yong sendiri.

Keempat-empat ahli dewan undangan negeri (Adun) SAPP tidak hadir di sidang akhbar tersebut.

SAPP akan mengadakan mesyuarat majlis tertingginya esok untuk memutuskan sama ada ia akan kekal atau keluar dari BN.

nota: Pak Lah juga telah mendedahkan bahawa beliau telah menawarkan kepada YTL satu jawatan yang dipercayai sebagai senator. Walaubagaimanapun, jawatan itu ditolak oleh YTL yang lebih mengutamakan jawatan lebih tinggi sama ada diperingkat negeri atau pusat. Tambahan pula, sebagai pembelot yang telah menemui DSAI, tawaran ‘gula-gula’ yang ditawarkan oleh DSAI kepada beliau lebih lumayan dan lebih tinggi jawatan tersebut. Isu royalti minyak hanyalah lakonan sahaja yang dimainkan oleh YTL. Siapa yang tidak kenal YTL….pembelot kepada politik Sabah. Jika dilihat perwatakan YTL yang gilakan kuasa ini tidak tumpah sama seperti perwatakan DSAI. Sanggup menerima rasuah dan mengorbankan perjuangan parti demi mengejar cita-cita politik peribadi. Kisah pembelotan YTL ini bermula dari tahun 1994. sila rujuk sumber dari bharian. klik sini.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda