Tag Archives: pemilihan parti

Nazri Aziz tidak pertahankan jawatan Ahli MT

KUALA KANGSAR 12 April – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, beliau tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada pemilihan parti itu Disember ini.

Menurutnya, keputusan itu dibuat kerana mahu memberi perhatian sepenuhnya kepada pengukuhan parti dan menjaga kebajikan pengundi Parlimen Padang Rengas yang telah memberi sokongan padu kepadanya selama empat penggal berturut-turut.

“Kalau ada pihak yang mahu mencalonkan saya, tak payahlah sebab saya sudah bagi tahu awal-awal tak mahu bertanding,” katanya. – sumber dari Utusan

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pemuda Ipoh Barat nak Najib dan Mukhriz berganding


<!—
—>

Belum sampai 24 jam Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak menyatakan sokongan terbuka terhadap Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin untuk mengambil alih kepimpinan pergerakan itu, Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat tampil dengan kenyataan berbeza.

Selain menafikan UMNO Perak menyokong Khairy, Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat bukan sekadar menyatakan sokongan kepada Mukhriz Mahathir tetapi mencadangkan agar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib mengambil alih kepimpinan negara daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pemangku Ketua Pemuda Ipoh Barat, Ahmad Faizal Azumu dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari Khamis berkata, beliau menyokong untuk Najib mengambil alih kepimpinan negara berdasarkan kepimpinannya yang baik.

“Saya juga ingin menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Mukhriz untuk memimpin Pemuda. Sokongan ini berdasarkan kepimpinan mereka yang dihormati oleh kawan dan lawan. Kekuatan moral yang ada pada diri kedua-dua pemimpin ini diyakini akan dapat mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional,” ujar beliau.

Dalam kenyataan beliau itu juga, Faizal menyifatkan kenyataan Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharudin bahawa pergerakan Pemuda negeri itu menyokong Khairy adalah bersifat peribadi.

Sehubungan itu katanya, ahli-ahli UMNO seharusnya diberikan kebebasan untuk memilih pemimpin mereka dan bukannya melalui kenyataan sokongan terbuka yang tidak membawa apa-apa makna. – 10/4/2008

nota: belum 24jam dilaporkan bahawa Pemuda Perak menyokong YB Khairy untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO, pemuda umno ipoh barat menyuarakan sokongan mereka kepada YB Mukhriz sebagai calon Ketua Pemuda UMNO. Sememangnya tiada halangan di dalam memilih pemimpin. Pengumuman sokongan terhadap individu utk menjawat jawatan tidak memberi makna apa-apa kerana semasa hari pemilihan lah penentu segalanya. Calon-calon yang ingin menjawat jawatan Pemuda hendaklah merupakan calon yang dikenali dan disegani oleh para perwakilan pemuda nanti. Cadangan Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Abdul Rahman Dahlan mewajibkan calon ketua pemuda umno untuk mempunyai laman web atau blog sendiri amat laa berpatutan.Ini kerana pada zaman siber ini, internet adalah media utama di dalam menyampaikan mesej kepada umum. Melalui laman internet/blog ini juga, para perwakilan boleh dengan bebas menyuarakan pendapat kepada calon dan calon itu sendiri boleh terus berinteraksi dengan para perwakilan.

Sesiapapun calon untuk Ketua Pemuda pada pemilihan kali ini, adalah diharapkan agar kepimpinan baru akan membawa pergerakan pemuda UMNO Malaysia ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda