Tag Archives: pemilihan umno

Dr M: Muhyiddin mampu tewaskan Najib

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu menewaskan Datuk Seri Najib Tun Razak jika beliau bertanding jawatan timbalan presiden Umno dalam pemilihan parti yang akan datang.

Beliau berkata, Najib tidak akan dapat menjadi perdana menteri kerana beliau seorang pemimpin yang lemah dan tidak ada pendirian tetap.

muhyiddin yassin and najib and umnoNajib adalah timbalan perdana menteri dan juga timbalan presiden Umno. Beliau menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti yang lalu.

Sebaliknya, Dr Mahathir meramalkan Muhyiddin lebih mudah diterima oleh ahli-ahli Umno yang menyokong Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan mereka yang tidak menyokong presiden parti sekarang.

“Orang-orang ini yang menentukan siapa yang menang dalam pilihanraya, berbanding dalam pemilihan Umno kerana (ia) boleh dimanipulasi dngan pemberian wang ringgit dan pemberian lain,”katanya.

“Saya rasa Tan Sri Muhyiddin patut diberi peluang bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti yang akan datang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) di ibunegara pagi ini.

“Saya tidak kata saya menyokong Tan Sri Muhyiddin, tetapi saya menyokong sesiapa sahaja kerana saya bukan lagi ahli Umno.

Perlu pencalonan

“Jika Tan Sri Muhyiddin melawan Datuk Seri Najib, Tan Sri Muhyiddn akan menang, Najib akan kalah…,” tambahnya.

Sehubungan itu, katanya, jika muhuiddin menang timbalan presiden Umno, beliau sepatutnya dilantik menjadi timbalan perdana menteri.

Katanya, semasa Tun Musa Hitam meletak jawatan, beliau memberi jawatan timbalan perdana menteri kepada Tun ghafar Baba, setelah beliau menang dalam pertandingan umno.

Muhyiddin merupakan naib presiden Umno yang terkanan dari segi lama memegang jawatan tersebut. Seorang lagi ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Manakala kemenangan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad dibatalkan selepas didapati bersalah terbabit dalam politik wang.

Untuk layak bertanding jawatan timbalan presiden, Muhyiddin perlu mendapatkan 20 peratus atau 38 pencalonan daripada 191 bahagian Umno yang akan mula bermesyuarat pada 9 Oktober depan.

Usul tidak percaya

Pada 10 Julai lalu,Abdullah mengumumkan bahawa beliau akan menyerah kuasa kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak pada Jun atau pertengahan tahun 2010.

Beliau juga mengumumkan akan bertanding mempertahankan jawatan presiden parti dalam pemilihan Umno pada 16 Disember depan.

Ketika ditanya mengenai usul tidak percaya Pakatan Rakyat terhadap kerajaan Abdullah, Dr Mahathir berkata, ia patut benarkan kerana BN tahu parti lawan tidak cukup wakil rakyat.

“(Tetapi) itupun BN tidak berani, mengapa takut sangat,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata, kemasukan parti kaum India, selain MIC ke dalam BN, tidak berjaya kerana presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu menentang kemasukan mereka.

Beliau berkata, dalam BN kemasukan parti baru adalah mustahil jika tidak mendapat persetujuan penuh dari komponennnya.

“Samy Vellu menentang parti kaum India lain masuk BN kerana dia hendak menjadi wakil kepada kaum India,” kata Dr Mahathir.

sumber malaysiakini

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Informasi mengenai mesyuarat tahunan UMNO bagi semua peringkat

selamat bersidang!!

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Fakta Bagi Kuota Kelayakan Bertanding Untuk Jawatan UMNO

Mengikut peraturan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung Khas Umno pada Oktober 1988:

1. 30 peratus pencalonan (57 daripada 191 bahagian) diperlukan untuk jawatan Presiden,

2.Timbalan Presiden (20 peratus/38 bahagian)

3. Naib Presiden (10 peratus/19 bahagian)

4. Ahli MT (lima peratus/10 bahagian)

5. Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri (20 peratus/38 bahagian)

6. Naib Ketua Wanita, Pemuda, Puteri (15 peratus/28 bahagian).

nota: walaupun ada pihak meminta agar sistem kuota ini dimansuhkan, sistem berkuota ini pada hemat penulis penting peranannya. Ini kerana ia dapat memastikan hanya individu-individu yang berjaya mendapat kuota yang diperlukan layak bertanding. Ini menunjukkan bahawa individu yang berjaya mendapat pencalonan adalah antara individu2 yang berjaya mendapat kepercayaan dari ahli-ahli UMNO itu sendiri.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pemilihan Agung UMNO Diteruskan Tahun Ini

 sumber dari utusan

KUALA LUMPUR 27 Mac – Pemilihan UMNO tidak akan ditangguhkan sebaliknya tetap diadakan pada Perhimpunan Agung parti yang dijadual berlangsung dari 16 hingga 20 Disember ini, demikian keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu yang bermesyuarat di PWTC di sini petang ini.

dan berita lain

Jawatan Presiden, Timbalan Presiden UMNO boleh dicabar

27/03/2008 7:50pm

KUALA LUMPUR 27 Mac – Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini memutuskan semua jawatan termasuk Presiden dan Timbalan Presiden boleh dicabar dalam pemilihan parti yang akan datang jika ada pencalonan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malah berkata, beliau sendiri sedia untuk dicabar. – Utusan.

dan

MT UMNO terima Ahmad Said

27/03/2008 9:07pm

KUALA LUMPUR 27 Mac – Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini memutuskan menerima pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.

Keputusan itu diambil dalam mesyuarat MT yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini.

Ahmad, 51, menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) dalam satu upacara tertutup di Istana Tetamu di Kuala Terengganu pada 23 Mac lalu.

Beliau menerima watikah pelantikan itu daripada Yang Dipertua MPPR, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dengan disaksikan dua lagi anggota majlis iaitu Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

Pelantikan itu sekali gus mengetepikan Datuk Seri Idris Jusoh selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu yang sebelum ini telah mendapat watikah pelantikan daripada Perdana Menteri untuk menjadi Menteri Besar bagi penggal kedua.

Pelantikan Ahmad itu mendapat bantahan daripada 22 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Terengganu, yang memenangi pilihan raya umum 8 Mac lepas.

nota: moga dengan keputusan yang di ambil oleh MT dapat mengukuhkan lagi semangat ahli-ahli UMNO.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda